Pejabat Mauricio: Sambil memegang tangan Juana, Mauricio mintak Juana janji yang depa akan pi ke Kabin Makcik Eva esoknya utk sambut harijadi Juana. Juana cuba menjauhkan diri dari Mauricio. Dia membayangkan di antara dia dan Mauricio ada satu dinding (cukup tinggi) yang memisahkaan depa; maksudnya depa tak leh berjumpa lagi. Tak kira besaq mana dinding tu, Mauricio akan musnahkannya semata mata untuk bersama-sama ngn Juana. Juana tunjuk muka marah, tak setuju dgn apa yang Mauricio cakap. Setakat ni, Mauricio dah berjaya wat hidup dia porak poranda hanya dengan kata2 dan perlakuan dia. Dia berjanji yang pada hari esok dia akan beritahu Juana segala-galanya. Dia akan paham semuanya selepas dengar apa yang dia nak kata. Juana memandang Mauricio dengan pandangan keliru.
Di pejabat: Desiree pi ke bilik Armando. Dia perasan yang muka Armando tu masam mencuka. Armando tak berdalih dalih terus bersetuju dengan cadangan Desiree untuk cari jalan mengenepikan Juana. Dia nak tau samaada Desiree dah ada rancangan bagus. Desiree semnyum sebab berjaya bagi Armando masuk belah dia.
Pejabat Mauricio: Mauricio mintak Juana bagi satu lagi peluaang agar depa dapat bersama sambil memandang Juana yang tengah dok atas meja dia, satu tangan menompang dagu dan kaki nya digoyang goyang kan. Dia kelihatan bosan. Juana tak nak ikut rancangan Mauricio manakala Mauricio dok kata dia ada hadiah terbaik untuk Juana. Dia dah berikan macam2 untuk kepentingan kandungan Juana dan tak nak apa2 lagi. Juana cuma naktau apa la yang Mauricio nak bgtau dia esok tapi Maauricio kata ni bukan tempat yang sesuai, dia nak tempat yang sunyi dan aman. Juana akhirnya setuju ikut Maauricio gi kabin esoknya tapi dia kene balik awai sebab kuarga dia nak buat majlis harijadi untuk dia pd sebelah malamnya.
Di pejabat: Desiree suka dengan cadangan Armando. Mauricio dah campuradukkan perniagaan dan hal peribadi, dia tak suka macam tu tambah2 akan menambah risiko syarikat akan ditutup.
Pejabat Mauricio: Juana bgtau Mauricio tentang keadaan Rafael. Lagi sekali depa bertelingkah suh dia tu balik rumah. Juana mintak diri dulu sbb tak dak apa daah nak diperkatakan. Sekarang dia rasa pelik setiap kali berdekatan dengan Mauricio. Mauricio melihat Juana pergi sambil mengeluh dan berkata esok kebenaran akan terserlah, Juana akan sedar pada masa itu yaang anak dalam kandungannya menyatukan mereka berdua.
Di pejabat: Armando tanya awat Desiree nampak tenang jer. Desiree kata dia ada rancangan dah dan hanya Armando boleh bagi dia berita terkini tentang Mauricio.
Makmal foto Juana: Juana risau dan tak paham naper dia kene tunggu sampai esok utk naktau apa yang Mauricio nak cakap. Apa yang penting sangat tu agaknya? Penantian itu satu penyiksaan. Dia berdoa moga2 esok dia tak bersendirian dengan Mauricio esok.
Rumah Amparito: Amparito dok bgtau sorang pompuan ni (taktau saapa, mungkin kawan dia kot), tentang baju yang dia beli. Dia perasaaan yang pemandu dia dah balik dan bagitau pompuaan tu soh gi dapur dan amik minuman. Pemandu tu menghampiri Amparito dan bagitau dia yang Carlotta ada lam keta dok tido. Dia tekejut dan pi ke pintu, tengok2 Carlotta mai dan pemandu ikut belakang dia.
