 






|
STORY
Daily
Summaries
April 17,
2002
SUMMARY
170402(WEDNESDAY)
by Estrada_girls
IMPORTANT
NOTICE:Jalan cerita ni mungkin tidak mengikut urutan yang sebenar.....jika ada kesilapan
dan tertinggal apa-apa, tolonglah sesiapa tambahkan, ye!
Episod semalam bersambung daripada scene di hospital di mana Santiago telah memberitahu
Lisa keputusan ujian DNA tu. Lisa masih tidak percaya dengan keputusan yang tertera pada
surat tu lalu mendapatkan kepastian daripada Santiago.
"Mungkinkah berlaku kesilapan pada result ni?"
"Tidak, mengikut doktor tu, keputusan ni memang boleh dipercayai."
"Augusto pasti kecewa.......semuanya kerana Margarita tu. Dia tak tahu betapa Augusto
menyayanginya dan dia sanggup lagi berlaku curang kat Augusto. Aku tak sanggup melihat
reaksi Augusto apabila dia mengetahui realitinya."
"Lisa, percayalah, ni adalah kesilapan terbesar yang I pernah lakukan dalam hidup I.
Kalaulah I tahu Margarita tu dah bersuami......"
(As usual, Santiago memberi pelbagai alasan untuk menunjukkan seolah-olah dia yang menjadi
mangsa penipuan Margarita dan tidak harus disalahkan oleh Lisa)
"Lisa, apa kata kita ke suatu tempat yang tenang supaya kita boleh berbincang akan
apa yg kita kan lakukan nanti"
Santiago pergi dari situ bersama-sama si Lisa yg bersedih.
DI WAD BEBA, Augusto tengah menemani Beba. Beba mengatakan yg. dia berasa hairan kerana
sudah agak lama Dr. Contreras tidak melawatnya. Augusto memberi the usual facial
expression bila nama ni disebut.....dia tak kata apa-apa. Then, Delia masuk dan bertanya
khabar kat Beba. Beba kata dia sudah beransur sihat tapi dia miss kat suami Delia
tu.....dia mintak Delia supaya suruh suaminya agar datang melawatnya nanti. Delia kata dia
akan beritahu suaminya. Kemudian, Delia mintak supaya Augusto agar berjumpanya di luar
kerana ada sesuatu yg ingin diperkatakan. Delia kata dia akan tunggu Augusto.Beba cuma
tersenyum.
DI LUAR, Augusto berjumpa dgn Delia di koridor.
"Aku tidak ada apa-apa nak cakap ngan kau"
"Augusto, aku cuma mahu kau memahami keadaan Jaime dan bukan melihat situasi ni dari
satu perspektif saja."
"Kau hanya membuang masa jika suami kau yang suruh datang cakap kat aku."
"Tidak, suamiku tak tahu ku datang bercakap dengan kau. Aku sendiri yg mahu bercakap
kerana tidak tahan melihat keadaan Jaime yg tengah bersedih. Kau harus mengambil kira
pengorbanan dia jugak"
"Pengorbanan dia........sekarang saya cuma tahu saya, mishermanas dan mama yang
berkorban. Kau tahu tak, mama terpaksa bekerja dari pagi hingga malam untuk memastikan
perut kami berisi....agar kami tidak kelaparan......supaya kami dapat bersekolah
.......dan dia tetap mengingati ayah.....membawa kami ke pusaranya pada setiap hari
Ahad...... sehinggakan saat-saat kematiannya, dia menyangka dia akan menemui
suaminya!"
Delia tidak dapat bersuara apabila mendengar kata-kata Augusto tu. Augusto then beredar
dari situ.
Silvia dan Jorge Ignacio pulak tengah makan lunch di restaurant open-air tu. Ignacio pesan
wain sebagai pembuka hidangan tetapi Silvia tak suka.
"Kau tahu aku tak suka minum ni."
"Silvia, kau akan berterima kasih kat aku. Minum ni dan kau akan lupakan kesedihan
kau, segala masalah kau. Relakslah sikit."
Silvia tersenyum.
