 






|
STORY
Daily
Summaries
April 1,
2002
summary 1
aprilfool 2002
by kamilia
1.carlos n
silvia masih lagi bertengkar.carlos tetap dengan keputusan dia nak menceraikan
silvia.silvia kata dia macam tak caya yg carlos boleh buat keputusan mcm tu.lepas tu
carlos kata yg dia nak jaga anak2 dia tapi silvia bantah.dia pun nak jaga jugak.depa
bertengkar lagi.lepas tu silvia tanya mana anak2 dia.dia nak pergi tengok.mula2 tu carlos
tak nak cakap tapi silvia berkeras,at last dia kata yg anak2 ada kat rumah
mariangel.silvia pun kata,"ooo,inilah cerita sebenarnya ya,kau cari alasan yg baik
utk mengakhiri perkata ni...lebih kurang mcm tu lah dia cakap,tapi carlos tak nak
mengaku,dia cakap2 lagi lepas tu blah..tinggal le silvia menangis soramg2...kesian...
2.ruby lap muka beba yg banyak peluh tu.beba tanya kenapa dia diasingkan?ruby cakap apa
ntah,lepas tu beba pun bagi le "wasiat" dia pd ruby,"kau beritahu pada lisa
yg aku merinduinya,beritahu pada silvia yg aku akan mentelaah pelajaran,bagitau a'to
tolong maafkan aku,aku masih anggap dia seperti ayah aku dan last sekali tolong cakap kat
frans yg aku menyintainya".
3.frans mundar mandir kat luar bilik.dia mintak tolong buddy supaya carikan seseorang yg
boleh bukak tingkap bilik beba,sebab dia nak masuk ikut tingkap.frans luahkan perasaan dia
pd buddy yg dia amat cintakan beba,dia nak sentuh tangan beba..bla..bla
4.ruby keluar bilik menangis2,sebab sedih dengar "wasiat" beba tu.sorang kawan
dia datang pujuk.ruby cakap kat kawan dia,"kalau kau dengar apa yg beba cakap,mesti
kau pun sedih jugak.beba cakap tu seolah2 nak ucapkan selamat tinggal."masa ruby
berbual2 dgn kawan dia tu,frans datang panggil ruby.frans cakap kat ruby yg dia nak masuk
jumpa beba.ruby kata,"no..no..no...no.."sampai muncung mulut dia macam ikan
todak.dia tak kasi frans masuk.frans kata yg dia cintakan beba.manalah tahu kalau beba
tengok dia,beba akan bertambah sihat.ruby tersentuh dgn kata2 frans,dia pun sampaikan
pesanan beba pada frans,beba pun kata yg dia amat cintakan kau?"frans pujuk2 ruby.dia
mintak tolong ruby bukak pintu tingkap.ruby pun dah tak terkata apa dah...
5.vicente datang jumpa a'to."ada apa2 perkembangan?"vicente
tanya...."tidak,sama saja"a'to jawab.vicente sampaikan pesanan barbara pd
a'to.dia bagi no phone pd a'to.a'to tanya "siapa perempuan
tu?"...vicente"aku tak tahu,dia cuma kata yg dia ada hal penting nak bagitau
kau,(a\to)"perempuan yg kerja kat galeri tu ke?"...vicente"tidak,bukan
dia,aku mcm pernah tengok muka dia tapi tak ingat kat mana?"tak lama lepas tu silvia
dtg,silvia n a'to berpelukkan.silvia tanya mcm mana keadaan beba.a'to pun ceritalah.lepas
tu silvia cakap pasal perkahwinan dia yg dah berakhir.
