![]()
TIPS KENAL PEMIMPIN
Bekas Pegawai Khas Agama Anwar
Ibrahim di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Wan Zahidi Wan Teh
yang kini sibuk berkempen bersama kerajaan dalam mendedahkan siapa
diri Anwar yang sebenar baru-baru ini memberitahu se-buah akhbar
tempatan tentang perubahan pemimpin itu:
Saya nampak reformasi ini hanya
popular di kalangan generasi muda yang merupakan generasi adik
kepada generasi Anwar. Mereka ini kenal perjuangan Islam daripada
populariti Anwar Ibrahim.
Pada mereka, ketokohan Anwar sangat hebat dalam diri mereka sehingga
seolah-olahnya gerakan Islam itu Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim
itu gerakan Islam. Inilah salah satu sebab mereka begitu taksub.
Mereka tidak mengetahui perubahan sebenar yang berlaku kepada
Anwarpada tahun-tahun terakhir ini.
Mereka hanya melihat Anwar dari jauh. Kalau bertemu Anwarpun setahun
sekali dengan cara sambil lalu begitu sahaja. Mereka tidak berada
bersama-sama Anwar dan melihat perubahan itu seperti saya sendiri.
Saya berada bersama Anwar sebagai
pegawai khas agama selama 3 tahun 7 bulan. Saya menilai dia berasaskan
idealisme perjuangan. Saya melihat banyak perubahan-perubahan
yang tidak sesuai dengan idealisme yang kita perjuangkan selama
ini.
Boleh dikatakan Anwar yang
saya kenal sejak . Masalah yang dihadapinya adalah sangat rumit
untuk dijelaskan oleh pihak berkuasa.
Kembali ke laman Inspirasi Isu 2