Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 86 (Fara M) | English | Home | |
Juana berlari pergi ke motornya & memberitahu pd dirinya yg dia mesti cepat2 keluar dr tmpt ini. Mauricio bergegas keluar dr rumahnya utk menangkap Juana & memanggilnya utk tunggu ttp dia sdh pergi dgn sekelip mata. Dia berasa amat sedih. Carlota pok pek pok pek sambil berjalan ke hulu & ke hilir memikirkan segala pengorbanannya yg tlh dicurahkan pd Mauricio. Emaknya memberitahu yg dia kena berhati2 dgn siapa dia bergaul jika tdk, dia akan mengalami keadaan yg sama seperti emaknya. Rogelio beritahu yg dia pernah memberi amaran pdnya awal2 lagi ttg anak angkat ttp Carlota tdk mahu mendengarnya. Sekarang mereka tdk blh berbuat apa2, nasi sdh menjadi bubur … & sekarang mereka harus memikirkan jalan utk membuat keadaan seperti sedia kala. Mauricio masuk balik ke bilik, Carlota berasa lega … dia bertanya … ‘boleh beritahu saya apa yg sedang berlaku di antara awak & Juana?’ Mauricio mengenakan balik pdnya dgn berkata … ‘awak tdk sepatutnya melepaskan kemarahan awak pd dia.. perbuatan awak memang tdk adil sungguh..’. Juana menunggang motornya dgn perlahan-lahan sambil menangis sepuas hatinya. Dia akhirnya berhenti di tepi jalan utk cuba menenangkan dirinya. Dia beritahu pd dirinya, Carlota memang kejam, sampai sanggup berlaku kejam pd budak2 & pd dia. Tuduhan Carlota memang betul kerana tlh meretakkan hubungannya dgn Mauricio. Dia hadir di dlm hidup Mauricio … dia yg bersalah … dia yg dulu ciumnya walaupun dia mahu Mauricio berbuat begitu. Juana tiba2 teringatkan Rafael yg tdk bersalah & risau ttg keadaannya yg mungkin akan di persalahkan. Dia memberitahu … yg dia tdk akan mengulangi apa yg emaknya tlh lakukan. Mauricio menerangkan pd Carlota & pd keluarganya yg Juana adlh baik orngnya. Amparito berkata … ‘apa yg istimewa sangat pd Juana sebab di luar ramai gadis sepertinya berkeliaran mencari mangsa yg ada mslh. Sudah semestinya, mereka hdk mengikis segala kemewahan drpd seseorg. Alfredo pun tlh menasihati Mauricio supaya berjaga2 pd Juana. Mauricio berkata … adakah dia dikehendaki memberitahu masalah peribadinya di antara keluarga Carlota..’ Keluarga Carlota bersetuju utk meninggalkan mereka utk menyelesaikan mslh sendiri. Sebelum mereka beredar, Rogelio sempat memberi amaran pd Maruicio utk menjaga baik2 anak perempuannya yg seorg itu. Petra hdkkan penjelasan drpd Manuel pd masa itu jugak, apa hubungannya dgn Enriqueta yg dia anggap sepert rupa lelaki. Pada masa yg sama, keluarga Carlota meninggalkan rumah Mauricio. Humberto sempat bertanya pd Enriqueta jika dia hdk menumpangnya balik bersama. Dia bersetuju & Manuel tdk blh berbuat apa2. Sementara cuba utk menahan bengangnya, Manuel memandang Petra yg seperti muka tembok yg lagi tebal dah. Desiree & Armando bersetuju utk keluar dr rumah Mauricio kerana mereka tdk mahu melihat apa yg akan terjadi di antara Manuel & Petra. Sebelum beredar, Armando cepat2 menyindir Manuel & terus beredar mencari anaknya, Armandito. Petra masih menunggu utk Manuel bercakap. Makcik Eva berbual dgn Nicolas yg sungguh celoteh. Dia beritahu pdnya yg dia kenal sungguh Juana & neneknya adlh rakan kongsi perniagaan. Sejak