![]()
TIPS KENAL KEBENARAN
Allah berfirman dalam Surah Al-Fatir Ayat 10 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang merancangkan kejahatan untuk mendapatkan kemuliaan adalah bagi mereka azab seksa yang berat, dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.
Dalam Surah Al-Nisa Ayat 142 Allah berfirman lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah (dengan perbuatan berpura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).
Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia supaya disangka mereka orang beriman dan mereka (pula) tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.
Tipu daya golongan munafik itu akan terdedah dengan mereka menerima pembalasannya seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam satu hadis yang bermaksud:
Sesiapa yang menunjukkan amalnya
kerana riak, Allah akan bukakan akibatnya, akan sesiapa yang menunjukkan
amalan salihnya supaya disanjung dan dipuji, akan Allah bukakan
niat buruknya di khalayak ramai.
Kembali ke laman Inspirasi Isu1