sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

January 10, 2002

summary (thursday january 10-episode yang mendebar lagi menyedihkan!!!
by kamilia

1.santiago mengadu kat kawan lisa tentang dia,lisa n margo.santiago tanya kawan dia,apa yang patut dia buat.kawan dia kata yang santiago mesti beritahu lisa perkara sebenar.kalau tidak margo yang akan beritahu dan masalah akan lebih rumnit.

2.silvia masih lunch dengan boss dia.boss dia kata silvia boleh panggil dengan nama dia je tak yah berencik2,silvia pun serba salah.dia berterus terang ngan boss dia yang perbuatan kita ni tak betul walaupun atas sebab alasan perniagaan.tapi boss dia kata"aku ajak kau keluar bukan sebab perniagaan tapi memang aku nak ajak kau silvia jawab"kalau macam tu,ianya lebih teruk lagi."lepas tu boss dia cakap yang dia suka sifat2 yg ada pd diri silvia.tegas,agresif,ghairah,tabah dan juga naif.lepas tu boss dia tanya sivia tentang pekerjaan carlos,silvia jawab yang carlos adalah seorang artis.boss dia tanya lagi "artis terkenal ke?silvia jawab "tidak,dia tidak begitu dikenali"....bla...bla...bla...then boss dia nak hantar silvia balik.silvia tolak.dia bagi alasan yang one of her twins baby sakit dan dia dah panggil teksi.boss dia diam je la...

3.carlos berada di taman dgn anak2 dia.dia membebel tentang silvia yang tak balik makan.then dia terserempak dgn kawan lama dia.kawan lama dia dah jadi artis yang ternama.kawan dia ada tanya carlos dah berhenti jadi artis ke?carlos kata "aku bukan berhenti tapi berehat sekejap".

4.margo marah2 bomoh tu sebab apa yg bomoh tu suruh buat semuanya tak menjadi.bomoh tu kata jangan salahkan dia.lebih baik margo lupakan sahaja santiago tu.terima je lah hakikat. margo kata tak boleh " aku tak akan benarkan santiago kahwin dengan lisa."margo pulangkan balik batu2 yang bomoh beri tu dulu.bomoh tu suruh simpan,margo kata tak payah,nanti augusto dapat tahu habis le....bla..bla..diorang gaduh lagi.sebelum keluar tu ,bomoh tu cakap kat margo yang margo tu dah sakit.margo cakap sendirian "aku tahu siapa yang akan sakit bila mereka tengok apa yang aku boleh buat."

5.ruby berbual2 dengan lisa.dia tanya kenapa lisa muram aje.ada kaitan dgn santiago ke?lisa kata ye...dan santiago telah menakutkan dia.ruby bagi semangat yang tak ada sesiapa yang boleh pisahkan lisa n santiago.

6.lisa datang kat aparment santiago.yeeaahh..bermulalah episod yg mendebar lagi menyedihkan ini.
lisa tanya santiago mengenai hal margo.santiago teragak2 nak cakap.tapi dgn hati yang berat dia kata "ada sesuatu antara aku dgn margo" lisa jawab "apa dia?" santiago kata"aku n margo pernah jadi kekasih" lisa : "apa maksud kau pernah jadi kekasih" "bila?" "beberapa tahun dulukan?" lisa menyedapkan hati."tidak,beberapa bulan yang lalu" lisa: "tapi margo kahwin dgn abang aku sudah 3 tahun".
santiago : "lisa,aku tak tahu yang margo tu dah kahwin.hubungan aku dgn dia tak ada apa2 makna,kami hanya jadi kekasih sekali aje" lisa " apa maksud kau dengan jadi kekasih sekali aje?" lisa dah mula nak nangis,santiago pun dah mula bertakung air mata tapi....tapi....akak dah menangis dulu...waaaa..sedihnya...errr...sambung balik..santiago jawab"kau tahulah kan...." lisa : "aku tak tahu,aku tak tahu".santiago :"maafkan aku" lisa : "bila kau kenal margo?" santiago : "sebelum aku jumpa kau" lisa : "tapi kan kau bertunang ngan barbara " santiago : " ye aku tahu,dulu aku memang ramai teman wanita,tapi margo menggoda aku,perangkap aku,aku pun bukan org yg kuat agama..dulu memang ramai wanita cari aku tapi selepas bertemu kau,aku dah tak cari perempuan lain dah"....bla...bla...bla...lisa memang tak boleh terima apalagi bila dia dapat tahu yg margo tu isteri abang dia.lisa nak keluar dari aparment santiago tapi lelaki tu halang.diorang cakap2 lagi...lepas tu lisa keluar jugak.santiago kejar dari belakang sampai ke bawah.santiago pegang lisa tapi lisa suruh lepaskan.dia cepat2 tahan teksi,masuk dan terus pergi.santiago dah tak terkata apa dah...

