Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 90 (By Kamilia) English Home
1.juana n mauricio masih kat zoo.juana tanya mauricio kenapa dia rasa bahagia.mauricio jawab yg dia di jalan yg betul dan berjumpa dgn wanita yg betul.juana masih tertanya2 sama ada boleh percaya ke tidak dgn apa yg mauricio katakan tu.mauricio cuba utk meyakinkan juana.tengah mereka berbual tu,rafael terjerit2 panggil "papa!papa".ingatkan langit nak runtuh rupanya dia nak bagitau yg dia kasi makan sama untalaa....bercakap pasal makan,rafael pun ajak depa makan.mauricio bersetuju dan dia ajak juana n rafael makan kat restoran.masa diorang nak keluar dr pintu zoo tu,seorg perempuan yg bekerja di zoo tu kata,"cantik2 keluarga awak".kata2 pekerja tu buat juana terdiam dan berkata dlm hati,"tidak...aku tak boleh merampas hak org lain."

2.amparito,rogelio n humberto masih lagi kat rumah carlota.amparito dgn suara petirnya masih bercakap ttg hal mauricio dan carlota.rogelio pulak tak nak campur tangan.rogelio kata biarlah diorang selesaikan masalah diorang sendiri.humberto setuju dgn cakap ayahnya tapi amparito tak pua hati.dia nak membebel lagi tapi rogelio malas nak layan.sebelum dia beredar,dia kata kat amparito,"carlota pandai mempertahankan dirinya lebih dr apa yg kau sangka...."

3.carlota pergi ke rumah david.david terkejut jugak bila tengok carlota datang rumah dia.carlota bagitau david yg mauricio dah meninggalkan rumah dan dia cuba nak cungkil rahsia dr david.david diam aje.carlota perasan yg david tak terperanjat sangat bila dia beritau mauricio tinggalkan rumah.david kata,dia memang tak terperanjat memandangkan tindak tanduk mauricio sebelum ni yg membingungkan.carlota mengiyakan cakap david tu.carlota cuba nak blame juana,tapi david menyebelahi juana.david kata,juana tu mungkin sebagai mangsa.carlota rasa agak marah bila david sokong juana.masa diorang berbual tu,telefon bimbit carlota berbunyi.amparito yg telefon.dia tanya kat mana carlota sekarang.carlota tanya balik sama ada mauricio n rafael dah balik ke belum.amparito kata belum lagi.carlota jawab nanti dia telefon balik.tak lama lepas tu carlota pun keluar dr rumah david.

4.mauricio,juana n rafael sampai di sebuah restoran.pelayan tanya nak letak nama atas siapa?mauricio jawab."perez.....juana perez"..juana toleh pd mauricio tersengih2.mereka pun duduk n berbual2.rafael kata yg dia anggap juana sebagai mak dia n mauricio sebagai ayah dia.juana tak berapa senang dgn kata2 rafael.kemudian rafael menambah lagi."kalau seorg ibu marah,ayah akan mengalah,kalau ayah marah,ibu akan mengalah..itulah yg saya nampak sekarang".juana makin tak senang dan dia minta izin utk ke bilik air.dalam bilik air,juana cuba nak tenangkan hatinya tapi diganggu oleh mauricio yg mengetuk2 pintu.u all perasan tak,bilik air retoran tu sikit punya kreatif.tampal sana,tampal sini.macam bukan bilik air pulak i tengok.ok sambung balik...juana rasa bosan sebab mauricio tak sudah2 mengekori dia.nak tak nak,dia terpaksa benarkan mauricio masuk bilik air.bilik air pompuan pulak tu.mauricio mengunci pintu.juana tanya kalau ada org nak masuk bilik air mcm mana?mauricio kata biar diorang tunggu kejap.juana tanya lagi,kalau pemilik restoran ni yg nak masuk?mauricio tak mempedulikan kata2 juana,dia mendekati juana,nak kiss dia...juana makin lama makin gelabah.tiba2 dengar ketukan pintu,ada org nak masuk bilik air.juana makin gabra,dia suruh mauricio sembunyi dalam tandas.

5.manuel sampai rumah.mamat ni dah angau dah nampaknya.kepala bersandar ke pintu...lepas tu menari2 sambil menyanyi"aku sayang akan engkau....tak ada orang sayangkan engkau seperti aku..."bila dia toleh dan nak naik ke atas,pn.aszucena berdiri tercegat kat tangga..pn.aszu pun bercakaplah pasal manuel yg tak balik.manuel mintak maaf,dia berjanji takkan buat lagi.dia memeluk pn.aszu sambil menyanyi.."cintaku padamu...."..kemudian dia cium pipi pn.aszu.

