sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 2, 2002

summary 2 april 2002
by kamilia

10 minit yg pertama tu i tak tengok le.i cerita yg selepas tu ye..

1.silvia datang rumah mariangel.silvia cakap yg dia nak tengok anak2 dia.mariangel kata,dah tak ada,carlos dah ambil.silvia nampak selipar anak dia.silvia kata jangan bohong dia.mariangel kata yg dia tak bohong.kalau silvia tak percaya,dia boleh periksa keliling rumah.silvia balas balik,kalau tak ada,mcm mana selipar anak dia boleh ada kat situ.mariangel kata yg dia tak tahu.mungkin carlos tertinggal.lagipun carlos hanya dok semalam kat rumah dia.silvia terkejut le.lepas tu dia sedar yg carlos n mariangel ada hubungan sulit.silvia tanya mariangel,"apa hubungan kau dgn carlos?"mariangel jawab,"tak ada apa2,kami hanya berkawan".silvia tak percaya.kalau betul kawan kenapa carlos boleh bermalam kat situ.mariangel jawab yg carlos perlukan seseorg untuk luahkan perasaan.dia tak ada tempat lain nak pergi.silvia kata yg carlos ada rumah,rumah yg dia dan silvia tinggal.mariangel kata,jangan salah faham,dia tak ada apa2.silvia kata,dia dah tahu dari dulu yg carlos n mariangel ada hubungan.dia perhatikan masa kat taman.mariangel pulak pi salah jawab,dia kata cam ni,"masa tu kami hanya berkawan."silvia kata..habis sekarang ni apa?"mariangel dah terkedu.silvia pun blah le dari rumah tu.

2.dr.gustavo jumpa a'to.dia cakap kat a'to,"sekarang baru aku berani beritahu kau yg kita tidak boleh berputus asa,dr.contreras dah ada,dan dia saja yg boleh sembuhkan penyakit beba.a'to pun berharap macam tu gak.tetiba lisa datang...a'to"lisa!!"depa pun berpelukkan.lisa menangis.dia cakap,"aku dengar yg beba sakit,"..(a'to)"ya,dia sakit....dia sakit tenat".a'to bagitau lisa yg beba kena virus tu.lisa tanya mcm mana beba boleh kena pulak.lepas tu dia teringat pasal biji2 yg dia bawa.lisa pun nak blah le tapi a'to tahan,a'to tanya lisa,"lisa,aku nak tahu kenapa kau lari dr perkahwinan kau,malah kau lari dari rumah jugak,"lisa kata perkara ni serius,dia memang nak berterus terang dgn a'to tapi masa tak sesuai.elok selesaikan masalah beba dulu.

3.dr.gustavo jumpa ruby,dia bagitau ruby yg lisa dah balik.dr.gustavo nampak happy.ruby pun suka jugak mula2 tu bila dengar lisa balik,tapi bila dia tengok dr.gustavo happy semacam,tak jadi nak senyum lama,dia pun pi le jumpa lisa kat bilik nurse.lisa masa tu tengah berdialog dgn tuhan,bila ruby sapa lisa,lisa pun terpa kat ruby.depa berpelukkan.ruby kata kat lisa,kau jangan risau pasal beba.kami menjaga dia dgn sebaik2nya.ruby tanya pasal lisa yg tak jadi kahwin,sebab margo ke lisa cancelkan perkahwinan tu.lisa kata ya,tapi dia tak nak ceritakan hal tu dulu.lisa tanya ruby macam mana keadaan beba sekarang.ruby kata beba umpama cahaya yg semakin malap cahayanya...lisa sedih sangat..i pun sedih jugak...

4.frans jumpa buddy.buddy cuba nak melarikan diri dr frans.dia tak nak bersubahat dgn frans takut kena pecat.frans kata yg dia tak akan libatkan buddy,pujuk2 le si buddy tu.buddy pun mengalah,"apa kau nak?"..(frans)"aku nak ruby!"...(buddy)"hah,kau nak dia jugak?"...frans senyum.."bukan..kau jangan salah sangka,aku cuba pujuk ruby utk buka tingkap bilik beba tapi tak tahulah sama ada dia nak melakukan atau tidak.aku nak kau tolong pujuk ruby supaya bukak tingkap.aku nak masuk bilik beba malam ni"buddy dah pening kepala dah..

