sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

May 6, 2002

Re: Mana Ler Agaknya Summary 060502
by sweetie

citer smlm margarita dlm process nak halau dorang kuar dari rumah tu , and pay Augusto a visit. terserempak dgn Jacinto. kena maki padan muka margarita. Barbara told her mom yg Anibal pukul belakang Santiago and he admits . but his mom begging barbara dont tell anyone abt that but Barbara pay Santiago a visit at cell .

Posted on May 7, 2002, 11:09 AM

 

summary 6/5/2002 (ciplak dr porum seberang sano)
by drJaimeM'sia

say thanks a million to hafeez @ anibalernesto
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EPISODE 129.....summary.......tiga beradik enggan keluar rumah!
by hafeez @ anibalernesto (a.e.)

MAKA diperintahkan baginda akan Son by Four supaya mendendangkan sesuatu.......maka berdendanglah mereka....Vee Daah! devuelveme mis fantasias.....tak semena-menanya pengsanlah segala dayang2 dan hulubalang2 di istana Indera Kayangan.......

Hatta....di galeri Barb kerisauan membebel bagaikan ditelan mati emak diluah mati bapak, kalau aku dedahkan perbuatan abangku, nescaya meranalah abangku walaupun aku dapat bebaskan Sant...di rumah Eloisa ceritakan sejarah pertunangan Sant & Lisa pd Perez, Perez tetap mahukan Barb jadi saksi & mahu bercakap dgnnya....di rumah tiga beradik sedang berbincang hal mereka akan di halau Marg bila bunyi ding dong pintu, maka masuklah Mont dgn seorang peguam (Vargas), Silv ceriterkan tindakan Marg mahukan rumah ini....di wad DrC senamkan kaki Aug sambil berkata2 beri semangat hal perjuangannya terhadap keluarganya selama ini....peguam Mont beritahu terpaksa telitikan dokumen hakmilik asal utk membuktikan rumah mereka adalah dikira harta pusaka ibubapa mereka....peguam itu berkata tak dapat buat apa2 memandangkan surat perintah mahkamah sudah dikeluarkan, Silv kemarahan tak sabar nak selesaikan hal ini sebelum Marg datang balik....di bengkel, Fran mengingatkan anak gadis bossnya supaya berhati2 dgn Roberto & the gang.......Vee Daah!!!

Peguam itu berjanji akan menilaikan title hari ini juga, & persoalan anak kandungan Marg tak boleh dijadikan isu lagi, Silv menolak offer Mont supaya tinggal di rumah Mont yg besar utk sementara waktu....setelah Mont & peguam tu minta diri, Lisa mengeluh pd Silv bahawa mereka terpaksa akur juga perintah keluar rumah itu tapi Silv berkeras tak mahu terima kenyataan, aku tak pedulik! kita tak akan tinggalkan rumah ini!....di galeri, Anib datang hanya disambut Isa, kenapa kau datang? cari Barb ke? lalu dipegang kuat2 tangan Isa...maka berkatalah Isa, aku tak tahu hal dia dgn ibubapamu, tapi dia ada cakap pasal Sant....di bilik hotel, Sof dengar bunyi ketukan pintu, dibuka masuklah Barb memeluk ibunya, aku amat perlukan mama, tolonglah aku mama!....Anib luahkan herannya akan adik bodoh tu seboleh2nya nak mempertahankan Sant yg pernah lukakan hatinya, kemudian Anib cuba pengaruhi Isa yg Barb dlm keadaan tak stabil...maka Isa beritahu Anib yg Barb jatuh cinta dgn Aug!....Vee Daah!!!

Di bilik hotel, Sof marah teramat sangat akan Barb cuba mengata2 Anib, ibunya tak percaya...Barb cuba yakinkan ibunya, aku tak dapat tidur malam mikirkan kemungkinan Aug akan mati....maka Sof rayu anaknya, bersumpahlah jangan kau apa2kan Anib....Perez telefon bekas kerani Sant tanyakan nombor Barb, maka di passkan talian tu pd Ern, maka ugutlah Ern, kau jangan ganggu Barb, aku tak mahu kau telefon ofis nie lagi!....di rumah Silv larang adik2nya berkemas sebaliknya suruh mereka jalankan aktiviti harian spt biasa, kita berjuang utk rumah ini! kata Silv sambil beliakkan mata, walaupun adik2nya bimbang....satu adegan kaki lagi....turunnya sepasang kaki berkasut & stokin seba hitam dari sebuah teksi menuju ke hospital...rupa2nya Marg, masuk bilik wad Aug sambil membuka spec & tudung serba hitam...maka berkatalah Marg, aku datang!!! kau tentu tak sangka yg aku datang nih!!! disambut dgn bunyi jeng, jeng....jeng, jeng!!!.....Vee Daah!!!!

