 






|
STORY
Daily
Summaries
February 22,
2002
summary
22-2-2002
by kamilia
1.santiago
cakap pasal kejujuran.ernesto meradang gila.dia kata siapa santiago yang nak cakap pasal
kejujuran dan kebenaran.dia sendiri tak jujur.ernesto ungkit pasal s'go bertunang dgn
barbara,lepas tu buat hubungan sulit dgn margo.lepas tu nak kahwin pulak dgn adik ipar
margo.s'go jawab balik,dia kata perbincangan ni tak ada kena mengena dengan hidup peribadi
dia.dia bincang pasal kes hospital.ernesto kata memang ada kaitan sebab s'go menjejaskan
perniagaan dia.diorang bertekak la sampai s'go buat keputusan nak letak jawatan.dia bagi
amaran kat ernesto "aku beri jaminan bahawa kau tidak akan mencemarkan nama baik
aku".lepas tu dia keluar,masuk bilik dia dan kemas barang.lepas tu keluar balik,suruh
elsa kemaskan semua barang2 dia.nanti dia akan suruh orang lain ambil barang2 dia semua.
2.augusto tak puas hati.dia cakap kat vicente yg dia nak jumpa s'go jugak.vicente tak
dapat nak menghalang.a'ugo pergi apartment s'go.dia tunggu kat bawah sampai s'go
balik.bila s'go tiba kat bawah,augusto terus tanya dia apa yg dah berlaku antara dia dan
lisa.s'go kata tak elok cakap kat tengah jalan.dia ajak a'uto naik atas apartment.a'uto
ikut.sampai kat apartment,a'uto tanya lagi.s'go seboleh2 cakap dia tak tahu.a'uto tak puas
hati.dia desak s'go supaya cakap hal yg sebenar.s'go kata "kenapa kau kata aku yg
jadi puncanya.mungkin orang lain.mungkin ahli keluarga kau sendiri."a'uto kata
"siapa?adakah kau kata margarita?kalau kau nak tuduh dia,baik kau lakukannya
sekarang!" s'go cuba nak mengelak.dia beriya2 kata yg dia tak tahu sampailah a'uto
cool down.last sekali a'uto bagitau s'go yg lisa ada telefon.s'go tanya bila?apa dia
kata?a'uto jawab yang dia tak tahu.apa yg lisa cakap dia berada jauh dan dia tak akan
balik.sebelum a'uto balik,s'go pesan kat a'uto kalau lisa telefon beritahu dia.lepas tu
s'go dok kat kerusi teringat-ingat kata a'uto yang lisa tak akan balik...keluarlah air
mata lelakinya....alamak...sedih pulak akak.menangis betul balak sorang ni...nampak mata
dan hidung merah...
3.lisa dah balik ke misi.lepas tu dia jumpa dgn budak indian tu(hilaria).hilaria ajak lisa
ke satu tempat.(gereja).hilaria kata "ada satu keajaiban yang berlaku".hilaria
pergi kat balang air tu dan ambil cincin dalam balang.hilaria nak bagi lisa tapi lisa kata
"kau yang jumpa,kaulah yang punya"..hilaria"aku tak muat,aku nak tengok kau
pakai,lagipun aku jumpa cincin sejak kau datang ke sini.".dia pun sarungkan cincin tu
ke jari manis lisa."cantik kau pakai.cincin ni seolah2 di buat untuk kau,kau pakailah
cincin ni,ia akan melindungi kau".lisa pun terpaksa pakai.lepas tu dia balik
bilik.lisa cakap sorang. "kalaulah kau tahu aku yang letak cincin tu.....tapi apa
bezanya,tentu dia kecewa kalau aku tak pakai cincin ni..."lisa senyum dalam
tawar,lepas tu dia duduk kat katil,teringatkan santiago."kenapalah aku tak boleh
melupakan kau,santiago..."dia teringat masa s'go sarungkan cincin masa kat dalam
kolam renang.
4.margarita mengadu kat umairah pasal dia bergaduh dgn s'go."tengok ni tangan aku
lebam,macam nak tercabut tangan aku".umairah macam biasalah nasihatkan margo..dia
kata margo ni patutnya buat s;go jatuh cinta dgn margo,bukan setakat jadi teman tidur
je."sattu kesilapan besar kau ialah kau menunjukkan pada dia sikap kau yg memandang
pada kebendaan".diorang berbual2 lagi.lepas tu diorang pergi shopping.margo tengok2
baju hamil,semuanya tak berkenan sampaikan penjual tu tanya margo nak beli baju ke
tidak.umairah yg pilih baju dan bagi kat penjual tu.margo marah2..umairah kasi
nasihat...yg i ingat dia kata "kau kena alihkan perhatian a'uto terhadap anak
ni.supaya dia tak fikirkan lagi pasal lisa,sebab rahsia pertama yang akan terbongkar
adalah rahsia kau"...
5.margo balik rumah.dia membebelkan umairah...lepas tu dia telefon elsa.tanya s'go ada
tak...elsa kata yg s'go dah keluar,yang datang a'uto.margo terkejut.dia tanya a'uto jumpa
s'go ke?elsa kata "tak, tapi dia jumpa ernesto,mereka berbual dalam bilik.agak lama
jugak diorang berbual,tapi aku tak diorang berbual pasal apa".margo pun dah gelisah
semacam..."apalah yg ernesto bagi tahu kat a'uto..."
6.vicente telefon dr.jaime tapi tak ada jawapan.vicente tak puas hati,so dia sarungkan
kemeja dia dan keluar pergi hospital.sebelum tu dia ada cakap yg dia buat ni adalah untuk
angela(mak family estrada)sampai dekat makmal,dia ketuk pintu dua kali tapi tak de
jawapan.vicente duduk kat kerusi,dia nak tunggu sampai dr jaime balik.sambil tu dia
bacalah paper....dr jaime pun sampai kat hospital.delia sambut dia..."macam mana dgn
persidangan kau?"..dr jamie kata semua ok.dia kata kalaulah lisa ada ikut dia bersama
ke persidangan tu..delia pujuk2 dia..lepas tu dr jaime pun pergi ke
makmal...jeng...jeng...jeng...dr.jaime on his way nak gi makmal,tapi tiba2 terhenti,dia
cari kunci kat poket seluar dan baju,tak de pulak...dia hampir2 nak pergi dr situ tapi tak
jadi,dia cari kunci kat dalam beg...aha!!jumpa...masa tu vicente dok baca paper.dia angkat
paper tu tinggi2,jadi tak nampaklah muka dia.dr.jaime lintas depan vicente dan menuju ke
pintu makmal.masa dia nak bukak pintu tu,vicente panggil...doktor!...dr.jaime
menoleh...maka terkejutlah kedua2 orang tua tu....JACINTO!!!!habis!!!
Posted on
Feb 22, 2002, 6:14 PM |