sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 3, 2002

Summary Hari Rabu
by nyonya

Maaf, saya tak tengok the first 15 minutes or so sebab pi hantar kucing ke klinik..so I cerita mana yg sempat jelah ye.
1.Frans dah masuk dlm bilik kuarantin Beba melalui tingkap, macam Zorro je dia pakai tali. Lisa ada dlm bilik tu. Mulanya Lisa marahlah juga sebab mamat ni masuk bilik tu tak ikut prosedur, dahlah tu tak pakai gown dan face mask lagi, tapi bila mendayu2 Frans menceritakan perihal hati dan jiwanya yg dah melekat ngan Beba malah sanggup bertukar tempat ngan Beba kalau boleh ,maka terusik jugalah hati Miss Perfecto ni. Lisa kata dia faham perasaan Frans tapi tujuan Beba dikuarantin adalah utk menghalang virus dr merebak, kan susah nanti tu.Dlm dok bercakap2 tu, Beba panggil nama Fransico, maka Frans pun cubalah memberi semangat kat Beba supaya jgn give up sebab mereka masih ada harta yg perlu dicari, lepas tu Beba sambung tidur balik. Lisa minta Frans keluar dr bilik tu walaupun Frans berdegil sebab katanya kalau Frans duduk dlm tu pun, tak boleh buat apa2. Maka Zorro pun keluar semula ikut tingkap. Lepas tu Lisa terus bercakap2 ngan Beba. Tetiba, Beba tersedar dan bagitau yg dia terdengar Frans cakap pasal harta. Dia rasa macam dia dah nak pi dah dan dia tak mau mati lagi. So Lisa pun bagitau, ingatkan pasal harta yg Frans sebut tu dan itu pasti akan menguatkan semangat Beba untuk melawan penyakit. Dia akan pastikan yg Beba akan terus selamat dan Beba tak boleh sebut perkataan mati dlm bilik tu. Dlam bercakap2 tu, Beba sambung tidur lagi. MAka menangislah Lisa mengenangkan musibah yg menimpa adiknya itu.
2. Agusto kembali semula ke tempat menunggu la clinica dengan membawa berita yg budak itu telahpun dibedah oleh doktor yg ada. Penyakitnya memang serius tapi malangnya dia tak sebut sakit apa. Menangislah emak budak tu sambil mengucapkan terima kasih pd BArb dan Agusto , semoga Tuhan memberkati kamu berdua. Mungkin dia ingat Agusto dan Barb adalah pasangan suami-isteri.
Lepas permpuan tu beredar Barb pun minta diri sebab dia masih ada sesuatu yg perlu dia cari. Ni yg leceh ni, mereka berdua saling tak memperkenalkan diri. Suspen betul...
3.Barb masih lagi mencari2 lelaki bernama Agusto dan kebetulan Rubi lalu, bila ditanya Rubi buat2 tak kenal siapa Agusto sebab dia pernah tengok muka BArb kat majlis kahwin Lisa, jadi Rubi sangka Barb datang nak timbulkan skandal lagi. Jadi sebelum apa2, Rubi dah suruh Barb balik sebab waktu melawat dah tamat. Bila terjumpa Gustavo, Rubi tanyalah dimana Lisa dan Gustavo bagitau yg maybe Lisa ada bersama adiknya. Gustavo bertanya kenapa Rubi nak tau dan Rubi jawap ada hal penting yg dia nak cakap pd Lisa . Gustavo mendesak Rubi bagitau apa halnya sebab apa2 sahaja berkenaan Lisa memang menarik minatnya. Bila Rubi nak beredar Gustavo mencekak tangan Rubi, menahannya dr beredar, maka benganglah kakak gebu ni sebab Gustavo masih sukakan LIsa dan tak sedar akan kewujudan Rubi(kan Rubi ni memang ada hati ngan Gustavo tapi Gustavo tak layan atau mungkin tak tau), dia pun kata kat Gustavo...lepaskan tangan ku sebab aku nak pi cari Lisa and I dont have to explain anything to u.
