DUNIA MEYAKINI MALAYSIA - BEBERPA CONTOH PELABURAN YANG MELEBIHI NILAIR100 JUTA SEPANJANG 1998

1. Johor Bahru, Johor
Dow Corning Enterprise Inc. dari Amerika Syarikat mendirikan kilang di Taman Perindustrian Tanjung Langsat, mengeluarkan methyl silanes dan formulated silicon. Ia mewujudkan 477 peluang pekerjaan. 100 peratus pelaburan AS.

2. Kertih, Terengganu
Petronas-Union Carbide Corporation mendirikan kilang mengeluarkan ethylene, propylene, butanol, ethylene glycol di negeri Pantai Timur ini, memberi pekerjaan kepada 702 orang anak tempatan. 33 peratus pelaburan AS.

3. Kuantan, Pahang
MTBE Malaysia Sdn. Bhd. membina kilang mengeluarkan propylene yang mempunyai kapasiti satu syif. Jumlah pekerja 22 orang.

4. Kertih, Terengganu
Petronas Ammonia menawarkan pekerjaan kepada 132 orang di kilang mengeluarkan karbon monosid, oxogas dan ammonia.

5. Prai, Pulau Pinang
Dowtech Sdn. Bhd. mendirikan kilang membuat cold rolled coils dan mewujudkan 90 pekerjaan. 30 peratus pelaburan AS.

6. Prai, Pulau Pinang
Southern Precision Casting Sdn. Bhd. mendirikan kilang mengeluarkan hot rolled steel, coils dan plates. Syarikat ini mengambil 287 orang pekerja. 30 peratus pelaburan AS.

7. Kertih, Terengganu
BP Petronas-Acctyes Sdn. Bhd. mendirikan kilang kimia yang memberi pekerjaan kepada 98 orang penduduk tempatan. 35 peratus kepentingan United Kingdom dan 35 peratus lagi kepentingan Belanda.

8. Nilai, Negeri Sembilan
Hualon Corporation, syarikat milik penuh Taiwan, mendirikan kilang polyester dan mengambil 750 orang pekerja.
Kilang syarikat ini yang terletak di Taman Perindustrian Nilai mampu mengeluarkan kira-kira 140,00 kilogram produk dalam satu syif.

Nota: Kemasukan pelaburan ke negeri-negeri bergantung kepada infrastruktur, insentif dan galakan-galakan lain.

 

Kembali ke laman Inspirasi Isu1

Kembali ke laman Penerbitan Khas

Kembali ke laman utama

Hosted by www.Geocities.ws

1