sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

May 16, 2002

Summary 137
by LisaOrtega

memula sekali...ulang balik yg silvia dok habaq kat lisa pasal dr c tu ayah depa..delia dgr balik pintu..
delia dtg dan citer serba sikit mana dia jumpe jaime.

kemudian...kat sepital..margo tengah dok kesakitan nak beranak..kesian aku tgk...

drc makan ubat pening kepala..delia dtg dan cakap apa yg dah jadik..(semlm nyer episod)

beba diterima belajar balik.

anibal ikut isabel dari belakang..isabel on the way gi jumpe peguam santiago nak kasi tiub..barbara dah rasa tak sedap hati sebab isabel tak call...dia try call isabel tapi
mesin yg jawab.

dr c. masih tgk augusto..dan augusto kasi tindak balas..genggam tgn bapak dia tuh...ape lagi..bapak dia pun makin semangat nak kasi dia wake up..

isabel dah masuk ke bangunan perez..dia perasan yg anibal ikut dia.dan sempat lak anibal menyusup masuk dalam lif..kemudian..anibal kejar isabel ..isabel ikut tangga..masa kelam kabut lari tu ler..dia tergelincir dan jatuh then mati sebab kepala terkena tangga..

barbara call perez dan tanya mengenai isabel..peguam tu kata tak dtg lagi..barbara gelisah dan amik keputusan mai gi jumpe perez. mak dia ikut dan marah..

kat pejabat tu mak dia marah sebab barbara citer hal sebenarnya..

anibal naik seram takut tgk isabel mati..dia terus balik...

ernesto rasa tak sedap hati sebab anibal tak balik..dia panggil si botak..nak discuss pasal hal tu.

margo susah nak beranak..takde nurse yg sanggup tolong.
doktor jer.. Carmen suh lisa gantikan tempat dia sebab dia tak thn dengan darah.

pastu barbara nak cari isabel ..dia tak tau lagi isabel dah mati masa gegaduh ngan mak dia ..dia ikut tangga dan terjumpe isabel mati. dia pun nangis..
polis datang nak siasat. perez barbara dan mak dia diberi kawalan polis untuk keselamatan buat masa ni.

Lisa menyambut anak margo..anak santiago..

anibal balik dan ernesto tanya tapi dia kata nothing happen.anibal lak dlm toilet muntah..loya dgn darah.

mak santiago jumpe santiago..dan santiago habaq dia marah diri dia sendiri.ssampai dai termimpi˛ pasal anak dier..

tu je la kot...kalo ade yg tertinggal ..tambah kan je laa...

Posted on May 16, 2002, 9:11 PM

 

EPISODE 137.....summary.....Isabel mati ! Margarita beranak !
by hafeez @ anibalernesto (a.e.)

