 






|
STORY
Daily
Summaries
April 16,
2002
summary 160402
by aurora
hey peeps~!
i've been sooooo bz these two days.. tak sempat nak mengomel kat sini. anyway this is the
summary for tuesday 16th. dah dua hari.. so lebih kurang yg dapat recall jek yek~!
santiago and margo kat klinik.. ambil result paternal test. santiago tak caya baby tuh
anak dia.. so the doctor suruh dia buka laporan tu utk penerangan terperinci "lihat
gambarajah dna bayi tu. jalur di sebelah kiri sama dengan jalur dna ibunya.. manakala
corak di sebelah kanan sama dengan corak dna ayahnya. corak itu sama dengan corak dna
kau.. maka terbukti kau adalah ayahnya." santiago kata keputusan ujian amat penting
bagi dia, it may change his life. so utk dapat kepastian dia minta augusto pun buat
paternal test tu. margo menjerit "ini dah melampau!" doktor pun terangkan yg
ujian kat augusto boleh dibuat tapi cuma akan membazir masa.. dah terbukti baby tu mmg
anak santiago.
augusto and lisa kat hospital. lisa still mempertikaikan apsal augusto naik angin
everytime lisa ceritakan kebaikan dr contreras "dia telah selamatkan beba.. kita
terhutang budi pada dia." augusto kata kat lisa.."por favor.. jangan sebut depan
aku nama dia atau 'santo jaime' atau apa saja dia panggil dirinya!" augusto pon blah
pi cafe jumpa vincente. vincente try pujuk augusto.. cerita kat augusto yang pada masa tuh
jacinto sebenarnya salah sangka "jacinto pergi kerana dia sangka aku ada hubungan
sulit dengan mak kau.. malah dia sangka beba adalah anak aku" augusto bertambah marah
coz jacinto meragui mak nya, terus dia bangun nak serang jacinto. vincente cuba halang but
augusto tetap nak pergi "aku bukan pengecut!"
lisa ngan ruby kat kaunter hosptal. ruby tanya what's bothering lisa. lisa jawab
"kehidupan aku sekarang umpama mimpi ngeri yang menggerunkan. kenapa aku? kenapa
keluarga aku?" ruby tries to calm her down,"mimpi yang menggerunkan ini akan
berakhir." lisa kata kat ruby,"tak perlulah kau tanya apa� tentang masalah
aku.. kehadiran kau di sini sudah cukup utk aku."
santiago tak senang duduk after getting the test result. dia pi jumpa kawan baik dia utk
mengadu hal. tiba� henpon bunyi.. lisa call dr hospital. "aku tak boleh jawab
panggilan ni.. bagaimana aku nak bagitau lisa yang aku adalah bapa kepada anak
saudaranya!" kawan dia kata dia tetap perlu bagitau lisa. "ya.. aku akan
bagitau.. tapi bukan melalui telefon.."
delia and jaime kat lab. tiba� augusto masuk, so jaime minta delia tinggalkan mereka
berdua. b4 leaving, delia minta augusto consider the fact that life hasn't been fair to
jaime either. then augusto pun mula menyalahkan jaime tentang segala yg terjadi pada
keluarga dia. "aku dan ibu menderita setelah pemergian kau. setiap hari aku terpaksa
lihat ibu menangis dan menyalahkan dirinya kerana kematian kau. segala kenangan kau kami
simpan, supaya kau sentiasa hidup pada kami. aku menyanjung kau, setiap hari aku mengenang
memori kau.. sehinggalah aku sedar yang aku perlu meneruskan hidup!" jaime cuba
mempertahankan dirinya,"aku pun menderita sejak meninggalkan keluarga!" augusto
tetap marah atas apa yg jaime buat kat keluarganya,"bila aku bercakap tentang
keluarga, ia bukan sahaja aku.. bukan sahaja adik� aku.. malah ibu aku. ibu yang mencari
rezeki untuk memastikan perut kami berisi.. memberi kami pelajaran.. ibu yang setiap
minggu membawa kami menziarahi pusara kau.. meletakkan bunga.. sampai saat kematiannya dia
tetap percaya yang dia akan menemui kau.. padahal kau sebenarnya lari dan menukar nama
menjadi jaime contreras!" jaime minta augusto faham situation dia.. but augusto tetap
marahkan jaime "aku telah menderita, tapi adik� aku takkan menderita. mereka takkan
tahu perkara ini. pada mereka ayah mereka telah mati! dan pastinya selepas ini pusara ibu
akan dapat lebih banyak bunga!"
