






|
STORY
Daily
Summaries
May
20, 2002
Summary
Hari Isnin (200502)
by Nyonya
Here
we go.........
1. Seperti biasa ulang tayang ending scene hari Jumaat.
2.Vicente tanya Jaime apa reaksi anak 2nya bila mendapat tahu cerita
sebenar..Jaime kata dia hanya boleh tunggu sahaja sebab mereka tak
tunjukkan excitement bila tahu pasal ayah mereka especially Sylvia the
General.
3.Ke3 wanita yg dibiarkan berbincang dlm bilik Agusto terus berdiskusi
pasal pengakuan Jaime. Sylvia masih ketegaq tak mau terima ayahnya semudah
itu selepas penderitaan yg ayahnya dah put them through for the past 15
years..dia asyik membebel pasal sifat tak bertanggung jawab Jaime kerana
baginya once u r a parents..u will never leave ur family come what may.
4. Lisa nampak macam tak setuju ngan Sylvia sebab baginya Jaime mungkin
ada sebab tersendiri mengapa dia meninggalkan mereka. Lisa sebut pasal
cerita Delia yg dia menemui Jaime di pusat pemulihan (pusat pemulihan apa
tak pulalah I tau) dlm keadaan sakit dan hilang ingatan. Cepat Sylvia
menyanggah kerana katanya bolehkah dia percaya cerita orang seperti
itu..Lisa pun merujuk kepada perbuatan Sylvia sendiri yg menyerahkan
kembarnya kepada Carlos bila dia ditimpa masalah. JAwab Sylvia..dia tak
akan tingalkan anak2nya terus dengan CArlos , hanya utk sementara saja
sehingga all masalah selesai..bukan seperti ayahnya yg terus hilang tanpa
berita bila berhadapan dengan masalah...ceh..cakap dia jugak yg
betul..anyway sejak bila Sylvia terima cakap orang lain..dia hanya lembut
lutut bila berhadapan ngan Jorge Ignacio Montero..
5. Beba pulak bagitau kakak2nya yg dia dapat tahu dr Agusto yg semasa
kereta ayahnya ditemui dlm kemalangan terdapat sebotol arak dlm kereta tu.
Mayat tu bukan mayat Jaime tapi botol arak tu memang Jaime yg punya.
Kedua2 kakaknya tak tahu pasal ini sebab Agusto rahsiakan daripada mereka.
Diapun tahu sebab dia ternampak dan terbaca paper yg siarkan pasal
kemalangan itu di pejabat Vicente.. Jadi cerita JAime yg dia sakit sebab
ketagihan alkohol tu mungkin benar..sebab tu dia tak muncul2 setelah
sekian lama.Adalah tidak adil bagi Sylvia utk menilai Jaime tanpa
mendengar penjelasan drnya dahulu. Dlm keluarga mereka dia yg sepatutnya
rasa tertipu dan dikhianati sebab ayahnya tak tahu langsung tentang
kehadirannya sedangkan mereka yg lain sekurang2nya pernah merasa kasih
sayang Jaime walaupun sekejap..dia apapun tarak rasa...tak terjawab dek
Sylvia ayat power Beba ni. Jadi bila ayahnya muncul kali ini dia tak mahu
ayahnya lepas lagi..dia tak mau ditinggalkan lagi..so dia akan pergi cari
ayahnya..
6. Lisa berbual ngan Rubi tentang penderitaannya dan masalahnya yg telah
bertambah. I pun tak berapa nak ingat scene ni sebab bosan ngan falsafah
Lisa tentang kemanusiaan dan penipuan..asyik2 dok ulang ayat tu..tapi ada
Lisa sebut tentang memberi peluang kedua kepada orang yg dah pernah
berbuat salah..siapa dia untuk menilai orang lain..sebab tiada manusia di
dunia ini yg sempurna..
7. Lisa melawat baby Margarita yg tak mahu berhenti menangis. Jururawat
bertugas beritau yg baby ni tak berhenti menangis dan tak mau menyusu.
Jadi, Lisa pun dokong baby dan dodoikan..lagu apa jangan tanya I..tanya
Fauzi..maybe dia faham apa Lisa nyanyi.. Baby pun senyap di pangkuan Lisa
dan Lisa cuba nak bagi susu botol pulak..esok kita tengok samada baby nak
menyusu atau tidak .
8.Ernesto, cAnibal dan peguam botak berbincang perkembangan terbaru
tentang Barbara yg akan beri keterangan menentang mereka..Pening kepala
mereka macamana nak elak perkara ni sebab mereka tak mau meringkuk di
penjara..yg best tang scene ni ialah bila cAnibal kena pelempang sebijik
sebab menyebabkan kematian Isabel. Walaupun cAnibal kata dia tak bunuh
Isabel tapi Ernesto kata Isabel terjatuh sebab takut dengan cAnibal.
cAnibal telah takutkan Isabel dengan tunjukkan pistol Ernesto yg cAnibal
curi,kalau cAnibal tak kejar tentu Isabel tak lari, kalau Isabel tak lari
tentu dia tak jatuh tangga, kalau dia tak jatuh tangga tentu dia tak
mati..do u get the link here???..
