






|
STORY
Daily
Summaries
May
17, 2002
EPISODE
138.....summary......DrC mengaku bapak depan Hermanas!
by hafeez @ anibalernesto (a.e.)
AL-KISAH
maka tersebutlah perkataan Hikayat Mis Tres Hermanas bahawa ada seorang
abang hidup berbahagia bersama dengan tiga beradiknya.....
SYAHADAN, di hospital, Ruby menyatakan perasaan bangganya dapat kawan spt
Lisa, kerana berani menghadapi musuh semata2 nak menolongnya, jawab Lisa,
bukan begitu, sambil senyum, sebenarnya aku nie bodoh dgn sentimentalku!
aku selamatkannya!...Ruby menyatakan geramnya dgn Marg, jawab Lisa, hidup
nie lebih dari kebencian, aha! Ruby mencelah, adakah kerana bayi tu? Lisa
tersenyum, comelnya dia, tu kan anak Santiago! anak yg aku ingin berikan
dia...di rumah Mont, Silv yg sedang tidur dikejut bangun oleh Mont, kata
Silv, oh! aku tak sepatutnya berada disini! kata Mont, it's all right!...Silv
minta pinjam telefon Mont lalu call rumah DrC, Del angkat, Silv tanyakan
sesiapa sahaja adik2nya supaya dia dapat bercakap, Del kata mereka takde,
lalu Silv pesan tolong beritahu aku OK! DrC nak cakap, dah terlambat, Silv
dah letak telefon...Silv masih paranoid dgn identity sebenar DrC, Mont
heran dgn kegelisahan Silv...DrC & Del discuss pasal Silv &
adik2nya, tiba2 masuklah Beb, DrC surprisekan Beb berita baik ttg Aug, Beb
peluk DrC terlalu gembira, kau berdua sungguh baik hati! kemudian kata DrC,
ada lagi kau belum dengar ttg berita selain itu...Sof di bilik sembunyian
Barb nasihatkannya jangan ke upacara kebumian Isa, Barb degil, dia best
friend aku! marahnya pd ibunya...Ern di rumahnya terkejut baca suratkabar
ttg kematian Isa, kemudian masuklah Anib, Ern panggilnya sambil menjeling,
Anib heran, kenapa bah?!! lalu Ern membentak, apsal nih?!! apa kaitan kau
dgn kejadian nih?!!...inspektor tunjuk Perez kereta Honda Civic Isa di
kawasan parking, kemudian datanglah seorang polis bawa paip yg dibungkus
plastik hitam kpd inspektor, Perez mahukan objek itu, katanya, inilah yg
Isa nak tunjukkan pd ku! boleh jadi bahan bukti kes aku! tapi inspektor
tak beri sebab katanya ini kes polis, kalau kau nak, kau pun tahu prosedur
kan?....Vee Daah!!!
Anib cuba yakinkan Ern bahawa dia tak terlibat, bohong!!! jerkah Ern, aku
tahu peel kau!!! jangan berdalih, apa sebenarnya berlaku?!!...maka
berceriterlah Anib, aku ekorinya sampai kat lif ke pejabat Perez, tah
camner dia lari keluar lif lalu turun tangga, aku kejar, pas tu dia
terjatuh tergolek, aku sampai dia dah gong!!!...Ern tanya, ada orang
nampak tak? Anib kata, takde lah, Ern berkata, kan aku dah cakap, jangan
buat perkara bodoh! OK! buat camnih, kita berdua akan hadiri upacara
kebumian Isa, seolah2 nothing happen!...Anib tak nak, Ern marah, kau
jangan degil, kalau kita tak pergi lagi orang syakkan kita!!!...di wad
hospital, doktor suluh mata Marg yg masih tiada sedarkan diri kerana ubat
bius masih ada dlm tubuhnya, kemudian masuklah Om tanyakan kabar kawannya,
lalu keluarlah doktor bersama misi, kata Om pd Marg yg masih tidur, kau
selama ini zalimi Lisa, sekarang tengok dia selamatkan kau!...Lisa temui
Vic, Vic kata don't worry, gaji Aug tetap berjalan spt biasa, aku setuju
benar korang tinggal di rumah DrC...Barb di rumah pengurusan mayat bersama
orangramai, Barb hampiri keranda & merintih pd mayat arwah Isa, aku
tak adil terhadapmu, aku tak sepatutnya suruh kau jumpa Perez, maafkan aku!!!...Vic
bersama Lisa di wad Aug, Lisa genggam tapak tangan Aug, kata Vic, aku
teringatkan kata2 Aug dulu yg dia tak akan berpisah dgn adik2nya...masuklah
Beb, terlalu riang dgn berita Aug, lalu peluk Aug yg belum sedar lagi,
Lisa kata, hey! berhati2! Vic menegur Beb, mmg Aug tak sabar nak piat
telinga kau yg nakal nih!...kemudian Beb berucap dgn Aug, aku janji tak
akan naughty, aku akan teruskan sekolah, aku akan lulus periksa!...Beb
riang gembira bila terasa jari Aug genggam tapak tangannya, lalu peluk
Aug...Lisa berlegar di koridor, berfikir, aku tak akan cakap pasal Marg
dah bersalin, ini akan menyebabkan kau (Aug) bertambah menderita!!!...Vee
Daah!!!
