sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

June 4, 2002

Last Episode of M3H... (4 Jun 2002)
by fauzi taip, aurora post ;)

Last Episode of M3H (4th June 2002)
-------------------------------------

Firstly, saya nak citer sikit pasal hari ni. saya rasa sedih je hari ni nengok episod hari ni... anyway, pengarah bagus sebab pandai gabung semua sekali dalam satu episod... kan? Saya cuba bagi summary yg terbaik hari ni... tapi kalau ada pihak yg tak berpuas hati, saya minta maaf... saya cuba yg terbaik... for you all!

1. Augusto luahkan perasaan perasaanya kat Barbara. Kira touching dialogue la... Dia cintakan Barbara sepenuh hati dia dan tak sia-sia hidup dia dengannya. Barbara pun kira cintakan Augusto jugak la, pas tu mungkin diorang peluk and kissing each other...

2. Margarita dengan cantik dan happy pergi berjalan-jalan ke sebuah tempat peranginan yang indah. Semasa nak check-in, ada seorang tua berkerusi roda melihat Margarita. Orang tua juga ada pembantu, seorang lelaki yang boleh dikatakan kacak juga. Margarita pandang kedua-dua lelaki tersebut sambil tersenyum.

3. Lisa kelam-kabut sikit kat klinik tu sebab Santiago nak datang. Rubi dah carikan doktor untuk baby tu and dia pun complain Lisa nampak kelam-kabut pasal Santiago dan anaknya. Rubi suruh Lisa tenangkan diri. Tak lama lepas tu, Santiago datang bawa anaknya and bawak jumpa doktor.

4. Ricardo telefon Barbara (tapi Barbara tak tau siapa yg bercakap) suruh Barbara bawak duit, stop kat highway km 10 dekat-dekat ngan petrol station and letak duit tu dlm tong sampah kat situ. Anibal dalam genggaman Ricardo. Anibl nak lihat mak dia then, orang Ricardo tarik mak dia and tunjukkan kat Anibal. Orang Ricardo tu tolak mak Anibal masuk ke dalam bilik semula.

5. Lisa citer kat Santiago yang dia nampak nota janji dlm kereta Ricardo yg ditandatangani oleh Anibal. Beribu-ribu pesos. Masa dia tanya dulu sama ada Ricardo kenal Anibal atau tidak, Ricardo kata tidak kenal. Santiago syak yg Ricardo terlibat dalam penculikan mak Barbara and dia pergi ke rumah Barbara untuk bagitau Barbara pasal citer panas tu.

6. Barbara dah bersiap nak ke tempat yg hendak dia tuju. Augusto nampak risau sebab takut keselamatan Barbara terancam. Adalah lebih elok jika Barbara pergi seorang diri. Mungkin penculik tu sedang memerhati di luar rumah Barbara. Augusto suruh dia berhati-hati dan telefon dia jika ada apa-apa. Masa Barbara nak keluar rumah, Santiago datang. Dia nak bagi maklumat yang boleh membantu pasal penculikan mak Barbara. Dia kata Ricardo Aveledo terlibat dalam penculikan mak Barbara. Polis yang ada di rumah Barbara bertanya kepada Barbara siapakah Ricardo itu. Barbara kata Ricardo tu mempunyai banyak duit and she told the police something else about Ricardo. Barbara pun pergi. Santiago berbincang dengan Augusto pasal Ricardo tu. Augusto kata Lisa ada beritahu pasal ada sebidang tanah sebelah klinik tu, Ricardo nak buat rumah. Tapi buat masa sekarang, tanah tu jadi gudang. Santiago kata Ramirez, kawan Santiago ada senarai tanah yang tak digunakan di bandar itu. Mereka pun pergi ke gudang tu.

