Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 85 (Fara M) English Home
Rumah de la Vega
Juana terlalu asyik bercakap dgn Mauricio mengenai ciuman pd tempoh ari, yg dianggap sebagai mimpinya yg indah. Mauricio tersenyum & berkata … tdk ada apa2 yg dia pasti didlm hidupnya ketika ini melainkan ciuman mereka. Juana & Mauricio berpandangan sampai tdk sedar yg Carlota nampak akan perbuatan mereka.
Dgn perasaan yg geram, Carlota meninggalkan mereka & masuk bergegas ke dlm rumahnya.

Jose berjalan dgn Rafael. Rafael merungut yg dia mahu bermain bola dgn rakan2nya ttp tamannya tlh menjadi sempit dgn kerusi & meja. Tiba2 Carlota datang ke arahnya. Dia merungut kpd Carlota ttg tamannya ttp Carlota buat tak indah lalu menyuruh dia mengikutinya. Rafael tdk mahu mengikutnya ttp tlh di paksa olh Carlota.

Juana masih bersama Mauricio, memberitahu dia yg dia rindukannya semalaman. Perkara yg sama juga berlaku pd Mauricio ttp dia beritahu yg dia memerlukan masa kerana hdk menyusun balik hidupnya. Juana terdengar perkataan masa lalu teringat kembali apa yg emaknya tlh beritahu pasal Alfonso. Mauricio perasan yg Juana tlh mengelamun jauh.

Carlota tlh menunjuk Rafael pd Juana yg masih bersama Mauricio. Carlota menyuruh Rafael pergi menyambutnya. Rafael berlari ke arah Juana & menjerit namanya dgn kegembiraan. Perbualan Juana & Mauricio tergendala. Carlota menemui mereka & berkata yg dia gembira melihat Juana yg sampai tpt pd masanya. Rafael bertanya kpd Juana ttg keluarganya lalu Juana berkata yg mereka akan datang sebentar lagi. Dgn tdk membuang masa, Carlota menyuruh Juana mengambil gambarnya bersama suami & Rafael. Juana bersetuju. Carlota sengaja membuat gaya yg seperti dia hdk mencium suaminya. Ini menyakitkan hati Juana ttp dia akhirnya mengambil beberapa tangkapan sambil cuba menahan cemburunya.

Makcik Eva berada di dapur & berbual2 dgn Tania. Tania ada menyebut nama Mauricio di dlm perbualannya. Makcik Eva berkata yg dia hdk bertanya beberapa perkara ttg anak saudaranya. Dia tahu yg dia tlh berkahwin dgn perempuan yg tdk tahu masak & mengemas rumah, semuanya bergantung kpd orang gaji. Dia meminta pendapat Tania mengenai keadaan Mauricio jika dia gembira dgn perkahwinannya dgn Carlota.

Selepas Juana menangkap beberapa gambar, Carlot memujuk Mauricio supaya pergi te taman. Dia sengaja mengusap rambut & pipi Mauricio macam kucing didpn Juana. Rafael merungut pd mereka yg dia mahu bermain bola dgn kawannya ttp tamannya sempit. Carlota memberi nasihat pdnya yg masanya tdk sesuai utk dia bermain bola. Carlota macam tak puas hati, menyuruh Juana mengambil gambar sekali lagi & dgn gayanya yg tdk senonoh. Carlota berasa gembira membuat Juana cemburu. Juana tiada pilihan lalu menangkap gambarnya kali yg entah ke berapa.

Makcik Eva bertanya Tania dgn lbh terperinci mengenal Rafael. Dia tdk diberitahu mengenainya kerana Mauricio tdk pernah beritahu pdnya sebelum ini. Tania beritahu yg Mauricio tlh banyak berubah sejak dia mengetahui yg dia tdk ada peluang utk mempunyai anak sendiri. Makcik Eva tahu mengenai perkara itu, dia bersimpati dgn anak saudaranya. Dia dpt mengagak yg Carlota tdk sukakan Rafael kerana dia hanya sukakan dirinya saja. Carlota berkahwin dgn Mauricio hanya kerana dia kacak & baik orgnya. Dia rasa Mauricio tlh sedar yg Carlota bukan lagi peminatnya. Seseorg atau sesuatu tlh menyedarkan Mauricio drp penipuan.

