 






|
STORY
Daily
Summaries
January 14,
2002
summary-14-jan-2002
by kamilia
1.magarita
risau apa yg santiago nak bagitau sama santiago.dia nak tengok sejauh mana santiago dapat
mempertahankan diri dia.adakah sebaik dia.
2.santiago pergi ke hospital dgn harapan dapat jumpa lisa.masa dia tengah mencari-cari tu
terserempak dgn doktor yg menaruh hati kat lisa dulu tu.apa nama dia tak ingat.dr tu cakap
tahniah kat santiago kerana dapat lisa.lisa tu wanita yg hebat.dia seorang yg pentingkan
kerjaya dan pengajiannya,sebab tu ramai pekerja hospital mengganggapnya istimewa.dr tu
bagi nasihat supaya santiago gembirakan hati lisa jangan sesekali buat lisa
terluka.santiago diam je.mukanya nampak risau sangat sampai dr tu tanya "kau dgn lisa
ada apa2 yg tak kena ke? santiago kata "tak ada apa2".lepas tu santiago tanya
sama ada ada org lain tahu yg dia mencari lisa.dr tu kata dia dah suruh buddy(pekerja
negro)panggilkan lisa.
3.ruby memujuk lisa.dia faham keadaan lisa.dia pun rasa nak lempang je santiago tu.tengah
dok berbual tu,buddy datang.buddy kata santiago nak jumpa dia.lisa suruh buddy berbohong
pd santiago yg buddy dah cari lisa tapi tak jumpa.so buddy pun bagitaulah pd santiago yg
dia tak jumpa lisa.
4.santiago tak puas hati.dia masih nak cari lisa jugak.dia jumpa ruby.ruby kata lisa tak
ada kat hospital tu tapi santiago degil.ruby pun marahlah..dia kata "aku dah bagitau
kau yg lisa tu tak ada kat hospital ni.kalau aku kata tak de,tak delah..terpulanglah pada
kau nak percaya ke tak".
malam berganti siang.....
5.santiago dok termenung kat kerusi apartment dia.dia kata aku tak boleh kehilangan
lisa.dia ambil jacket terus masuk bilik.bersihkan diri le tu gamaknya.
6.lisa dekat bilik baby.dia temankan kawan dia "anabel" yg kerja shift.anabel
dapat rasakan perubahan lisa tu.dia pelik kenapa lisa tu nak temankan dia kerja shift
pulak. tapi dia tak banyak tanyalah sebab lisa awal2 lagi dah bagitau dia jangan banyak
soal.lisa masa tu tengah dukung seorg baby,dia kata baby tu comel,lembut dan nak mulakan
hidup baru.lisa tanya anabel "adakah tak baik kalau kita mulakan hidup baru?anabel
jawab "ianya adalah sesuatu yg baik."lepas tu anabel tanya "kau nak berapa
org anak dgn santiago?"lisa tak jawab.lepas tu masuk sorang lagi kawan dia nak
gantikan anabel yg habis shift.lisa pun bersiap2 nak ke universiti.anabel tanya "kau
nak terus pergi universiti ke? lisa jawab" ya",so anabel kata"aku rasa kau
terpaksa membatalkan hasrat kau tu sebab teman lelaki kau dah datang ".lisa toleh
belakang.dia tengok santiago dah melekat kat cermin bilik tu.lisa pun terkedu le...kesian
pulak akak tengok santiago tu.dah macam org sasau...
7. lisa tak nak jumpa santiago so lisa keluar dari bilik tu ikut pintu belakang.santiago
tak perasan.lepas tu santiago tengok lisa tak keluar2 jumpa dia,santiago masuk dalam bilik
baby tu."mana lisa?"dia tanya anabel.anabel kata lisa dah keluar.santiago pun
cepat2 kejar lisa.lisa berlari turun tangga.santiago nampak dan dia suruh lisa
berhenti.dia pun turun tangga.santiago jerit2 panggil lisa.lisa cakap yg dia tak nak jumpa
santiago lagi.dia lari dan lari dan lari....santiago kejar dan kejar dan kejar sampaikan
ada sorang nurse tu tegur santiago sebab dia terjerit2 panggil lisa.tapi santiago tak
peduli.lisa masuk bilik nurse.sembunyi dekat situ.santiago pulak nak masuk bilik tu tapi
berkunci.tiba2 dr jaime n delia(bini dia)datang."apahal kau buat kat sini
ni".santiago kata dia nak jumpa lisa.delia cakap yg lisa tak ada kat hospital
ni.bukan masa dia bekerja.tapi santiago kata dia nampak lisa.delia marah2lah...lepas tu dr
jaime kata,kalau lisa datang ke sini mesti dia ada kat makmal."mari ikut aku".dr
jaime ajak santiago.diorang berdua pergi le ke makmal meninggalkan delia yg dah masam
mencuka tu..
8.dr jaime bawak santiago ke satu bilik.dr jaime kata "apa yg dah berlaku antara kau
dgn lisa".santiago kata "apa kaitan kau dgn lisa?.kau bukan ada tali
persaudaraan dgn dia".dr jaime jawab.."ye aku ada kaitan dgn dia..dia sama2
bekerja dgn aku dan aku ambil berat tentang dia".dr jaime bagi nasihat kat santiago
agar jaga lisa tu.lisa tu budak baik.santiago kata yg dia cintakan lisa.dr jaime kata
cinta je tak cukup.santiago kena berjuang utk mempertahankan cinta dia.dr jaime seboleh2
nak santiago ceritakan pd dia apa yg dah berlaku,tapi santiago tak nak cerita...dia terus
pergi.
9.delia masuk dalam bilik nurse tu.dia ingat lisa memang tak ada dalam bilik tu tapi ada
sebenarnya.delia terperanjatlah...lisa menjeling delia dan terus keluar.part ni yg akak
suka sebab cara lisa menjeling delia tu nampak sangat dia marah n tak suka pd
delia.bagus...bagus...
10.santiago terserempak dgn buddy.dia tanya buddy sama ada dia nampak lisa ke
tidak.santiago suruh buddy berterus terang.buddy kata dia nampak lisa tergesa2 keluar dr
hospital.santiago tanya kenapa semalam buddy kata yg lisa tak ada kat hospital.buddy jawab
mungkin lisa tak nak jumpa dgn santiago.
11.magarita masuk bilik beba.beba tgh tidur lagi.margo tanya mana lisa.beba cakap tak
tahu.margo bagitau beba yg lisa tak balik dr semalam.dia nak bagitau sama augusto pasal
lisa.dia pun kasi taulah.augusto pun risau jugak tapi silvia menenangkan..."mungkin
dia terus ke universiti dari hospital."
12.boss silvia teringat lunch date dgn silvia.dia teringat kata2 silvia yg dok kata bahawa
pertemuan masa makan tengahari tu adalah sesuatu kesilapan.boss dia pun cakap sorang2
"kau akan tahu yg ianya tidak silap"nampaknya boss silvia dah jatuh hati...
rasanya itu je la...ada satu babak antara carlos n silvia tapi tak penting sangat jadi
malas nak taip.
Posted on
Jan 14, 2002, 11:28 PM |