 






|
STORY
Daily
Summaries
April 4,
2002
summary
datang dah ni!!!
by kamilia
carlos,i
cerita ringkas je la ye...
1.sambungan semalam-margo tak senang duduk sebab adik beradik estrada semua kat
hospital.dia pun pergi jugaklah akhirnya.
2.silvia datang jumpa a'to.a'to terperanjat tengok silvia datang semula,"bukankah
kita dah bersetuju,kau akan balik untuk jaga anak2".silvia kata yg carlos dah bawak
anak2 sekali dan dia tak tahu ke mana carlos dah pergi.lepas tu silvia tanya
a'to,"kau tak jumpa dgn s'go?"..a'to terkezut,"santiago??"lepas tu
mula le bahu dia terenjut2..dia kata dia tak faham macam mana pulak s'go ada kat sini,tak
lama lepas tu s'go datang.s'go kata yg dia dgn lisa ada kat hutan.lagi kuat le bahu orang
tu terhenjut.eeii..letih sungguh tengok mamat sorang ni.dia kata dia tak faham macam mana
s'go n lisa boleh berbaik semula sedangkan masa hari perkahwinan tu,lisa meninggalkan
majlis tu seolah2 tak ada apa2 yg berlaku.tup tup lisa pulak datang.dia berpelukkan dgn
silvia.a'to pun ambil le peluang untuk tanya dgn depa apa yg dah berlaku,"sama ada
lisa atau s'go kena beritahu aku hal yg sebenar,apa yg dah berlaku."tup tup minah
bunting tu pulak yg datang..."nampaknya aku sorang je yg ketinggalan.."a'to
terperanjat.."magarita!!"a'to tanya apasal margo datang sini..dia kata dia risau
pasal beba.lisa menyampuk,"ya ke?sejak bila?"haa..time ni i suka sangat masa
lisa pekenakan margo...padan muka..sambung balik..bila lisa cakap mcm tu,a'to
terperanjat.dia baru nak cakap,margo potong.."biarkan dia,dia sebenarnya tengah resah
bila mengenangkan beba."lepas tu lisa kata memandangkan semua keluarga dah ada kat
sini,elok lah dia cakap apa yg dia bualkan tadi.masa ni lisa terus rapat dgn s'go.lisa
cakap kat margo apa yg dibualkan sebelum dia datang tadi.lepas tu lisa kata yg dia
menyintai s'go dan kami saling menyintai.dia memang nak beritahu hal sebenar tapi bukan
sekarang.masa tak sesuai.lepas tu lisa mintak izin pergi tengok beba,s'go pun
cakap.."aku nak bercakap dgn tunang aku"margi tengok geram je...
3.lisa turun tangga sambil tu membebel pasal margo.dia kata dia tak boleh tengok bla margo
dok sebelah abang dia.s'go pujuklah lisa tu.dia kata janganlah terperangkap dgn
margo.margo tu memang akan timbulkan kekecohan bila dia rasa perlu buat mcm tu.lisa kata
kalau ikut hati dia,rasanya nak menjerit je pd a'to hal yg sebenar,tapi dia tak sampai
hati nak tambahkan lagi kesedihan a'to tu...
4.a'to tak habis2 nak marah.ini bukan setakat bahu je,tangan pun aktif berjalan.sekali
tengok gaya tangan tu mcm nak bina bangunan.dia lepas kan kemarahan dia pd margo.dia cakap
kat margo,"kekadang aku bertanya pd diri aku sendiri,sama ada kau ni memahami aku ke
tidak"margo pun melenting sama.dia kata kenapa a'to asyik nak salahkan dia je.margo
cakap yg a'to tak boleh nak selesaikan semua masalah adik beradik dia.lepas tu dia tukar
topik perbualan.dia salahkan lisa n s'go le punca a'to jadi mcm ni.a'to jawab,"kenapa
kau sibuk sangat dgn masalah depa tu,itu masalah depa berdua,aku tak nak campur
tangan.lagipun aku bukan cakap pasal depa,aku cakap pasal kita berdua?"margo diam
je...