6.petra menunggu salvador.tak lama lepas tu salvador masuk office dia.salvador ingatkan petra nak tanya pasal seterika dia tapi petra jawab,"tidak..aku nak bercakap pasal sesuatu yg sama2 kita inginkan..."...salvador tanya,"sesuatu yg sama2 kita inginkan?" petra suruh salvador dengar dulu apa yg dia nak cakap lepas tu barulah salvador boleh jawab betul ke tidak.mereka bercakap2 pasal kasih sayang dlm sesebuah keluarga.lepas tu petra nak salvador declare yg diorang berdua tu sebagai kekasih.terkejut beruk le si salvador tu.salvador kata dia tak pandai nak tipu.malu dia nak tipu.lagipun dia dah cukup matang berbanding dgn petra,jadi tak sesuai nak jadi kekasih.petra cubalah nak goda salvador tapi salvador tahan godaan...sebelum keluar tu petra ada cakap tapi tak lupa pulak..jangan mare ye guys..

7.mauricio buat air kat dapur sambil berjoget2,ana maria tersengih2 tengok gelagat abang dia tu.manuel luahkan perasaan dia yg tak keruan tu.ana maria kata yg manuel dah jatuh cinta..

8.amparito bertelagah dgn makcik eva(mak sedara mauricio).amparo cuba nak menyalahkan mauricio.dia kata dia dah beri didikan yg sempurna pd anak2 dia.maksud dia,kalau ada apa2 masalah tu,semuanya berpunca dr mauricio le tapi mak cik eva menyebelahi mauricio.dia kata,buat apa carlota tinggal dgn sesorg lelaki yg tak cintakan dia.mauricio dah buat keputusan yg betul.makcik eva menasihati amparo supaya jangan campur tangan,takut disebabkan diorang berdua,mauricio n carlota terpisah terus.

9.loceng berbunyi.ana maria bukak pintu n dia terkejut badak bila tengok carlota yg datang.carlota tanya di mana mauricio.ana maria melenting.bab ni i suka tengok...diorang berdua tu macam kata pepatah,"bertemu buku dgn ruas"...sama2 panass..carlota tanya lagi di mana mauricio bila pertanyaan dia tu tak dijawab oleh ana.masa ni pn.aszu n manuel pun datang bila terdengar bising2.depa berdua pun terperanjat.carlota cakap jangan cuba nak menafikan yg mauricio ada dtg ke rumah perez.pn.azu mencelah,"aku tak menafikan tapi sekarang mauricio dan anaknya dah keluar bersama2 dgn cucu aku"ana maria marah2 carlota n menyebabkan carlota tetiba menangis.carlota kata dia sungguh kecewa dgn apa yg terjadi.pn.aszu bagi dia segelas air.pn.aszu cuba menenangkan keadaan.dia kata dia tak boleh nak menyalahkan juana 100%dlm hal ni.manuel pun ada jugak cakap mcm tu.diorang bercakap2 lagi lepas tu carlota keluar dr rumah.ana maria kata yg carlota tu pura2 je menangis,pandai putar belit tapi pn.aszu tegur ana maria.dia kata,sesiapa pun kalau jadi carlota akan berasa kecewa..manuel pulak yg tak faham apa,bertanyakan ttg mauricio dan rafael..ana maria n pn.aszu diam tak jawab apa2.

10.david cerita dgn carlos perihal carlota yg datang rumah dia tanyakan hal juana n mauricio..

11.carlota balik rumah n ternampak makcik eva ada kat rumah dia.mak cik eva bagitau yg mak n adik carlota dah balik rumah.carlota pulak dgn biadapnya berkata.."malangnya mereka dah tak ada,kalau tidak boleh le diorang menyaksikan bagaimana aku halau kau dr rumah!"..

12.ramon n anak sedaranya setuju utk menyewa bilik lily.ramon masih lagi gelisah sama ada utk berjumpa dgn keluarga dia atau tidak.rosita(kalau tak silap)kata kalau pakcik tak nak pergi,biar dia seorg je yg pergi jumpa..

13.rosita berbual dgn lily.rosita tanya lily dah berapa lama dia dok kawasan ni.lily kata sejak dia dilahirkan."maknanya kau kenallah perez?"dgn excitednya rosita bertanya pd lily.lily tanya balik,"juana?"lily bagitau rosita ttg keluarga juana.rosita pulak bagitau pakcik dia yg juana tu cucu dia.ramon pun rasa gembira sebab dia dah ada cucu yg dah besar..

14.mauricio n rafael balik rumah..carlota menunggu sambil berbaring.makcik eva dah tak de masa tu.carlota bangun dan panggil rafael supaya dtg kat dia.carlota tanya rafael adakah dia berpakat dgn juana utk merampas mauricio dr dia.rafael terpinga2..mauricio pun terkejut jugak.carlota tanya lagi dgn muka bengis,"adakah kau berpakat dgn juana??jawab soalan aku!!!""....bersambung

Posted on Jun 19, 2003, 12:43 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1