DALAM bilik bersalin, Marg mengerang kesakitan, Dr Gus & Ruby mendapati air ketuban masih belum pecah, hey! apa kau cakap2 nih! pekik Marg, cepat!!! beri aku ubat!!! aku sakiiiiit!!!! Om masih berada di bilik itu cuba menenangkan Marg, Ruby keluar utk memanggil doktor bersalin...di apt DrC, Silv masih cuba yakinkan Lisa, Lisa tak percaya, kemudian muncullah Del bertemu dua beradik tu...Silv suruh Lisa, beritahu dia! Lisa pun tanya Del, betul ker? DrC tu ayah kita? jawab Del, ya! benar! Lisa tanya beberapa soalan, Del jawab, aku tak pernah lihat gambarnya dgn you all semasa kecil, takpelah, meh dok dulu! maka Silv & Lisa dok di sofa bersama Del...Del ceriterkan semasa dia bertemu DrC, DrC sedang terganggu mentalnya, sebatang kara, ketagihan alkohol, aku berusaha selamatkan dia, kemudian aku jatuh cinta dgn Jaime, lalu aku & dia bina kehidupan baru...Lisa tanya, DrC ada beritahu apa2 kisah silamnya? Del kata, ada, Jaime beritahu dia telah kehilangan segala2nya iaitu keluarganya...DrC & Ruby sedang rawat Aug, DrC nak pastikan tiada radang otak berlaku, check tahap oksigen, DrC seru pd Ruby supaya bersabar, jangan patah semangat, lalu Ruby keluar...DrC lakukan terapi senaman pd tubuh DrC, DrC genggam tapak tangan Aug beri kata2 semangat, terkejut dia rasakan jari Aug genggam tapak tangan DrC! DrC senyum terlalu riang...Perez di pejabatnya kebimbangan suruh pembantunya persilakan Isa masuk jika dia sampai, Perez rasa Isa dlm bahaya....Isa pandu keretanya berhenti didepan gate parking berkata2 pd pak guard, yg dia nak ke pejabat Perez, sedang Isa tunggu gate dibuka, Isa cam di cermin keretanya yg Anibal ada didlm kereta dibelakangnya...kemudian Isa meluncurkan keretanya masuk parking diikuti Anib dgn keretanya...Barb tiba di galeri diikuti Sof mendapati paip dlm laci dah ghaib, Barb gelabah, Sof tanya apsal nih? bahan bukti aku! jawab Barb...Isa keluar kereta bergegas masuk lif, Anib kejar, pintu lif hampir tutup, tapi Anib sempat tolak pintu lalu masuk, Isa & Anib bertembung tidak berkata apa2 bila pintu lif tutup semula.....Vee Daah!!!

Marg dlm kesakitan memakai cap plastik tutup rambut, baring di atas katil khas, doktor bersalin pujuk Marg, don't worry, kau takkan mati! tapi Marg berdegil tetap mahu keluar dari situ, jerit kat Om, tolong!!! keluarkan aku dari sini!!! nanti mereka tidurkan aku!!! Om jadi fedup lalu keluar dari bilik itu...Barb di galeri lalu telefon Perez, Perez kata Isa dlm perjalanan ke pejabatnya, lalu Barb nak keluar, Sof cuba tahan Barb, rayunya, hey, kau dah janji dgn aku jangan apa2 Anib! Barb tak peduli lalu keluar diikuti Sof...dlm lif ke pejabat Perez, Anib lalu mencekik Isa tanyakan penglibatannya dgn Barb, tiba2 lif berhenti terbuka pintu, orang lain masuk, Anib lepaskan cekikan tu, pura2 tiada apa berlaku, cepat2 Isa keluar dari lif, Anib pun mengejarnya...Perez di pejabat pelek & cemas, mana Isa nih?!! sepatutnya dah sampai...Isa turun tangga dgn pantas nak larikan diri, diikuti Anib dibelakang, sambil teriak, jangan lari!!! Isa tersilap langkah lalu terjatuh, tergolek beberapa kali, kemudian Anib sampai kat Isa lalu membongkok berkata, aku dah cakap jangan lari, kemudian terhenti berkata2 lalu pusingkan tubuh Isa yg dah tak bergerak lagi, terkejut Anib lihat dahi Isa parah dgn luka yg panjang, terkeluar kata2 Anib, eh!!! kau dah mati?!! jeng, jeng....jeng,jeng....Ern di rumahnya tanya Alv mana bininya, Alv tak tahu menahu ttg Barb dilarikan, kemudian Alv beri peringatan bahawa Barb mesti dihalang mendedahkan mereka, kalau tak mereka akan musnah.......Vee Daah!!!