seorg wartawan yg membocor rahsia Juana pd suratkhabar tlh menyebabkan jualannya tdk berapa bagus. Armando & Desiree memasuki dapur & ternampak makcik Eva lalu Armando memperkenalkan makcik Eva pd Desiree, isteri kpd Francisco. Mereka berjabat tangan. Armando mengambil Armandito & mengucapkan selamat tinggal pd makcik Eva. David tgh memandu ke arah rumah Mauricio & ternampak Juana di tepi jalan. Dia berhenti & memanggil nama Juana. David perasan yg Juana menangis & bertanya apa yg sdh berlaku & kenapa dia tdk berada di parti. Dia tdk kata apa2. Mauricio memarahi Carlota kr menyalahkan Juana dgn apa yg tlh berlaku pd partinya tadi. Carlota kata … segala2 yg tlh berlaku tlh membuatkan dia rasa terhina. Dia takkan menyerah kalah & memberi Juana kpd Mauricio dgn begitu mudah. Paderi Jose menemui mereka & meminta maaf kpd Carlota & Mauricio ttg kejadian yg berlaku tadi. Dia rasa bertanggungjawab pd budak2 yg tlh lakukan perkara yg tdk baik. Mauricio kata, tidak apa, jgn risaukan sangat ttp Carlota memberi nasihat supaya dia mengajar budak2 itu supaya lebih berdisiplin. Azucena & A.Maria bertanya pd Mauricio & Carlota dimana Juana pergi kerana mereka tlh mencarinya di merata tmpt ttp tdk berjumpa. David pergi berjumpa dgn Juana & bertanya apa yg tlh berlaku. Dia nampak Juana masih menangis & dia menyuruhnya supaya bertenang. David menawarkan diri utk menghantar Juana balik ttp Juana kata dia taknak balik kr dia pasti yg emak & neneknya akan bertanya soalan yg bertubi2. Dia menawarkan apartmennya pd Juana & berjanji yg dia takkan ganggu Juana nanti. A.Maria bertanya pd paderi Jose ttp dia juga nampak tdk tahu kemana Juana pergi. Mauricio akhirnya memberitahu pd mereka yg dia sdh keluar awal. A.Maria menganggarkan mesti ada kena mengena dgn kehamilannya yg membuatkan dia balik awal. Manuel tlh berfikir utk mencari jalan bagi Petra keluar dr rumah Mauricio. Dia mendesak Manuel utk menyelesaikan mslh mereka. Carlota ternampak bbrp tetamu yg merayau-rayau lalu menjerit & menghalau mereka keluar dr rumahnya termasuk Manuel & Petra sekali. Carlota naik atas tangga & sambung pok pek pok peknya. Mauricio memberitahu Azucena & A.Maria yg dia kesal mengenai apa yg tlh berlaku. Azucena & A.Maria tlh meminta diri utk pulang sementara paderi Jose menenangkan Mauricio. Enriqueta sampai ke apartmennya. Dia cuba utk tdk beremosi ttg Manuel. Dia berkata yg Manuel sama saja seperti lelaki2 yg dia kenali, semuanya mahu menipu & mempermainkan perasaannya. Dia berkata, sekarang rahsia Manuel sdh terbongkar. David membawa balik hadiahnya & menjemput Juana masuk ke dlm. David menawarkan utk membuat teh herba utk Juana supaya dia dpt menenangkan diri & dia bersetuju. Juana berasa yg dia sungguh bertuah mendapat David sebagai kawan. Carlota berada di dlm bilik tidurnya, dgn memakai tuala baju & berjalan kehulu kehilir memikirkan ttg perangai Mauricio & juga Rafael yg tlhpun menjadi anaknya yg sah – sungguh malang baginya. Dia berfikir pd dirinya yg mungkin dia dpt menghantarnya balik ke tmpt asalnya. Mauricio masuk tiba2 & mereka saling berpandangan. Makcik Eva cuba menenangkan Rafael kerana dia nampak sedih & cemas. Mereka berbual2 & makcik