Carlota dgn sengajanya menyuruh Juana mengambil gambar mereka sekali lagi & ini telah membuat Juana berasa menyampah. Tiba2 paderi Jose sampai dgn van yg dipenuhi kawan2 Rafael dr gereja. Budak2 keluar drpd van & terus pergi ke Juana. Juana berasa gembira melihatkan mereka lalu mengambil seorg budak kecil, mendukungnya & mencium pipi budak itu. Juana disukai olh budak2. Mauricio tersenyum melihat Juana berasa selesa dgn mereka. Carlota pula tdk tahan melihatkan begitu ramai bdk2 yg datang ke parti Rafael. Dia berasa tdk selesa sungguh melihatkan mereka berkeliaran tdk tentu arah.

Tania & makcik Eva berjalan ke taman sambil membelek meja & kerusi serta makanan yg tlh disediakan. Dia memberitahu yg persiapan tlh dibuat dgn sungguh sempurna sekali. Tdk lama selepas itu, seorg rakan Rafael tlh menendang bola ke dlm khemah & terkena kek agar2. Makcik Eva melopong melihatkan kek yg sdh rosak. Carlota yg berada tdk jauh dr khemah tlh ternampak & terus bergegas melihat kek itu. Makcik Eva terus ketawa dgn kuatnya di dpn Carlota & berkata …’sekarang kek ini sdh tdk menjadi sempurna lagi’ Pada masa yg sama juga, Juana mengambil gambar lalu Carlota marah & bertanya apa yg dia sedang lakukan. Juana berkata yg dia sedang menikmati kemeriahan parti Rafael. Selepas Carlota beredar dr situ, makcik Eva & Juana ketawa bersama.

Armando, Armandito & Enriqueta tiba di perkarangan rumah Mauricio. Sebelum mreka memasuki rumah, mereka ternampak sebuah teksi masuk & tlh menurunkan Manuel, Nicolas, Virginia & Petra. Dari jauh, Enriqueta nampak Manuel keluar bersama Petra.

Carlota terus menarik Rafael ke satu tmpt utk memberi amaran supaya jaga kelakuannya & jika tdk dia akan dihantar pulang ke tmpt rumah anak yatim. Mauricio & makcik Eva yg tdk berada jauh dr situ, ternampak apa yg Carlota buatkan kpd Rafael. Mauricio terus pergi berjumpa Carlota & membawa Rafael pergi ke tmpt lain. Juana pun ternampak & tdk berpuas hati dgn Carlota. Makcik Eva ternampak Juana & terus memperkenalkan diri kpdnya. Juana berkata yg dia tahu pasalnya & kabinnya dimana dia tlh melawatinya tempoh hari. Makcik Eva mahukan pendapat Juana ttg kabinnya. Juana memberitahunya yg kabin itu cantik & sesuatu tlh terjadi semasa dia berada disitu iaitu secara tak sengaja … dia seperti pernah pergi ke kabin sebelum ini. Perasaan terhdp kabinnya sungguh istemewa. Makcik Eva sukakan pendapatnya.

Enriqueta, Armando & Armandito bersama dgn keluarga Perez memasuki menghala ke laman rumah. Armando berpeluang utk perli Manuel. Manuel memperkenalkan keluarganya kpd Armando & Enriqueta. Petra memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita Manuel. Manuel berfikir yg Petra tlh merosakkan peluangnya utk berbaik-baik kpd Enriqueta. Enriqueta tdk melihat Manuel & dia berasa rimas, lalu meminta diri utk ke taman.

Juana tengah menukarkan filem kamera apabila Carlota menghampirinya & mengambil peluang keemasan utk memberi amaran kpdnya. Dia berkata … jgn sekali-kali Juana memanggil nama Fucho pd Rafael kerana dia kini sdh ada nama baru & jika dia tengah bercakap dgn anaknya, dia tdk suka org mencelah masuk. Akhir sekali, dia memberitahu Juana supaya pergi jauh dr rumahnya, anaknya, suaminya & lebih2 lagi drpd dia. Dia berharap Juana benar2 faham apa yg dia katakan.

Mauricio menemankan keluarga Perez utk pergi berjumpa Juana yg baru lepas kena basuh olh Carlota. Mauricio memperkenalkan Carlota kpd keluarga Perez. Carlota berasa tersinggung dgn ucapan Mauricio. Azucena memberitahu yg mereka tdk perlu bergaduh kerana dia & Carlota sdh lama kenal di antara satu sama lain. Mauricio pandang Carlota yg buat tdk tahu.