In a later scene, mereka berdua sudah pesan food dan tengah makan. Silvia memuji makanan
di situ. Ignacio then ask her 'bout her plans and bagaiman dia nak tangani masalah yg dia
sedang hadapi. Ignacio ingatkan dia yg dia tak boleh berlagak seolah-olah tiada apa-apa yg
terjadi. Silvia berkata yg dia tak pasti apa yg harus dilakukan.
DI RUMAH AUGUSTO, loceng pintu berbunyi dan Margarita? membukanya. Carlos sampai untuk
menjenguk anak-anaknya. Carlos meluru ke dalam bilik Silvia untuk menjenguk Alicia dan
Aurora tapi dia mendapati pintu berkunci. Dia pun complain kat Margarita tentang pintu
bilik yang berkunci dan Margo kata mungkin Josefina tengah mandikan anak-anaknya. Margo
pun ambik this opportunity untuk jadi batu api antara Carlos dan Silvia. Dia kata Carlos
memang tak dapat nak menandingi si Montero tu. Boss Silvia tu handsome, kaya......bukannya
kau tak handsome tapi her boss is better!
DI RUMAH SANTIAGO, Lisa dan Santiago tengah bincang mengenai situasi dia menjadi padre
kepada bayi kandungan Margarita.
"Apa yang boleh kita lakukan sekarang, Santiago?"
"Kita kena fikir cara nak beritahu Augusto."
"Bagaimana dengan bayi tu, adakah kau akan bertanggungjawab ke atasnya?"
"Sudah pasti, bayi tu tak bersalah langsung dan memang I akan menyediakan segala yg
diperlukan olehnya."
"Kita kena suruh jugak Margo beritahu Augusto cerita sebenar."
"Tapi Lisa, I rasa Margo tidak sekali-kali akan beritahu Augusto. Dia mahu serahkan
kpd kita yg beritahu."
"Lebih baik kalau Augusto mendengar ni drp.mulut Margo sendiri drp. kita.Mari, jom
kita pergi."
"Aku hantar kau balik."
DI BILIK MARGO, Margo tengah kemaskan luggage beg dia tu, an indication that dia nak cabut
dari rumah tu. Dia keluarkan sampul surat berisi cek Ernesto dan dia kata nilah yg akan
menyelamatkannya, wang Solis.
Tiba-tiba, dia terdengar Carlos mengetuk pintu. Dia cepat-cepat simpan beg tu dan membuka
pintu. Carlos masuk dan kata kenapalah hubungan dia dan Silvia jadi sampai macam ni.
Kemudian dia tanya Margo,"Kau pun faham kan, sebab kau .....kau dan Augusto"
"CARLOS, jaga masalah kau tu sahaja, jangan sibuk kat aku. Kau patut tahu kenapa kau
dan Silvia jadi sampai macam ni."
"Tapi, nasib aku akan berubah. Aku baru sahaja siap skrip drama yg akan dipentaskan
di teater nanti."
Carlos beredar dari situ.
DI BILIK ALICIA DAN AURORA, Josefina baru nak tidurkan mereka. "Tidurlah anak-anak
atau......" "Atau apa....." Carlos tiba-tiba masuk. "Kau tak tahu ke
yg anak-anak ku tak suka bila ada orang tidurkan mereka. Kau nak takutkan mereka dengan
mengatakan tidurlah cepat, kalau tak tidur nanti, raksasa besar akan keluar dan makan kau
berdua! Kau memang nak permudahkan kerja ye." Carlos kata dia ialah ayah kepada
kembar tu. Josefina cuba menelefon Silvia untuk mendapatkan kepastian tetapi Silvia sudah
keluar makan.
Carlos bermain-main dgn anknya dan kemudian dia beredar dari situ lalau singgah di rumah
Mariangel.