EDISI SEMASA DITAJA OLEH SALI & JANTZEN SALON

Tiga beradik sedang makan di ruang makan, tiba2 Silv flashback teringatkan bagaimana Aug semasa kecil mempertahankan adik2nya dari diceraikan utk dihantarkan ke Itali selepas ibubapanya tiada & mempertahankan rumah dari dirampas bank....adegan sakit hati....Marg berpakaian hitam seolah2 bergabung kematian suami....pd mulanya Marg sedih sedikit melihatkan Aug terlantar coma, kemudian berkata2 pd Aug, aku tahu kau tak sangka aku datang, kau dengar tak apa aku cakap nih!!! jeritnya dekat telinga Aug, seolah2 Aug dah pekak...dicuitnya kelopak mata Aug & dibukanya nampakkan putih mata Aug....memang biadap sungguh Marg ini....kau boleh dianggap dah mati!!! Marg luahkan perasaannya pd Aug, inilah lelaki yg mengutuk aku, kau bukanlah lelaki lagi! inilah balasan bagi orang yg menghina aku! sambil mendekatkan pd telinga Aug berkatanya lagi, tukan kesilapan kau! balik2 kau dgn nilai2 hidup kau! dgn moral kau yg kolot! apa gunanya semua ini? kini kau dah tak berupaya lagi!!!.......Vee Daah!!!

Kemudian Marg menyentuh selimut sambil berkata lagi, kenapa kau begini? kalaulah kau memiliki kuasa, aku yakin aku akan memiliki segala2nya....aku 'rindu' kat kau, sudah sampai masa aku ucapkan selamat tinggal!!! lalu sebagai simbolik beri kucupan pd bibir suaminya...Marg tak habis lagi cakap....rumah tu kini milik aku! kerana Aug yg berkuasa tu dah tak wujud lagi, 'maaf'kan aku!!! lalu pakai spec & tudung hitam nak balik.....tiba2 DrC masuk bertembunglah dgn Marg,maka marahlah DrC teramat sangat, kau buat apa disini!...Marg mengatakan dia 'hanya' ziarah suaminya,maka bentaklah DrC, Suami kau?!! dgn pakaian serba hitam nih!!! bagaikan balik dari kebumian?!! mungkin aku lebih layak panggil kau seorang pelacur!!!.... di bilik hotel, Sof merayu lagi kat Barb supaya jangan apa2kan Anib, maka Barb minta diri nak balik ke galeri....di galeri, Barb berkata sendirian, mungkin betul kata mama, lalu sembunyikan kayu yg digunakan Anib memukul Sant kedlm almari....di wad tadi, maka berkatalah Marg pd DrC, rupa2nya diorang dah beritahu kau ye? hey, kau orang luar tak layak masuk campur hal ini!!!....maka jawablah DrC, hey kau perempuan murahan!!! keluarlah kamu dari sini!!!...Marg ugut nak adukan hal ini pd pengarah hospital...lalu DrC masuk ke bilik wad mengeluh kpd Aug, perempuan sampah masyarakat datang jumpa kau!!!... maka menitislah airmata Aug, rupa2nya selama ini dia mendengar walaupun tak bergerak badan!....Vee Daah!!!

Di Solis Ent, Ern beritahu Anib ttg Perez cari Barb nak soal dia.....Perez diskusi dgn pembantunya ttg gambar belakang Sant lebam dipukul....Anib datang ke bilik hotel ibunya, emaknya paksa Anib mengaku sptmana dakwaan Barb, akhirnya mengaku juga lalu salahkan Sant yg menyusahkan keluarganya...Anib kata jangan bimbang, tak ada siapa tahu....kecuali Barb,kata ibunya, aku dah rayu Barb supaya jangan dedahkan perkara ini....di penjara Sant terperanjat bila Barb datang jengoknya....di bilik temuan penjara Sant nasihatkan Barb jangan melibatkan hal ini kerana kau dah cukup merana....adegan geram.... tiga beradik di rumah, tiba2 bunyi ding-dong, maka si jeneral pun buka pintu...menjelmalah Marg dgn peguam & beberapa pegawai2 mahkamah, aku datang nak pungut hutang aku!!! kata Marg....maka berdebatlah kedua2 pihak ini... hey Aug belum mati lagi apasal dah nak tuntut?!! kata Silv dgn Lisa, ini rumah pusaka emak ayah kami!!! wah kau dgn pakaian serba hitam seolah2 Aug dah mati?!! kau ambil kesempatan sedangkan Aug sedang koma?!!....hei korang!!! sekarang undang2 berpihak pd aku!!! bentak Marg, memang rumah ini kepunyaan aku!!!.....kemudian bermukadimahlah pegawai mahkamah, kitorang datang nie nak laksanakan perintah mahkamah!!!......lalu membentaklah Silv, kalau begitu silakan!!! cuba heret kami keluar!!!!.......VEE DAAH!!!!

Posted on May 7, 2002, 3:36 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1