sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

May 23, 2002

summary (khamis punya)
by kamilia

haa...fauzi jangan tak tahu,walaupun tv akak rosak,tapi dengan muka tak malunya akak numpang rumah jiran semata2 tak nak miss tengok mth.ni le summary yg akak ingat.

1.sambungan semalam s'go jumpa a'to.dia katalah yg dia tak berniat nak lukakan hati a'to.dia hormat a'to...bla..bla..bla...kat luar silvia dengan gaya singa lapar dok marah2kan s'go yg tak keluar2 dari bilik wad.tengah dia marah tu,s'go pun keluar.silvia pun apalagi menyeranglah.dia kata buat apa s'go datang jumpa a'to.kau menghina abang aku!kata silvia.ntah apa lagi dia cakap,i tak ingat.lepas tu s'go jawab sepatutnya aku yg jatuh bukannya a'to,betulkan?s'go tanya kat silvia.silvia kata,"aku bukan mendoakan org utk mendapat kemalangan"begitule lebih kurang.lisa pujuk2lah silvia tu.lepas tu lisa n s'go berbual berdua.diolog dia biasalah...malas nak repeat.tengah berbual tu,omaira lalu kat situ,dia terpandang s'go.santiago???dia terperanjat.lepas tu dia cepat2 pergi bilik margo nak kabarlah yg s'go ada kat hospital.

2.omaira bagitau margo yg s'go ada kat hospital.margo tak caya.dia tanya betul ke org yg kau tengok tu s'go?omaira kata betuuul..margo pun apalagi,buat si omaira macam khadam dia,mintak mekap,nak salin baju le apalah.omaira kata kan kau dah mekap,lagipun s'go bukan nak jumpa kau.margo kata,memang lah tapi dia nak jumpa bayi ni,so dia mesti jumpa dengan aku jugak.omaira pun nak tak nak terpaksa jadi hamba margo...

3.polis datang rumah sofea.polis cakap kat sofea yg depa ada waran tangkap utk anibal.sofea kata anibal tak ada kat rumah tu,dia pun tak tahu ke mana anibal pergi.kat sofa,barbara masih lagi sugul ditemani oleh elsa.lepas tu sofea kata yg anak dia bukan penjenayah.polis tu jawab,anibal hanya ditahan,sama ada dia bersalah atau tidak,mahkamah yg akan tentukan.sebelum balik,polis bagi warning kat sofea,kalau kau tahu di mana anibal dan kau sembunyikan,maknanya kau jugak bersubahat.sofea pun risaulah...dia marahkan ernesto,sebab ernesto punya pasallah anibal jadi setan.barbara jawab,jangan kata papa macam tu.sofea kata,"kau jangan cakap dengan aku,lepas tu sofea kata,"hanga galindez yg boleh tolong aku".sofea telefon galindez.kat rumah peguam tu,galindez tengah mengemas kain baju nak larikan diri.telefon berbunyi dia tak angkat pun.lepas tu bunyi loceng pintu..polis datang.."kau telah ditahan"..galindez jawab,"aku kan peguam"...polis tu kata,"kau berhak mendiamkan diri."

4.anibal pergi ke apartment s'go.dia ketuk pintu s'go dgn kuat.banyak kali dia ketuk.bila tak de org,dia kopek pintu rumah s'go dgn pengumpil besi..mak datuk...n then dia masuk rumah...sumpah seranah si s'go.lepas tu sempat pulak telefon mak dia,kata dia berada di tempat yg selamat,org tak boleh cari dia kat situ.dia kata dia akan balas dendam pd s'go.sofea kata lupakalah persengketaan kau dgn s'go,polis sedang cari kau,kau kena berusaha utk menyelamatkan diri."