4. Barbara yg dah kata dr awal lagi takkan tinggalkan kawasan hospital selagi tak jumpa Agusto pi ke cafe. Di sana dia ternampak Agusto sedang minum kopi..Itu dia lelaki yg selamatkan budak tadi, mungkin aku boleh duduk minum dengannya. Barb pun minta kebenaran nak duduk semeja ngan Agusto sambil bertanya khabar budak yg Agusto dokong ke bilik doktor tu.Baik sangat nampaknya Agusto melayan BArb sampai nak tolong bubuhkan gula untuk Barb..King Arthur pun berceritalah tentang kenapa dia masih berada di hospital. Dia mention yg adiknya dimasukkan ke sini sebab sakit tenat. Masa ni air muka Barb dah berubah. Bila Barb kata yg mereka belum memperkenalkan diri lagi walau dah lama berbual, maka A'go pun katalah yg namanya Agusto Estrada..lagi besarlah mata Barb cuma dia tak melopong aje. Yg dicari dah jumpa. Agusto keep on talking about adik2 dia dan Barb hanya mendengar dan cuba gak sikit2 bagi nasihat. At last bila A'go tanya nama Barb dengan tergagap2 kata namanya GAbriel. Tak sampai hati agaknya dia nak bagitau nama sebenar sebab kesian tengok muka KIng Arthur yg macam tak siap tu.
Sampai nak balik pun Barb masih tak bagitau siapa dia cuma katanya pd Agusto kedatangannya ke situ ialah untuk mengutip hutang dr seseeorang tetapi sekarang hutang tu tak penting lagi. Dia sedar kini yg membalas dendam tu tak semestinya menjanjikan dirinya sebagai pemenang. Agusto kata dia tak faham apa BArb cakap tapi what to do.Barb nak cakap jugak.
5. Margarita dan S'go tak habis bertekak lagi tentang siapa yg menipu tentang 'kerakyatan' baby yg MArgarita kandong. Kedua2nya sanggup jalani ujian doktor untuk membuktikan kebenaran kata2 masing2. Margarita bersumpah yg anak tu memang anak S'go dan dia sanggup buktikan . Dia suruh S'go cari doktor dan hospital mana yg dia boleh jalani ujian tu.Esok kalau boloh. Kata MArgarita sudah sampai masanya semua orang tahu cerita sebenar. Betoi ke Margarita yg cakap ni? MArgarita yg masih belum give up ngan S'go tanya satu soalan penting..kalau betul anak ini anak kau, sanggupkah kau mengahwini aku...terkulat2 S'go nak jawap tapi tak sempat sebab Sylvia tiba2 masuk.Terkejut Sylvia melihat S'go. Lepas tu tanya kenapa kau ada di sini. Sgo jawap yg dia mencari Lisa sebab LIsa dah balik. Margarita beritau Sylvia yg Lisa dah ke la clinica sebaik saja diberitahu yg Beba sedang tenat. S'go pun turut sama sedih sebab dia kata mesti berat beban yg Lisa tanggung sekarang dan dia mesti berada bersama2nya. Dia nak ke la clinica dan Sylvia pun nak ikut sama. Bengkak aje hati Margarita dengar ayat S'go.
6. Jaime naik angin ngan Serpa sebab dia syak yg Serpa dah ambil semua report tentang kajian virusnya. Dia menedang2 pintu pejabat Serpa tapi dihalang dek Delia dan Vicente sebab kata Delia jangan tambah masalah lagi sekarang ni. Macamana nak bantu Beba kalau kau kena tangkap. Settle dulu masalah Beba kemudian baru settle masalah kau ngan Serpa lagipun kau takde bukti yg pengarah mangkuk tu yg ambik report kau. Jaime ikut nasihat mereka walau pun dia yakin yg Serpa adalah anasir subversif yg ambik report dia tu, sebab dia ada kepentingan ngan kajian virus tu..tak de orang lain dah.