Rafael menunjuk anjingnya yg bernama Canela kpd Nicolas, Armandito & Virgina. Mereka merancang utk melepaskan anjingnya.

Mauricio & Carlota membawa keluarga Perez ke tmpt meja yg kosong utk mereka duduk. Carlota sempat menyuruh Juana menangkap gambar utk mereka sekeluarga supaya Rafael akan menyimpan gambar sebagai kenang-kenangan. Carlota juga berkata yg dia akan memberi bingkai gambar perak & gambarnya sebagai hadiah kpd Juana utk dipamerkan di rumah. Juana menahan kemarahannya. Makcik Eva dapat meneka yg keadaan tdk begitu baik lalu menawarkan dirinya utk bersama didlm gambar. Makcik Eva terus bergegas berdiri di antara Carlota & Mauricio. Ini membuatkan Carlota berasa geram ttp tdk berkata apa2. Makcik Eva sempat perli pd Carlota bagi pihak Juana.

Nicolas memberi pandangan kpd Rafael bagi melepaskan anjingnya drpd sangkar ttp Rafael tdk mahu kerana Carlota mesti akan mengamuk jika anjingnya dilepaskan.

Carlota menyambut keluarganya & gembira melihat ayahnya hadir bersama.

Makcik Eva duduk & berbual dgn A.Maria & Azucena. Dia benar2 hdk tahu dgn lebih terperinci tentang Juana, bertanya kpd mereka .. ‘saya nak tahu, bila, dimana & bagaimana Juana & Mauricio bertemu. A.Maria berasa tdk selesa dgn soalan yg dikemukakan olh makcik Eva.

Didlm rumah, Carlota & keluarganya minum bersama. Dia gembira melihatkan emak & bapanya bersama kembali. Sambil Amparito berbual dgn anaknya, dia tiba2 ternampak Desiree yg sibuk melayan beberapa tetamu. Dia terperanjat sungguh kerana dia tlh dijemput hadir. Carlota senyap & tdk berkata apa2 kerana dia mengetahui lambat laun, emaknya akan tahu.

Mauricio & Juana berjalan masuk ke tmpt bilik bacaan utk berbincang dgn sulit. Juana memberitahu, yg dia berasa bodoh melihatkan penipuan yg disogokkan di depan matanya, jikalau bukan kerana Rafael, sudah lama dia balik.

Kemarahan Amparito naik tdk tentu pasal sementara Carlota & Humberto cuba memujuk emaknya supaya bertenang. Rogelio yb berdiri di belakang tdk blh berbuat apa2.

Juana tdk dpt berfikir dgn betul, memberitahu dia yg tdk mahu memberi Mauricio masa utk menyelesaikan masalahnya hidupnya dulu. Dia tdk berdaya utk membiar Mauricio mempermainkan perasaannya. Mauricio berkata, itu tdk betul.

Di khemah, Armando berbual dgn Enriqueta mengenai keluarga Juana & keluarga de la Vega. Desiree menemui & bertanya khabar pd Armando.

Mauricio memberitahu Juana yg dia sungguh bermakna baginya. Juana pula memberitahu Mauricio yg dia risaukan ttg dirinya kerana dia tlh lihat ramai perempuan yg tlh dipermainkan hanya kerana mereka bercinta dgn org yg tdk sepatutnya mereka bercinta. Mauricio berkata .. dia tdk pernah mahu menipunya kerana apa yg dia beritahu adlh benar & ikhlas. Juana memberi amaran kpdnya supaya dia pergi jauh drpnya & tdk blh bercakap kpdnya semasa parti itu berlangsung. Juana akan membuat keputusan selepas selesainya parti Rafael. Carlota memasuki bilik bacaan & terserempak dgn mereka yg tengah bercakap. Dia bertanya kpd mereka …`blh saya tahu apa yg kamu berdua bualkan’ Jadi, Carlota pandang Mauricio, Mauricio pandang Carlota yg memandangnya balik & Carlota memandang pd Juana & Mauricio. Carlota melemparkan pandangan bermakna… ‘saya tahu apa yg awak nak lakukan’…

Desiree & Armando duduk berbual2 di meja yg kosong. Armando menunjukkan kpd Desiree keluarga Perez yg berada berdekatan dgn mereka. Enriqueta duduk sendirian di meja bersebelahan.

