sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 19, 2002

summary 190402
by aurora

lisa and silvia kat dapur. silvia pujuk lisa supaya tak bersedih ngan pemergian margo. lisa tetap nangis and kata yg silvia tak mengerti keadaan sebenarnya. then lisa lari pi ruang tamu. silvia ikut. silvia tanya lisa "kenapa kau larang margo dari pergi? porque??" lisa terus menangis. silvia gesa lisa bagitau sebabnya. akhirnya lisa jawab,"sebenarnya.. margarita dan santiago pernah menjadi sepasang kekasih.." lisa terus menangis. silvia terkejut,"tak mungkin!" lisa kata that's the truth and lisa dapat tahu perkara tu pada hari perkahwinan dia dgn santiago. silvia pun nangis,"itulah sebabnya kau meninggalkan majlis.. tergamak margarita buat begitu kepada augusto! augusto telah layan dia seperti seorang permaisuri.. dan kini dia sedang mengandung.. dan dia cuba pisahkan augusto dari anaknya.." lisa jerit,"tidak!" silvia hairan,"tidak? apa maksud kau dengan tidak?" airmata lisa makin laju,"tidak.. yang dikandungnya bukan anak augusto.. ia anak santiago.." silvia bertambah terkejut,"tak mungkin! tergamak santiago.." lisa cut her words,"santiago tak tahu yang margarita sudah berkahwin. ia berlaku sebelum aku mengenali santiago." silvia kata mungkin tu semua helah margo to turn their lives upside down. lisa jawab,"tidak, santiago telah buat ujian dna.. bayi itu memang anak santiago.." both sisters hanya mampu menangis. silvia kata kat lisa,"hai lisa.. bagaimanalah kau dapat menanggung semua ni tanpa memberitahu sesiapa apa� pun.." lisa jawab,"silvia.. augusto adalah abang aku.. dan santiago merupakan satu� nya lelaki yang berjaya menggembirakan aku.. tahukah kau betapa beratnya bagi aku??" silvia peluk lisa "augusto perlu diberitau perkara sebenar.."

santiago ngan augusto kat pizzeria. santiago kata kat augusto yang adik� dia patut diberitahu tentang bapa mereka, tapi augusto berdegil. dia minta santiago hantar dia pulang. on the way back santiago kata kat augusto,"aku minta maaf di atas keterlanjuran aku." augusto tanya santiago kenapa pula nak minta maaf, ini pasti tiada kaitan dgn apa yg diorg bincangkan tadi. santiago kata,"takda apa�. aku cuma mahu minta maaf sekiranya aku melukakan hati kau tanpa kau menyedarinya.."

augusto balik rumah. lisa ngan silvia kelam kabut,"pasti augusto sedar ketiadaan margarita! apa patut kita buat?" diorang cepat� lap air mata. augusto masuk and menuju ke bilik. lisa panggil augusto,"bagaimana perbualan kau dengan santiago?" augusto bagitau yg it went well. lisa tanya,"adakah kau rasa lega sekarang?" augusto hairan,"ada apa� yang berlaku?" lisa dan silvia jawab takde, so augusto terus ke bilik. dia panggil margarita.. takda jawapan. ketuk pintu bilik air.. pun takda jawapan.. malah takda org. "dia sudah pergi.. margarita sudah tinggalkan rumah ini!" augusto keluar ke ruang tamu. "mana margarita?" lisa dan silvia jawab diorg tak tau. "ini semua salah aku! aku tak sepatutnya pergi ke pizza giovanni tadi! selama beberapa hari ini aku telah mengabaikan margarita.. dia sedang mengandungkan anak aku.. tapi aku tidak bertanyakan pun keadaaannya!" lisa pujuk augusto,"tidak, ia bukan salah kau.." augusto bentak,"ya! ia memang salah aku!" lisa kata,"augusto, aku minta maaf.." augusto tanya kenapa lisa minta maaf? "aku minta maaf kerana tak berjaya halang margarita dari pergi.." augusto peluk lisa. then dia cuba fikir mana margarita pergi. "rumah omaira! ya, dia pasti di rumah omaira!" augusto terus capai kunci kereta dan keluar.

