Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 99 (diterjemahkan oleh kak na Kak na) English Home
Di pejabat: Carlotta bercakap dengan DAvid yang dia nak cakap sat jer ngn Juana sorang tapi David tak sedap hati nak tinggalkan Juana sorang2 dengan Carlotta yg kelihatan tak stabil. Tangan Carlotta kelihatan memegang beg dengan kejap. Juana kata David ngn Humberto pi la sat tinggai depa berdua kalu tidak dia ngn Carlotta akan pi tempat lain. HUmberto bgtau Juana yang dia da kat luar pintu tu saja kot2 la Juana perlukan dia. Pas depa dua blah, Juana suruh Carlotta luahkan apa yg terbuku di fikiran dia. Tangan Carlotta sudah mencapai pistol dalam beg tangannya.

Armando tak paham kenapa la pulak Desiree nak alamat kabin mak cik Eva. Dia suh Armando pecayakan dia sekiranya nak syarikat selamat. Armando macam tak nak tolong tapi akhirnya tolong jugak sebab Desiree kata dia akan tau segala galanya. Desiree berterima kasih kat Armando dan memeluknya.

Di makmal foto Juana: Carlotta bgtau Juana yang dia akan selesaikan masalah ini buat selama lamanya. Dia hampir2 mengeluarkan pistolnya biler tiba2 Humberto dan Alfredo datang tepat pada masanya untuk menyelamatkan keadaan. Alfonso habaq kat Carlotta yang mak pak depa risau dengan CArlotta tu. Humberto bwk Juana kuar dari bilik tu sementara Alfredo suh Carlotta serahkan pistol tu. Humberto tekejut tengok kakak dia sanggup buat macam tu. CArlotta macam tak tau apa yang dia nak buat la ni. Dia mula menangis.

Juana cepat pi kat satu sudut, sementara DAvid pi dekat dia dan beri sokongan moral. Dia bgtau DAvid yang dia takut jugak tengok tiba2 Humberto dan Alfredo masuk situ. David kata Juana tak perlu bertanggung jawab dengan masalah Mauricio bla bla bla. Mauricio masuk dan dengar apa yang David kata. Dia setuju dengan pendapat tu dan dia sedang berusaha untuk memudahkan keadaan. DAvid dan mauricio bersembang sekejap. Juana dapat rasa yang suasana tu akan menjadi lebih buruk, jadi dia nak pergi minum dulu.

Di makmal foto Juana: Humberto marah kakak dia sementara Alfredo tak cakap apa. Humberto kata "Hang gila dah ka? nak bunuh Juana?" Carlotta tetap nak bunuh Juana tak kira berapa nilainya. Juana dah rampas suami dia dan dia patut mempertahankan dirinya. Dia terusan menangis.

Di pejabat/bilik lounge: Juana dok minum biler dia nampak DAvid ngn Mauricio masuk dan tak abih dok gaduh lagi macam la Juana takdak kat situ. David tak caya dengan cara Mauricio lagi dan dia tak takut untuk meluahkan pedapat dia kali nih. Bagi dia Mauricio tu nyakitkan hati jer sbb tak bagi tau citer sebenar lebih awal.

Di makmal foto Juana: Carlotta cadangkan beberapa idea bagaimana utk musnahkan Juana. Humberto dok bgtau yang kakak dia tu gila dan depa tak datang dari keturunan yang macam tu. pot pet pot pet depa gaduh sampai la Desiree masuk situ mengganggu perbualan depa. Humberto kata Desiree tu tak malau mai situ dan suka jaga tepi kain orang. Carlott suh Desiree kuar tapi Desiree takmo sebab dia ada hal penting nak bgtau Carlotta. Humberto dan Alfredo keliru sebab tiba2 jer Desiree tu baik semacam jer ngn Carlotta.

Di pejabat/bilik lounge: David mintak Mauricio bagi tau perkara sebenar kat dan dia nak jadi saksinya; sama ada dia tu jujur atau tidak. mauricio macam nak memanjang masa sebab nak bagi DAvid hilang minat. Enriqueta menyelamatkan Mauricio biler dia masuk dan bagitau Juana diberi cuti esok sebab harijadi dia. DAvid terkejut. Dia tak tau pulak ada polisi baru syarikat yang memebenarkan staff cuti masa hari jadi. dia tau ni mesti Mauricio yang suruh nih. DAvid pergi sambil menyuarakan rasa tidak setuju. Mauricio rasa lega tapi wajah Juana jelas kelihatan risau. Dia masih lagi tak tau apa yang akan terjadi esoknya.

Di makmal foto Juana: Alfredo kata Desiree tu tak leh dipercaya. Carlotta buat keputusan nak dengar apa yang Desiree nak bgtau kat dia. Dia suh Humberto dan Alfredo blah. Desiree citer la kat dia yang Mauricio akan pegi jumpa Juana esok. Dia bgtau yang esok harijadi Juana dan depa akan sambut bersama sama. dia nak Carlotta percaya kat dia dan dia akan cuba dapatkan Mauricio semula untuk Carlotta.
Juana dah nak kuar tapi David halang dia dan mintak maaf atas apa yang berlaku. Dia menawarkan diri untuk hantar Juana balik. Juana setuju.

