![]()
RENUNGAN
RACUN ANWAR IBRAHIM
Perpatah Melayu ada menyebut kerana pulut santan binasa, disebabkan
mulut badan sengsara. Apabila kita berkata-kata, apa yang dilafazkan
perlu datang daripada keikhlasan hati. Kepura-puraan akan membawa
akibat buruk.
Inilah balasan yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
begitu banyak menghamburkan kata-kata yang tidak dikotanya.
MERACUN DALAM PANTUN
Pantun Anwar dalam ucapan peng-gulungan Perhimpunan Agung UMNO
pada 6 Jun 1998 mengenai kesetiaan kepada parti:
Anak Melaka menjerat merbah,
Jerat dipasang di tengah kebun;
Setia saya tidak berubah,
Hanya orang menabur racun.
Anak saudagar pergi ke kebun,
Singgah ke kedai membeli cili;
Baik-baik menabur racun,
Salah silap tertelan sendiri.
MERACUN SEORANG BAPA
Di Pulau Pinang ketika berucap di depan Dr. Mahathir Mohamad pada
majlis perasmian Menara UMNO Pulau Pinang pada 11 Ogos 1998, iaitu
22 hari sebelum dipecat daripada kerajaan, dia berkata:
"Saya sentiasa setia,
terhutang budi dan mengasihi Dr. Mahathir Mohamad. Dia ibarat
bapa kepada saya.
"Dr. Mahathir bukan pemimpin baru. Pengalamannya banyak, sepak terajang politiknya pun cukup luar biasa. Saya ni kalau banding dengan dia, sebagai pelajar sahaja. Saya tahu, nak lawan guru tak boleh, apa lagi nak lawan seorang bapak."
MERACUN ISLAM
Pujian mengenai keikhlasan kerajaan memperjuangkan Islam dan keburukan
pemimpin-pemimpin Pas. Ini ialah ucapannya ketika berkempen dalam
pilihan raya umum 1995 di Kuala Kurau, Perak pada 11 April 1995:
"Pelaksanaan nilai Islam bukan hanya dengan cakap sahaja
tetapi perlu diamalkan. UMNO mengamalkan cara Islam melalui sistem
perbankan dan pendidikan yang telah diterima dengan baik oleh
rakyat dan cara UMNO menerapkan nilai Islam adalah cara yang bijaksana
dan dihormati.
"Bukannya seperti parti
Pas yang dalam ceramahnya dipenuhi dengan maki hamun yang melambangkan
prinsip akhlak yang tidak kena.
"BN tak hendak menjanjikan banyak-banyak tapi hanya berjanji apa yang mampu dibuatnya iaitu untuk menyambung pembangunan yang ada dan bukan untuk menipu rakyat. Parti pembangkang boleh janji kerana dia tak boleh buat dan janjinya bagaikan janji orang yang bercinta."
MANIS RACUN
Itulah kata-kata yang keluar dari-pada mulut Anwar Ibrahim ketika
dia masih berada dalam UMNO, dila-fazkan di depan beribu-ribu
rakyat dan di depan Dr. Mahathir sendiri.
Siapakah yang tidak mengotakan janji? Siapakah yang sebenarnya berpura-pura? Siapakah yang tidak benar kepada diri sendiri? Dan siapakah yang cuba meletakkan racun di dalam manis kata-kata?
RACUN FIKIRAN
Sekiranya diri kita diracun, kita mungkin mati jika tidak dirawat
segera. Tetapi apakah masa depan sebuah bangsa yang diracun oleh
parti-parti pembangkang dan sesetengah pemim-pin yang terpengaruh
dengan dakyah-dakyah asing bahawa kerajaan yang begitu banyak
berjasa kepada rakyat perlu ditumbangkan atas nama demo-krasi.
Kembali ke laman Inspirasi Isu 2