7.dalam teksi,pemandu tu tanya mana lisa nak pergi.lisa kata "aku tak tahu,kau pandu jelah kemana2 pun...lisa tengok cincin di jarinya.dia tanggalkan cincin nya tu....santiago tak percaya yg dia akan kehilangan lisa....maka....keluarlah lagu a puro dolor tu......

8.santiago naik semula ke rumahnya n berkata "wanita yg aku cintai telah meninggalkan aku.....tidak..tidak...aku yg bersalah...aku telah mengusir dia akibat perbuatan aku sendiri..."

9.dr. jaime tanya delia,lisa ada lagi tak kat hospital.delia jawab tak ada.dr jaime cakap yang delia tak patut kata lisa amacam tu. delia jawab "nampaknya kau anggap dia istimewa " dr jaime kata "ye aku anggap dia istimewa".air muka delia tiba2 berubah.dia marah amat sangat.dia nak pergi dari situ tapi dr jaime pegang lengan dia...diorang cakap apa ntah..lepas tu dr jaime cakap yang dia dah tua buat lisa...lepas tu bla...bla..tak ingat...

10.francisco berbual2 dgn kucing dia.berbual pasal nak gi cari harta karun tu le...dia kata nanti beethoven dapat makan ikan tiap2 hari.lepas tu fran teringat beba masa beba jumpa dia kat bumbung hospital."kita akan merinduinya"kata fran pada kucing dia yg tak reti bercakap tu.

11.kawan beba datang ke tempat kerja beba.dia tanya pasal francisco.beba kata dia dah berhenti.dia ikut perempuan lain namanya kapten,beba pun nampak sedih.kawan dia tanya...kau cemburu ke? beba jawab"cemburu? tak de lah"

12.beba nak jumpa fran,tapi bila sampai kat bawah tangga rumah fran,dia teringat kata2 perempuan yg sama2 kerja dgn dia (ala...yg rambut kuning tu)terus tak jadi nak jumpa fran,terus beba balik.

13.silvia balik rumah tapi seorang pun tak de kat rumah.silvia dah nak nangis.yelah inile fisrt time dia tak balik makan tengahari dan rasa bersalah yg amat sangat.

14.augusto dtg jumpa isabel kat galeri dia.masa tu isabel....oooohhh dugaan..kenapa setiap kali aku nak menaip,anak aku mesti nangis kat sebelah....tolong...
ok sambung balik.....masa tu isabel kat dalam satu bilik sedang melakukan sesuatu dgn tanah liat(ala...macam cerita ghost yg demi moore belakon tu...
augusto nak buat kerja yg isabel suruh tapi isabel kata dah lewat.esok je le datang.lepas tu augusto tanya apa yg kau buat tu.isabel kata dia buat sesuatu yang belum terbentuk lagi.augusto menghulurkan sapu tangan kat isabel.isabel tanya"kenapa" augusto tunjuk bagi isyarat kat pipi isabel ada tanah liat.isabel pun ambil saputangan n lap muka dia.augusto nak ambil balik sapu tangan dia tapi isabel kata..."tidak,saya tak akan beri,bila saya dah basuh nanti baru saya pulangkan..."

habis dah ceritaaaa....

Posted on Jan 10, 2002, 9:24 PM

 

tertinggal satu babak yang menyakitkan hati
by kamilia

margarita sembunyi2 masuk bilik lisa.dia menyelongkar buku2 lisa dan ternampak sekuntum bunga ros yang dah layu dan kemek yang terselit dalam buku(mungkin pemberian santiago dulu)margo ambil ros tu dan pijak2nya.lepas tu dia terpandang pulak satu box tapi box tu berkunci.margo menyelongkar laci almari dan ambil klip n tried to open the box.berjaya!dia nampak gambar2 lisa n santiago masa "honeymoon" dulu.margo geram habis.masa dia membelek2 tu le,silvia balik n panggil lisa.silvia masuk bilik lisa n ternampak le singa betina tu kat atas katil pura2 baca buku.silvia tanya margo sejak bila pulak yg margo minat baca buku ttg perubatan.margo pun dgn muka selamba berkata yg dia boring dok kat rumah tu dan sajalah baca buku ttg pembedahan.margo tanya silvia agaknya ke mana lisa dah pergi.silvia pun jawab yang mungkin lisa jumpa boyfriend dia.margo cakap kat silvia,jangan cakap kuat2 sebab lelaki tu tak akan berkahwin dgn lisa!

Posted on Jan 10, 2002, 10:35 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1