Ern & Anib serba hitam dgn spec hitam tiba di rumah pengurusan mayat,
Ern meradang berbisik pd Anib, cuba kau buat muka elok2 sikit! ini tak,
buat muka macam orang bersalah!!! dah! tengok tu ayah Isa, kita pergi beri
ucapan takziah pd nya!...Sant berlegar dgn banduan2 lain di padang,
merapu2 ttg anaknya, tiba2 ada seorang banduan dgn sengaja baling bola kat
belakangnya sambil menyakitkan hatinya, Sant balas aku tak main dgn orang
bodoh macam kau! maka bertumbuklah mereka berdua, lawannya badan lebih
besar...Lisa masih berfikir di koridor, aku tak akan beritahu Beb apa yg
Silv beritahu aku ttg DrC ayah mereka, terflashback Lisa akan Aug marahkan
Lisa jangan sebut nama DrC, Lisa heran reaksi Silv ada persamaan dgn
Aug...Sant & lawannya masih bergasak, kelihatan pisau bertukar tangan
dikalangan banduan2 lain...jeng, jeng... jeng, jeng ... Ern marahkan Anib
masih dgn muka gelabahnya di kalangan orangramai, kemudian lalu depan Barb
yg bersandar di dinding dgn muka murungnya, Barb bila nampak Anib terus
pergi dari situ, Anib nak tangkapnya, Ern tahan Anib, hey! kau jangan buat
kecuh disini! jom! kita pergi ke upacara kebumian!...Sant bukak silat ala
Thai boxing, sepak dgn kakinya ke muka lawannya, habis berdarah mulutnya,
tiba2 lawannya dapat pisau dari banduan lain, Sant kata meh sini, bodoh!
bagi sebijik kat dia, terlepas pisau & Sant rampas pisau tuh lalu
acah2 pisau kat lawannya, malangnya satu pengawal badan besar tangkap Sant
& lipat tangannya kebelakang, ooh!!! kau nak bunuh dia ker?!!.....Vee
Daah!!!
EDISI SEMASA DISAMPAIKAN OLEH NORZIE PAK WAN TEH
Vic jengah DrC di pejabatnya, DrC mengeluh, aku dilema! macamana aku nak
beritahu anak2 gadis ku memandangkan Aug dah larang aku!!! aku nak tunggu
Aug sedar dulu!!! tapi Lisa & Silv terlalu mendesak aku mengaku bapak
mereka!!!...Lisa memandang bayi Marg dari koridor melalui kaca, bebelnya,
kau terus menderita, siapa nakkan kau, siapa nak menyayangi kau, berlinang
airmata Lisa, tiba2 Silv tegur Lisa, kenapa nih?!! Lisa cuba berahsia ttg
bayi itu, lalu tanya Silv, kau selama ni kat mana? jawab Silv, rupanya mmg
aku waras! bukan tak siuman! mmg sah lelaki tu ayah kita!...kemudian
datanglah seorang doktor tegur Silv, aku andaikan kau kakak Lisa! tak
sempat Lisa nak celah doktor tu, doktor tu kata, ya, aku harap bayi tu
keadaan baik! tu kan anak sedara mu! Silv terkejut! anak Marg?!! Lisa
menyambung kata, anak Santiago!!! Lisa pun beri alasan pd Silv, aku lalu
disini, aku tak sampai hati tak jengok dia, sebab akulah yg menyambut bayi
itu!!!....Sant dgn muka murung dikurung dlm kurungan maxima, termenung
tiada kelip matanya....DrC suruh Beb jangan keluar dari wad Aug, tunggu
sini! aku nak cari kakak2 kau...di bengkel, Esmeralda & Fran sedang
baiki enjin, tiba2 datanglah Roberto & the gang, Rob tegur Es, Fran
tundukkan kepalanya supaya Rob tak nampak, Es ikut Rob masuk pejabat
ayahnya, Es desak bapanya apa tujuan Rob nak discuss dgnnya, ayahnya marah,
none of your business!!! kemudian Rob kata takpe! biar aku explain kat
anak kau! aku & Pedro ada buat perjanjian, abang kawan aku yg di
syarikat insuran akan hantar kereta2 accident di bengkel ini supaya aku
& kawan aku dapat commission!...Fran bila dah pasti Rob tak nampaknya
lalu teruskan kerjanya, tiba2 menjelmalah boyfriend Mimi tegur Fran,
terkejut Fran! rupa2 kawan Mimi tu beritahu Fran yg dia nak keluar dari
kumpulan Rob, kata Fran, baguslah begitu!....Vee Daah!!!