5.ruby jumpa lisa.ruby bagitau lisa yg barbara cari a'to.lisa tanya kenapa pulak.ruby kata
dia tak tahu.lepas tu lisa jumpa s'go kat cafe.lisa cakap pasal barbara.kenapa barbara
datang nak jumpa a'to.s'go teringat kata2 barbara yg dia nak balas dendam pd seseorg tapi
tak jadi.lisa kata mungkin barbara jumpa a'to sebab dia masih sayangkan s'go.s'go kata
barbara n margo adalah 2 wanita yg berbeza.lagiupun barbara dah bagitau dia yg dia tak
mengharapkan pd s'go lagi...bla..bla..bla
6.dr.jaime kat makmal.ruby datang tolong dr.jaime.dia tolong dr.jaime masukkan biji2 suci
tu dalam balang(agaknya).dr.jaime ternampak kalung rantai dr beg guni yg ada biji2 suci
tu.dr,jaime kata.."ini adalah buatan tangan org indian.hanya ketua puak saja yg boleh
buat."
7.lisa balik semula ke makmal.dr.jaime cerita pasal kalung tu.dia kata,"mungkin dia
dapat melihat yg lisa ni adalah org yg istimewa."
8.frans sibuk luahkan perasaan dia pd buddy.ye le tahu le..tapi tak payah le cakap
berulang2 kali.boring kawan tu mendengar.
9.lisa n dr.jaime kat bilik beba.beba ingat dia dah nak mati dah.dia bagi le wasiat
lagi,"cakap kat a'to yg aku sayang dia,cakap kat frans yg aku dah dapat harta karun
aku"..beba cakap kat lisa.lepas tu beba cerita kat dr.jaime yg dia mimpi mak dia.mak
dia seakan2 hidup.mak dia pun tahu yg dia dah nak mati.dr.jaime pun ada dalam mimpi
dia.dr.jaime kata "mungkin sebab aku nak sembuhkan kau,sebab tu aku ada dalam mimpi
kau".then dr.jaime kasi minum air penawar tu.
10.sofea masuk dalam bilik.ernesto dah menunggu dia kat dalam bilik."ke mana kau
pergi?"...(sofea), "sejak bila pulak kau ambil tahu apa yg aku
buat,"..(ernesto)"aku nak tahu ke mana kau pergi"..(sofea)"kan aku dah
bagitau yg aku pergi majlis makan malam amal"..(ernesto)"dengan siapa kau
pergi?"..(sofea)"dengan kawan2 aku"...(ernesto)"kawan yg mana
satu?"...sofea marah le ernesto..ernesto kata yg dia telefon kawan2 sofea tapi sorang
pun tak tahu menahu mana sofea pergi.sofe pun terpaksa cakap yg dia pergi keluar2,nak
tenangkan fikiran.diorang bertengkar le..i tak ingat le apa yg dia cakap,tapi ernesto
ungkit masa sofea jadi pelakon dulu.sofea kata itu adalah kehidupan dia.ernesto pun ambil
le tape video.dia hempas ke lantai,then dia pijak2 le pulak video tu.sofea pun dah
menjerit2 le sambil menangis.masa nak keluar tu,ernesto sempat ugut,"kau jangan cuba
nak mempersendakan aku...bla...bla..tak ingat,,hehehe"
11.santiago balik rumah.masa nak bukak pintu,sorang perempaun sapa dia dr
belakang.rupa2nya peguambela dia.peguam tu marah le s'go,dia tanya s'go nak ambil dia ke
tidak.apasal tak datang jumpa dia.s'go mintal maaf.dia kata sekarang ni dia banyak sangat
masalah nak fikirkan sampai terlupa.lepas tu depa masuk le rumah.bincang le apa2 yg
patut.peguam tu tanya s'go sama ada s'go ada tak saksi yg boleh sabitkan kesalahan pd
ernesto.s'go teringatkan barbara....tapi lepas tu s'go kata.tak ada sesiapa yg boleh jadi
saksi.peguan tu kata kalau tak de saksi,susah le.tak de jalan le s'go boleh terlepas..
12.bila peguam tu dah balik,s'go teringat pulak pd margo.dia telefon margo.margo dok
baring dalam bilik.baru nak tidur.."mianmor.."margo ingat a'to yg telefon.s'go
kata"esok kita berdua pergi jumpa doktor"...habiss...
Posted on Apr 4, 2002,
11:23 PM |