sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 15, 2002

summary 150402 - ini yang telah berlaku..
by aurora

at first i find no reason to post any summary.. coz cerita tgh hot and almost finish.. sure takde sapa yang miss then i saw gia's message.. alamak kesian pulak kat kawan kita ni.. dah laa dok oversea
so to those who missed the episode, here's what i can remember..

margarita kat dalam bilik "hari ini harinya. 2 minggu berlalu.. 2 minggu yang umpama 2 tahun bagi aku" margo merungut pasal setiap hari dia terpaksa lihat muka augusto.. finally the day has come "santiago, kau akan tahu yang bayi ini anak kau.. bukan anak augusto!"

delia kat cafe dengan santiago.. "kenapa lisa tak tahu yang dr estrada itu ayahnya sedangkan mereka bekerja bersama??" delia mintak santiago jangan panggil suami dia dengan nama tu coz cuma augusto sahaja yg tahu pasal hal ni. delia cerita yang augusto dah buang semua gambar jacinto masa mak dia meninggal.. mungkin sebab dia marah dan anggap ayahnya punca kematian maknya. lagipun masa jacinto pergi.. lisa kecik lagi.. dia tak ingat rupa ayahnya. dan sekarang jacinto dah banyak berubah. "aku tak minta kau bagitau mereka semua. aku cuma harap kau dapat cakap dengan augusto.. supaya dia lupakan kemarahannya.. supaya dia tidak hanya menyalahkan kami tanpa memikirkan apa yang telah kami lalui.."

lisa tolak beba ngan wheelchair kuar dari bilik kuarantin. kat luar augusto ngan frans tgh menunggu. beba berpelukan ngan augusto "aku sangka aku tak dapat jumpa kau lagi" ..and then beba peluk frans. frans bagitau beba "aku telah tunaikan janji aku untuk tidak meninggalkan kau.. aku tidak pernah meninggalkan kau.. walaupun tak dapat bersama kau.. kau tetap dekat di hati aku.." beba jawab ya.. kau telah menunaikan janji kau. lisa senyum kat augusto "francisco benar� mencintai beba.." augusto kata kat lisa yang dia sudah mula percayakan frans.. dia tau yang frans tak akan cederakan beba. tgh beba peluk frans.. dia nampak dr contreras di sebalik tiang. beba pon panggil dr contreras dan ucapkan terima kasih.. dr contreras telah sembuhkan dia.. telah benarkan frans lawat dia.. "kau memang seorang santo.." dr contreras menggeleng.."aku sepatutnya lakukan lebih dari itu.." sambil matanya memandang augusto. lisa kata pada augusto yang mereka dah terhutang budi pada dr contreras. then dia tolak wheelchair beba utk pindahkan beba ke wad. frans pon ikut diorg.. tinggallah augusto ngan dr contreras. "setelah apa yang berlaku pada hari tu.. aku tak mahu lihat muka kau lagi. bila kita bertemu nanti.. aku pula yang akan bercakap!" augusto pun terus tinggalkan dr contreras termangu sorang�.

margo pergi jumpa dengan omaira.. bagitau pasal result paternal test akan diketahui hari ni.

carlos baru jek habis menaip skripnya. sorang cleaner pempuan masuk.. tanya pasal apa yang dia taip. "aku baru saja siapkan skrip bertajuk 'pemegang kuali leper'.. tentang seorang lelaki yang memegang kuali leper. kau akan jadi pengkritik pertama aku" carlos suruh cleaner tuh baca skrip dia.. cleaner tu kata dia buta huruf. "takpe.. aku akan lakonkannya utk kau" dia dan cleaner tuh pun pegi kat stage. carlos amik sebatang mop "ini isteri aku silvia".. then dia amik dua patung kecik "ini anak� aku alicia dan aurora" dia pun mulakan lakonannya.."aku seorang lelaki.. aku memegang kuali.. aku yang memasak.. sedangkan isteriku bekerja. aku berkahwin dengan harapan utk dilayan seperti raja.. tapi raja ini telah kehilangan mahkotanya.. malah bukan sahaja mahkotanya.. dia telah kehilangan segala-galanya.." dalam pada tu nea datang kat belakang stage.. perhatikan lakonan carlos dr jauh.

silvia tinggalkan kembarnya ngan babysitter and gi keje. kat ofis ignacio suruh assistantnya order 2 jambak bunga utk silvia. kata si botak lembut tu "dia telah dilamun cinta.." bila silvia sampai kat ofis, silvia terkejut tengok bunga� tuh. silvia kata kat ignacio "aku akan kerja bersungguh� untuk cover apa yang aku tinggalkan selama 2 minggu nih" pastuh silvia cerita kat ignacio yang dia dah berpisah ngan carlos.. yang carlos telah tepon bilik hotelnya waktu silvia ngan ignacio kat conference.. and bila ignacio angkat, carlos ingat silvia pergi utk buat hubungan ngan ignacio. ignacio offer utk berbincang ngan carlos. silvia kata "tak perlu.. untuk apa.. kau tiada kaitan ngan perkara ni" ignacio kata sikit sebanyak benda ni ada kaitan ngan aku. silvia jawab "tak perlu.. carlos sepatutnya mempercayai aku"