Selepas upacara kebumian, Anib & Ern tunggu orangramai bersurai,
bertembung dgn Barb & kerani galeri, kerani tu berkata2 pd Barb, benci
aku tengok muka dia!!! kemudian kerani tu pergi, Ern pun tegur Barb, hey!
kau jangan buat hal! lalu Ern & Anib nak tangkap Barb, Barb bentak,
lepaskan aku, aku dah dewasa, jangan paksa aku nak ikut cakap kau!!! jawab
Ern, dengar arahan aku nih!!! sambil menyebut nama Isabel....Barb jerkah,
jangan sebut nama Isabel!!! Ern meradang, jangan timbulkan kekecuhan!!!
sambil genggam Barb, Barb yg terlalu bencikan Anib lalu cuba pukul Anib yg
berada disebelah ayahnya...Sof di satu tempat confide dgn Alv beritahu ttg
Ern & Anib sedang berada di upacara kebumian utk tangkap Barb...Ern
mula mengheret Lisa, diikuti Anib, Barb menjerit2, lepaskan aku!!! tiba2
datanglah Perez dlm kereta polis, kata Perez, hah tu dia Barb, cepat!
mereka nak bawa Barb lari!... Ern & Anib larang Perez mendekati Barb,
tapi datanglah polis bawa Barb pergi, Perez berhujah, aku dah dapatkan
perlindungan polis atas arahan mahkamah!...Silv & Lisa masuk bilik
Aug, Beb sedang menunggu disisi Aug, kemudian masuklah DrC, terkejut
kerana mereka dah sampai dulu, maka berkatalah DrC, aku mahu selesaikan
masalah ini pd hari ini juga!!! jeng, jeng .... jeng, jeng ... Vic masuk
pejabat DrC jumpa Del, Vic beritahu bahawa Jacinto dah buat keputusan
beritahu anak2nya!!!... Silv berdepan DrC, sebab dah tahu apa DrC nak
cakap, Beb tanya keheranan apsal Silv nih?!! Beb mula menangis, jari2 Aug
mula bergerak2!!! DrC berkata pd Beb, biarlah kakak kau tuh! Lisa pun
pelek, apa serious benar ker issue nih?!! Silv berlinang airmata memandang
tepat mata DrC...DrC berkata2 pd Aug, aku nak beritahu kau bahawa aku
hurmatkan kehendak kau, tapi mereka mendesak aku!!! no choice!!! Lisa pun
berkata, apa yg kau nak beritahu kitorang?!!...maka jawab DrC, DrContreras
sebenarnya tak wujud!!! korang dah tahulah kenapa aku ambil berat ttg
korang!!! aku sanggup tumpangkan korang di rumah aku!!! sebab akulah
Jacinto Estrada!!! jari2 Aug bergerak2 cuba menggenggam !!! jeng, jeng ...
jeng, jeng....Vee Daah!!!
