sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

January 24, 2002

summary 24-1-02 (thursday)
by miss_u_all

1.beba tanya augusto kenapa dia tak beritahu beba yg ayah dia mati macam tu.augusto jawab "kan kau dah tahu yg ayah kita mati kemalangan".beba balas lagi"tapi aku tak tahu yg ayah rentung dan mabuk masa tu".augusto "aku rasa tak perlu aku terangkan butir2nya secara terperinci,aku tak mahu kau berduka.lagipun aku ingat nak ceritakan pd kau bila kau dah dewasa nanti." beba pun cakap "aku bukan budak kecil lagi".lepas tu mimi cakap kat augusto ttg lawatan tu.augusto kata dia tak ada masalah nak beri keizinan cuma tarikh pergi lawatan tu jatuh pada hari lahir beba,so beba seeloknya duduk bersama2 keluarga tapi beba kata "saya nak pergi lawatan tu." augusto pun kata"baiklah,kalau itu yg kau mahu".augusto pun sign la kertas tu.beba terus ajak mimi keluar.kat luar beba kata kat mimi yg dia dah lambat pergi kerja.dia nak terus balik je.

2.fran tunggu beba kat tempat kerja.dia dok berlunjur kaki kat kaki lima tak jauh dari kedai yg beba kerja.fran kata "sepatutnya kau dah lama sampai....aku pasti yg kau tak akan datang".dia pun blah...

malam pun menjelang...

3.adik beradik estrada semua ada kat rumah.augusto dan margo nak pergi makan kat luar nak celebrate la tu.lisa n silvia tgh duduk kat ruang tamu.bila lisa nampak margo,dia pun tak pandang muka orang tu.silvia perasanlah.bila suami isteri tu dah keluar,silvia pun tanya,"apa kena dgn kau ni?".lisa jawab "hanya kau seorang saja dalam rumah ni yg kenal siapa margo yg sebenarnya."silvia terperanjat.tapi belum sempat nak cakap apa2,beba datang kata kat silvia yg carlos panggil dia.sebelum silvia blah tu dia cakap kat lisa"kau dengan aku akan bercakap lepas ni."

4.tinggal beba n lisa kat ruang tamu.beba tanya lisa sama ada lisa tahu punca kematian ayah diorang.lisa kata yg ayah kemalangan dan berlaku letupan.beba mengadulah yg dia tak tahu pun cerita sebenar ttg kemalangan tu.lisa pulak tak nak cerita panjang2 sebab tak nak bersedih.dia cakap kat beba yg dia nak masuk bilik.

5.fran pergi rumah beba malam tu.mula2 tu dia nak ketuk pintu tapi takut kakak2 beba tak suka kalau dia datang.lepas tu dia terhendap2 kat tingkap.dia nampak yg beba sedang berbual dgn lisa.bila lisa dah masuk bilik,tinggallah beba sorang je kat ruang tamu tu.masa beba tgh termenung sorang2 tu,dia terpandang kucing beethoven dah masuk dlm rumah dia ikut tingkap.dia pun ambil le kucing tu"kau datang sini bersendirian je ke?"beba tanya kucing tu.beba pun tengok2 kat tingkap.oleh kerana nak pastikan ada org tak yg bersama beethoven,beba pun keluar rumah.dia cari2 kat halaman rumah,tapi tak ada orang.beba pun nak masuk rumah dia balik tapi tiba2 keluar fran dari balik pokok.Fran tegur beba,beba toleh dan tersenyum "francisco!!".beba tanya fran "kau balik sini sebab nak ambil beethoven ke?"fran mula2 tu main kata2 dgn beba.fran cakap yg dia datang sebab nak ikat beethoven tu,dia dah beli tali.tapi bila muka beba monyok je...fran pun datang dekat beba,dia pegang muka beba,dia kata "mata kau cantik...seperti bintang2 di langit".beba tanya lagi kenapa fran dtg rumah dia.fran cakap yg dia nak berbual.beba "kau nak berbual pasal kapitan,buku2 kau dan beethoven...." fran "sejuk.....sejuk....aku nak berbual ttg perasaan yg dipendamkan terhadap masing2.fran pun cerita lagi yg dia balik kerana dia dah sedar ttg perasaan beba pd dia.fran pun cakap "aku juga menyintai kau..." beba "kenapa kau tak beritahu awal2?"..apa ntah fran cakap lepas tu tapi dia ulang lagi yg dia menyintai beba.2 3 kali.beba pun cakap yg dia cintakan fran jugak.lepas tu diorang peluk.

6.ernesto dan anibal sedang berbual.ernesto kata yg dia akan mempercepatkan proses penutupan hospital tu.dia kata kat anibal "kau kena perangkap seseorang yg berada di hospital agar orang nampak puncanya adalah dr hospital sendiri".anibal "ayah maksudkan jururawat yg bekerja di hospital tu?". ernesto kata ya..tiba2 bunyi telefon.ada seorang perempuan nak cakap dgn ernesto.ernesto pun cakaplah dgn muka serius sambil2 tu tengok anibal.anibal faham le tu yg telefon tu gundik si ernesto.bila ernesto letak telefon,anibal pun cakap "haa...saya baru bercakap dgn mak,mak kata dia akan balik tak lama lagi".ernesto diam je...anibal senyum.

7.augusto bawak margo pergi makan kat restoran.kebetulan restoran yg diorang pergi sama dengan restoran yg ernesto dan gundiknya berdating.bila ernesto nampak margo,dia pun pergi le ke meja makan dan menegur margo.margo dah boring dah...augusto kata "siapa ni"..margo "ini adalah ernesto solis,syarikat yg menempah bahan binaan kita".ernesto n augusto pun bersalaman.sebelum ernesto blah,dia ada cakap pasal margo hamil..augusto pun pelik.dia tanya margo "macam mana ernesto tu boleh tahu kau hamil sedangkan kau dah lama tak pergi kerja tempat dia".margo kata mungkin elsa yg beritahu.elsa kan kawan dia.augusto diam je...tgh makan tu,dtg champaigne,augusto cakap,"aku tak tempah pun champaigne ni."pelayan tu kata "ini adalah dari encik ernesto solis".augusto bertambah pelik.dia tanya margo kenapa pulak dia bagi seolah2 margo dgn ernesto kenalan rapat".margo kata jangan peduli,dia nak belanja,terima je la...lepas tu diorang toast le pd ernesto tu.ernesto angkat gelas dan senyum lebar kat margo.habis dah.....

Posted on Jan 25, 2002, 10:05 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1