DI RUMAH MARIANGEL, Mariangel is happy to see Carlos dan mereka pun berbual-buallah,
bertanya khabar.(I cannat recall 'bout their conversation)
DI RUMAH BUDDY, Frans tengah MANDI. Tempat mandi ni macamlah dalam Combat Mission tu di
mana pintu hanya cover a part of the body. The viewers can still nampak a bit of the upper
part of the body and the legs. Rumah Buddy ni pula dindingnya dispray dengan macam-macam
gambar, macam hasil kerja budak-budak nakal yg suka spray bangunan orang tu. Penuh
berseni! Buddy masuk dan dia beritahu Frans yg dia sudah dapatkan kerja utk Frans.
"Kau tahu apa-apa tentang kereta?"
"Tak sangatlah, dulu I pernah miliki motosikal tapi tu pun tak lama."
"I jumpa kerja utk kau, as a mekanik."
"Walaupun I tak tahu, I sanggup belajar."
"Baguslah, I nak keluar makan burger dulu ye!"
DI WAD BEBA, Frans mengetuk pintu dgn penuh bersopandan mintak kebenaran untuk masuk.
Augusto tengah menemani Beba. Augusto kata sudah sampai masanya utk dia balik ke rumah,
memastikan semuanya in order. Beba suruh dia jgn risau, coz Frans ada utk menjaganya.
Augusto pun beredar.
DI RUMAH AUGUSTO, Margo sudah kemaskan beg dan dia heret beg yg sangat berat tu menuju ke
pintu. Dia ternampak gambar Augusto dengan adik-adiknya dan dia kata,"Kau tak dapat
memberi apa yg aku inginkan. I nak tinggalkan rumah ni tapi I pun banyak berkorban jugak.
U sayang kat hermanas mu more than your love for me."
Margo membuka pintu dan, LISA pula tengah nak membuka pintu dari luar. Kedua-duanya
terkejut.
"Apa yg kau nak buat, Margarita. Kau nak lari dari sini ke?"
"Ya, aku tak boleh nak tinggal di sini lagi."
"Kau jgn harap dapat tinggalkan rumah ni selagi Augusto tak tahu apa yg terjadi. Kau
kena beritahu Augusto!"
Lisa mengikut Margo ke biliknya semula.
"Aku tak boleh beritahu Augusto. Dia pasti akan bunuh aku kalau dia tahu hal
sebenar."
That's all. Adios!
Posted on
Apr 18, 2002, 12:18 PM
nice job!
by aurora
great effort
u put there!
kat sini i nak tambah sket conversation carlos and mariangel yg u terlupa tu.. and a short
scene on ernesto and anibal.. and margo b4 she packed up her stuff..
after tinggalkan rumah carlos singgah kat rumah mariangel. dia cerita kat mariangel yang
dia dah siapkan sebuah cerita.. and cerita tu akan dipentaskan di teater. mariangel
tumpang gembira "aku tahu kau akan berjaya!" carlos kata too bad silvia doesn't
think the same. carlos kata,"kita kesunyian.." mariangel jawab,"ya.. kita
benar� kesunyian.." they almost kissed but pulled apart. mariangel kata yang she
feels different being alone with carlos. carlos kata "aku pun rasa begitu. kita tak
sepatutnya rasa begitu.." carlos mentioned about dia dan silvia, mariangel nyer air
muka berubah and tarik tangan dia dr carlos.
anibal ngan ernesto kat ofis. ernesto tanya anibal "kau tahu kan perbicaraan akan
bermula esok. kau rasa adakah barbara akan bagi keterangan menentang aku?" anibal
just jawab yg perangai barbara mmg aneh sekarang tapi mrk tak perlu risau.
kat rumah margo cari jalan nak bagitau augusto hal sebenar. "bagaimana aku nak
bagitau augusto? surat? ya.. aku akan tulis surat!" margo pun amik pen dan
kertas.."dear augusto.. argh! how could i call him dear when talking about a thing
like this!" margo renyuk kertas tu.. amik kertas baru.. "augusto.." then
dia terpandang gambar dia ngan augusto.. "jangan pandang aku macam tu!" margo
marah kat gambar tu. "aku tak boleh tinggal kat sini lagi.. aku perlu lari!"
margo pun keluarkan beg besar dan start packing barang.
Posted on
Apr 19, 2002, 2:04 AM |