DrC lalu bersyarah, korang telah meratapi ku, menghadiri kebumian aku,
sebab aku ayah mu! Beb bingung! aku sendiri baca keratan akhbar ayahku
mati kemalangan! Lisa bingung! no! no! ni mesti satu kebetulan jer!!! Silv
sambil menangis berkata pula, aku dah agak dah, aku teringatkan suara kau
masa aku kecik2 dulu! Lisa menangis berkata, ayah aku dah mati!!! Beb
menangis berkata, ayah accident!!! DrC cuba tenangkan mereka, Silv
berleter, emak aku tinggal sorang di rumah, mati menyalahkan dirinya!...DrC
beri alasannya, aku masa tinggalkan rumah tak ingat yg Angela ngandongkan
Beb! fikiran aku terlalu celaru masa tu, aku ketagihan! bla, bla,... Silv
marah lagi, malu aku! Lisa masih tak percaya kata2 DrC, tak perasan mereka
jari2 Aug bergerak2...Marg sedar dari tidur, minta Om air, terlalu haus,
Om usap bibir Marg dgn kapas basah, lalu Om beritahu Marg, kau keciwakan
Lisa tapi Lisa selamatkan kau!!!...DrC sambung syarahan, aku rasa tak
diperlukan, sebab tu aku tak pulang! Silv kata, aku tak terima kau! Lisa
tanya, Aug dah tahu kan?!! jawab DrC, dia dah tahu bila time dia kena
tandatangan surat kebenaran beri vaksin pd Beb...Silv ungkitkan pasal Aug
terpaksa abaikan zaman remajanya kena jaga adik2nya, pikul tanggungjawab
kau! kenapa kau ganggu kami! Lisa terlalu celaru minta Silv berhenti!!!
Silv teruskan juga, kenapa kau tiada disisi kami disaat kami memerlukan
kau!....DrC bila dah beri peluang anak2nya berhujah, maka berkatalah DrC,
aku faham perasaan kamu semua, aku beritahu nie semata2 nak beritahu
beriter sebenar, mintak maaf, kalaulah aku dapat gostankan masa supaya
dapat betulkan keadaan, aku patut berterima kasih kpd Augusto, ya!!! aku
tak patut terima apa2 dari kamu semua, aku pergi dulu! semoga korang hidup
bahagia!!! lalu DrC keluar dari bilik itu, jari2 Aug bergerak2 lagi........VEE
DAAH!!!!
Posted
on May 17, 2002, 7:11 AM
Summary
Hari Jumaat
by nyonya
Kesian
melihat keluhan mereka yg terlepas menonton m3h,
so here it goes...tapi tak ikut sequence sebab wa sudah lupa lo..
1.(ulang tayang) Lisa habaq kat Rubi yg dia tolong Margo hanya atas rasa
kemanusiaan dan kerana anak itu adalah anak Santiago..mi amor..baby tu
telah menyebabkan Lisa lupakan kebenciannya terhadap Margo buat seketika
kerana dia tidak minta dilahirkan oleh ibu yg dah "masuk air"
otaknya.
2.Omaira datang melawat MArgo yg masih belum sedar lagi. Begitu friendly
doktor yg merawatnya explain kat Omaira tentang keadaan Margo..dr kata
baby dia alami sedikit komplikasi but he's going to be ok..ibu baby pun
dlm keadan stabil w/pun hilang banyak darah...happy je doktor tu..masa I
beranak dulu..takde pun doktor tersengih macam tu masa explain kat husband
I lepas operation..next time I nak beranak kat Hospital Munisipal la pulak...sorry
ada detour sikit..
3.Lisa ke bilik incubator nak tengok anak Santiago. Lagi sekali dia cakap
sorang2 betapa dia teringin nak lahirkan baby macam tu utk Santiago.Sayang
ye..rupa punya lawa..cun melecun tapi suka bebenor cakap sorang2
kalau lelaki handsome lalupun tentu dia fikir banyak kali nak ngorat sebab
tengok hobi cakap sorang macam orang tak cukup 5 sen..ngeri..
4. Sylvia berdiri di belakang Lisa masa Lisa tengah tengok baby. Dia tanya
apa Lisa buat kat situ tapi Lisa tak jawab soalan sebaliknya tanya Sylvia
apa khabar..r u okay sebab the day before that Sylvia lari macam tak cukup
tanah masa tengah jalan2 ngan Delia. Sylvia kata dia dah okay sikit tapi
itu tak mengubah pendiriannya yg mengatakan Dr Serabut tu adalah ayah
mereka. Tetiba datang la pulak dr yg merawat baby tu sambil puji2 Lisa
kerana dah tolong sambut baby kakak ipar..apa lgi terbeliak besarlah mata
Sylvia melihat baby MArgarita, ..anak Santiago..Oooo.. gitu rupanya
5.Dr Serabut bagitau kat Vincente yg dia dah tak boleh nak berdiam diri
lagi..the truth must be told right there and then..Apapun risiko dia akan
terima..apa Agusto nak kata pun katalah tapi dia dah tak boleh nak pendam
lagi..ha..baru nak sedor..lambat betul reaksi orangtua ni..cakap ahli2
forum m3h dia tak nak dengar.asyik terketaq2.
