 






|
STORY
Daily
Summaries
March 15,
2002
ni ha
summary hari jumaat punya...
by kamilia
sebenarnya
hari jumaat hari tu akak dah taipkan summary.akak taip panjang lebar,tinggal beberapa
perenggan je nak habis,anak akak tekan butang apa tah,hilang semua yg akak taip,tension
betul,terus akak hilang mood.ha ni dia summary hari jumaat.mujur masih ingat lagi..
1.lisa terkejut bila nampak santiago kat situ,lisa tanya"apa kau buat kat
sini?...s'go.."aku datang nak ajak kau balik"...lisa "tapi kau cedera
parah"...s'go.."kecederaan aku lebih parah masa kau meninggalkan aku."lepas
tu s'go luahkan perasaan dia.dia cerita kat lisa mcm mana dia cari lisa mcm nak gila.cari
kat semua tempat,kat rumah lisa,kat hospital,kat universiti tapi semua tak tahu lisa pergi
mana.lisa pulak macam tak nak dengar.dia tanya s'go mcm mana s'go dapat kecederaan tu.s'go
kata"ianya satu kemalangan,tolong,jangan tukar tajuk perbualan,aku nak tahu kenapa
kau menghilangkan diri pada malam tu,kita sepatutnya berkahwin."...lisa.."aku
bukan menghilangkan diri tapi aku melarikan diri dari kau,aku tak sanggup nak pandang mata
kau dan beritahu bahawa hubungan kita ni tak boleh terjalin".s'go terpinga2 bila lisa
kata mcm tu.lepas tu lisa sambung "kita tak boleh teruskan hubungan ni,mustahil,kau
baliklah ke bandar semula".s'go kata dia tak nak balik.sedang depa berbual,dr fonseca
masuk.dr.fonseca kata maaflah mengganggu,dia nak keluar semula tapi lisa kata tak
apalah,lisa kata dia nak ikut dr fons rawat hilaria.s'go tanya lisa,"kau nak
kemana?"...lisa.."aku akan datang semula,aku akan balik sini semula."
2.eloisa datang pejabat ernesto.mula2 tu dia jumpa sekretari rambut kuning,dia kata nak
jumpa ernesto.lepas tu eloisa jumpa pulak elsa.dia cakap benda yg sama tapi elsa kata
ernesto tgh meeting dgn pelabur.tapi eloisa tak peduli,dia masuk jugak.kat dalam
pejabat,ernesto tgh berbincang dgn 2 org pelabur.galindez berdiri kat sebelah ernesto.bila
eloisa masuk dgn tiba2,ernesto terperanjat."berani kau masuk ke sini
ye"..(eloisa)"aku ada hal nak cakap dgn kau"...(galindez)"kau boleh
tunggu di luar".tapi eloisa berdegil jugak sampai galindez nak panggil
pengawal.eloisa kata "aku akan keluar tapi sebelum tu aku nak kau dengar dulu apa yg
aku nak cakap"...eloisa sambung lagi cakap"kau tentukan sama ada kita bercakap
sendirian atau pun bercakap di hadapan mereka(pelabur).ernesto pun tunjuk le
ke"temper"an dia tu.
3.anibal mundar-mundir kat pejabat dia.lepas tu bonifacio datang bagi tau yg dia dapat
berita lisa dah balik.anibal tanya macam2,anibal tanya kau dapat berita ni,kau tengok
sendiri ke atau dengar je.bonifacio kata org yg cakap dgn dia tu cuma dengar je tak jumpa
pun.lepas tu bonifacio tanya sama ada anibal nak dia dapatkan maklumat ttg lisa ke
tidak.anibal kata tak payah.
4.lisa n dr.fons berbual2.sebelum tu dr.fons tengok kecederaan s'go.dia kata yg s'go
banyak kehilangan darah n perlu banyak berehat,dr.fons suruh camila buat pemindahan
darah.yg si s'go ni macam ayam betina mati laki,sibuk tanya pasal lisa.dia kata dia nak
bercakap dgn lisa.dr.fons pun marah kat s'go.dia kata s'go perlu berahat.besok kalau dah
pulih,kau nak jumpa lisa seberapa lama yg kau suka,suka hati kau le..lepas tu dr.fons
keluar dapatkan lisa.lisa cakap kat dr tu."tolong yakinkan dia supaya balik ke bandar
semula"..(dr.fons)"tak boleh,dia ada kerumitan yg harus dibereskan,dan kerumitan
tu ada kena mengena dgn kau."..lepas tu lisa tanya.."apa masalah
dia?"..dr.fons.."dia mendapat kecederaan di tulang rusuknya,dan dari pengalaman
aku ianya disebabkan oleh parang,mungkin kerana bergaduh?"lisa tercengang.
