 






|
STORY
Daily
Summaries
January 9,
2002
summary (
wednesday-january 9 -2002)
by kamilia
1.isabel
memujuk augusto supaya tolong pasang seramik n siapkan galeri dia.augusto mula2 tu berat
hati tapi dek kerana pujukan isabel,augusto setuju.diorang berjabat tangan.
2.lisa masuk makmal.dr jaime ada kat makmal tu.dr jaime cakap kat lisa jangan tersinggung
dengan sikap isteri dia tu.lisa kata dia tak tersinggung cuma delia(dr jaime's
wife)mungkin salah sangka kat dia.dr jaime cakap terus terang yang dia tak ada niat buruk
pada lisa.dia cuma ambil berat je..dia nak tolong lisa dalam semua perkara.kalau boleh dia
nak lisa anggap dia seperti ayah dia.so dengan syahdunya dr jaime tanya lisa "sudikah
kau mengganggap aku sebagai ayah kau?air muka lisa berubah,dia jawab"aku hanya ingat
satu perkara tentang ayah aku". "apa dia" tanya dr jaime. "ayah aku
pandai menari,dulu dia menari dengan aku..bla..bla..bla"lepas tu lisa kata yang muka
dr jaime tu ada iras2 muka ayah dia dulu.ok masa sedang berbual tu,bunyi telefon.dr
fonseca telefon dari amazon mengatakan yang ada lagi pesakit yang terkena virus tu..dr
jaime makin risau.
3.dekat airport,sophea menasihatkan anibal supaya bekerjasama dengan baik dengan
santiago.diorang nak pergi paris rupanya.barbara tak nak pergi tapi anibal marahkan
dia.dia kata jangan buat pasal.tak kena masa n tempat.barbara cakap kat anibal,perhatikan
santiago.kalau boleh jangan bagi dia kahwin.
4.ernesto beritahu santiago yang dia akan ada pembantu n pembantu dia adalah anibal.so
ernesto suruh santiago ajar anibal apa yang dia tak tahu.mula2 tu,santiago macam tak suka
je..tapi leaps tu dia setujulah sebab bila dia dah ajar anibal,bolehle dia blah dari situ.
5.silvia asyik kena puji dengan pembantu dia yang kepala botak tu.eh..ramai pulak pelakon
botak dalam cerita ni.lupak pulak nak cerita semalam.semalam syarikat yang buat anak
patung tu pujilah sangat kerja silvia sampai dia punya boss pun senyum je.dia ajak lunch
lagi.so hari ni punya story,silvia serba salah sama ada nak terima ajakan boss dia ke
tidak.sedang dia dok fikir tu,boss dia masuk n tanya dia macam mana lunch hari ni?silvia
kata bagi dia berapa minit dia nak buat satu panggilan.
6.silvia telefon rumah n cakap kat carlos yang dia tak balik makan tengah hari kat
rumah.carlos pun hampalah sebab dia dah penat masak.
7.silvia masih lagi resah.dia serba salah.dia dok fikir apa tujuan boss dia tu ajak
makan.mungkin untuk berkempen agaknya.so dengan hati yg berat,dia pun pergi le makan
tengahari dengan boss dia.tak makan pun cuma minum air aje..
8.santiago jumpa lisa kat hospital.santigo nak cakap tentang margo.lisa dah rasa lain
macam.dia kata kenapa nada suara santiago macam tu bila cakap pasal margo.santiago
kata,tak boleh cakap kat hospital,kena cakap kat tempat lain yang aman.so lisa bawak
santiago kat tempat lain.lisa tanya kenapa santiago nampak resah dan penat.santiago kata
dia tak lena tidur.lisa pun tanya pasal margo,santiago pun acuh tak acuh je.dia kata tak
sesuai cakap kat sini.lisa pun tengah bekerja.santiago suruh lisa datang apartment
dia,bila habis kerja nanti.lisa dah tak sedap hati dah.dia cakap kat santiago,yang
santiago dah menakutkan dia.lisa tanya sama ada margo ada cakap sesuatu yang menyinggung
hati santiago.santiago kata tak ada.mula2 tu lisa ingatkan yang santiago resah sebab margo
beritahu augusto yang santiago pernah bertunang dengan barbara.tapi santiago kata,hal ni
lebih rumit dari apa yang lisa sangkakan."ia adalah satu mimpi buruk"."aku
bersumpah apa yang aku lalui ini umpama mimpi buruk"kata santiago..
9.haaaa...masa lisa berdating dengan santiago,dr jaime datang.so dia dah berjumpalah
dengan boyfriend anak dia tu.dia cakap kat santiago yang lisa adalah perempuan yang baik.
10.isteri dr jaime(delia) jumpa lisa minta maaf kalau dia dah singgungkan hati lisa.delia
kata dia hanya ada dr jaime,dia minta lisa jauhkan diri dari dr jaime tu.dia cakap dr
jaime tu pelik orangnya.dia ada masa lampau yang dia rahsiakan.dr jaime fikir yang dia ada
sesuatu yang dapat dicari dari lisa,tapi sebenarnya tidak.begitulah delia cakap kat lisa.
11. margo telefon kawan dia yang jadi bomoh tu supaya datang ke rumah dia.mula2 tu bomoh
tu tak nak sebab takutkan augusto tapi margo paksa jugak.masa bomoh tu datang,augusto yang
bukak pintu.margo selamatkan keadaan,dia kata dia sunyi sebab tu dia suruh bomoh tu
datang.augusto muka dah lain macam dah...margo beritahu bomoh tu tentang apa yang
berlaku.especially tentang santiago yang nak berkahwin dengan adik ipar dia,lisa.
12.elsa jumpa santiago kat pejabat.dia minta maaf banyak2 kat santiago.elsa kata yang dia
tak patut bagi alamat santiago pd margo walaupun kena ugut.elsa cakap kat santiago yang
dia dah banyak kali beritahu margo jangan ganggu santiago.dia menyesal kerana tak beritahu
santiago yang margo dah berkahwin dulu.santiago cakap yang dia dah tahu margo dah
berkahwin.dia cakap macam ni "margo dah berkahwin dengan abang perempuan yang akan
aku kahwini"elsa terkejutlah..
13.santiago jumpa kawan lisa yang kerja kat kelab renang tu.santiago kata dia ada
masalah.kawan dia tu tanyalah apa masalahnya.santiago bergaduh dengan lisa ke?santiago
kata..."mesti lisa menyesal berjumpa dengan lelaki seperti aku".
BERSAMBUNG......aduiih..penat i menaip!!
Posted on
Jan 9, 2002, 9:24 PM |