Di wad Aug, DrC sedang bincang dgn seorang doktor lain, DrC beritahu ada petanda baik pd Aug, doktor itu kata otot2nya berfungsi dgn baik, kemudian DrC berkata2 dgn Aug, buka matamu! lupakan masa silam!!! tiba2 seorang misi masuk beritahu yg Marg akan bersalin, DrC tersentak, OKlah akan ku beritahu Lisa nanti, bila misi keluar, DrC berkata pd Aug, aku berharap kau tak dengar sebab tak mahu kau terganggu!...Barb & ibunya dah sampai di pejabat Perez, dia pelek mana Isa belum sampai lagi, Sof keheranan, kenapa Isa nak kesini? Barb beritahunya bahawa Isa nak bawa batang paip tu sebagai bukti, alangkah marahnya Sof, tak sangka aku kau nak sabitkan abang kau! sampai hati kau!...Perez mencelah, aku rasa mmg patut pun, boleh bantu kes kita, Barb setuju, maka menangislah Sof, rayunya pd Barb, kau dah janji dgn aku!!! Perez tercengang akan kerenah mereka berdua....sedang DrC berucap dgn Aug, Lisa pun masuk, DrC beritahu dia dah buat ujian, Aug ada reaksi, dia boleh dengar, kemudian DrC tanyakan Silv, maka kata Lisa, Silv masih gitu lagi, bahawa dia dlm keadaan obsession siapa bapaknya, Lisa terus jeling kat mata DrC, terus tanya, kau ada sesuatu ker sembunyikan dari kitorang selama nie?...Beb di pejabat guru besar gembira bila dibenarkan sambung belajar lagi, aku tak akan hampakan kau, kata Beb sambil jabat tangan guru besar tu...Lisa jeling kat DrC yg cemas rahsianya terbongkar, Lisa kata, kenapa kau tak beritahu kami? DrC pun menjelaskan, aku telah melalui saat2 yg paling sukar, sedang membebel tersasul DrC kata, wahai anak perempuanku....hah, kata Lisa, kan tadi kau kata aku anak perempuanmu?!! DrC tersedar, bila? aku cakap apa? lalu berjanji akan ceriterkan pd nya bila Aug sedar nanti, kemudian DrC tukar topik, katanya, Marg sedang bersalin di hospital ni, Anabel beritahu aku....Barb di pejabat Perez call hp Isa, tiada jawapan, lalu bingkas bangun nak keluar, Sof cuba tahan, nak kemana? Barb jawab, nak cari Isa!.....Vee Daah!!!

EDISI SEMASA

Lisa berlegar di koridor terdengar suara Marg dari bilik bersalin, aku nak matiii!!! Ruby keluar beritahu Lisa, keadaan dia & anaknya tak berapa baik! Lisa cuba elakkan dari keadaan ini, katanya, aku mahu pergi, Marg akan melahirkan anak Santiago!!!...Barb di koridor tekan butang lif berkali2 tapi lift lambat, Sof sedang marah2kan Barb, Perez keluar pejabat utk bersama mereka, lalu Barb lari ke pintu tangga, Sof terlanggar Perez bila nak ikut Barb...di penjara, pengawal beri Sant hamburger, katanya, terima kasih kerana beri aku tv & vcr tu, anak bini aku seronok! pengawal minta tengok gambar scanning, siapa tu? Sant jawab, itu anak aku!...Barb meluru turun tangga diikuti Sof, tak lama kemudian, Barb terhenti, siapa nih?!! ooh! Isabel?!! terlalu terkejut & menangis Barb, mama!!!! Isabel dah mati!!! sambil mengongoi Barb yg terduduk di tangga papahkan kepala mayat itu di dadanya...di rumah Ern sedang berbincang dgn Alv, tiba2 Anib meluru di hadapan mereka, Ern pelek terus bertanya, dah jumpa Isabel? Anib terus menuju ke biliknya tak mahu bercakap dgn ayahnya....Barb mengongoi goyang2kan mayat itu, kau tak boleh mati!!! Isabel, siapa yg lakukan kat kau nih?!! Sof terus pergi panggil polis....Marg masih mengerang kesakitan, tak dapat keluarkan anak, doktor tu kata, tarik nafas!!! keluarkan!!! doktor terus call intercom, mana misi nih? kemudian masuklah seorang misi yg jenis takutkan darah....El masuk kurungan Sant, beritahu keciwanya akan Lisa tu, Sant kata Lisa hanya pertahankan abangnya, bukan salah dia, kemudian ceriterkan bahawa dia dah lihat anak pertama kalinya, kaki & tangannya bergerak, dgn degupan jantungnya sekali, El terkejut.......Vee Daah!!!

