SAYA TIDAK PERCAYA SESIAPA, KATA AZIZAH
Wan hari ini mengaku dia pernah berkata dia
tidak mempercayai sesiapa pun kepada pemberita asing seperti yang
disiarkan melalui iklan Barisan Nasional (BN).
Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan)
itu berkata, dia tidak berapa ingat konteks sebenar kenyataan
yang dibuatnya dalam wawancara dengan wartawan Televisyen Australia
tahun lalu.
``Jawapan itu (ungkapan kata-kata dalam iklan) lari daripada maksud
sebenarnya,'' katanya kepada pemberita.
Iklan pilihan raya BN dalam media massa semalam
menampilkan soalan yang dikemukakan oleh seorang wartawan TV Australia
pada Disember tahun lalu, yang bertanya: ``Puan benar-benar percayakan
suami puan dengan
yang dimaksudkan ialah isteri bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri
Mohd. Ali.
Wan dipetik sebagai menjawab: ``Saya tak percaya dengan sesiapa
pun.''
Menurut Wan ungkapan yang itu tidak boleh dikatakan sebagai merujuk
dia tidak percaya langsung kepada suaminya.