Pejabat Mauricio: Mauricio dok cakap kat tipon dengan orang gaji dia, Tania, bertanyakan Carlotta. Dia bagi tau yang Carlotta dah kuar dan tak cakap pun nak gi mana. Mauricio kata takpa laa, dia akan cakap nanti pulak, terimakasih dan tamatkan talian telefon. Desiree ketuk pintu dan masuk sambil tersenyum lagi tersengih mempamerkan gigi dia yang putih kat Mauricio.
Rumah Amparito: Carlotta dok kat dalam cakap ngn mak dia. Mak dia tanya keadaan Carlotta tu. Carlotta kata ni semua sebab Mauricio dan Juana Perez. Dia tak dapat simpan berita yang baru dia dapat bahawa Juana Perez kandungkan anak Mauricio. Mata Amparito terbeliak sebab tak caya.
Pejabat Mauricio: Mauricio sedang membaca dokumen yang ditunjukkan oleh Desiree. Dia tanyakan pendapat Mauricio sama ada dokumen2 tu sah dari segi undang2. Mauricio bgtau yang dari segi formalnya, dokumen tu sah dan memberi semua saham milik Francisco kepada Desiree tapi apa yang menjadi kan dia keliru adalah Desiree tu macam dah sahkan bahawa Francisco, suaminya dah mati. Desiree tak kelihatan risau langsung. Desiree taktau nak cakap apa biler terperangkap dengan sangkaan Mauricio.
Rumah Amparito: Carlotta bgtau mak dia yang kemarahan dia menjadikan dia gilaa. Amparito cuba cadangkan jalan penyelesaian untuk anak dia dengan mengatakan semuanya dah terlambat. Carlotta rasa macam nak bunuh Juana la tu jugak.
Pejabat Mauricio: Desiree tanya dia kenapa dia tanya soklan macamtu. Depa kemudian bincangkan hal kehilangan Francisco. Desiree cuba mengumpan Mauricio dengan memberitahu bahawa saham2 tu memberi hak kepada dia untuk menolong Mauricio buat keputusan utk menyelamatkan syarikat.
Rumah Amparito: Anak beranak tu masih membincangkan isu panas tu, mereka memikirkan tanggapan Carlotta. Amparito nampak Rogelio masuk dengan muka yang bimbang.
Pejabat Mauricio: Desiree cakap tentang kekayaan baru dia dan bagaimana dia boleh selamatkan Mauricio dari kesusahan.
Mauricio bagaimana pun tau yang Desiree mesti ada hajat lain, satu permintaan dari Mauricio. Desiree pura2 menolak tanggapan tu dan meletakkan tangan dia di bahu Mauricio. Mauricio tak buat apa2 cam takrasa apa2. Dia memikat Mauricio dengan kata2 manis sambil cuba memujuk Mauricio agar mempercayainya.
Rumah Amparito: Amparito bgtau Rogelio tentang apa yang depa bincangkan tadi. Rogelio bgtau depa suh tinggalkan hal tu utk dia uruskan. Dia ada rancangan dan akan pastikan Mauricio mendapat balasan atas apa yang dah dilakukan ke atas Carlotta. Carlotta betulkan ayat bapak dia, dia kata Juana yang patut dapat balasan, bukan Mauricio. Rogelio dan Amparito tiba2 bergaduh sementara Carlotta pelahan2 berjalan ke arah lain dan bukak satu laci yang mengandungi sepucuk pistol.
Pejabat Mauricio: Desiree masih menggoda Mauricio dan akhirnya Mauricio menolak dia ke tepi. Mauricio suh dia berhati hati dengan tujuan Rogelio melakukan semua itu untuk Desiree dengan bersusah payah buat dokumen untuk Desiree tandatangan. Dia tak peduli, biarla Rogelio menaruh harapan tinggi.
Rumah Amparito: Amparito dan Rogelio menyambung bergaduh masa depa tak perasan Carlotta dah amik pistol tu dan masukkannya dalam beg tangan dia. Dia cepat berjalan kuar dari rumah. Rogelio tiba2 perasan Carlotta tak dak kat situ, dia mula mencari sesuatu, dia tau ada yang tak kena, dia berjalan ke arah laci tadi, pistol tu dah hilang. Rogelio berlari ke arah pintu sementara Amparito mengekor rapat dari belakaang dan mula bertanya apa yang tak kenaa?