kat kaunter hospital.. delia jumpa ngan lisa. lisa kata yang dia dah lama tak jumpa dr
contreras so dia nak gi lab, maybe ada yg dia bleh tolong. delia teringat augusto ada kat
sana.. so dia kata kat lisa tak perlu laa pergi. lisa kata "kalau begitu biar aku
pergi melawat beba." then augusto lalu from lab. delia tanya augusto apa yg kau
bincangkan dgn suami aku? augusto kata "kalau dia yang minta kau bercakap dengan aku,
kau hanya membuang masa sahaja!" delia kata jaime tak suruh dia cakap apa� malah
jaime halang dia bercakap dengan augusto. augusto kata dia tak ada apa nak dicakapkan
dengan delia, and terus blah.
margo jumpa omaira bagitau pasal test result. dia marah sangat bila santiago tak dapat
terima yg baby tu anak dia. then dia merungut ttg macam mana nak berhadapan dgn augusto.
omaira kata dia boleh tolong bagi jampi yg boleh kawal kemarahan augusto.
frans ngan beba kat wad. frans kata that he has to leave coz selama beba sakit dia tumpang
rumah buddy.. so now beba dah baik.. dia tak boleh terus bergantung pada buddy.. dia perlu
cari kerja. beba sedih,"kalaulah kau boleh sentiasa bersama aku di sini.." frans
kata kalau diikutkan hati dia mmg nak sentiasa bersama beba, tapi dia perlu pergi. in the
mean time, lisa pun sampai. frans hugged beba and he left. lisa senyum kat beba. beba
kata, "kita memang bertuah. aku mencintai lelaki gila yang membuat aku gembira, kau
dapat seorang lelaki yg sungguh baik seperti santiago, dan silvia mempunyai 2 anak yang
sungguh comel dan carlos yang sungguh lucu.. apa lagi yang dia mahu?" bila dengar
pasal silvia air muka lisa pun berubah. "beba, kau sakit jadi kami tak bagitau kau
apa�. sebenarnya silvia dan carlos dah berpisah." beba terkejut, "tak bolehkan
kita lakukan apa� utk mereka?" lisa cuba terangkan kat beba yang hidup ni tak
semudah yang disangka..
silvia ngan boris (botak lembut) kat ofis.. tiba� ignacio call ajak keluar makan. after
letak phone.. silvia teringat kat carlos, dia renung gambar bersama carlos and the
twins.."mengapa begitu sukar bagi aku mengusir kau dari hidup aku.. carlos.. aku tak
dapat lupakan kau.."
kat rumah, josefina (the nanny) tgh jaga the twins. carlos call.. nanny tu yg angkat.
"sejak bila pulak ada org nama josefina tinggal kat rumah tuh??" the nanny pun
terangkan yg dia diupah oleh silvia utk jaga the twins. carlos pun marah coz silvia
tinggalkan anak� dgn org yg tak dikenali. carlos pun bergegas datang nak jumpa dengan
anak� dia.
kat wad augusto datang melawat beba. beba tanya augusto ttg silvia and carlos, "takda
apa ke yg boleh kita buat utk mereka?" augusto kata kat beba yg beba masih muda..
banyak lagi yg perlu dipelajarari dr kehidupan. then beba tanya augusto ttg baby margo,
and bagitau dia sungguh gembira utk jadi makcik buat kali kedua.
santiago dtg kat hospital jumpa lisa. kawan lisa kata lisa dah abih shift so dia tgh salin
pakaian.. kalau nak suh panggilkan dia bleh tolong. tetiba lisa muncul. lisa pun tanya
santiago "bagaimana dgn ujian tu? ia anak augusto bukan?" santiago hulur
envelope kat lisa, "lebih baik kalau kau lihat sendiri." lisa pun buka
envelope.. baca keputusan ujian.. dan air mata lisa pun berguguran. "dia telah
bercakap benar.. margarita telah bercakap benar selama ini.." santiago jawab,
"ya.. dia tidak berbohong.. anak yang dikandungnya ialah anak aku.."
summary hari rabu... tengoklaa kalau i sempat esok.. if not we still have a bunch of nice
ppl to type it.. kan frenz~? okay.. tak larat taip lagi.. ngantuk~!
Posted on
Apr 18, 2002, 4:17 AM |