7.Lisa datang ke makmal dan berjumpa ngan Jaime dan Delia serta Vicente. Terkejut dia tengok Vicente ada disitu sekali. Vincente kata dia dah jadi kawan Jaime semenjak ketiadaan Lisa. Lisa bagitau hal yg berlaku di hutan , shaman, Hilaria dan biji2 friskies yg sembuhkan sakit Hilaria. Susah juga Jaime nak percaya tapi bila Lisa kata biji2 tu boleh mengekang ( ceh..pakai istilah ekonomi lagi) menghalang wabak tu dr merebak maka we should give it a try. Tapi yg tak puas hatinya ngan Lisa ni..ada ke dia kata biji2 friskies tu dia simpan dlm locker. La ....uniform dia tu kan ada poket , kenapa tak masuk dlm poket tu dan bawa sekali..never leave home without it..tang ni yg buat lambat ni. Lisa ngan Jaime bersetuju nak kaji isi kandungan biji2 tu dan selamatkan Beba sebelum terlambat.
8.Alvaro Galindez dan Sophia Solis sedang duduk minum kat restoran. Sophia kata tujuan dia panggil Galindez sebab dia nak meluahkan perasaan kepada seseorang yg sudi mendengar. Dia dah tak de sape2 lagi selepas anak2nya meninggalkan rumah. Dulu dia bersabar ngan Ernesto sebab anak2 tapi sekarang anak2 dah takde dan dia dah semakin bosan dihina dan dilayan seperti sampah dek Ernesto. Si Botak pun bagitau dia dah lama sudi menjadi tempat mendengar lebih2 lagi setelah melihat layanan Ernesto terhadap Sophia. Sophia kata dia masih takut kat Ernesto tambah2 lagi sekarang ni kalau Ernesto tau yg dia mencari Galindez, pakai tak panjang umurlah aku ni...relaks kata Galindez..Ernesto tak perlu tahu yg kita berjumpa.trust me..ERnesto takkan tahu. Dlm pada tu, Ernesto bercakap sorang2 dlm ofis dia.. takkan Barb sanggup menentang aku dlm kes tapak pembinaan ni, dia begitu yakin yg Barb takkan menentangnya. MAsa dia cuba contact Anibal kat hutan, takde sesiapa jawab phone, lagi menyingalah kawan.. aku dah berhabis banyak ngan budak2 ni tapi tengoklah apa yg depa balas kat aku..tak reti nak ambik hati aku, tak nak ikut telunjuk aku..tak pa ..aku pasti akan membuat anak2 aku ikut telunjuk aku..
9. Masa BArbara sedang jalan nak balik tersermpak ngan S'go yg sedang buat projek rukun tetangga ngan Sylvia kerana masa mereka sampai kat la clinica, Lisa tak tau berada di mana jadi Sylvia dan S'go berpecah untuk mencari Lisa. Bila BArb nampak S'go dia pun tanyalah kenapa S'go ada di situ. Benarkah yg bakal isteri S'go bekerja di sini. S'go tanya Barb betoi ke yg dia akan menentang ayahnya. Barb kata dia tak nak subahat dengan jenayah ayahnya sebab ayahnya dah membunuh soerang yg tak berdosa. S'go kata..be honest ..adakah kau buat ni kerana aku. Barb kata ..dak aihh, aku buat sebab aku dah bosan ngan penipuan, aku mahu mencari keadilan. Lega S'go mendengarnya. BArb kata tak usahlah kau risau akan aku. walaupun aku marah dan kecewa dgn perbuatan kau tapi aku dah bersedia menerima hakikat yg kita tak mungkin bersama. Aku dah tak benci ngan kau lagi..dont worry, I'm fine. dan adakah kau perlukan pertolongan ku sebab aku sedia membantu.. S'go kata..tak perlu.
9. MArgarita di rumah macam cacing kepanasan..mereka semua ada di sana ..LIsa, S'go, Agusto, Sylvia. Mungkinkah mereka akan memperlekehkan aku di belakang aku..Bagaimana Agusto...Oh tidak...aku mesti ke la clinica sebab aku takkan biarkan biarkan mereka semua menjatuhkan aku tanpa aku boleh mempertahan diri. Dia capai beg tangan dan buka pintu utk keluar. Pintu cerita mth pun tutup lah untuk hari ni..Jumpa lagi esok.

Posted on Apr 4, 2002, 2:01 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1