5.dr.jaime dok di sisi beba.lepas tu ruby datang."dr.contreras,aku tak tahu yg kau dah datang."ruby tanya dr.jaime nak tinggalkan hospital ni lagi ke?"dr.jaime cakap apa ntah,lepas tu pergi..tinggal le ruby sorang.lepas tu ruby teringat scene frans pujuk dia suruh bukak tingkap."tak boleh...tak boleh..aku tak boleh melakukannya.."ruby cakap sorang2..."tapi beba jugak menyintai dia,"...ruby pun dengan sportingnya..(i suka lah dia ni)pi ambik bangku dan bukak kunci tingkap bilik.

6.dr.jaime keluar dari bilik beba menangis2.delia papah dia.vicente pun ada.depa bawak ke makmal.dr.jaime kata yg dia tak boleh buat apa2 utk merawat beba.vicente n delia pujuk2 le dia.kasi semangat.dr.jaime pun ok le,lepas tu dia nak cari laporan2 kajian.cari kat dalam laci tapi tak de.delia cakap kat dr.jaime,"seseorang dah mengambilnya,aku jugak telah mencarinya tapi tak jumpa.."

7.s'go jumpa javier(dah lama tak nampak batang hidung javier,baru hari ni muncul).s'go luahkan perasaan bimbang dia.s'go bagitau pd javier yg lisa perlukan sedikit masa.javier suruh s'go ikut cakap lisa tu.tapi s'go kata,dia takut margo cipta satu lagi pembohongan.javier kata tak usah le bimbang,s'go masih lagi bersama dgn lisa,walaupun margo dah buat macam2.lagipun perut margo dah besar sekarang ni,tak boleh nak buat apa2 lagi dah.s'go tak boleh berdiam diri.dia keluar dari rumah javier.sebelum tu javier sempat pesan kat s'go,"bawa betenang,bawa bersabar".

8.carlos pi tempat teater kawan dia.dia mintak tolong kawan dia cari tempat tinggal.kawan dia bagi le satu bilik dekat tempat teater tu utk carlos.

9.margo risau kat rumah.dia telefon a'to.a'to angkat telefon tanya,"kau apa labar?"margo kata a'to tak telefon2 dia,dia dah risau dah.lepas tu a'to cakap yg lisa dah balik.margo kata,"ya,aku tahu,dia ada beritahu kau apa2 tak?"a'to.."dia ada sesuatu nak bagitau aku ke?".margo cakap tak delah..lepas tu a'to cakap yg dia tak balik malam ni.margo,"suka hati kaulah...a'to...aku merindui kau!"

10.isabel pesan kat barb supaya fikirlah kata2 dia tapi barb tetap dgn pendirian dia,"maafkan aku isabel,pendirian aku dan pendirian kau berbeza,aku tetap akan berjumpa dgn augusto estrada!"dia pun capai beg n keluar..

11.a'to berdiri kat hospital.tak jauh dr situ barbara sampai...barbara tercari2 seseorang,"mungkin suami margo ada kat sini." yang a'to pulak tak toleh2..sakit hati pulak tengok part ni.dua2 dah ada depan mata tapi tak kenal pulak!!.lepas tu barb bercakap dgn nurse tu.dia tanya apa ntah.tup tup datang seorang perempuan(sambil mendukung anak dia) terpekik terlolong bagitau yg anak dia pengsan kat rumah.barb n a'to tolong le perempuan tu.a'to angkat budak tu dan cepat2 bawak budak tu jumpa doktor,yg barb pulak pujuk2 le perempuan tu...habis dah...

Posted on Apr 2, 2002, 6:28 PM

 

The 1st 10 minutes.....
by bapakJaime

Kat bawah nih adalah sequence kpd summary kak kamillia:

1st 10 minutes......
Lisa and margo sambung gaduh semalam. Lisa kasi tau yang slama ini dier ada bersama dgn santiago, dier jugak kata yang dier tak caya yang anak tuh anak s'tiago sama margo sbab tuduhan margo tuh tak berasas. Tiba2 tepon pun bunyi, sapa lagi yang call kalu tak si s'tiago ortega. Lisa pun jawab telefon, dengan eksen dier menyebut nama s'tiago depan margo, apa lagi si margo pun terkejut beruk la. Margo cuba rampas tepon dari lisa dan kasi tau sama santiago supaya datang ke rumah mereka skarang jugak. Lisa sempat capai telefon yang ada kat dapur dan suruh s'tiago jangan datang (lawak betui la scene nih!). Pas tuh lisa tanya margo mana pi sumer orang and then margo cakaplah yang si beba tengah nazak kat spital.

30 saat sebelum habis........
Loceng pintu berbunyi, apabila si margo bukak pintu, terkejut dier tengok santiago, ha sampai sini baru lah habis..........

Ada satu benda yang aku nak cakap.... korang rasa2 lah kan sapa yang patut kena virus tuh?

Posted on Apr 2, 2002, 7:47 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1