Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 54 (By Anonymous ) English Home

Summary, Tue, 29th...

Roughly translated to BM by Anonymous The Man Everybody Loves To Hate. Btw I'm a non-malay, so be prepared to the kind of BM I churn out. To qistina maria, thanks for your encouragement albeit as a joke (wish me luck in BM in my PMR this Oct), you're a good friend, even though we've exchanged a few harsh words but you didn't take it to heart.
-------------------------------------------------------------------------------------------
by Sofia Magdalena

Maaf saya lambat sbb sibuk.

DI PEJABAT: Juana dtg mencari Brandy dan Pak Ciknya tapi David menariknya masuk kedlm bilik fotografi, dan dgn kasar mula menyoal bermacam2 mengenai berita dlm artikel tersebut tanpa memberi Juana peluang utk memberi penerangan atau mempertahanan diri. David bertindak seolah2 dia yg terluka (a real moron our David is - Anonymous)

David tak berfikir apakah perasaan Juana ketika itu setelah hal peribadinya di dedahkan begitu rupa. David kata dia ingatkan Juana bijak, sensitif dan punya harga diri. Kini kata David dia keliru. David tanya Juana "Bagaimana dgn martabat dan harga diriku? Aku buat kesilapan besar jatuh cinta dgn kau". Juana kata David tak adil membuat tuduhan tanpa memberi dia peluang menjelaskan. David terus meracau (eh.. betulkah? - Anonymous) bagaimana dia telah menyerahkan hati dan jiwanya kpd Juana. Dia mahu melindungi Juana dan bersedia utknya (ialah tu) dan menunggu hingga Juana juga mempunyai perasaan terhadapnya. David kata ini semuanya karut. Juana berbohong kpdnya utk tujuan tertentu. Bagaimana Juana boleh hamil?

Dia nak tahu siapa ayahnya. David tunjukkan pada Juana tabloid I.A.L.A yg memaparkan gambarnya dimuka depan. Juana ngaku dia hamil. David kata Juana pembohong. Juana suruh David mengingati kembali perbualan mereka yg telah lalu, dia tak pernah membohongi David, dia cuma mengatakan masalahnya adalah peribadi. David beritahu Juana, dia cuma pentingkan diri dan tak hiraukan perasaan orang lain. Dia ingin membantu Juana apabila perlukan seorang kawan, adakah begini caranya membalas. Kini dia tak kenal lagi siapa Juana dan dia tak peduli. David kata mungkin susah dia nak lupakan Juana tapi bayangkanlah apa perasaan dia ketika itu? Kenapakah Juana harus berahsia sebegitu? Juana beritahu David lagi, dia tidak berbohong, tapi David tidak mahu mendengar. David kata dia mahu melindungi Juana seperti satu spesis yg akan pupus. Dia anggap Juana unik dan tersendiri. Tapi rupanya sama juga seperti perempuan lain. David kata dia tidak akan menunggu Juana lagi dan terus beredar.

Sepeninggalannya Juana membelek akhbar tersebut dan fikir Alfredo mesti telah membacanya sbb itu dia beritahu fasal polisi kompeni. Kalau dia dah tengok, Mauricio (darling.. darling abg Mauricio - Anonymous tambah) tentu dah tengok gak. Juana mula rasa gelisah/ngelabah.

Juana memutuskan utk beritahu Mauricion perkara sebenar dan pergi mencarinya. Dia kembalikan semula surkab (suratkhabar) kpd Ines dan masuk pejabat Mauricio. Ines lihat muka depan surkab dan tak percaya dgn berita tersebut, tak munasabah mengandung tapi masih perawan Si resepsionis dan gengwa (geng wanita ahaks) diperkenalkan oleh Brandy kpd Manuel. Haiya! Tampannya lelaki ini, Shiva dan LaBibi sukar percaya mereka sdh melihat seorang jantan yg begitu perfecto!. Bibi mengamati seluruh tubuh Manuel dgn begitu bernafsu semerta terpikat dgn nya. Manuel perkenalkan dirinya sbg Pak Cik Juana. Brandy tanya Manuel apa yg berlaku dlm lift tadi dan Manuel ceritakan fasal Enriqueta. Brandy tak percaya Enriqueta ada phobia dgn ruangan sempit dan punya perasaan. Brandy menerangkan Enriqueta umpama komander dan berada dibarisan hadapan dan tak perlukan perlindungan dari orang lain.