9.Margo yg dah sedar minta Omaira beritau Santiago yg dia sekarang sudah
bergelar ayah..Santiago mesti diberitahu sebab dia tak mau jaga baby tu
sorang2.Omaira suruh Margo insaf sikit, mulakan hidup baru , beri kasih
sayang pada baby..tapi margo tak mau..bagi susu kat baby pun dia tak
mau..dia suruh bawak baby jauh2 darinya..dia tak mau tengokpun rupa baby
tu macam mana.Tapi muka Santiago dia nak tengok..kalau dia terpaksa
merangkak untuk ke penjara beritau Santiago dia sanggup..kuat benor cinta
minah ni.
10. Pengawal penjara bagitau Santiago yg ada pompuan talipon bagitau yg
Santiago sudah menjadi ayah..terkejut mamat ni menerima berita
ni..Kemudian peguam Origami pun datang beritau yg Barbara sudah setuju
untuk beri keterangan menetang Solis Entr. DIa suruh Santiago yakin pada
dirinya yg dia akan bebas tak lama lagi.. Ironicnya..kata SAntiago,
kebebasannya kini bergantung kepada orang yg pernah dilukai hatinya dahulu.
11.Jaime ntah berada di mana ntah. Kejap2 nampak rehat kat taman, kejap
nampak macam kat terminal bas..tapi yg pasti dia tak ada kat rumah atau
kat hospital, ada macam announcement suruh penumpang naik bas yg dah nak
bertolak..tak tau mana dia pergi..bawak diri lagi ke..sorry ya..i tak
detail yg ni.
12. Beba balik kerumah mencari ayahnya. Dia panggil papa..papa tapi tiada
sesiapa dirumah, dia pun keluar mencari sebab tak mau ayahnya hilang lagi.
Di luar terserempak ngan Roberto..Beba lari lagi sambil kata jangan ganggu
aku. Balik kerumah, bertemu Delia dan Delia sangat gembira mendengar Beba
panggil papa..Delia pun cerita kat Beba bagaimana dia jumpa ayah Beba kat
pusat pemulihan.
13.Barbara datang melawat Agusto. Dia minta kebenaran dr Sylvia utk
bercakap sendirian ngan Agusto.DIa introduce dirinya sebagai BArbara
Solis.Sambil pegang tangan Agusto Barb pun ceritalah tujuan dia datang
jumpa Agusto dulu..dia sebenarnya nak ceritakan tentang kejahatan
MArgarita yg cuba nak pisahkan dia dan Santiago, tentang MArgarita
memberitahunya tentang bayi yg dia kandung..so on n so forth..tapi bila
berjumpa Agusto di kafe hospital, dia tak jadi memberitahu Agusto. Kerana
Agustolah dia berubah dan melihat dunia dr perspektif lain. Barb juga
beritahu Agusto tentang kematian Isabel. Dia juga beritahu Agusto yg dia
nampak apa yg sebenrnya terjadi semasa pergaduhan Agusto ngan Santiago di
tapak pembinaan. Canibal yg telah memukul belakang SAntiago masa Santiago
cuba selamatkan Agusto.. Santiago baik orangnya..dia tak sepatutnya masuk
penjara.BArb beritahu Agusto yg dia sanggup bagi keterangan untuk
membebaskan Santiago. Bila Barb nak balik, Agusto genggam tangan BArb
macam bagi isyarat suruh cerita semua kat mahkamah..Barb seronok bukan
main dan bagi kiss kat dahi Agusto sebelum balik.
14. Di luar bilik, BArb bertemu ngan Lisa, Vicente dan Sylvia yg sedang
menunngu di luar..siap ada polis escort lagi.Barb pun bagitau yg dia nak
bercakap sikit ngan Lisa. Lisa tanya kenapa..BArb bagitau yg Santiago tak
bersalah dan dia berjanji yg Santiago akan dibebaskan..wait n see..Bila
Barb dah pergi, Lisa tanya Sylvia macamana BArb boleh ada kat situ. Sylvia
bagitau yg BArb datang melawat Agusto..mungkin mereka kenal, lalu Vicente
pun explain yg BArb pernah datang ke pejabat mencari Agusto. Dia pernah
tinggalkan nombor telefon dan mungkin dr situ mereka berkenalan. Lisa pun
heran, kenapa Barb bagitau yg Santiago tak bersalah..dlm hati Lisa
berkata..BArb masih mencintai Santiago..aduhai..serkap jarang lagi..
Thats all for today.
Posted
on May 20, 2002, 10:21 PM |