Di pejabat: Enriqueta pi ke bilik Armando utk bagi satu dokumen. Armando tak amik peduli dah tentang garis panduan syarikat yang di ambang kejatuhan. ENriqueta suh Armando bertenang dan cuba paham apa yang sedang dihadapi Mauricio.
Kalaula Armando tau apa yang sebenarnya, tentu dia akan paham. Armando tak paham apa yang Enriqueta dok bebel, apa yang kebenaran tu?
Di rumah Perez: Ana Maria balik dan mendekati Manuel yg dok kat sofa di ruang tamu. Dia mintak tolong utk buat persediaan bagi majlis hari jadi Juana.
Rumah Lili: Ramon ada di bilik sewaannyaa, dia diberitahu oleh anak menakan dia tentang lawatan dia ke rumah Perez. Dia gagal nak buat mereka terima dan memaafkan Ramon. Dia merasakan Manuel cuba melawan diri sendiri dari menerima hakikat yang dia nak berbaik dengan bapaknya. Satu hal lagi, Ramon akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keampunan dari Azucena.
Di rumah Perez: Manuel bersetuju dengan rancangan Ana maria utk buat majlis. Manuel patut tolong dia wat majlis tu tapi dengan satu syarat, RAmon perez akan jadi tetamu kehormat.
Bilik Juana: Juana sedang berbaring di katilnya, tiba2 dia terasa tendangan kecil dari dalam perutnya. Dia meletakkan tangannya di perut utk mengesahkan apa yang dirasakannyaa. Dia gembiraa kerana ni kali pertamaa anak lam kandungan dia bergerak.
Di rumah Perez: Manuel sangat tak bersetuju dengan Ana Maria yang nak jemput Ramon. Depa akhirnya bergaduh dan berhenti tiba2 biler Azucena masuk ke situ.
Pejabat Mauricio: Mauricio bgtau Ines supaya panggil semua pemegang saham dan tanya sama ada depa ada masa utk menghadiri satu mesyuarat penting. Kalau buleh dia nak mesyuarat tu dibuat dalam minggu nih. Mauricio nampak Enriqueta lalu dan mintak dia jumpa sat kat bilik dia. Desiree nampaak Enriqueta masuk bilik Mauricio, dia cuba mendekati depa dua tu, tapi Ines dok ada kat situ.
Di rumah Perez: Ana maria bgtau mak dia tentang rancangan dia untuk buat majlis harijadi utk Juana dan dia tak dak duit. dia nak pinjam duit mak dia dan akan bayar balik nanti. Azucena tanya tentang senarai tetamu yang akan hadir. "Tu dia! soalan bernilai sejuta dollar", Ana maria kata. Dia takkan tipu sebab dia akan jemput Ramon Perez.
Pejabat Mauricio: Desiree pujuk Ines suh pi amik diari dia di bilik dia nuh. Ines wat muka tak puas hati dn terpaksa jugak gi amik diari tu. Desiree gunakan peluang tu untuk mencuri curi dengar di belakang pintu Mauricio.
Mauricio bagitau Enriqueta suh bagi Juana cuti esok sbb hari jadi dia. Dia merancang nak bagitau segalanya kat Juana pada esok hari. Enriqueta lega dengar keputusan Mauricio. Lebih cepat lebih bagus, dia kata. Mauricio bgtau dia depa akan pi ke kabin untuk sambut hari jadi Juana. Enriqueta tumpang gembira ngn MAurico. Di belakang pintu nun, mulut Desiree dah ternganga sebab tak percaya apa yang dia dengar.
Di rumah Perez: Azucena marah Ana Maria sbb jemput Ramon Perez. Dia takmo bagi satu sen pun jika Ramon mai. Anak beranak tu bergaduh lagi tentang Ramon. Ana maria meninggalkan rumah sambil menghempas pintu sementara Azucena bgtau Manuel yang Ana maria tu bodo, dia dah tak tahan, dia kemudian pi ke dapur.