6. Dr Serabut masuk bilik Agusto dan beritahu Beba yg ada kat situ supaya
sampaikan pada kakak2nya yg dia nak berbincang perkara penting kalau
mereka datang ke bilik tu..sangat penting..
7. Margo tersedar dr lena dan minta air.. Omaira yg ada kat bilik tu
basahkan kapas dan letak kat bibir Margo. Omaira pun katalah kat Cik Margo
yg betapa Tuhan telah tunjukkan tanda2 suruh bertaubat masa dia terpekik
terlolong nak bersalin. Walaupun Margo buat jahat kat Lisa tapi Lisa tak
membalasnya dengan kejahatan , tolong selamatkan nyawa Margo pulak tu..I
tak pasti samada Margo masih mamai lagi masa Omaira bagi tau kata2 nasihat
tu, atau dia sengaja buat malas nak dengar..well u know perangai Margo kan..
8. Barbara bagitau mama yg dia beli baju kat kedai berdekatan. Sofia kata
awat baju hang warna hitam. Barb balas yg dia nak pergi funeral
Isabel.Sofia tak bagi pi tapi Barb kata ..yg mati tu kawan baik dia..dia
tetap akan pi ..apa nak jadi pun jadilah.
9. Ernesto baca paper awal pagi. Dlm dok belek2 tu terpandanglah muka
Isabel.Alamak..mati dah budak ni!Kebetulan cAnibal lalu..dia tanya apa
kaitan cAnibal ngan kematian Isabel. cAnibal buat2 tak faham soalan..tapi
bapak dia kata..aku tau sangat perangai hang..baik hang cakap betoi2..apa
kaitan hang dengan kematian Isabel..Terkulat2lah cAnibal explain kat bapak
dia cerita sebenar..aisey..sudah jadi semakin kompleks kes aku ni...lepas
satu..satu benda hang buat cAnibal..So kita kena proceed ngan plan nak
elakkan orang lain syak Hang..kita kena pi funeral Isabel dan kena
berlakon macam takde apa2 berlaku..Mulanya cAnibal tak setuju tapi lepas
kena paksa,, dia terpaksa agree..Apa dah..dah besar gajah macam tu pun
bila berhadapan ngan bapak dan admit kesalahan yg dia dah buat..jadi macam
budak tak cukup umoq pulak..
10.Di funeral Isabel..Barb pi lah dekat ngan coffin dan bercakaplah ngan
Isabel(tapi kamera tak tunjuk muka Isabel..tang ni pengarah tak cerdik
pulak no).Sayunya Barb bila ingatkan Isabel mati kerana ikut permintaanya
suruh pi pejabat peguam origami..kalau tak mesti ISabel masih hidup
lagi..sedih..
11. Bapak setan(ishh..sorry..I terpaksa pakai word ni sebab memang tak
boleh tahan meluat ngan dia ni)dan anak setan pun sampai kat funeral.Barb
berdiri balik pintu. Bila dua anak-beranak ni lalu, Barb pun blah..dia
memang elakkan dr bertembung . cAnibal pun bengkak hati ngan kelakuan
Barbara..dia nak pi buat perangai cannibal dia nak tarik BArb tapi
bapaknya menahan. Masa kat graveyard pun macam tu..kecik je Barb tu pada
mata cAnibal..rasa macam nak tangkap dan masuk dlm poket...Masa Barb
bercakap2 ngan awek cun yg kerja kat galeri Isabel tu..(alah..yg Canibal
tunjal2 kepala tu)kedua bapak dan anak pun mendekati BArb nak cuba bawak
balik tapi Barb meronta2 tak mau ikut..BApak dia suruh jangan cakap
kuat..nanti orang dengar..Barb kata..I dont care..mulai dr saat itu dia
tak akan ikut telunjuk bapak dia lagi..no way..cukuplah apa bapak dia dah
buat kat dia.Dlm dok kecoh2 tu..peguam origami pun sampai..kecik je nampak
dia masa duk kat tengah2 masa Ernesto dan cAnibal dok main tarik2
Barb..Peguam pun bagi anti klimaks kat anak beranak tu..u have to let her
go..I dah dapatkan perintah mahkamah to put Barb under polis
protection..mulai dari hari ni..Barb dilindungi oleh undang2.Orang yg
paling frust masa dengar ayat tu of course cAnibal..yess... i like that
cute lawyer..