Eva memberi nasihat pdnya utk berani berhadapan dgn perasaan takutnya. Dia beritahu pdnya, jikalau dia hdkkan pertolongan … makcik Eva akan sentiasa berada di sisinya. Carlota bergaduh dgn Mauricio mengenai Juana. Mauricio beritahu pdnya yg sekarang tdk sesuai utk berbincang mengenainya. Dia terus keluar dr bilik tidurnya & meninggalkan Carlota seorng diri. David membawa teh herba kpd Juana ttp nampak Juana sdh tidur di atas sofanya. David berfikir pd dirinya ... apakah yg sebernarnya berlaku di rumah Mauricio sampai Juana jadi begitu. David tdk mahu mengganggu tidurnya & dia nampak sungguh comel. Tiba2 telefon tangan Juana berbunyi, terperanjat David lalu mencari & menjawab panggilan. Mauricio kata ... ‘helo... siapa tuh?’ David kata …. ‘Mauricio?’ Mauriciopun terkejut lalu dia bertanya, ‘kenapa telefon Juana ada pd awak?’. Azucena, A.Maria & Petra serta Nicolas & Virgina balik kerumah Perez. A.Maria cuba memanggil anaknya ttp tdk menjawab. Petra menghampiri Azucena meminta pandangannya ttg dia & Manuel. Azucena kata ... ‘oh tidak, saya taknak masuk campur’. Petra berasa sedih lalu meminta diri utk balik ke rumah. Azucena menghampiri Nicolas & Virgina supaya berkemas utk balik. Nicolas mahu pendapat Azucena ttg hubungannya dgn Viriginia. Azucena berasa terhibur dgn apa yg Nicolas katakan. Azucena menghalau mereka balik ker rumah mereka. David beritahu Mauricio di dlm telefon yg, dia tlh ternampak Juana separuh jln drpd rumahnya. Dia nampak Juana menangis di tepi jalan. David bertanya apa yg tlh berlaku. Mauricio berasa risau ttg Juana ttp David kata dia ok. Mauricio mahu bercakap dgn Juana sekarang juga. David tdk setuju dgn Mauricio kr dia tdk mahu ganggu dia tidur. David bertanya pd Mauricio mengenai apa yg tlh berlaku ttp Mauricio mengalihkan pertanyaan David dgn dia berkata... ‘kenapa awak tdk hantarkan dia balik ke rumah & apa yg Juana buat di apartmen awak?’. Carlota beritahu pd dirinya, semua org akan kena & bermula dgn Juana Perez – budak yg tak guna & pd sesiapa saja yg berani menghalangnya. Rafael tiba2 masuk & ternampak Carlota. Carlota bertanya kemana dia menghilangkan diri. Rafael beritahu... dia ada bersama makcik Eva berbual di halaman rumah tadi. Mauricio beritahu pd David yg Juana tengah hamil, mereka mesti memastikan utuk menjaganya dgn baik. Jika ada apa2 yb berlaku pdnya sementara dia berada di apartmen ... apa akan dia buat. David beritahu yg dia tdk payah risau, dia tdk mahu mengacau Juana. Mauricio seperti tdk faham yg David akan mengawalnya dgn rapi & menjaganya sepanjang malam jika peru. Mauricio risau ttg itu, dia tdk blh terima rancangan David. Dia mendesak yg dia mahu bercakap dgn Juana seberapa segera. David kata ... jika dia berada didlm kasutnya, dia pasti akan berbuat apa yg David lakukan. David kata pd Mauricio ... ‘dia nampak begitu comel & seperti berada di tahap yg tenang. Mauricio kata .. ‘ia, dia blh bayangkan’. Dia kata… sejak dia ditugaskan dgn Juana di luar bandar, hubungannya tlh kembali seperti biasa & sekarang mereka saling mempercayai antara satu sama lain. Maucirio tdk tahan lagi, dia cuba jugak menyuruh David kejutkan dia ttp David berdegil. David kata… Juana amat