5.eloisa n ernesto berdua2an dalam office.ernesto kata "berani kau masuk pejabat
aku,kau ingat kau siapa hah?"...eloisa.."kau nak menganiaya anak
aku!"...ernesto.."tidak,dia yg menganiaya diri dia sendiri".lepas tu
diorang bertengkar.eloisa kata yg ernesto nak perangkap s'go.ernesto kata.."kau ada
bukti ke?"..eloisa.."tidak..tapi..hah..betullah kau nak perangkap dia,sebab s'go
dah tak bekerja lagi di tapak pembinaan tu"..ernesto balas.."kau tuduh aku
ke?"..eloisa jawab.."memang aku tuduh kau!"..lepas tu eloisa dah cuak,dia
ingat ernesto dah buat sesuatu pada s'go.dia tanya ernesto .."mana anak aku,apa kau
dah buat dgn dia?"..ernesto.."aku tak tahu dan aku tak peduli!"lepas tu
diorang bertengkar lagi.last2 eloisa cakap kat ernesto.."aku tak de hak nak bersemuka
dgn kau,tapi aku percaya pd agama,suatu hari nanti kau akan terima balasannya dan aku
berdoa semoga pada hari tu,tuhan takkan lupa yg kau pernah mengecewakan kami!"eloisa
terus blah.
6.anibal pi ke tempat misi tu.dia jumpa dgn sorg misi,dia tanya misi tu pasal lisa,misi tu
kata "lisa tgh rawat hilaria,nanti aku bagitau dia yg kau nak jumpa dia".aibal
cakap sorang2.."nampaknya s'go tak dapat jumpa lisa,aku akn menjauhkan lisa dari
dia."
7.s'go asyik nak bangun je dari tmpt pembaringan tu.dia kata kat camila yg dia nak cari
lisa,camila pujuk s'go,s'go masih lemah lagi..bla..bla..bla..
8.lisa n dr.fons rawat hilaria.lepas dah check tu,dr.fons kata kat lisa yg ianya satu
keajaiban.hilaria dah pulih,semua tompok2,bengkak dah nak hilang.lisa cerita pasal biji
bunga suci tu.sebelum tu,lisa dah tunjukkan biji tu pd dr.fons.lisa kata mungkin dalam
biji tu ada penawar yg boleh melawan virus tu.dr.fons kata,satu2nya org yg boleh buat
kajian ni ialah dr.conreras.
9.vicente dok berbual dgn delia.dia kata dia tak faham kenapa jaime tu nak jumpa
angela.jaime tak tahu ke yg angela tu dah mati.delia kata,suami dia tu memang ada satu
penyakit..ala2 hilang ingatan gitu le..tapi sekejap je..tak lama pulih la...delia kata yg
jaime tu baik orangnya cuma tak dapat nak mengawal emosi.selama ni jaime menyangka yg
beatriz tu anak vicente dgn angela.bila sangkaan dia salah,tu yg dia rasa bersalah yg amat
sangat.lepas tu vicente tanya,"perlu aku bagiatu jaime yg angela dah
mati?"..delia.."jangan!"
10.margo called s'go tapi tak berjawab.margo pun "panas" le.tengah2 panas
tu,bunyi loceng bertalu2..margo dgn membebelnya bukak pintu,roberto yg
datang...margo"apa jari kau tersekat kat tempat loceng tu ke?roberto tercengang
badak..dia nak cerita pasal beba.margo kata beba dah balik tapi dia tak sihat,a'to dah
bawak dia pi hospital.roberto nak bertanya lagi tapi margo kata"aku ada hal penting
sekarang ni..eh kau baliklah"margo halau roberto..
