![]()
CENGKAMAN ORANG ASING
Beberapa kes kejatuhan pemimpin
negara sedang membangun
kerana komplot CIA
1. IRAQ
Pada bulan Mac 1992, CIA melancarkan operasi untuk menjejaskan
ekonomi Iraq dengan mengedarkan wang-wang kertas palsu. Wang-wang
dinar palsu diseludup masuk ke Iraq secara sistematik. Ini kemudian
menyebabkan masalah inflasi Iraq semakin buruk selepas Perang
Teluk.
2. LIBYA
Pada tahun 1988, CIA memulakan operasi untuk menggoncang kestabilan
regim Gaddafi dengan melatih komando-komando dalam kumpulan penentang
kerajaan dan memberi sokongan kepada gerakan anti Gaddafi di seberang
laut.
3. FILIPINA
Dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden Ferdinand Marcos pada awal
tahun 80-an, CIA secara rahsia memberi bantuan kewangan kepada
sekumpulan pegawai tentera Filipina untuk menubuhkan satu gerakan
pembaharuan dalam tentera. Para pegawai tentera republik itu dibawa
ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan anggota-anggota Kongres
AS dalam satu kempen untuk menggalakkan pembaharuan di Filipina.
4. PANAMA
Semasa di bawah pentadbiran Presiden George Bush, CIA secara rahsia
memberi bantuan AS$10 juta (RM38 juta) kepada sekumpulan rakyat
Panama untuk memulakan program penyiaran radio dengan tujuan untuk
menjatuhkan Presiden Noriega. Noriega kemudian ditangkap oleh
AS dan dihadapkan ke mahkamah di Miami atas tuduhan terlibat dalam
pengedaran dadah.
5. IRAN
CIA dilaporkan menubuhkan dan membiayai sebuah stesen radio di
Mesir untuk menyiarkan maklumat-maklumat anti Khomeini selepas
kejatuhan Shah Iran. Pada tahun 1987, antara laporan-laporan siaran
radio itu ialah berita-berita mengenai orang beratur membeli makanan,
kebangkitan parti-parti pembangkang menentang ulama dan penderaan
dan pembunuhan kononnya yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
6. AFGHANISTAN
Peperangan di Afghanistan digiatkan oleh bantuan-bantuan CIA dan
Amerika Syarikat kepada kumpulan-kumpulan tertentu. AS mahu memastikan
pengaruh Soviet Union ketika itu tidak berkembang. Antara program
CIA di Afghanistan ialah menawarkan bantuan senjata selain memalsukan
wang kertas Afghanistan. Wang itu digunakan oleh kumpulan yang
disokong oleh CIA untuk membeli senjata dan membayar para pembekal.
Kembali ke laman Inspirasi Isu 2