12.Lisa n Sylvia masuk bilik Agusto dan masih terus cakap pasai penemuan
Sylvia tentang ayah mereka..Lisa kata sudahlah tu..janganlah reka cerita
ni...aku tak percaya..Beba tak tau apa benda yg kakak dia cakap ni..Dia
pun sampaikan pesan Dr Serabut tu..dan Dr Serabut pun sampai..dia bagitau
yg dia ada benda penting nak habaq kat mereka bertiga. Lisa pun as usual
buat muka bodoh dan tanya..is it berkaitan Agusto..kalau betul..moh kita
cakap kat luar. Dr tu kata..no...aku nak Agustopun dengar sama apa yg aku
nak cakap ni.
13. Jaime pun proceed bagitau yg dia sebenarnya adalah ayahnda mereka
berempat.Dr Jaime Contreras tak wujud. Yg wujud Ialah JAcinto Estrada.
Selama bertahun2 dia menghilangkan diri.. Dia tak mati dlm
kemalangan..mayat yg mereka jumpa dan yg mereka tanam tu bukan mayat
dia.AGusto tahu perkara sebenar dan dia minta aku jangan beritahu kamu
pasal perkara ni tapi aku terpaksa beritahu kamu sebab aku tak boleh
selindung lagi.Lisa ..(as usual) kata..no.no.no..tak benar..u r
lying..bapak aku dah lama mati..dah lama kita bekerja sama dan hanya hari
ni kau nak beritahu yg u r my father..Dr Jaime kata dia tahu dr sejak hari
mula dia datang ke hospital lagi...
14. Sylvia rasa sangat marah bila dengar pengakuan Jaime. Kan aku dah kata
dah..suara u macam suara yg biasa aku dengar..kenapa sekarang baru nak
muncul, kenapa tak muncul masa aku kahwin di gereja, kenapa tak muncul
masa aku perlukan kau. Sekarang aku faham kenapa Agusto sangat
menderita..dia terpaksa korbankan zaman sekolahnya semata2 kerana nak
membesarkan kami..orang lain pergi sekolah, Agusto tidak..dia terpaksa
kerja untuk menyara kami sedangkan orang yg sepatutnya menjalankan
tanggungjawab tu hilang. Bagi aku , kau tetap tiada dlm senarai
aku..terkedu JAime mendengar kata2 Sylvia. Lisa hanya mampu menitiskan
airmata. Beba pulak bagitau Sylvia yg dia tak boleh marahkan JAime
begitu..maybe he has his own reason..
15.Masa pengakuan ini berlangsung jari2 Agusto bergerak
gerak..maybe he's trying to tell something, samada nak sokong JAime atau
nak menidakkannya. As for me I'd like to think that jari Agusto bergerak2
sebab dia nak tampar Sylvia kerana keceluparan mulutnya, kurang
ajar..macam tu ke layan orang yg dah bagi dia tempat berteduh..Walau
apapun explanation yg JAime berikan..Sylvia tetap tak mahu terima, Lisa
hanya menangis dan Beba terkeliru.Jaime megaku yg dia bersalah , dia
pengecut dan macam2 lagi yg pernah dia bagitau Agusto..dia tau bukan mudah
bagi mereka utk menerima kenyataan ini tapi itulah hakikatnya.Walaupun
sukar utk menerima kenyataan yg Agusto telah melakukan tanggungjawab yg
lebih baik dari dirinya tapi dia terima itu semua kerana itu adalah
balasan atas perbuatannya. Cuma dia nak mereka tahu sekiranya mereka
perlukan apa2 pertolongan, dia sedia membantu.
Kemudian JAime keluar dr bilik tu dan membiarkan mereka adik beradik buat
apa mereka suka..nak nangis ke, nak teriak ke, nak melolong ke..hospital
tu mereka punya kan..Lisa ada saham kat situ..
Demikianlah tamatnya satu lagi episod. JUmpa lagi hari Isnin.
Posted
on May 18, 2002, 7:03 PM |