Makmal foto Juana: Juana dok gelak2 sorang diri dan suh anak lam perut dia tu menendang lagi. David mai dan tengok Juana sonot semacam jer. Dia tanya apa hal? dan Juana pon bgtau la anak lam perut dia menendang tadi. DAvid tumpang gembira dengan Juana. Juana mengucapkan terima kasih kat David sbb dia dengar David puji2 Juana masa cakap ngn Humberto.
Pejabat Mauricio: Mauricio masih bersembang dengan Enriqueta. Dia akan cari jalan untuk beri Juana cuti esok.
Makmal foto Juana: David tanya Juana sama ada Mauricio dah bagitau sesuatu yang penting tadi. Juana kata Mauricio dok sembunyikan sesuatu, dan esok baru nak bagi tau dia. Juana rayu agar DAvid bgtau dia. Tapi
David rahsiakan jugak. Dia suh Juana bersabar dan tunggu saja esok tiba. Jika Mauricio tak kata apa, dia sendiri akan bagitau. Juana sebut nama Mauricio beberapa kali semasa Carlotta sampai ke bilik tu. Carlotta luahkan kemarahan dia kat Juana sementara DAvid tengok dengan muka terkejut.
Rumah Perez: Manuel sdg membaca buku semasa Azucena mai tanya tentang pertelingkahan berkenaan Juana dan berharap dia bersimpati dengan keadaan Juana. Manuel setuju dan dia mmg sokong Azucena. Nicolas ada kat pintu, dia dengar perbualan Manuel dan Azucena; dia pelan2 tutup pintu.
Rumah Lili: Ana Maria pi tengok Ramon. Dia bgtau tentang majlis Juana dan nk wat persediaan tapi tak der duit. Tanpa pikir panjang, Ramon bukak beg dia dan kuarkan satu sampul. Dia bagi kat Ana Maria. bukak2 tengok ada banyak duit. "Walaupun tak sebanyak mana, rasanya cukuplah untuk wat majlis."
Ramon kata kat Ana Maria. Ana Maria tersentuh dengan kata2 Ramon. dia memeluk bapaknya itu.
Di rumah Perez: Azucena mengganggu Manuel untuk kali kedua msa dia dok baca surat khabar. Dia tukar fikiran dan nak buat majlis kecil untuk Juana. Manuel gembira ngn keputusan mak dia.
Di makmal foto Juana: David cuba mempertahankan Juana. Ini menjadi Carlotta lebih marah dan dia kelihatan memegang rapat beg dia. Dia terus terusan menuduh Juana biler Humberto tiba2 masuk dan tekejut tengok
Carlotta ada kat situ. Kehadiran Humberto merosakkan rancangan dia, tapi dia cuba tidak menghiraukan Humberto.
Di pejabat: Desiree menyerbu masuk ke bilik ARmando dan mintak dia tu cari alamat kabin Mauricio. Dia nak Armando hantar dia ke situ esok. Armando tak paham dengan apa yang sedang berlaku.
Di makmal foto Juana: Carlotta memberitahu David yang dia nak cakap ngn Juana saja. Dia masih lagi mendakap beg tangan dia. David tak benarkan CArlotta bersendirian dengan Juana sbb dia dapat rasakan CArlotta kelihatan tak stabil. Juana akhirnya suruh David dan Humberto tinggalkan dia dengan Carlotta. Humberto kata kalau nak apa2, dia akan berada kat belakang pintu tu. Selepas depa semua blah, Juana dok kat kerusi dan tunggu Carlotta berkata sesuatu.
Tangan Carlotta kelihatan mencapai pistol di dalam begnya, masa tu Juana dok suruh dia cakap ler apa yang dia nak cakap sebab depa tinggal berdua jer.
'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada RAbu, 2 Julai 2003
Posted on Jun 26, 2003, via email |