sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 22, 2002

Today's Summary ( 220402 )
by BEBA

1. Cerita bermula dengan A'to sedang termenung di kedai kopi pada pagi tu..dia dok berfikir yang dia tak boleh putus asa kerana sudah banyak masa yang di korbankan sejak dulu..dia mengambil keputusan untuk mencari Margo.
Dia bangun dan terus berjalan...

2 Di rumah LIsa masih menunggu A'to di ruang tamu.Sylvia datang dan dia keberatan untuk pergi kerja"A'to tok balik lagih?" tanya Sylvia.LIsa hanya menggeleng kepala."aku tok sedap hati la nok gi ghijo"kata Sylvia lagi."mu keno gi khijo...kalu tidok mu kena pecat..lagi pun keada'e loni mu perlu khijo...tak apo la , aku ghoyak ko mu kalu ada berito"

3. Sylvia setuju pergi kerja ..mereka berpelukan seketika. Mereka setuju akan beritahu Vicente hal yang sebenar jika A'to tak balik - balik.

4. Lisa menelefon hospital iaitu bilik Beba dan bertanyakan jika A'to ada...tapi A'to tak ada.
Sebelum tu dia dah melihat jambangan bunga dan buah yang Gabriela / Barbara hantar untuk A'to

5. Barbara ke mahkamah..Santiago memberitahu peguamnya yang Barbara adalh bekas tunangnya..Ernesto marah kat Barbara kerana datang,,belum sempat marah banyak...tuan hakim datang....perbicaraan pun berlansung..

6. Carlos pergi jumpa Montero dan marah Montero kerana goda bini dia..Montero kata "aku tok buat"Carlos tak percaya , lalu berlakulah perang mulut hinggalah Carlos mendusyyum muka MOntero hingga berdarah.Pada masa ni tahap kebengongan Carlos sudah melebihi tahap dinasour.
Tetiba Slyvia masuk"Mu gilo ko apo Carlos" dan menarik Carlos Ke biliknya...dan mereka pun bertengkar..tapi aku tak ingatla dialog sebab aku benci biawak kat Carlos time ni.

7. Margarita sampai rumah makciknya dan acara sindir menyindir berlaku.

8. A'to akhirnya balik juga kat rumah...dia tengok ada jambangan bunga untuk dia dari Gabriela.
Lisa keluar bila dengar tapak kasut.
"mu gi mmano?"LIsa tanya..." merayau tak tentu hala" jawab A'to..."mana MArgarita ?" Lisa tanya lagi.Sambil mengeluh A'to jawab"aku tok JJumpo dio"
LIsa menceritakan segalanya...A"to frust nok mapuh dengar segalanya...dia mengamuk sakan"bakpo mu baru ghoyak loni"dia marah ko Lisa"aku tok seyy tengok mu frust" kata LIsa....

KOrang jangan ingat senang untuk lisa berathu..adengan ni saja ambil masa 20 min...
OKEY LA KALAU RAJIN AKU AKAN BUAT LAGI SUMMARY ESOK

Posted on Apr 23, 2002, 5:22 AM

 

thanks beba!
by aurora

nice job beba, dengan accent kelantannya! tak dapat nak imagine augusto kecek kelate
actually i ingat nak selit� kan jek mana� part yang terkurang, tapi tak reti nak selit tang mana, so i tulis laa semua. hope u don't mind ya!

cerita bermula dgn augusto termenung kat tepi jalan megenang nasib dia "aku takkan biarkan masa lampau memusnahkan hidup aku." dia mengeluh tentang dulu dia just budak 15 tahun yang terpaksa berkorban kerana kehilangan ayahnya. sekarang dia dah ada isteri dan anak yang bakal lahir "aku tak mahu kehilangan semua itu.."

lisa dok kat ruang tamu sambil minum "santiago, maafkan aku kerana tak dapat bersama kau pada saat ini.." silvia keluar, dia kata dia takmo pi kerja. lisa pujuk gak silvia pi kerja and kata,"kalau ayah bersama dengan kita tentu keadaan akan berbeza.." silvia kata kat lisa,"dia dah tiada, malah dia dah lama meninggalkan kita." silvia kata yang dia dah suruh josefina jaga anak� and left for work.

dekat court, barbara datang nak tengok perbicaraan. ernesto nampak barbara, then dia berbincang ngan galindez. then ernesto datang kat barbara,"apa kau buat kat sini? kau tak sepatutnya datang!" barbara jawab,"saya hendak melihat perbicaraan. semua orang dibenarkan melihatnya. selagi saya tidak dihalau oleh hakim saya akan tetap berada di sini!" santiago nampak barbara dtg. lawyer dia tanya siapa perempuan tu, santiago jawab "itu barbara, anak perempuan ernesto solis." lawyer dia kata kat santiago "sedarkah kau kes kau ni lebih kepada personal, bukan profesional?"