Di makmal foto Juana: Carlotta tanya apa yang dia boleh bantu. Desiree suruh CArlotta percaya kat dia terlebih dahulu dan pastikan Mauricio tak kuar kemana mana esok nya. Dia kata susah tu, sebab mauricio tak dok ngn dia dah. Desiree kata tak kira apa, dia kene wat jugak, cuma pastikan Mauricio melekat kat rumah tak pi mana. Dan DEsiree pulak akan uruskan Juana.

Di rumah Petricia: Salvador ngn Petricia dok bincang tentang party. dia ingat dia patut hadir sebab Perez dah ajak dia.

Di rumah Perez: Manuel dok kira duit yang diberi oleh Azucena. Tak banyak, tapi cukupla nak bli kek kecik untuk majlis esoknya. Manuel akan pastikan depa dapat duit dari hasil memperbaiki barangan elektrik.

Ana maria balik dan bawak banyak beg plastik. Dia beli banyak benda dan Azucena tekejut mana la dapat duit nak bli semua tu. Ana Maria bgtau depa yang dia dapat dari RAmon. Manuel ngn Azucena tak setuju ngn Ana maria dan suruh dia kembalikan semua barang2 tu atau sedekah jer kat jiran tetangga.

Di makmal foto Juana: Mauricio ada dengan Carlotta, dia tanya keadaan Carlotta. Dia menarik perhatian Mauricio dengan pura2 sakit dan jatuh pengsan dalam dakapan Mauricio. mauricio risau dan panggil2 nama CArlotta beberapa kali tapi tiada jawapan. Humberto dan Alfredo sampai masa kejadian tu berlaku. Depa risau jugak dan suruh mauricio bawak Carlotta balik. Mauricio angkat Carlotta dan tinggalkan pejabat.
Rumah Perez: Manuel tak tahan dengan pertengkaran kat situ dan terus kuar dari rumah.

Di rumah Lili: Ramon bgtau Maria yang dia beri duit kepada Ana Maria sebab nak wat sambutan hari jadi Juana yang akan diadakan esoknya. Maria marah Ramon sebab duit tu diperlukan untuk beli ubat ubatan dia yang mahal. Sekarang duit dah tak dak, dia lagi la risau sebab sakit Ramon tu dah makin teruk. Depa tak tau yang masa tu Lili tak sengaja terdengar perbualan depa kat belakang pintu.

Di rumah Perez: Mak dan anak terus bertengkar, Juana balik ngn David dan tengok depa gaduh2. David terjebak dalam masalah kuarga tu.

Di pejabat/bilik lounge: Enriqueta dok minum2.. Manuel masuk dalam bilik dia dan tunjuk la muka sedih dia. manuel kata dia rindukan Enriqueta. Dia mintak Enriqueta peluk dia jgn lepas. Enriqueta melayan kerenah dia. Depa peluk lama la jugak sebab Manuel tak nak lepas. Enriqueta senyum jer.

Malam tiba..

Rumah De la Vega: Di ruang tamu - kuarga Carlotaa berdepan dengan Mauricio. Amparito marah kat dia sbb bagi CArlotta sakit. MAkcik Eva balik ngn Rafael. Rafael tanya depa, apa dah jadi nih? mana mak dia? Depa berdua bertukar pandang tapi tak cakap apa.

tingkat atas, bilik tido: Dr. Ricardo periksa keadaan Carlotta. Dia beri ubat sedatif untuk menenangkan dia. Dia pesan amik dengan bijak ubat2 tu sebab mungkin akan bahaya kalu terlebih dos. Pas Dr. Ricardo blah, Carlota melantun macam spring, gembira sebab dia berjaya tipu Dr Ricardo Monsalve. Dia dokcakap kat diri sendiri, tak perasan yang Rafael dok mendengar dari belakang pintu biler dia sebut tentang anak Juana dan Mauricio bapa kepada anak itu.

tingkat Bawah: Dr. Ricardo menenangkan semua ahli kuarga Carlotta, dia kata Carlotta ok, dan tekanan darah dia agak rendah dari biasa. Dengan pemakanan yang terjaga, dia akan baik semula. Dr. Ricardo bgtau Mauricio utk jaga isteri dia tu dengan baik sbb dia tu tertekan. Rogelio tengok Mauricio dengan pandangan yang tajam.
Tingkat atas: CArlotta menarik Rafael masuk lam bilik tu cuba bagi RAfael paham yang dia jadi gila sekarang sebab Juana.

Pagi tiba..