6.umairah dtg jumpa margo kat rumah.bawak daun lagi.umairah takut nak masuk sebab rumah tu
akan ada tanda2 malang n penderitaan.margo kata,"bukan ke kau dah bagitau aku yg
rumah ni akan ada kematian?"umairah kata yg ini lagi teruk dr tu.umairah pun bakar le
kemenyan.dia suruh margo keliling rumah bawak kemenyan tu,sambil berfikir yg rumah tu akan
jadi kepunyaan margo dan dia punya kuasa atas rumah tu.margo pun ikut le suruhan nujum mak
belalang tu.masa dia nak pergi bawak kemenyan dekat gambar mak bapak a'to,dia tergelincir
lalu pecah le mangkuk ayun kemenyan tu.margo kata,kalau kau nak mulakan sekali lagi,aku
boleh buat,tapi umairah kata,"aku kena tinggalkan rumah ni segera,ada roh seorang
wanita yg menninggal dalam rumah ni dah mare gila dah ni."umairah pun cepat2 keluar
dr rumah.margo terdiam.lepas tu dia toleh kat gambar family a'to.
7.s'go buat panggilan ke pusat kesihatan.dia tanya dr.fons pasal lisa.dr.fons kata,lisa on
the way nak balik bandar.yeyey lisa nak balik sini..yeyey,santiago pun berjoget sakan
le...hehehe(scene ni i sengaja tambah),tapi s'go memang suka.makcik dia kata,"kau ni
betul2 macam budak2 yg pertama kali nak ke sarkas".s'go kata dia happy sangat,dia tak
sabar nak jumpa lisa.dia nak pergi airport,tapi mak dia tak kasi."kalau kau pergi
sana,nanti takut kau tak jumpa dia pulak.betul jugak kata s'go.lepas tu dia kata yg dia
nak balik,nak salin baju.
8.margo sapu le habuk2 bekas kemenyan tadi.dia marah kat gambar tu"aku tak takut dgn
org yg dah mati,tapi aku takut dgn org2 yg hidup!".lepas tu margo teringat kata2
umairah,"dah tiba masanya"...baru je margo nak pikir,ada org masuk rumah.margo
pun toleh..maka terlopong le mulutnya itu.hah,siapa lagi.lisa is back!lisa kata kat
margo,"kau tengok aku macam nampak hantu je,kau tak sangka ke yg aku nak
balik?"margo kata,"aku memang sangka yg kau akan balik,tapi bukan le gini punya
cepat!".lepas tu diorang berbalah le.lisa kata yg dia takkan membenarkan margo
musnahkan hidup dia.margo pun sengaja nak sakitkan hati lisa,usap2 perut dia lah,kata lisa
fikiran sempit le,muka bodoh le apa le.tapi last tu lisa cakap yg dia cintakan s'go n s'go
cintakan dia jugak...hahahah..padan muka margo.
9.dr.contreras dah baik dah.dia kata kat delia,aku tak boleh buang masa lagi.beba perlukan
aku.delia pun suka le laki dia dah pulih.delia cakap,"nanti kat hospital,kau akan
bertemu dgn anak2 kau yg lain".dr.jaime kata,nyawa beba lagi penting.lepas tu depa
berdua pergi hospital.dekat hospital dr.jaime jumpa dgn silvia.a'to dgn vicente kat tempat
lain.lepas tu silvia bagitau kat a'to yg dr.contreras dah datang.dia ada kat bilik
beba.tak dapat le depa anak beranak berjumpa lagi.
10.isabel marah pd barbara sebab pergi ofis a'to.isabel nasihatkan barb kalau nak balas
dendam,cukup le pd margo sorang,jangan libatkan a'to.barb kata a'to patut tahu ttg isteri
dia tu.kebetulan masa tu a'to telefon barb tapi message yg keluar"ini barbara
solis,sila tinggalkan pesanan".a'to pun terkejut le..barbara solis?lepas tu dia
bagitau kat vicente siapa barbara solis tu.baru le vicente ingat,dia pernah jumpa barbara
masa wedding lisa.a'to tertanya2 le jugak,pehal barbara nak jumpa aku ni..
11.s'go kat rumah dia tertanya2 lisa dah sampai ke belum.dia tergerak nak telefon lisa kat
rumah.s'go capai je telefon,mth pun habissss....
Posted on Apr 1, 2002,
6:38 PM |