 






|
STORY
Daily
Summaries
January 23,
2002
summary
23 01 02
by chap
i terlelap
kejab time tengok mth tadi so i tulis takat mana yg i ingat je. sori la ye. tak dpt nak
elaborate. ngantuk dah la... 1.30am dah ni... member punya pasal...
1. a'sto still marah vicente. part ni masuk banyak part yg dah ada semalam
2. s'go kat atas katil ngan lisa. jgn tanya buat apa..... ermm.. ermmm
3. serpa masuk lab. marah delia and jaime. delia terus blah pi buat kerja dia. serpa
marah2 jaime pasai bill spital naik la, kakitangan masalah la, apa la, tu la, ni la... ni
pasai dia dah kena bribed la ni. lastly, serpa kasi surat dr atlanta kat jaime. sblm serpa
blah, dia kata anything pasal virus tu bincang dgn dia. jaime baca surat tu, org kat
atlantakata yg tu mmg virus baru, kat surat tu ada tulih: international emergency.
4. s'go + lisa tengah minum�. margo sampai. dia cakap through interkom bagitau s'go dia
nak naik. s'go cakap kat lisa yg ada org pejabat nak datang so s'go turun pi jumpak 'org
pejabat' tu. sampai kat lift, margo sampai. s'go tarik margo masuk lift balik, turun
bawah. kat bawah, s;go marah� margo sbb margo berani datang. diorang gaduh�. s'go
genggam penumbuk depan muka margo. margo cakap dia mmg nak rahsia kan kandungan tu tapi
bila barbara sekat dia tengah jalan hari tu, dia kena langgar motosikal, rahsia kandungan
terbongkar. s'go terkezut sebentar. s'go terus tarik tangan margo keluar. s'go panggil pak
guard, bagitau kat guard tu: ko tengok muka ni betul, kalau dia datang lagi, call
polis". margo pun marah2, kasi warning.
5. beba tengah jalan ngan mimi bila roberto sekat tengah jalan. bebab tried to run tapi
roberto halang, pujuk beba naik jip ngan dia. last2 mimi marah: jgn kacau beba, aku tau
apa hang buat kat beba, aku bagitau abg beba nanti kalau berani kacau lagi!". augusto
terus blah. beba bagitau mimi yg roberto tikam frans dulu. diorang terus jalan pi office
a'sto sbb nak sain borang pi lawatan. mimi kata biaq dia yg cakap kat a'sto. bila beba
masuk office, dia nampak paper 15 tahun dulu. beba baca, terkejut bila dpt tau mcm mana
ayah dia mati. bila a'sto masuk, beba soal a'sto... a'sto terkedu. abyishhhh..... sambung
sok. huarrgghhh!!!...hmmmmmmm...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Posted on
Jan 24, 2002, 1:43 AM
summary
23-1-2002 (wednesday)
by miss_u_all
1.Augusto
marah vicente ttg cadangan vicente yg nak gali semula kubur jacinto.vicente kata dia perlu
dapatkan kepastian.augusto "kepastian apa?".vicente:"kepastian yg mayat itu
adalah ayah kau atau bukan".augusto marah lagi "itu tak masuk di akal
langsung".augustto tak nak terima langsung idea vicente.
2.jaime masih lagi duduk di makmal dgn delia.Delia :"aku minta maaf sebab aku tak
dapat nak panggil kau jacinto".dr jaime senyum aje.Delia nasihatkan jaime supaya
jumpa anak2 dia dan jangan menyembunyikan diri lagi.dr jaime kata,dia tak dapat nak
bersemuka dgn anak2 dia.dapat rapat dgn lisa pun dah bagus.dia cakap :"bila aku
berada dengan lisa,aku dapat mengenali dirinya yg sebenar,dan mengetahui bahawa dia tu
seorang yg berguna.dr jaime cerita satu persatu ttg anak dia.mula2 cerita pasal augusto.dr
jaime :"bila aku lihat augusto menjaga adik2 dia,aku teringin sangat nak memeluk dia
dan ucapkan tahniah kerana dia telah jadi abang yg lebih baik dr aku sendiri".lepas
tu dia cerita pasal silvia.dia kata silvia sangat manja dgn dia.lepas tu diorang berbual2
lagi.delia nak cakap sesuatu pd jaime...mungkin dia nak beritahu jaime yg dia dah pergi
rumah anak2 dia tapi tiba2 je pengarah hospital masuk dan marah2.pengarah
hospital:"haa...baguslah kau dah datang kerja balik." pengarah tu membebel pasal
kakitangan hospital yg masuk kerja ikut suka hati.nak datang lewat,nak balik awal...dah
lepas membebel tu,delia keluar teruskan kerja dia.tinggal pengarah tu dgn dr jaime,dia
membebel lagi tapi dr jaime tak layan.dok termenung je..
3.margo marah2 pasal ernesto tak interested dgn cerita dia.margo kata "dia belum
tengok apa yg aku boleh buat".elsa pujuk2 dia.elsa kata,"kau jangan pedulikan
orang lain,kau buat apa yg kau rasa betul.margo jawab "hmmm...betul cakap
kau".elsa balas "terima kasih kerana dengar nasihat aku".margo kata
"bukan...bukan tu,apa yg kau kata tu betul,aku patut buat apa yg aku rasa
betul"margo terus blah meninggalkan elsa yg terkebil2.