7. Mak Santiago, Eloisa bercerita pasal baby dan Santiago kat Lisa. Mak Santiago kata, apa yang anak dia lalui dengan Margarita hanyalah penderitaan. Anak itu sahajalah yang memberi kekuatan kat Santiago. Dan... cinta Santiago terhadap Lisa tak pernah goyah. Lisa sedih semacam and dia kata cinta dia terhadap Santiago pun tak pernah goyah. Mereka berdua berpelukan.

8. Ricardo kata si Barbara akan datang sebentar lagi dengan duit then, dia tarik Sofia dengan rakus sekali. Anibal warned Ricardo supaya jangan sentuh mak dia. Bergelut kejap and Anibal tertembak! Sofia menjerit, "Hijo! Mi hijo!" Anibal terlentang lesu..

9. Lisa sedang bekerja kat kaunter. Gustavo menyampuk. Dia nak cari perskripsi pesakit yang hilang. Lisa tidak tahu apa-apa. Tiba-tiba Gustavo ternampak satu buku dan dia baca. Lisa bertanya sama ada sudah jumpa perskripsi tu atau belum. Gustavo kata ini dia jumpa satu benda yang lagi menarik. Gustavo tengok muka hadapan, kepunyaan Rubi. Lisa merampas buku itu dari tangan Gustavo. Gustavo tak sangka selama ini Rubi yang menulis surat untuknya. Lisa kata Gustavo ini tak perasan tentang perasaan Rubi padanya. Gustavo mengiakan kata-kata Lisa. Lisa kata masih belum terlambat untuk Gustavo menyedarinya. Kemudian, Gustavo pergi dengan wajah yang muram. Lisa kata, "Begitu juga dengan aku Santiago. Selama ini aku membelakangi cintamu"

10. Santiago sampai dengan Augusto ke gudang itu. Santiago mengintai and nampak Anibal. Dia cekup kepala Anibal suruh dia menyerah. Augusto nampak Anibal cedera. Santiago lepaskan cekupannya. Dia tanya mana Sofia. Anibal kata dalam bilik tu. And Santiago tanya, ada berapa orang dalam bilik tu. Anibal kata dengan lesu, "Ricardo..." Santiago dengan berani menjengah bilik tu. Dia nampak Ricardo nak keluar dari bilik tu. Dia bertumbuk dengan Ricardo and Santiago terkejut Ricardo ada pistol. Augusto memainkan peranannya. Augusto pakai tongkatnya dan menarik pistol tu dari tangan Ricardo. Augusto mengacukan pistol ke arah Ricardo.

11. Lisa berharap sangat dia masih belum terlambat untuk Santiago. Tiba-tiba Santiago muncul. Lisa seolah-olah merayu pada Santiago supaya mengatakan dia masih belum terlambat untuk dirinya. Santiago terharu dan berkata Lisa tidak pernah terlambat. Mereka berpelukan. Lisa kata something like menyintai Santiago dengan sepenuh hatinya. Mak Santiago lihat dari belakang dan menangis.

12. Augusto balik ke rumah Barbara sambil memeluknya. Augusto kata semua dah selamat. Barbara tanya bagaimana boleh selamat? Augusto kata Ricardo dah di bawa ke balai polis dan Anibal tercedera. Barbara terkejut. Anibal berada di klinik bersama ibu mereka.

13. Margarita sedang minum di tempat peranginannya. Lelaki tua itu menyapanya. Gadis cantik seperti Margarita ini seorang diri sahaja? Margarita tersenyum. Tiba-tiba, lelaki tua itu memberi sebentuk cincin kepada Margarita. Margarita menolak pada mulanya. Lelaki tua itu kata tak mengapa dan suruh Margarita menerimanya. Margarita pakai dan berkata dalam hati, "Bodoh betul orang tua ni!" Lelaki tua itu mengajak Margarita makan malam. Dia setuju. Margarita menolak kerusi roda lelaki tua itu sambil menjeling ke arah pembantu lelaki tua itu dengan penuh makna.