Carlota masih menunggu salah seorg utk memberi jwpn, akhirnya Juana bersuara & memberitahu yg dia tlh berbincang dgn Mauricio mengenai gambar2 yg tlh ditangkap tadi. Mauricio yg dah tak tahan lagi hdk menipunya lalu memberitahu perkara yg sebenar ttp dihalang olh Juana yg terus menyambung apa yg dicakapkan mengenai gambarnya. Carlota berkata yg Juana patut memperbaiki kualiti gambarnya & dimestikan mengambil gambar2 Rafael dimana dia akan memotong kek nanti. Carlota dgn pandangan tajam kpd Juana terus memegang lengan suaminya & keluar dr bilik bacaan sementara Juana mengekornya dr belakang.

Humberta menemankan emaknya ke taman. Mauricio berjalan seiring dgn Juana & Carlota cuba mempercepatkan langkahnya utk bersama dgn suaminya lalu cepat2 pegang lengannya utk berdekatan dgnnya. Dia tdk mahu membiarkan Juana & Mauricio berdua-duan. Mereka melalui Desiree & Armando yg memandang gelagat mereka. Enriqueta terasa ada sesuatu yg menciut kakinya, lalu menunduk utk menjenguk apa yg ada di bwh meja. Dia terkejut memandang Manuel yg berada di bwh mejannya. Manuel mengambil tangannya & memaksa Enriqueta bersama dgnnya. Enriqueta membebel sesuatu & Manuel terus menciumnnya.

Rogelio & Alfredo berjalan menuju ke khemah, bertanya khabar pd Armando & terutama sekali Desiree. Desiree tdk berasa selesa dgn kehadirannya, membongkok & berbisik sesuat kpdnya. Juana menghampiri mereka & bertanya jika mereka hdk mengambil gambar. Mereka bersetuju. Rogelio, Alfredo, Desiree & Armando bersiap sedia utk diambil gambar sementara Mauricio & Carlota memandang lagak mereka dr jauh.

Enriqueta & Manuel bergaduh di bwh meja. Manuel menganggarkan Enriqueta cemburu dgnnya ttp Enriqueta menafikan. Enriqueta berkata yg dia patut mejaga kelakuannya & mereka tdk patut berada di bwh meja macam bdk kecil menyorok. Manuel cuba memujuknya.

Mauricio & Carlota berbual dgn beberapa kawannya. Di satu sudut, Juana yg berada di khemah, memandang ke arah mereka. Dia berasa sungguh sedih melihatkan mereka yg rapat. A.Maria memberitahu Azucena, kenapa Juana terpaksa mengharungi & dimalukan olh keluarga Carlota.

Enriqueta memberitahu Manuel yg mereka sepatutnya keluar dr bwh meja dgn perlahan2 supaya tetamu tdk perasan. Manuel akan duduk balik di tmptnya & Enriqueta akan balik. Manuel tdk bersetuju.

Carlota menyurh Juana utk mengambil gambar mereka sekali lagi. Kali ini, Carlota akan berposing maut dgn suaminya supaya Juana dpt tangkap apa yg Carlota mahukan. Juana tdk dpt menangkap gambar kerana terasa tangannya terketar-ketar. Dia berkata yg kameranya ada mslh lalu buat2 membetulkannya. Makcik Eva nampak Juana lalu bertanya jika dia blh melakukan. Juana berkata, ia .. sudah mejadi tugasnya. Dia sambung utk menangkap gambar mereka sementara Mauricio nampak kesedihan yg dilalui olh Juana.

Enriqueta & Manuel masih berada di bwh meja, mereka tdk dpt membuat keputusan utk keluar dr bwh meja atau terus di bwh utk seketika. Enriqueta memberitahu Manuel yg dia tdk mahu ditipu olhnya. Manuel mengambil kedua2 tangan lalu mengusapkan ke mukannya & berkata yg dia tdk mahu Enriqueta mengucapkan selamat tinggal ttp berharap akan berjumpa sekali lagi. Enriqueta berkata yg kali ini dia tdk akan melepaskan dia dgn begitu mudah. Manuel terus menciumnya sekali lagi.