carlos duduk kat tembok tepi jalan bertemankan doll kesayangannya. dia teringat silvia dan anak�nya. "kamu bertiga pasti sedang tidur di atas katil sekarang.. memakai sut cantik.. silvia, kau yang memilih ini terjadi.. tapi sebenarnya kau telah membuat pilihan yang silap.. kerana dia takkan mencintai kau sebagaimana aku mencintai kau!"

jaime datang melawat beba. "aku sangka kau dah tak hiraukan aku lagi." jaime kata tak mungkin dia akan lupakan beba. dia tengok beba tgh baca buku,"kau suka membaca?" beba jawab,"ya, francisco telah tanam sikap in dalam diri aku. semasa aku sakit dia telah membacakan buku untuk aku." jaime mengeluh,"aku tak pernah membacakan kau buku.." beba senyum and kata,"kau dah cukup sibuk merawat aku." beba kata dia nak minta sesuatu dr jaime. jaime jawab,"mintalah apa sahaja yang kau mahu." beba kata,"bolehkah kau merestui aku?" jaime terharu.. dia cium dahi beba dan berikan restunya "semoga tuhan merahmati kau.."

frans kat rumah buddy.. lepak sambil makan sandwich. frans kata yg dr contreras seorg yg bijak. then diorg borak ttg kerja baru frans. "beba sangka aku lakukan kerja ni kerana dia. dia sangka aku dah lupakan impian aku." buddy tanya,"harta kau?" frans jawab"ya, harta aku. aku tidak melupakannya, tapi kau tahu yang aku tak mahu meninggalkan beba.." buddy kata kat frans,"aku bukan mahu masuk campur urusan kau, tapi betul kata beba, kau tak sepatutnya lupakan harta kau."

santiago balik rumah dia.. talked to himself "mengapa hidup aku begitu mengelirukan.. mengapalah perempuan seperti margarita itu muncul di tengah� kehidupan aku.. kalau aku boleh campakkan dia ke planet lain aku akan lakukannya! kini augusto yang jujur dan lurus itu yang menjadi mangsa.." then santiago pi check answering machine nya "santiago, mak ni. sekali lagi mak terpaksa bercakap dengan mesin. mak akan temankan kau ke perbicaraan esok. walau apa yang terjadi ingatlah yang kau masih ada mak." santiago mengeluh, checks the next message "santiago, ini peguam kau. kau tidak jawab panggilan, maka aku andaikan kau masih belum bersedia menghadapi perbicaraan esok. ya esok! jangan lupa kau perlu pakai sut dan tali leher."

margo kat rumah omaira. dia merungut yang augusto lebih utamakan adik�nya daripada margo. omaira warning margo,"jangan cabar takdir kau! aku nampak darah.. dan aku nampak kematian!" margo jawab dulu omaira kata begitu tapi beba tak mati.. margo's payday will come "sementara itu aku akan ke rumah makcik aku dan berlagak seperti seorang isteri yang diabaikan!"

beba dah tertidur. jaime masih di sisi dia. dia belai rambut beba,"kau telah meminta aku merahmati kau.. kau sungguh cantik.. kau tak tahu betapa gembiranya aku melihat kau tersenyum.." tiba� ruby masuk. jaime cepat� bangun and keluar. ruby hairan,"kenapa agaknya dr contreras bersikap begitu? apa hubungan dia dengan lisa dan keluarga lisa?"