TIEMPO DESPUÉS

14. Lisa cantik dengan baju pengantinnya. Beba juga begitu. Lisa seolah-olah bermimpi. And, dia suruh Beba cubit dia. Lisa tak sangka dia akan berkahwin, begitu juga dengan Beba. Lisa kata, "Inilah hari yang paling gembira dalam hidupku" Lisa hendak menangis. Mereka memuji kecantikan masing-masing. Beba kata cuma ibu mereka sahaja yang tiada di sisi. Beba memujuk supaya Lisa tidak menangis takut mekap nanti akan rosak. Lisa berkata mereka menghabiskan masa berjam-jam memakai mekap dan Augusto akan menangkap gambar kita dan berkata "Dua bayi menangis di hari perkahwinan mereka". Silvia datang dan tabur bunga kat Lisa dan Beba.

15. The triple wedding! Scene yang paling saya suka dan sedih. Ramai tetamu yang hadir. Kelihatan peguam Santiago, kakitangan klinik dan ramai lagi. Tangan Rubi dipegang oleh Gustavo! Rubi terharu. Augusto diapit oleh Sofia, Santiago oleh bondanya dan Francisco diapit oleh Silvia. Dan ketibaan pengantin perempuan. Barbara diapit oleh Carlos, Beba dan Lisa diapit oleh Papa Jacinto Estrada. Tak ketinggalan, Delia membawa kembar Silvia. Jacinto mengucapkan syukur kerana diberi peluang ini sekali lagi dan dia tahu Angela memerhatikan mereka. Three couples melutut dan mendengar kata-kata paderi dalam church tu. The three bridegrooms melafazkan kata-kata keramat kat pasangan masing-masing.

Barbara : Adakah kau berjanji bahawa cinta kita akan kekal buat selama-lamanya?
Augusto : Aku berjanji.

Santiago : Aku menyintaimu, Lisa
Lisa : Aku juga. (Then tak berapa ingat la)
Santiago : Mi amor... mi sueño!

Francisco : Kita takkan berpatah balik
Beba: : Ya kah? (Something like that)

Lisa baling bunga, Rubi tangkap and dia peluk Gustavo. Kali kedua, Carmen dapat and yang kelakar sikit, kali ketiga, bunga tu tercampak kat peguam Santiago! Dia baling bunga tu kat orang lain. Hahhahahhahaha...

16. Augusto dan Barbara sungguh happy sekali! Augusto menyintai Barbara dengan sepenuh hati. Barbara bertanya, "Berapa banyak?" Augusto jawab, "Dari bawah hingga atas. Barbara tanya "Seluas syurga?" Augusto kata, "Ya... seluas syurga"

17. Lisa and Santiago di tempat peranginan mereka dahulu. Jajahan Tovar. Sambil teringatkan peristiwa lama dulu. Dah lama mereka tidak ke situ. Santiago mendukung Lisa masuk ke dalam bilik tu.

Lisa kata, "Tak perlulah dukung aku"
Santiago balas, "Pengantin cantik seperti kau tidak boleh berjalan, aku sepatutnya mendukung kau. Aku nak tunjukkan kat semua orang yang seorang puteri cantik bersamaku"
Lisa kata, "Jadi, aku kena pakai baju pengantin setiap hari?"

Santiago balas tapi tidak di translate. Tidak perlulah menyalakan api. Lisa balas (tidak di translate NTV7) "Kau cukup untuk membuatkan aku panas" huh! Deep meaning... Lisa hampir-hampir nak buka bajunya tapi Santiago kata jangan terburu-buru. Santiago kata "Kita ada sepanjang malam dan seluruh kehidupan untuk itu" Mereka pun kissing... (censored)

18. Carlos dengan Silvia. Carlos tanya Silvia sama ada dia nak kahwin kali kedua bersamanya atau tidak. Silvia kata, "Claro que sí!" And then, baby twins datang. Carlos nak bercerita kat anak-anaknya... and masa berlalu, anak kembarnya dah besar. Carlos menghantar mereka ke sekolah selepas itu. Silvia duduk dan terkejut bila anak-anaknya yg kecil (3 orang) lagi di dalam bilik menangis. "Ya voy! Mama voy" Silvia pergi masuk dalam bilik.