4.lisa dok kat dapur...santiago datang n berkata"jangan beritahu aku yg kau sedang
memasak".lisa jawab"ini adalah versi yg ke 58 sandwich yg aku tahu
buat".santiago pun duduk dan makan sandwich tu.diorang berbual2.lisa kata dia tak
sanggup nak balik rumah dia.dia tak sanggup nak tengok muka augusto dan margo.santiago
kata "kau boleh tinggal di apartment aku".lisa: "tinggal di sini?"
santiago: "ye,kita boleh jumpa hakim,tanda tangan..bla...bla.."lisa kata cakap
memang le senang . diorang berbual2 lagi.lepas tu lisa kata dia sakit kepala.santiago nak
ambilkan ubat tapi lisa kata biar dia sendiri ambil.lisa tanya kat mana ubat tu.santiago
jawab,ada kat dalam bilik mandi dia.lepas tu santiago ada kata kat lisa,yg dia boleh ubah
apa2 kat apartment dia termasuklah diri dia sekali tapi lisa kata yg dia tak boleh ubah
diri santiago.then...lisa pun pergi ambil ubat,santiago sambung makan sandwich,sedang dia
makan,ada bunyi intercom.ayoyo...margo dah ada kat bawah.margo cakap "aku nak datang
jumpa kau".santiago tak sempat nak menjawab,maklumlah tgh mengunyah..mujur tak
tercekik.
5.lisa keluar dari bilik.lisa tanya siapa yg panggil.santiago bohong,dia kata dia tak
tahu...lisa tanya sama ada santiago tunggu seseorang.santiago kata dia tunggu panggilan dr
office.santiago dah kelam kabut dah.dia kata kat lisa yg dia nak turun bawah sebab nak
make sure tak ada org yg cuba menganggu dia.lisa nak ikut tapi santiago tak bagi.dia suruh
lisa dok diam2 sambil tu dia puji le yg lisa nampak cantik pakai baju kemeja dia.santiago
cepat2 keluar.dia tekan butang lif tu.pintu lif terbukak dah terpacullah margo kat dalam
lif tu tapi belum sempat maro keluar,santiago dah tolak dia masuk dlm lif balik.santiago
tarik tangan margo halau dia keluar tapi margo degil.margo kata "dengar apa yg aku
nak cakap dulu".margo ungkit pasal kandungan dia,pasal dia berjumpa dgn barbara n
lepas tu kena langgar motor n macam2 lagi tapi santiago tak nak dengar.dia heret margo
keluar.lepas tu santiago pesan dgn pengawal supaya cam muka margo,kalau nampak muka margo
ada kat situ,halau je..
6.fran masih lagi kat dalam truck.pemandu tu tanya pasal fran tindik telinga.apa ntah fran
jawab.dia dok terbayang2 kenangan dia bersama beba.
7.mimi dok pujuk beba supaya pergi lawatan tu tapi beba tak nak.beba cakap"buat apa
aku pergi ".mimi kata "kau berseronoklah ".beba balas :"tapi augusto
tak beri aku pergi".mimi "aku tahu augusto bagi,dia tak boleh kata tidak
punya" mimi kata kat beba yg dia sendiri akan cakap dgn augusto.tgh dia org berjalan
tu,roberto datang memintas diorang.roberto nak hantar beba balik tapi beba tak nak.roberto
halang jalan,beba pun sekejap ke sana kejap ke sini,lepas tu mimi pun melepaskan geram
dia."kau jangan ganggu beba,kau ingat aku tak tahu apa yg kau cuba lakukan pada beba
masa2 korang mula2 berjumpa..aku tak takut dgn kau,kalau kau cuba ganggu beba,rahsia kau
ni akan terbongkar"roberto pun blah lah dgn muka sakit hati.beba pun marah balik kat
mimi "kenapa kau cakap macam tu,roberto tu gila.dia sanggup lakukan apa sahaja dan
dia pernah menikam francisco" mimi terkejut "dia tikam francisco?" beba
"ye..dan dia menggugut aku,kalau aku bocorkan rahsia ni,keluarga aku akan terima
padah",mimi diam je.
7.silvia tgh tidur kepenatan.boss dia masuk.boss dia datang dekat dan merenung silvia yg
tengah tidur.boss dia cakap sorang2 dia suka tengok silvia dalam keadaan mcm tu
"boleh la aku cium kau...aku akan merobohkan tembok yg membelenggu hidup
kau..."lebih kurang mcm tu le dia kata.bila dia nak cium silvia,silvia
terjaga...lepas tu boss ajak silvia keluar lunch lagi tapi silvia tak nak..boss dia pun
tak memaksa.boss dia pesan pizza utk 2 orang.dia cakap lat silvia "macam ni lagi baik
kan,kita boleh teruskan kerja sambil makan ".silvia tak cakap apa tapi dia memang tak
suka.
8.elvira jumpa delia..dia kata dia minta maaf sebab terpaksa berterus terang dgn pengarah
hospital tu yg delia lambat datang kerja.lagipun pengarah tu masuk makmal dr jaime,dr
jaime pun tak de...tu pasal pengarah tu marah2.delia cakap apa ntah tapi dia marah le
elvira tu.elvira pun buatlah gaya mengadanya.
begitu le ceritanya....chap...sorry terpaksa cancel kontrak..jangan mare ye...
Posted on Jan 24, 2002, 1:39 AM |