Armandito, Nicolas & Virginia bercadang utk berbuat sesuatu. Mereka nampak beberapa butang yg ada di dinding, lalu Nicolas & Armandito menekannya & menunggu apa yg akan terjadi.

Desiree dgn beberapa tetamu dgn tiba2 terkena percikan air dr saluran paip yg berada di tmn. Jeritan kedengaran apbl tetamu cuba lari utk menyelamatkan diri mereka dr basah. Desiree yg menjerit terlolong tlh basah kuyup dr rambut hingga ke kaki. Petra tlh di tolak & terkena salah satu meja yg kebetulan Manuel & Enriqueta menyorok. Petra terkejut melihatkan mereka. Tiba2 anjing Mauricio melepaskan diri & terus menghala ke Desiree. Dia tergelincir & jatuh ke tanah. Rogelio cuba menolongnya ttp dihalang olh Amparito. Carlota amat terkejut dgn keadaan yg huru hara. Dia menyuruh Jose menghentikan saluran air paip mereka dgn segera. Armando menolong Desiree yg tengah menangis dgn sayunya sementara Mauricio cuba memanggil anjingnya. Juana pula gelak sakan melihatkan kejadian yg tdk disangka-sangkakan & cepat menangkap gambar utk merakamkan peristiwa yg bersejarah itu.

Makcik Eva berada di dlm dapur dgn budak2. Dia gembira & memuji mereka kerana tlh memeriahkan parti yg nampak begitu hambar & membosankan. Paderi Jose, Azucena & A.Maria masuk ke dlm dapur. Paderi Jose menyoal kpd budak2 utk mengetahui siapa yg bertanggungjawab.

Dgn tuala, Armando menolong Desiree utk mengeringkan diri sementara Desiree menangis perlahan. Manuel & Enriqueta berjalan ke arah mereka. Armando dpt peluang utk perli Manuel & Enriqueta. Separuh basah, Petra menemui Manuel & memarahinya, dia hdk tahu siapa Enriqueta. Desiree ketawa melihatkan perangai Petra yg separuh gila kerana Manuel sementara Enriqueta berasa malu.

Di bilik, Amparito & Alfredo bercakap ttg kejadian yg tlh berlaku di taman tadi. Alfredo memberitahu kakaknya … ‘inilah yg akan terjadi jika kita bergaul dgn kelas bawahan..’ Carlota bersetuju dgn pendapatnya. Mauricio & Juana masuk ke bilik. Seluruh keluarga Carlota memandangnya. Mauricio memberitahu kpd Carlota, ia mungkin salah seorg drpd budak yg melakukan. Carlota memandang Juana dgn pandangan yg geram.

A.Maria & Azucena keluar dr dapur utk mencari Juana.

Paderi Jose bercakap dgn makcik Eva mengenai kejadian yg tlh berlaku & kebaikan Carlota akan dipandang serong. Makcik Eva memberitahuinya, jika Carlota baik sangat … dia pasti akan faham & memaafkan ttg kejadian itu, faham2 jelah mereka itu budak2 lagi.

Carlota tlh bertubi-tubi menyerang Juana dgn berbagai tohmahan. Dia tdk tahan lagi dgn perangai budak2 yg macam binatang. Juana terasa tdk berdaya. Carlota membuat dia rasa bersalah. Mauricio tdk blh berbuat apa2. Carlota akhirnya memberitahu di depan keluarganya mengenai satu rahsia ttg ada perempuan yg ingin memutuskan perkahwinannya. Dia hdk tahu apa yg dia patut buat terhdp perempuan yg cuba menggoda suaminya. Dia menggelarkan perempuan itu, perempuan sundal. Mendengarkan itu, Juana sdh tak tahan dimalukan olh Carlota lalu dia keluar. Mauricio memanggil Juana ttp Carlota menghalangnya. Dia berkata … ‘jgn, jgn sampai aku paksa kamu membuat pilihan di dpn keluarga aku’. Amparito, Rogelio & Alfredo memandang Mauricio sementara Humberto memandang ke bwh. Mauricio memandang ke arah mereka & kpd isterinya. Dia terperangkap dgn mslh yg berat.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Bersambung on Thursday, 12th June 2003

Posted on Jun 13, 2003, 10:34 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1