kat hotel, margo decide nak call makcik dia beritau dia nak datang. makcik dia pun terkejut,"kau masih ingat rupanya yg kau ada keluarga." margo jawab ya, makcik dia satu�nya keluarga dia, skang dia sedang hamil, and dia nak pi umah makcik. then margo ambil cab ke perhentian bas. kat dalam cab tu margo teringat pasal augusto,"aku akan selamat selagi lisa dan dan santiago tak bagitau apa� pada augusto!" margo recalls her childhood memory, camna makcik dia pernah dera dia, suruh dia jual anak patung, and bila balik, bagi hasil jualan pastu kene pulak pi cuci pinggan. margo sampai kat rumah makcik dia. "kau orang terakhir yang aku expect datang ke rumah aku. kau tak pernah datang sejak kau berkahwin." margo jawab dia sibuk melayan suami. makcik dia kata,"tentu kau datang ke sini bukan sekadar nak bagitau aku yang kau hamil. adakah suami kau meninggalkan kau?"

kat rumah loceng berbunyi. lisa berlari keluar dengan robe, tapi josefina dah buka pintu. "siapa? augusto dah pulang?" josefina kata tak, ada flower delivery. lisa ambil kad dekat bunga tu, it's for augusto. lisa baca kad tu "gabriela?"

frans pi bengkel utk mulakan kerja baru. tauke bengkel tu tanya dia tentang car parts, frans kata yang dia tau sikit� "aku tahu skru perlu dipasang ikut arah jam dan dilonggarkan ikut lawan jam, tapi aku bersedia untuk belajar. aku benar� memerlukan kerja ni. aku perlu duit untuk mencari harta karun aku.." tauke tu hairan,"harta karun?" frans jawab,"maksud aku impian aku." tauke to explain kat frans yang penting dlm perniagaan dia ialah memuaskan hati pelanggan. kalau pelanggan tak puas hati mereka akan lakukan kerja sampai pelanggan puas hati, walaupun terpaksa kerja lebih masa. "kau faham?" frans mengangguk.

carlos datang pejabat silvia. receptionist tu kenal carlos as silvia's husband and nak panggil silvia. "aku hendak jumpa dengan encik montero." receptionist tu suruh carlos duduk dulu tapi carlos jawab dia lebih senang berdiri. then montero keluar, hulur tgn nak salam tp carlos tak sambut. dia ajak carlos masuk ofis dia. montero kata kat carlos,"aku di sini menjual impian. kau juga seorang pencipta, pemain boneka kalau aku tak silap?" carlos went straight to the point, dia kata tak perlu montero sindir dia. "kenapa kau goda silvia? wanita yang dah ada dua anak?" montero cuba jelaskan,"silvia.." carlos menyampuk,"silvia? kenapa 'silvia'? kenapa kau tak kata 'isteri kau'? jangan lupa yang silvia masih isteri aku!" montero bagi penjelasan dia, but carlos naik angin and tumbuk pipi montero, berdarah bibir. diorang terus bertengkar. "kau jangan fikir aku tak tahu apa yang kamu lakukan kat pulau tu! kau ambil kesempatan terhadap keadaan silvia!" montero kata,"kenapa kau tak minta silvia sahaja terangkan!" diorang terus bertengkar.

kat luar, silvia baru sampai ofis. dia tanya receptionist pasal montero. receptionis tu kata montero ada kat dalam. silvia kelam kabut,"tentu dia dan bersedia untuk pembentangan tu!" receptionist kata,"tapi.." silvia angkut barang� dia,"aku perlu jumpa montero, tentu dia sedang menunggu aku!"

carlos dan montero masih bertengkar. tiba� silvia masuk. "carlos? apa kau buat kat sini?" silvia nampak bibir montero berdarah. carlos cuba serang montero lagi tapi silvia halang. "kenapa kau menyebelahi lelaki ni?" silvia tarik tangan carlos suruh keluar. sebelum keluar carlos sempat warn montero "ingat, isteri orang adalah larangan!"

kat luar ofis montero, silvia minta carlos explain apa yang dia buat tadi. diorang bertengkar. carlos kata,"ini yang kau nak bukan? kau mahu bersendirian!" carlos terus menyalahkan silvia. silvia cuba explian,"bagaimana aku nak buat kau faham ini semua pasal kerja?" carlos jawab,"kerja? ya puan eksekutif, dan kau mahu semua orang ikut kata kau?" silvia kata dia tak buat hubungan ngan montero dan bukan dia yang buat hubungan ngan mariangel, dan carlos telah benarkan dia kerja. carlos kata,"ya, aku telah benarkan , dan aku percaya kau tak buat hubungan ngan dia, tapi adakah dia cuba menggoda kau?" silvia diam. "ya bukan?" carlos kata yang dia masih suami silvia and wouldn't allow anything to happen between montero and silvia "aku takkan benarkan sesiapa mempersendakan aku!"