Inspektor polis siasat tempat kejadian, menyoal Perez & Barb, Perez beritahu yg dia syak ini bukan kemalangan, Barb beritahu dialah yg suruh Isa pergi menemui Perez tapi sebaliknya didapati Isa dah mati, kemudian satu pegawai polis jumpa dompet & kasut, Inspektor tanya Barb, Barb hanya angguk kepala, kemudian inspektor panggil doktor forensik...Sant keluh menangiskan nasib bayi itu, aku lukakan hatinya, dia dapat ibu Margarita, Sant tanya El, adakah kau akan menyayangi anak itu?....Anib sedang muntah di WC tandas, kemudian basuh muka & pandang dirinya pd cermin, terflashback terpandang mayat Isa, lalu ke WC muntah lagi...Barb lari turun tangga, diikuti Sof & Perez, berhenti di satu tempat, Perez beritahu yg dia akan dapatkan perlindungan dari mahkamah kerana bimbangkan keselamatan mereka...pd malam hari...Lisa berlegar2 di koridor hospital, kesian bayi tu, tak siapa nakkannya, fikir Lisa, kemudian keluarlah misi dari bilik bersalin, kata misi, Marg dah banyak kehilangan darah! aku nak panggil doktor bius! kau pergi tolonglah doktor tu...Lisa keberatan, kan dia dah tak kerja lagi disitu, tiba2 kedengaran Marg mengerang kesakitan!!!......Vee Daah!!!

DrC di pejabatnya telan pil, kemudian masuklah Del, DrC tanyakan Silv & Beb, Del beritahu yg Silv dah tahu DrC ayahnya...Ruby masuk bilik locker, pelek Lisa sedang bersiap dgn pakaian bedah, Lisa beritahu Ruby, aku nak ke bilik bersalin! peduli apa jika DrSerpa tahu, sebab itu anak Santiago! lalu minta tolong dari Ruby pakaikan sarong tangan....Marg masih mengerang kesakitan, jeritnya, beri aku suntikan!!! anak itu nak bunuh aku!!! doktor tu terus intercom, mana bantuan nih?!! tiba2 masuklah Lisa dgn masknya tutup hidung & mulut, doktor terkejut, Lisa?!! OKlah, kata doktor tu, pergi ambil tempat kamu!!!...Delia beritahu DrC yg Lisa boleh terima hakikat, tapi Silv tidak, mereka syak selama ini kau ambil berat ttg mereka, Silv teringatkan kata2 kau semasa dia kecil dulu!...doktor cuba tenangkan Marg, everything's OK! sambil mengiringkan Marg supaya doktor bius dapat suntik belakangnya utk menahan sakit, Marg menjerit2, tepis tangan doktor, jarum tak masuk! kata doktor bius...Sant tertidur atas bangku termimpikan seorang kanak2 dlm kabus putih berjalan menujunya, nampak dirinya berlegar dlm kabus putih, tiba2 Sant terkejut bangun, berpeluh!!!...esok paginya...DrC sarapan pagi dgn Del, DrC keluh yg Lisa asyik bertanya ttg siapa dia sebenarnya...Lisa masuk bilik locker, heran akan dirinya sendiri, kenapa aku sanggup buat begini? terflashback dia sambut bayi Marg & berikan pd doktor, kemudian masuklah Ruby, Lisa peluk Ruby, Ruby puji Lisa, kau sungguh berani, Lisa tersenyum, Lisa jelaskan, sebenarnya aku bukan berani, tapi aku bodoh dgn sentimental aku, sebaliknya aku mendoakan dia supaya selamat!!! Ruby masih geramkan Marg, dia masih bebas! jawab Lisa, hidup lebih dari itu! sambil tersenyum, Lisa kata, bayi tu comel, sungguh sempurna! satu irony ye?!! Ruby kata, kau sambut bayi tu ye?!! jawab Lisa, itu anak Santiago, anak yg aku ingin berikan pd dia!!!......VEE DAAH!!!

Posted on May 16, 2002, 7:22 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1