11.a'to bawak beba pi hospital.masa tu semua nurse tgh mogok kat depan pintu masuk
hospital.a'uto masuk ikut jalan lain.masa depa masuk tu,ruby ternampak,dia pun menyapalah
depa berdua.a'to tanya ruby apa yg dah berlaku.ruby kata hospital tu dah nak kena
tutup.a'to tanya sama ada nak biar beba check kat hospital tu atau pergi hospital
lain.ruby kata tak payah bawak kat hospital lain.ruby bawaklah depa berdua tu kat tmpt
pendaftaran kot..ruby tanya kawan dia,dr.gustavo mana?tetiba datang elvira(nurse yg ada
affair dgn serpa@sampah tu)bawak paper.dia bacakan berita pasal kemalangan kat tapak
pembinaan dan s'go ortega dituduh cuai kerana menyebabkan kematian.ruby
menyampuk.."itu tak benar".kawan dia tanya.."mana kau
tahu?"...ruby.."aku tahulah..aku tak nak buang masa aku dgn hal ni.."dia
pun blah cari dr.gustavo.yg au'to pulak terperanjat bila dengar berita tu.dia cakap kat
elvira "boleh tak aku pinjam paper ni?"..elvira.."kalau kau nak ambik terus
pun tak apa"lepas tu a'to bawak beba duduk kat kerusi.lepas dr.gustavo datang.dr.gus
n ruby bawak beba masuk bilik rawatan.bila dah check tu,a'to tanya apa penyakit
beba?dr.gus kata..mungkin kena demam kuning tapi bezanya demam kuning tak ada tompok2 kat
badan.a'to cerita dgn dr.gus yg beba keluar dgn teman lelaki dia.mungkin teman lelaki dia
bagi dadah ke apa kat dia...tu pasal keluar tompok.dr.gus kata beba pergi cuma beberapa
hari takkan cepat sangat keluar tompok.apa hal pun dr.gus akan buat beberapa ujian
lagi.masa kat bilik rawatan tu,beba minta tolong ruby carikan seseorg.ruby nak panggil
au'to tapi beba tak nak.beba kata "tak apalah,bila aku dah sembuh nanti,aku akan cari
dia sendiri."ruby tanya"sapa yg kau cari?"..beba"seseorg yag amat aku
cintai.."lepas tu a'to masuk.ruby minta a'to angkat beba sebab dia nak tukar alas
katil yg dah basah dek peluh beba.masa a'to bangunkan beba tu,dia ternampak lukisan kat
belakang badan beba..a'to"apa ni?"ruby toleh.."tu adalah tatu"..a'to
kata "tak guna punya budak)marahkan fran)
12.fran dok mengamuk kat dlm penjara..rasanya itu je scene dia...tak ingat
12.margo dah sampai depan pintu rumah s'go tapi dihalang oleh jaga.margo bising2.lepas tu
sorang jiran dia keluar.."pe hal ni?"margo kata yg s'go suruh dia tunggu kat
sini.jiran tu cakap"peliknya,kenapa s'go suruh kau jumpa dia kat sini sedangkan dia
dah 2 hari tak de kat sini."lepas tu jiran tu cakap pasal polis yg datang rumah
s'gi.margo pun terperanjat le...
13.carlos dok membebel dgn anak dia pasal silvia kat taman.lepas tu tak pasal2 marahkan
org yg duduk kat taman tu..ni lagi satu kembar dr.contreras ni.marah org tak tentu pasal.
14.silvia n ignacio sampai kat airport dgn kereta.lepas tu depa pi check in le.org yg
kerja bahagian tiket tu kata yg pulau carribean tu tempat yg indah.."awak dan isteri
tentu suka"..lepas tu silvia marah.."saya bukan isteri dia!!"silvia terus
blah.lepas tu ignacio pi cakap kat org tu.."awak nak tahu sesuatu tak,saya akan
jadikan dia isteri saya"senyum lebar si ignacio tu..ceh..perampas!..perampok!
15.lisa keluar dari bilik.misi tadi sampaikan pesanan yg anibal tengah tunggu dia.lisa pun
pi le jumpa anibal.anibal tanya lisa mana dia dah pergi masa kat hutan tu.mula2 tu lisa
tak nak kasi tahu,tapi lepas tu dia cakap jugak.lisa sikap acuh tak acuh je.dia dah nak
blah tapi anibal tarik tangan dia.anibal cakap..."sikap kau berbeza..mesti kau dah
tahu ada seseorang kat sini kan.kau tahu s'go ada kat sini kan?"lisa pun dgntegasnya
menjawab.."aku datang sini nak buat penyelidikan,aku tak peduli dgn hal lain..pot
pet..pot..pet..bla..bla..lepas tu dia tinggalkan anibal.lisa balik semula kat pusat
kesihatan tu.camila cakap kat lisa,pi le jumpa s'go tu,dia asyik tanya pasal kau je.lisa
pun pi le...s'go nampak lisa,dia pun cakap.."aku nak kau beritahu aku hal yg sebenar
kenapa kau melarikan diri dari aku!"..lisa pun terkedu....BERSAMBUNG....
Posted on
Mar 18, 2002, 12:32 AM |