letih/penat. Dia meminta maaf pd Mauricio kerana mereka tdk bekerja pd hujung minggu, dia akan bercakap dgn Mauricio di lain kali. David terus tutup panggilannya meninggalkan Mauricio dlm keadaan yg bengang. Carlota kata… dia menengking Rafael adlh kerana terlalu marah sangat pdnya. Carlota meracunkan fikiran Rafael dgn berkata yg Mauricio tdk menitikberatkan pdnya, hanya Carlota yg menjaganya selama ini. Bapa barunya seog hipokrit ttp Rafael tdk percaya dgn apa yg dia katakana. Carlota hdk menampar Rafael ttp makcik Eva datang menyelamatkan Rafael. Carlota berpura2 memegang rambutnya lalu makcik Eva kata, puas dia mencari Rafael di merata tempat. David duduk di sisi Juana yg msh tidur dgn nyenyaknya sambil dia membelai rambut Juana. Kecantikan yg dilihat pd Juana memukaukan David. Juana dgn tiba2 bercakap didlm mimpinya. David dengar Juana memanggil nama Mauricio beberapa kali & dia kata kenapa dia jatuh cinta pdnya. Semuanya tdk adil. David terpegun & tak percaya dgn apa yg didengarkannya. Carlota cuba menyelamatkan & mempertahankan dirinya dgn berkata pd makcik Eva… sebagai ibu, dia berhak utk mengajar Rafael. Makcik Eva tdk patut campur tangan dlm hal ini. Makcik Eva kata, apabila dia nampak ketidakadilan berlaku di dpn matanya terutama pd budak2 … dia akan berani bertindak & akan berbuat apa saja utk mempertahankannya. Carlota pandang kat makcik Eva. David tdk tahu apa yg patut dia percaya … melihatkan Juana yg menangis seorg diri. David tlh berasa hampa dgn apa yg Juana cakapkan tadi. Juana tiba2 membuka matanya & terpegun melihat David memandangnya. Dia memanggil namanya & David berkata dgn linangan air mata … ‘ia, ini David… saya bukan Mauricio… selamat kembali ke dunia nyata…’ Juana cuba memberi alasan pdnya dgn berkata yg dia mendapat mimpi yg buruk sekali. David kata yg diapun tlh bermimpi. David memberitahunya ... ‘tolong jgn anggap saya begitu bodoh’ kerana dia tahu yg Juana tlh menipunya. David bertanya jika dia cintakan Mauricio atau tdk. Dia beritahu ttg hidupnya yg macam neraka & ia, dia cintakan Mauricio. Dia bertanya lagi … ‘adakah Mauricio mempunyai perasaan yg sama terhdp awak?’ Juana berkata … dia bersumpah yg dia sememangnya tdk mahu pergi ke parti ttp tlh dipaksa & dia tiada pilihan lain. David bertanya sekali lagi … ‘adakah Mauricio mencintai awak?’ … dia tdk memberi jwpn lalu beritahu yg Mauricio mempunyai segala2nya didlm hidupnya, dia ada isteri, ada anak, rumah yg tersergam indah & satu2nya yg dia miliki …. Mauricio berjalan menghala ke laman rumahnya & terjumpa makcik Eva minum serta duduk di atas sofa. Makcik Eva memanggilnya utk berbual2. Dia bertanya, apa yg tlh berlaku. Dia satu2nya anak saudara kpd abangnya & dia tahu sesuatu tlh mengganggunya... dia dapat meneka yg Juana adlh orgnya. Mauricio memandang pd Makcik Eva. Juana beritahu pd David ttg segala-galanya. Jikalau dia dpt pusingkan masa kebelakang, dia akan lakukan dgn tdk berfikir 2kali & cuba utk menjauhi mslh. David kata … walaupun dia sudah tahu yg Juana cintakan Mauricio, dia akan setia berada di sisi tdk kira apa sekalipun … dia akan memberi pertolongan. Juana rasa bersalah. Juana beritahu pd David yg dia kena balik rumah, keluarganya mungkin risau. Dia terus keluar dr apartmen David. David berkata pd dirinya … ‘lelaki jenis apakah awak, Mauricio de la Vega?’ Mauricio tdk berkata apa2 pd makcik Eva. Makciknya beritahu dia, … supaya bersikap benar pd dirinya & cuba sekuat hatinya utk mendapatkan apa yg dia hdk pd kehidupannya. Mauricio bersetuju & berkata … ‘saya akan lakukan, saya akan mendapat apa yg saya cita2kan & akan memberitahu perkara yg sebenar & bersikap jujur pd seseorg… dgn itu, saya akan lakukan sekarang juga’. Mauricio meninggalkan rumahnya. Enriqueta membuat kertas kerjanya. Dia teringatkan Manuel ttp cepat2 menepis fikirannya kerana tdk mahu di ganggu. Loceng pintu dibunyikan olh Manuel & memberitahu yg dia tdk akan pergi selagi pintunya tdk dibuka. Enriqueta berkata dgn perlahan … peduli apa aku, biar dia rasakan. Enriqueta menyambung kerjanya ttp dia berfikir, apa yg tlh dia buatkan pd Manuel. Tdk beberapa lama kemudian, Enriqueta pergi ke pintunya & nampak beberapa kertas diatas lantai. Dia mula membaca 1 per1 … terus berfikir yg dia kena selesaikan mslh ini. Dia membuka pintu & membenarkan Manuel masuk. Manuel tlh bersemuka & memberi penjelasan pd Enriqueta yg dia masih berada di dlm ingatannya. Sebaik saja Juana balik, A.Maria bertanya pd anaknya dimana dia pergi & kenapa dia meninggalkan parti tanpa memberitahu mereka. Azucena berkata, ini mesti ada sesuatu yg tlh berlaku. Juana dgn geramnya memberitahu mereka, yg dia terpaksa meninggalkan parti itu sebab dia tdk tahan tengokkan rumah Mauricio yg cantik, partinya, isterinya, anaknya & semua org yg tlh bergembira… itulah sebabnya dia tinggalkan parti secara tiba2. Dia tdk blh menerima kenyataan. Mauricio datang ke apartmen David. Mauricio bertanyakan dimana Juana & diberitahu yg dia sdh balik ke rumahnya. Mauricio hdk melangkah keluar ttp dihalang olh David. Dia berkata kemana hdk pergi & Mauricio kata … pergi ke rumah Juana. David kata … tidak blh, lebih2 lagi yg dia sdh tahu apa yg tlh berlaku. David kata yg Juana tlh beritahu segala-galanya. David memberi amaran supaya jgn ganggunya. Mauricio kata yg dia tdk patut jaga tepi celah kain org. David beritahu … ‘macam mana awak boleh buat begitu pdnya’. David bertannya jika Mauricio ada menaruh perasaan pd Juana. Dia menipu david ttp dia sdh tahu. Dia bertanya jika dia sdh memberitahu hal ini pd Carlota. Mauricio kata … mereka tlh berbincang & tlh bercakap mengenai hubungan mereka yg tdk sehaluan lagi, ttp dia tdk memberitahu pasal Juana pd Carlota. Mauricio fikir yg mereka tdk blh libatkan Juana. David memberitahunya yg dia tlh mempermainkan 2 perasaan wanita pd masa yg sama, salah seorg drpd wanita itu… sungguh daif & tdk blh mempertahankan dirinya. David tlh memberitahunya awal2 lagi yg Juana tdk lagi bersendirian dlm hal ini. Juana ada David sekarang yg blh menjaganya. Dia tdk peduli dgn persahabatan mereka. Dia hdk mengingati Mauricio … jika dia masih mahu mempermainkan perasaan Juana, dia bersumpah pdnya yg dia akan masuk campur. Mauricio terus memandang tepat pd David... 'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...' I Feeeel Gooood ... Bersambung on Friday, 13th June 2003 |
|||
Web Design By: Fara M |
||