Rumah Perez: Di ruang tamu, Juana tutup matanya semasa Ana Maria bwk kek sambil menyanyi lagu hari jadi. Kedua-dua Ana maria dan Azucena gembira walaupun depa bertelingkah tentang Ramon. Juana gembira teramat sangat masa dia meniup lilin. Azucena mengejutkan Juana dengan hadiah sangat berharga bagi dia.. sebuah brooch (kalu tak silap). Ia telah menjadi milik Azucena utk jangkamasa yang lama dan sekarang dia memberikannya kepada Juana. Juana terharu dengan hadiah yang tidak ternilai tu.

Rumah De La Vega: Makcik Eva menolong Rafael pakai baju sekolah. Rafael takmo gi sekolah sebab dia suka dok ngn Mauricio dan CArlotta. Makcik Eva setuju ngn dia dan kata dia akan ada disitu jugak utk temankan dia.

Tingkat atas: Tania hantar sarapan untuk Carlotta, dan masa tu dia tu dok baring kat katil pura2 sakit sementara Mauricio dok tengok keadaan dia. CArlotta dpt rasakan yang Maurico tak sabar nak kuar lalu dia beri banyak alasan untuk halang Mauricio dari keluar. Dia buat aksi pengsan yang meyakinkan semasa Mauricio memimpin dia ke bilik air. MAuricio terjerat sebab sebahagian dari diri nya nak keluar dari situ secepat mungkin dan pergi kepada Juana kat kabin nun manakala sebahagian lagi kesiankan Carlotta. Dia bimbang jugak tengok keadaan Carlotta macam tu.

Kabin Makcik Eva: Juana sampai dengan Pitusa. Dia menyedut nafas panjang menghirup udara segar di sekitar kabin tu. Dia suka kat situ, rasa macam kat rumah sendiri. Dia heran naper la Mauricio tak sampai2 lagi. Dia picit loceng tapitak der orang jawab, akhirnya dia amik kunci dari bawah pasu bunga dan bukak pintu depan.

Rumah De La Vega: Mauricio terpaksa bertahan dengan CArlotta. Dia kemudian dapat rasa yang Carlotta tu merancang sesuatu tapi dia tak dapat pastikan tanggapan tu.
Kabin Makcik Eva: Juana masuk ke bilik tido dan tengok takdak sapa pon kat situ, dia kuar ke ruang tamu dan tengok sofa di mana dia ngn Maurico tido bersama. Loceng pintu bunyi, dia ingat tu Mauricio tapi biler dia bukak, tersembul la muka Desiree. Kedua dua depa dok tolak pintu sorang dari luar sorang dari dalam.
Rumah De La Vega: Mauricio nampak Carlotta dah sedar, sebaik saja Carlotta jaga, Mauricio sebut pasai nak berpisah, Carlotta terus macam segar dan mula berdebat dengan Mauricio.

Di kabin Makcik Eva: Desiree pujuk Juana bukak pintu dengan mengatakan dia kene gi bilik air. Desiree bgtau dia yang Mauricio takkan datang. Juana dan nak blah sbb tak dak hal dah dia nak dok situ, tapi Desiree tak bagi. Dia nak Juana tunggu jap dan dengar apa yang dia nak cerita.

Armando dok tunggu Desiree dalam kereta. Dalam kabin pulak Desiree bgtau Juana yang Mauricio hanya berpura pura dengan Juana sebab dia tau yang Mauricio ada sebab kenapa berminat dengan Juana. "Nak tau kenapa?"

Rumah De La Vega: Mauricio turun sementara CArlotta ikut dari belakang. Dia jerit kat Mauricio depan2 ahli kuarga dia. Makcik Eva dan Rafael ada jugak kat situ. Mauricio dah tak tahan dan suruh makcik Eva jaga RAfael. Carlotta rasa sedih dan tekejut dan dia membuat keputusan mengejut untuk menarik Rafael bersama sama2 kuar dari rumah. Amparito halang Makcik Eva dari mendapatkan RAfael semula. MAkcik Eva tak dapat buat apa2.

Rumah Perez: Ana Maria dan Azucena dok buat persiapan akhir dalam rumah depa. Hiasan seperti belon kelihatan bergantungan di merata tempat. Ana maria memanjat tangga untuk menggantung belon tapi tiba2 belon tu meletup dan dia terjatuhkan gambar Juana yang berbingkai.

Di luar, di jalan bengkang bengkok: Mauricio memandu dengan laju untuk cepat sampai sebab dia dah terlewat untuk berjumpa dengan Juana di kabin. Dia cuba telefon tapi takdak line. Dia berdoa yang Juana menunggu nya dengan sabar. Carlotta dengan RAfael mengekor dari belakang. Dia memandu dengan terlampau laju supaya tak dapat mengejar Mauricio. Dia hampir2 dilanggar biler memintas beberapa kereta tetapi dapat mengawal keadaan.

Di kabin makcik Eva: Desiree bermain main dengan perasaan Juana. Dia sedikit demi sedikit cuba mencuri kepercayaan Juana dengan kata2nya. Juana tak caya langsung kat dia. Desiree kata Mauricio sayangkan dia sebab anak dalam kandungan nya.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada Khamis 3 Julai 2003

Posted on Julai 23, 2003, via email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1