![]()
PETUNJUK-PETUNJUK PEMULIHAN EKONOMI
* Pemulihan ekonomi Malaysia
adalah benar. Pemulihan ini dicapai kerana kos pinjaman rendah
dan pengguna serta pelabur semakin yakin. Penurunan kadar faedah
telah memperbaiki keadaan mudah tunai dalam sistem perbankan dan
membolehkan lebih banyak pinjaman disalurkan kepada peminjam.
* Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) pulih. Indeks Komposit BSKL meningkat sebanyak 186.6 peratus
dari 262.70 mata pada 1 September 1998 kepada 752.78 mata pada
6 September 1999. Ini adalah peningkatan kedua tertinggi berbanding
Korea Selatan (204.5 peratus), Thailand (100.9 peratus) dan Indonesia
(65 peratus). Modal pasaran BSKL meningkat kepada RM503 bilion
pada 1 September 1998 iaitu peningkatan sebanyak 177.1 peratus.
* Jualan kereta meningkat.
Jualan kereta penumpang meningkat kepada 22,040 unit pada Julai
1999 berbanding 12,198 unit pada Julai 1998.
* Lebihan dagangan. Malaysia
mencatat lebihan dagangan berjumlah RM39.4 bilion bagi tempoh
Januari-Julai 1999 berbanding dengan lebihan RM26.3 bilion dalam
tempoh yang sama tahun 1998.
* Rizab negara pada 14 Ogos
1999 berjumlah AS$31.9 bilion. Ia mampu menampung tujuh bulan
import tertangguh.
* Pengangguran rendah. Bilangan pekerja yang diberhentikan kerja berkurangan kepada 2,278 orang pada Julai 1999 berbanding 12,335 orang pada Julai 1998. Peluang pekerjaan meningkat daripada 6,481 pada Julai 1998 kepada 11,720 pada bulan Julai 1999.
Sumber: Makalah Gawat: Suatu
Penjelasan tulisan Mohd. Solihan Badri, 1999. Harga RM3.50 senaskah.
Kembali ke laman Inspirasi Isu 2