 






|
STORY
Daily
Summaries
January 8,
2002
boleh,no
problem...
by kamilia
summary(tuesday-8-1-2002)
cerita hari ni dimulakan dengan perbualan beba n kawan dia.kawan dia tanya beba tak tidur
ke semalamnya sebab masa dalam kelas,dia mengantuk sangat.beba cakap yang semalam teman
lelaki lisa datang n melamar dia.kawan dia terkejut.dia tanya lisa dah nak kahwin ke?tak
nak sambung belajar lagi ke...bla..bla..bla.beba jawablah...tak salah kalau nak kahwin
muda,even masa juliet kahwin dengan romeo pun,umur dia baru 14 tahun.beba pun kata lagi
kalau dia jumpa lelaki impian dia pun,dia akan berkahwin.kawan dia tercengang2 sambil
mengatakann beba dah gila.
2.francisco dah keluar hospital n singgah kat satu kedai buku(agaknya).penjual tu suruh
dia beli sesuatu,mula2 tu fran malas nak beli tapi bila penjual tu tunjuk satu buku
tentang harta karun(part 2)terus fran berminat nak beli.kira dah lengkaplah buku dia
tu.dulukan dia ada buku harta karun part 1..
3.santiago bukak je pintu,magarita dah terpacak berdiri kat depan rumah dia.margo masuk
tanpa dipelawa oleh santiago.margo mengesport check rumah santiago termasuklah
biliknya.margo marah2 santiago,dia kata apa yang ada kat perempuan bodoh tu?santiago pun
dah merah padam.dia marah balik,siapa kau sebenarnya?kenapa kau nak memganiaya dan
menyeksa hidup orang?kan kau dah ada kehidupan yang sempurna?ada suami dan
bla...bla..bla..margo pun menjawab,kau tak tahu tentang diorang.mereka semua tu tak
bahagia n bla...bla...mereka bergaduh sakanlah...last2 si margo acukan pisau kat
santiago..dia ugut bahawa santiago tak akan dapat berkahwin dengan lisa,kalau santiago tak
nak lihat banyak kematian,tinggalkan keluarga lisa...begitulah....
4.lisa terkenang2 kan waktu santiago beritahu dia yang dia nak balik sebab makcik dia
sakit.so dia telefon rumah mak lisa,n kebetulan makcik lisa yang cakap.mak cik lisa cakap
dia ok je...tapi lepas tu mak lisa ambil gagang telefon tu dan cuba selamatkan keadaan
supaya lisa tak rasa curiga tapi lisa memang dah tak sedap hati dah..
5.fran pergi ke tempat kerja dan jumpa bos dia n mengatakan bahawa dia nak berhenti
kerja.lepas tu dia cerita pasal impian dia tu.boss dia kasi berhenti kerja dan akan bagi
duit gaji secepat yang mungkin.lepas tu fran telefon "kapten" mengatakan yang
dia akan datang jumpa kapten tak lama lagi.
6.dr.jaime berbual2 dgn lisa di makmal.masa berbual2 tu,isteri dr.jaime tu masuk dan tanya
lisa bagaimana dengan teman lelaki kau?dr.jaime terkejut,dia tanya lisa dah ada teman
lelaki ke?isteri dr.jaime memberitahu bahawa lisa dah nak kahwin.teman lelaki dia dah beri
cincin.dr.jaime suka sangat.dia puji2 lisa,dia kata susah orang nak dapat perempuan baik
macam lisa.isteri dr.jaime terus tarik muka empatbelas dan berlalu dari situ.
7.lisa mengadu pada ruby tentang isteri dr.jaime yang tak suka kan dia.ruby kata mungkin
isterinya tu cemburu kat lisa.lisa kata buat apa nak cemburu,dia anggap dr tu macam ayah
dia sendiri.ruby buat kesimpulan,mungkin dr jaime nak pikat lisa.lisa marah ruby balik.
8.roberto kehabisan duit dan merancang untuk mencuri kereta lagi,tapi kawan dia yang
rambut panjang tu tak kasi sebab polis tengah jalankan siasatan lagi,nanti kena
tangkap,tapi roberto degil.ayah roberto mengesport check lori roberto,dia nak cari sesuatu
tapi tak jumpa,roberto ternampak perbuatan ayah dia dan berkata..apa yang ayah buat dekat
lori aku?
9.carlos tengah memasak,tiba2 telefon berbunyi.augusto yang telefon,dia tanya pasal
magarita,carlos cakap dia tak tahu.mungkin ada kat dalam bilik.masa tengah berbual
tu,margo pun balik.dia masuk senyap2,tapi tiba2 terpijak bola dan bunyi angin
keluar..pussss...carlos terdengar so dia panggil margo.margo diam tak jawab, dia cepat2
berlari ke bilik dia,tukar baju dan masuk dalam selimut..carlos pun masuk tengok margo ada
kat atas katil.selamatlah margo....
10.augusto kat tempat kerja2,tertiba2 seorang perempuan masuk.dia ialah isabel.isabel nak
minta tolong augusto siapkan galeri dia yang separuh tak siap tu.mula2 tu augusto tak nak
sebab dia banyak kerja,tapi isabel2 pujuk2 dia ,beri senyuman lagi,maka cairlah hati
augusto tu...
11.santiago tiba kat pejabat dan marahkan elsa sebab bagi alamat dekat margo.elsa pun dah
pening kepala dah...
12.penerbangan barbara n mak dia tertangguh.anibal ajak barbara pergi beli kopi sat.sophia
pulak teringatkan surat yang si botak tu beri(tak tahu sapa nama dia)
hah....itu jelah summary hari ni....
Posted on
Jan 8, 2002, 6:52 PM |