kat court perbicaraan bermula. santiago mengaku tak bersalah atas kematian buruh kat tapak binaan. galindez mulakan bahasnya. "di solis enterprise ada dua pemegang saham utama iaitu ernesto solis dan santiago ortega. pembinaan pusat membeli-belah itu dikendalikan sepenuhnya oleh ir ortega dan en solis tidak tahu apa� tentangnya.." santiago bentak,"bohong! ernesto solis tahu semuanya!" judge ketuk hammer dia, kata yg giliran santiago beri keterangan akan tiba, and suruh santiago duduk. galindez teruskan keterangan, kata yang santiago rosakkan hospital dengan sengaja utk projek pusat membeli-belah yg besar tu, santiago raih keuntungan dgn beli bahan binaan murah and bunuh pekerja binaan dgn memukul dia dgn kayu reput dan curah dengan simen. galindez selesai, peguam santiago pulak berbahas, "anak guam saya telah dianiaya sehingga nampak seperti dia bersalah. ernesto solis sendiri telah menawarkan tanah utk bina pusat membeli-belah tu, maka dia tahu segala yang berlaku. sebenarnya apa yang terjadi adalah berkaitan dengan cinta. ya, cinta. santiago ortega telah memutuskan pertunangannya dengan barbara solis, anak perempuan ernesto solis. dan ini adalah satu balas dendam!"

augusto sampai kat rumah, nampak bunga utk dia and baca kata� yg ditulis oleh 'gabriela'. augusto teringat yg dia jumpa 'gabriela ' kat hospital. lisa keluar dr bilik, tanya whether augusto dah jumpa margo. augusto kata margo adalah nyawa dia. lisa kata no. augusto kata dia tahu lisa tak suka coz margo halang perkahwinan lisa, lisa kata it's not that. augusto cakap,"baiklah kita andaikan margarita telah tersilap tentang santiago, tapi dia berniat baik utk kebaikan kau juga!" augusto kata margo tinggalkan rumah kerana dia berasa diketepikan. lisa kata,"ia bukan begitu! aku tak tahu bagaimana nak bagitau kau.." augusto tanya,"adalah kerana kau dan silvia berselisih dengan margarita? lisa, kau perlu faham margarita menderita sewaktu kecil. dahulu kau yang paling memahami aku, dengan satu pandangan kau boleh memahami aku. kenapa sekarang tak begitu?" lisa menangis dan jawab,"aku minta maaf, hidup ini tak adil pada kau, dan aku yang terpaksa bagitau kau.." augusto tanya minta maaf kenapa? bagitau apa? lisa kata kat augusto, kerana margo laa lisa lari dr perkahwinan dan sanggup ketepikan cinta pd santiago, and margo halang perkahwinan lisa bukan kerana barbara solis. augusto tanya apa maksud lisa. lisa kata,"augusto, pernahkah kau meragui margarita?" augusto marah lisa ckp camtu. lisa kata lagi,"pernahkah kau sangka dia ada hubungan dengan lelaki lain? setelah berkahwin dengan kau? kau sendiri bagitau aku yg dia pernah minta diceraikan.." augusto marah lagi,"no! aku tak percaya!" lisa jawab,"ia benar, kerana ia telah berlaku.." augusto mengamuk dan kata dia tak percaya, and tak sangka margo akan buat begitu. lisa jawab yg semuanya benar, "dan aku tahu lelaki yang buat hubungan dengan margarita.." augusto hairan, kau tahu? lisa jawab,"lelaki yang buat hubungan dengan margarita ialah santiago.." augusto bertambah berang,"santiago? aku tak sangka.." lisa cepat� bagitau yg santiago tak tau margo telah berkahwin. augusto kata,"tak mungkin santiago tak tahu! margarita menjual bahan binaan di syarikat itu, semua orang, penyambut tetamu, setiausaha malah ernesto solis mengenali margarita!" lisa backing santiago,"santiago memang tak tahu margarita telah berkahwin. kau ingat tak masa santiago datang makan malam bersama kita, sebaik sahaja dia nampak margarita dia terus tak lalu makan dan bercakap, kemudian terus pulang. dia tak sangka margarita sudah berkahwin!" augusto kata dia tak sangka margarita buat camtu, dan dia seperti org bodoh menerima kehadiran santiago. "kenapa baru sekarang kau bagitau aku? kenapa kau sanggup melarikan diri daripada bagitau aku dulu lagi?" lisa jawab dia tak bagitau kerana margo hamil, dan augusto sangat mengharapkan anak tu. august kata,"aku tak sangka margarita melakukannya, dan sekarang dia sedang mengandungkan anak aku.." lisa nangis and jawab apa yang dia nak bagitau kat augusto lepas ni adalah lebih sukar, dan dia tak sangka that dia yang perlu bagitau augusto perkara ni. augusto tanya apa lagi yang aku nak bagitau aku? lisa terus menangis, but at last she got her courage,"augusto..sebenarnya anak yang dikandung margarita bukan anak kau.. ia anak santiago.."

Posted on Apr 23, 2002, 12:29 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1