19. Augusto dan Barbara di klinik. Barbara hamil. Mereka ternampak Anibal dan Sofia. Anibal sudah bercukur. Barbara memeluk Anibal dengan sedih.

Anibal : "Mak kata kau bahagia sekarang"
Augusto : "Doktor kata kecacatan kau adalah dari sikap ayah kau"
Anibal : "Ya... sedikit kecacatan mental"
Anibal : "Aku tahu kau takkan memaafkan aku setelah apa yang telah aku lakukan. Kami akan ke Sepanyol dan tinggal di sana"
Sofia : "Ya, kami akan ke Sepanyol. Mak nak tengok Anibal berubah. Kami akan kembali"

Barbara peluk Anibal

Barbara : "Kalau kau nakkan pertolongan, minta apa-apa sahaja dari aku"
Anibal : "Cuma satu yang aku nak. Bila anak-anak bertanya pasal bapa saudara mereka, ceritakanlah kepada mereka saat-saat kita gembira"

Barbara menangis

Anibal : "Aku tahu kau tak mahu berjabat tangan dengan aku kerana apa yang telah aku lakukan pada kau. Aku menyebabkan kau hampir mati. Kau pasti membenci aku"
Augusto : "Sikit pun tiada kebencian di dalam hati aku. Barbara telah membahagiakan diri aku. Dia adalah segala-galanya bagi aku"

Barbara : (Memeluk Anibal) "Te quiero, te quiero!"
Anibal : "Yo también, yo también Barbara"

Sofia dan Anibal pun pergi ke lapangan terbang. Barbara peluk Augusto dan Augusto cium Barbara.

20. Lelaki tua itu mati. Margarita meletakkan bunga ros di pusaranya. Ada seorang perempuan berkata, "Semua hartanya hilang begitu sahaja. Dia tidak meninggalkan seorang anak pun" Margarita mewarisi harta-hartanya. Pembantu lelaki tu berkahwin dengan Margarita di atas kapal. Kemudian Margarita bersantai di atas kapal itu sambil minum air dan dia rasa tercekik. Akhirnya, lelaki itu berjaya membunuh Margarita. Matilah seorang wanita jalang... Margarita diracun! Semua hartanya jatuh ke tangan suaminya. Selendang Margarita jatuh ke dalam laut...

21. Augusto, Barbara, Beba, Francisco, Eloisa, Ligia, Vicente, Jacinto, Delia, Carlos, Silvia dan anak-anak masing-masing menunggu Lisa bersalin. Kemudian, Santiago keluar dari bilik kecemasan dengan video cam dan berkata, "Seorang bayi perempuan yang comel!" "Bertambah satu lagi!", kata Jacinto. Semua bersorak. Santiago memeluk Augusto.

22. Scene tangkap gambar. Gambar family and gambar adik-beradik. Sedih! Jacinto teringatkan kisah lama. Dia sekarang sudah tua. Berjambang dah muka. "Ini kisah keluargaku. Kisah anak lelakiku yang membesarkan ketiga-tiga adik perempuannya. (Sambil mengusap gambar Augusto, Silvia, Lisa dan Beba)" Tangannya menggigil. Album gambar tu ditutup. Terdapat perkataan "FIN (TAMAT)" Lampu terpadam...

-TAMAT-

Berakhirlah sudah telenovela paling berjaya di Venezuela ini, Mis Tres Hermanas. 150 episod kesemuanya.

p/s Sebagai kenangan, saya galakkan anda semua simpan dalam files atau printkan. Ikut suka hati la... adiós!
Saya nak ucapkan muchas muchas gracias kpd semua kat MiRC tadi yg menolong saya membuat summary hari ini khususnya aurora... terima kasih sekali lagi!

Posted on Jun 4, 2002, 9:14 PM
Hosted by www.Geocities.ws

1