silvia ngan lisa tak tentu arah after augusto keluar. silvia kata yang mereka perlu beri sokongan pd augusto, sepertimana augusto telah menyokong mereka adik�nya. diorang ke dapur makan.. silvia kata dia tengok lisa takda selera. lisa jawab "pada saat ini josefina saja yang ada selera. kasihan dia, tentu dia tak faham apa yang sedang berlaku." then silvia masuk bilik tapi lisa nak tunggu augusto pulang. lisa renung kat tingkap,"di manakah kau augusto? di sudut mana? di jalan mana?" dia capai gambar augusto.. peluk gambar tu.. "aku akan minta maaf pada kau.. aku akan minta maaf pada kau berjuta kali atas apa yang margarita lakukan terhadap kau.." tiba� silvia muncul dr bilik. diorang duduk kat sofa tunggu augusto pulang sampai tertidur.

ernesto minum� sambil fikir ttg kemusnahan santiago. anibal masuk.. tanya ayah tgh kerja ka. ernesto tanya pasal barbara. anibal kata,"jangan risau, barbara takkan kecewakan keluarga. tapi saya lihat barbara sekarang sudah berubah. dia semakin girang." ernesto kata,"mungkin dia dah mempunyai teman.. tapi kalau dia berteman pasti dengan santiago!" anibal jawab,"tidak, bukan santiago. saya nampak ada bakul buah-buahan di atas meja. tak mungkin santiago yang menghantarnya. walau apapun setelah santiago dipenjarakan, jururawatnya itu akan jadi milik saya!"

sofia bercakap telefon dgn galindez. sofia risau coz ernesto dah mengesyaki ada tak kena dengan sofia. galindez kata,"jangan risau. sekiranya dia tahu apa� dia pasti bagitau aku. kau tidurlah dengan lena.. ingat pada aku."

margo dgn kelam-kabut pi sewa bilik kat hotel. kat dalam bilik dia terus call omaira "halo.. kenapa lambat sangat kau jawab telefon?" omaira kata,"kau memang bernasib baik. augusto baru saja meninggalkan rumah aku! dia datang sebaik saja kau pergi. dia mencari kau di seluruh rumah aku!"

augusto macam orang sasau berjalan tanpa haluan "semuanya telah musnah.. di mana kau margarita? aku telah mengabaikan kau.. di mana kau sekarang? aku tak mahu kehilangan kau.. kehilangan anak aku.."

esok paginya lisa and silvia terjaga bila kembar menangis. augusto still belum balik. silvia bersiap nak gi kerja. lisa masuk dapur buat air. silvia tanya lisa tak kerja ke? lisa jawab dia mmg ambil cuti hari ni utk hadiri perbicaraan santiago. silvia kata kalau begitu dia pun taknak pergi kerja and nak tunggu augusto pulang. lisa kata,"jangan, kau dah banyak tinggalkan kerja sejak akhir� ni." silvia tanya patutkah diorg bagitau perkara ni kat vincente? lisa jawab tak perlu.

mama eloisa kat rumah tgh bersiap. makcik ligia tanya "kenapa kau berpakaian begini pagi� ni? kau tak tidur ke semalam?" eloisa jawab,"anak lelaki aku akan dibicarakan hari ini. semalaman aku tak boleh tidur memikirkannya.."

ernesto tgh shaving sambil menghadap cermin, bercakap ttg santiago "selepas ini kau akan kehilangan gelaran jurutera.. kau hanya akan jadi santiago ortega.. seorang manusia biasa.. seorang banduan.. dengan nombor.. nombornya belum diketahui.."

eloisa dan santiago sampai kat court. santiago call lisa, tanya lisa nak dtg ke tak. lisa jawab dia tak boleh pergi coz augusto masih belum pulang "miamor, aku mahu kau tumpukan perhatian kau pada perbicaraan tu.. jangan fikirkan perkara lain.." santiago jawab,"si.. si.. te queiro.." santiago letak telefon, lawyer dier pun sampai. dia perkenalkan lawyer dia pd mak dia, and lawyer tu promise eloisa yg dia akan mempertahankan santiago. then ernesto pulak sampai bersama galindez....

okay.. i think that's all for friday.. ada kurang tolong tambahkan.. adios~!

Posted on Apr 21, 2002, 3:23 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1