![]()
MALAYSIA PULIH HUTANG TANPA IMF

Ada pihak menjangka langkah
kawalan modal dan pertukaran asing terpilih akan membawa kesan
buruk ke atas sosio-ekonomi Malaysia. Negara akan kacau bilau.
Tetapi ini tidak berlaku.
Sebaliknya pertumbuhan ekonomi
Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan sekurang-kurangnya 1 peratus
pada tahun 1999.
Banyak negara ingin belajar
cara Malaysia menghadapi krisis ini. Dana Kewangan Antarabangsa
(IMF) dan Bank Dunia mengaku kritik mereka terhadap Malaysia tidak
tepat.
Sebagai perbandingan, Filipina
mencatat KDNK yang lebih baik daripada Malaysia. Bagaimanapun
ini tidak menghairankan kerana Filipina tidak mencatat kemasukan
modal asing sebanyak yang diterima oleh Malaysia sejak beberapa
tahun lalu dan berikutan itu, tidak banyak modal jangka pendek
keluar ketika Asia mengalami krisis kewangan.
Ekonomi Thailand juga dijangka
mencatat pertumbuhan 1 peratus tahun 1999 berikutan sumbangan
sektor pertanian meningkat. Nilai mata wang negara itu yang rendah
juga memberi kesan baik meningkatkan sektor pelancongan.
Korea Selatan yang mengalami kelembapan ekonomi lebih awal daripada
Malaysia, sedang mengalami pemulihan. Mata wangnya yang stabil
dan kadar inflasi yang rendah membolehkan negara itu melaksanakan
dasar kewangan dengan berkesan. Seperti Malaysia, Korea Selatan
juga mencatat pencapaian baik dalam penyusunan semula sistem perbankan.
Masa depan pemulihan Indonesia
belum jelas selagi kestabilan politik dan sosial negara itu tidak
pulih. Ekonomi Indonesia masih menguncup walaupun kadar inflasi
menurun.
Proses kredit di Indonesia
masih lembap, manakala penyusunan semula institusi kewangannya
masih kabur.
Bagaimanapun jangan kita lupa
bahawa pertumbuhan ekonomi Thailand, Korea Selatan dan Indonesia
telah dibantu oleh pinjaman IMF sebanyak RM456 bilion.
Kita tidak berhutang daripada
IMF. Oleh itu kita bebas menentukan dasar kita sendiri untuk faedah
rakyat Malaysia.
Selepas dua tahun kita melalui kegawatan dengan umpat keji musuh
luar yang antaranya menyifatkan kita pariah ekonomi, kini kita
berada semula di atas landasan menuju pemulihan.
Kembali ke laman Inspirasi Isu 2