beba dah dipindahkan ke dalam wad. augusto, lisa dan frans ader kat situ. beba kata kat lisa yang dia nak balik.. lisa explain yang beba still kene lalui beberapa ujian b4 dia boleh balik. santiago tiba.. dia peluk lisa. beba tanya santiago "pesakit tak dapat pelukan ke?" santiago jawab pesakit mesti dapat pelukan.. then dia pun peluk beba pulak. beba tanya lisa "bagaimana dengan bulan madu kau?" santiago ngan lisa saling berpandangan. augusto jawab "mereka tak jadi berkahwin" beba tanya kenapa? santiago jawab sesuatu telah berlaku dan lisa tinggalkan majlis tu. beba tanya santiago "kau tak marah lisa tinggalkan perkahwinan tu?" santiago jawab dia tak ada reason nak marah.. lagipun dia amat cintakan lisa.

delia jumpa jaime. jaime termenung kat tepi tingkap. delia kata kat jaime "kau telah berjaya selamatkan anak perempuan kau" jaime kata dia tak tahu apa reaksi anak� perempuan dia nanti bila dapat tahu perkara sebenar. delia pujuk jaime "kita boleh minta pertolongan orang lain untuk terangkan perkara tu" jaime jawab "siapa yang akan tolong? mereka pasti akan marah pada aku seperti augusto. aku yang telah meninggalkan mereka.."

anibal datang mengacau barbara kat galeri "mesti isabel yang suruh kau jaga galeri ni sementara dia pergi ke utara" anibal tanya kenapa barbara lari dari rumah.. barbara bagitau yang dia lari setelah dapat tahu perangai sebenar ayah dia. barbara kata kat anibal "kau sama seperti ayah.. termasuk dengan perangai buruk kau sekali!" anibal kata udara kat galeri ni yang membuatkan fikiran kau jadik begitu.. barbara jawab udara kat hutan tu pulak buat fikiran kau jadi bertambah jahat setiap kali kau balik! barbara kata kat anibal yang dia tak rasa seperti ada keluarga. mereka bagai bukan satu keluarga.. keluarga sepatutnya take care of each other. anibal kata pulak kat barbara "kau tahu siapa yang aku jumpa di hutan? bekas tunang santiago! kau terperanjat bukan? ya, dia memang cantik.. nanti bila santiago dipenjarakan, bila dia menderita, kau teka siapa yang akan membahagiakan dia?" anibal senyum sinis sambil buat lirikan jahatnya.

galindez datang ke ofis ernesto.. bagitau plan untuk mendakwa santiago akan bermula hari ini.

beba berdua ngan augusto kat wad. beba cakap kat augusto "satu perkara yang akan sentiasa aku kenang dalam hidup ini ialah mempunyai abang seperti kau. aku tak mempunyai ayah.. tapi aku mempunyai abang yang baik.. kau seperti abang dah ayah aku." beba tanya bila baby augusto akan lahir.. augusto jawab tak lama lagi. augusto tinggalkan beba and gi jalan� kat taman. lisa nampak augusto kat taman. dia tanya kenapa augusto tak bersama beba? augusto jawab dia nak biarkan beba bersendirian ngan frans. lisa kata frans seorang yang baik.. dia telah bawa makanan untuk beba. then lisa tanya augusto "kenapa sejak kau jumpa dengan dr contreras, kau berperangai pelik? mula� aku fikir kau risaukan beba.. kini beba dah pulih.. kau masih berperangai begitu. dr contreras telah banyak membantu kita.. tapi kenapa setiap kali aku cakap tentang tu kau marah? apa yang telah berlaku?" augusto just mengeluh dan mengelak daripada bagitau lisa perkara sebenar.

beba ngan frans kat wad. beba bagitau frans "aku dengar setiap perkataan yang kau katakan.. aku nak balas.. tapi aku tak mampu. aku bayangkan wajah kau.. kita berdua di langit.. lautan.." frans tanya apa yang kau dengar. beba kata "tentang little prince.. tentang harta. kalau aku tak sakit tentu sekarang kau dah jumpa harta yang kau cari.." frans kata "sewaktu kau sakit aku telah jumpa harta tu.. kaulah harta aku.. aku amat mencintai kau"

santiago ngan margo kat klinik. doktor bagitau yang result paternal test dah siap, dan hulurkan envelope pada margo. margo suruh santiago buka dulu. santiago ambil envelope tu dan kata kat doktor "aku andaikan kau dah tahu keputusannya.." doktor jawab ya.. rangkaian dna contoh yang diberikan sama dengan rangkaian dna bayi itu. santiago tanya apa maksudnya? "kau adalah bapa bayi itu!"

Posted on Apr 16, 2002, 2:13 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1