5.margo dah bersiap2 nak jumpa s'go.dia baru je nak keluar sambil dukung baby,s'go dah masuk bilik.bermulalah sandiwara margo.margo kata dia gembira dapat baby ni...bla..bla..dia suruh s'go pegang anak dia.mula2 tu s'go tak nak sebab dia tak reti nak pegang budak sebesar tu.tapi margo pandai pujuk.s'go pun pegang jugak.masa tu le si margo mengendeng kat s'go.dia kata bibir dan mata baby macam bibir dan mata s'go...bla..bla..i dah tak kuasa nak ingat dia punya dialog...tapi yg i ingat margo nangis2 nak tarik perhatian s'go,dia kata masa nak bersalin tu punyalah sakit,hampir2 nak hilang nyawa...pot pet pot pet..tapi s'go tak kisah pun.buat dek aje...lepas tu s'go kata kat margo yg dia nak beli barang2 keperluan baby tu.tup tup si margo buat2 sakit perut.mula2 tu s'go nak panggil omaira..margo kata omaira tu bodoh,kau jelah tolong aku.nak tak nak s'go terpaksa papah margo naik atas katil.margo kata s'go,"tolong angkat kaki aku"..ceh...s'go pun terpaksalah jugak.lepas tu s'go pun blahlah...margo senyum puas..

6.margo cerita kat omaira ttg s;go.omairah kata,"kau ni tak serik2"margo jawab,"bukan aku tapi s'go"..lepas tu diorang berbual lagi.omaira ada kata yg lisa yg menjaga anak margo.margo pun melenting le..dia kata si lisa tu perempuan bodoh.margo nak jumpa lisa nak bagitau dia jangan sibuk2 nak jaga baby tu.

7.datuk bandar n ramai wartawan serta pemogok hospital berdiri kat depan pintu pejabat dr.serpa.dia kunci pintu dari dalam.datuk bandar suruh bukak pintu,tapi dr.serpa tak nak.kelakar betullah si serpa ni.dia bukan setakat kunci pintu tapi belakang pintu tu dia taruh kerusi meja biar depa tak dapat masuk.yg dia pulak bersinglet,berpeluh2...apa penat sangat ke angkat kerusi meja tu?datuk bandar suruh kakitangan hospital tu cari kunci pendua.akhirnya dapat bukak pintu.i malaslah nak cerita panjang lebar tapi ayat datuk bandar yg paling power ialah,"kau telah dipecat"semua org bersorak termasuk lisa.

8.lupa lak nak bagitau sebelum tu,lisa cerita dgn jacinto ttg s'go.diorang berbual2 tapi tak de yg interesting sangat cuma cerita pasal cinta pertama lisa n pasal s'go.

9.margo masuk bilik a'to.dalam bilik tu ada silvia n beba.haaa..part ni best bila singa betina jumpa dengan jembalang tanah,maka huru hara le jadinya.margo tanya silvia mana perempuan bodoh tu pergi(lisa).dia nak jumpa.silvia marah2lah.buat apa masuk bilik a'to...bla..bla..bla..sorry tak ingat...tapi yg ingat,silvia dah tak sabar2 nak terkam margo,yg kesiannya beba,macam nak melayang badan dia,bila nak leraikan diorang.tengah sedap bergaduh tu,jacinto masuk.jacinto tarik margo keluar dari bilik.margo marah2 jacinto,kenapa kau sibuk sangat?ini hal keluarga kami.jacinto kata yg dia tak peduli,dia tetap akan masuk campur.margo marah2.jacinto pun bukak le rahsia besar dia.dia kata yg dia adalah jacinto estrada dan dia tak akan biarkan anak2 dia diapa-apakan oleh margo.margo terkejut."apa,kan ayah diorang dah mati?"..jacinto kata,oh tidak ..aku masih hidup lagi!"..margo tak percaya,dia suruh silvia bagitau perkara sebenar sama ada org tua tu ayah dia ke tidak.silvia diam tak cakap apa2.lepas tu jacinto bagi amaran kat margo supaya dia bersiap sedia kerana dia akan usir margo keluar dari rumah tu,dia akan dapatkan balik hak penjagaan rumah tu.margo dah tergamam..

ok itu jelah yg i ingat.mintak maaf kalau tak memuaskan hati ye...

Posted on May 24, 2002, 12:04 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1