 






|
STORY
Daily
Summaries
February 20,
2002
summary
20 -2-2002
by kamilia
1.anibal
jumpa lisa.anibal nak berkawan dengan lisa tapi lisa tak nak.alasannya anibal mengingatkan
dia pada santiago dan juga barbara.anibal pujuk2 lisa.lisa tetap dengan kata2 dia.dia kata
dia tak nak jumpa anibal lagi.anibal cakap sekurang2nya bagi lah dia temankan lisa ke
pusat kesihatan.lisa pun setuju.masa dalam perjalanan ke pusat kesihatan,ada seekor ular
dok berlingkar kat atas tanah.bila lisa lalu je,ular tu pun patuk lisa.aiseh..teringat
pulak kata orang tua-tua,kalau dipatuk ular,tandanya nak dipinang anak raja,tapi akak rasa
lisa bukan kena pinang anak raja,tapi anak monyet..hehehe..siapa lagi kalau tak si anibal
tu...so lisa pun dah meraung kesakitan.lisa suruh anibal masukkan ular tu dalam beg,nak
ditunjukkan pd dr.fonseca.anibal pun buatlah,lepas tu anibal dokong
lisa..alamak...romantiknya...macam ni akak pun nak..mana tahu arjun rampal dokong
akak..hehehe..bila dah sampai ke pusat kesihatan tu,ada misi yg kerja kat situ panggil
dr.fonseca.dr fonseca bagi ubat penawar kat lisa.lisa pun ok dah...anibal cakap kat
lisa..."kau berhutang dgn aku"..lisa "jangan kau beritahu aku yg
pertolongan kau tu kerana nakkan sesuatu dari aku."...anibal"aku cuma buat lawak
je"..lisa.."lawak kau tu pelik.walaubagaimanapun aku ingin ucapkan terima kasih
pd kau".anibal senyum je..dia kata bila2 masa dia akan membantu lisa.
2.augusto suruh margo berhenti kerja.mula2 tu margo tak nak.sebab nanti dia tak ada duit
nak beli baju,membeli belah dan lain2.augusto bagi duit kat margo.dia tanya
"cukup?" margo jawab.."sudah tentu cukup".tapi bila augusto
keluar,margo bersungut "duit banyak ni manalah cukup..bla..bla.."
3.augusto keluar dengan berhasrat nak jumpa s'go.dia pergi ke pejabat s'go tapi s'go tak
ada.elsa yg ada.elsa kata dia akan tinggalkan pesanan untuk s'go tapi augusto kata
"tak apalah,biar aku tunggu kat sini".beberapa minit dia tunggu,s'go tak balik2
jugak.so augusto kata kat lisa yg dia nak baliklah...masa nak balik tu,ernesto keluar dari
office dia,dia nampak augusto,dia ajak orang tu masuk bilik dia.augusto kata dia nak jumpa
s'go.diorang berbual2 pasal margo,lepas tu pasal barbara n last sekali pasal lisa.ernesto
baru dapat tahu yg lisa tu adik pada augusto.
4.s'go pergi jumpa dr.gustavo di hospital.dr.gustavo bawak s'go ke tingkat 6,tempat
berlaku keretakkan tu.dr.gustavo cerita pasal notis yg dikeluarkan oleh inspektor.kenapa
cepat sangat keluarkan notis,sepatutnya kena buat banyak penelitian sebelum keluarkan
notis.s'go mengiayakan.dia nak tengok laporan tu.lepas tu dia pi jumpa serpa.serpa masa tu
tengah gaduh dgn jururawat(elvira) buah hati dia.elvira paksa serpa kahwin dgn dia.manalah
tahu besok bila dia kehilangan kerja,serpa akan menjaga dia.tapi serpba tu acuh tak acuh
je..lepas tu sekretari kat luar call,cakap s'go nak jumpa.s'go pun masuk dan tanya serpa
pasal laporan tu.mula2 tu serpa tak nak tunjuk.s'go cakap salah ke kalau dia nak
tengok.serpa pun bagilah laporan tu.dia kata dia akan cari punca sebenar sebab dia tak
mahu rasa bersalah disebabkan keretakan hospital tu.
5.ruby jumpa dgn s'go,dia cakap kat s'go yg lisa selamat.s'go kata "mcm mana kau
boleh tahu sedangkan kau sendiri tak bercakap dgn dia?"ruby kata dr jaime yg
bagitau.s'go nak jumpa dr.jaime tapi ruby tak bagi.dia cakap kalau kau jumpa dr jaime
pun,dia tak akan bagitahu lisa kat mana,dengan aku pun dia tak nak bagi tahu.
6.umairah datang jumpa margo kat rumah.margo cakap kat umairah yg dia akan serahkan anak
dia pd augusto suruh augusto bela anak dia tu.dia malas nak bertanggung jawab.dia kata
anak yg dikandung ni menyusahkan dia sebab dia muntah2,baju pun banyak yg dah tak
muat.umairah kata yg margo akan tinggal kat rumah tu selama hayat dia.margo kata "kau
dah gila aku tak nak duduk rumah kotor ni sampai tua,bersama2 dgn adik2
augusto"..umairah kata "kalau kau bagi anak ni kat augusto,maknanya kau ada hak
ke atas rumah ni.."margo terdiam.
7.augusto slow talk dgn carlos mengenai hubungan dia dgn silvia.carlos kata hubungan dia
tak baik...bla..bla..lepas tu carlos kata dia tengah tunggu peluang untuk menjadi
penulis.augusto pun bagi kat dia mesin taip lama.carlos cuba try mesin tu,masih boleh
dipakai lagi.akak suka betul tengok carlos ni,sebab apa,dia sentiasa ceria n tersenyum
walaupun terpaksa jaga anak2 dan rumah.akak nak bagi anugerah suami mithali pada
dia..tahniah..
8.silvia datang pejabat.masuk bilik jumpa mak nyah kepala botak tu.mak nyah tu kata yg
silvia kena pergi pulau carribean dgn ignacio sebab dia kena buat pembentangan.silvia
marah...aku heran betul tengok silvia ni..marah menggila kat mak nyah tu buat apa...pelik
betul,dah tak nak pergi tu sudahlah jangan dok terjerit2...pergi jumpa ignacio tu cakap
terus terang.
9.fran kejutkan beba bangun.dia kata ada kerja yg perlu dibuat.beba masih dengan gaya
gatalnya...baru bangun tidur dan suruh fran cium dia...aisey....
rasanya ni jelah...kalau ada yg tertinggal tu harap ada orang boleh sambungkan..
Posted on
Feb 20, 2002, 5:57 PM
tambahan..
by Shaza
scene semasa
Augusto bagi duit kat Margarita..
lepas Margarita cakap sonsorang "..mana cukup.." tu..dia sambung lagi,
"kalau bersama kau, mesti aku dpt lebih byk dr ini.." heeeiii.. ingat Santiago
lagi dia nii...
p/s: kak kamilia, anugerah over-acting = Silvia !!
Posted on
Feb 21, 2002, 8:44 AM |