Manuel kata Enriqueta (E) komander dan dia soldadu. Sebelum Manuel berlalu dia bertanya kpd Brandy samada dia buat kesilapan dtg kemari dan mungkin buat keadaan sukar utk Juana. Brandy kata tidak, dia adalah pakcik terbaik dan bolehkah dia jadi pakciknya utknya jugak. Manuel kata Brandy seolah2 kakak pada Juana dan tentunya seperti anak malakannya jugak. Manuel beredar diikuti dgn lirikan mata Si resepsionis.. Si resepsioni menjilat bibir dan beritahu Brandy bahawa dia amat tertarik dgn Manuel.

PEJABAT ENRIQUETA: E beritahu Armando (Ar) takda sbb kenapa ia perlu jelaskan apa2 kpdnya (adigan dlm elevator). Antara dia dan Ar tiada hubungan yg perlukan penjelasan terhadap sebarang perbuatannya. Mereka cuma rakan setugas dan tak lebih dari itu. Ar seolah2 tak masuk akal mendengarnya, dia tak percaya tiada hubungan antara dia dgn E. Bagi Ar mereka punya hubungan wlpun dah berlalu, walaupun E menolak perhatian yg diberikan Ar selepas pertengkaran mereka berkaitan isu peranan wanita dan lelaki chauvinis, tetapi dia masih ada hak utk mendengar penjelasan dari E diatas kelakuannya yg mengejutkan itu. E tidak fikir begitu dan Ar keluar dari pejabat E dgn meletup (heh heh i mean marah). E cuba menenangkan dirinya, bahawa takda apa yg telah berlaku dgn Manuel dan tak akan ketemunya lagi, Dia (E) skrg dlm persekitaran biasanya dan dia berasa begitu yakin. Brandy masuk dan mengumumkan ada sesaorang mahu berjumpa, dan E terkezut cicak bila Manuel muncul diambang pintu. E beritahu Brandy dia tak mahu bertemu sesiapa tanpa temujanji.

E tanya Manuel (M) samada dia ada temujanji, M jawab tidak, E kata sila keluar, lainkali buat temujanji sebelum dtg. Brandy mencelah, M bapa saudara Juana, dia dtg kerana nak jumpa ketua terdekat Juana. M menceritakan keupayaan/kebaikan Juana wlpun masih dibawah umur, tapi keluarganya menyokong keputusan Juana utk berkerja disitu. Apabila M mula bercakap fasal insiden dlm lift, E buat tak faham apa yg dimaksudkan oleh M, sambil menyebut namanya Lionel dan bukan Manuel. Kata E dia faham apa yg sdg dilalui oleh Juana kerana dia (E) sendiri pun demikian terpaksa mengurbankan dunia cintanya utk kerjaya. Dia melihat kualiti yg sama pada Juana. M menghampiri kerusi E, dan berkata dia faham sambil membongkok mukanya hampir dgn E, sebelah tangannya bertelekan keatas meja dan sebelah lagi kebelakang kerusi E (this part is from me not from the original Sofia's). Kata E apa yg difikirkan M berlaku dlm lift tadi hanyalah imaginasi M sahaja tidak lebih. M tak percaya E boleh menafikan apa yg telah berlaku. Kata M, E telah memegang dan menciumnya. E kata kalau M seorang gentleman tulin dia tak akan menceritakan kejadian itu kpd orang lain. M mahu berbincang fasal hal tu, tapi E bergegas keluar sambil berkata M boleh tinggal berapa lama yg ia suka disitu kerena dia nak keluar. M rasa seolah2 berdiri kesaorangan seperti seorang bodoh lantaran sebuah ciuman yg hebat dan menakjubkan.

RUMAH MAURICIO: Selepas Alfredo telepon, Carlota dan emaknya meraikan kejayaan mereka menghambat/menghalau perempuan2 pengacau yg suka menggoda suami2 mereka.

BILIK RIHAT: Selepas Brandy tinggalkan M, David menarik Brandy masuk kedlm bilik rihat dan bertanya kenapa dia tak diberitahu berkenaan kehamilan Juana. Brandy berfikir sendirian, bagaimana mungkin sedangkan cintanya sendiri kpd David pun masih belum diberitahu.

PEJABATALFREDO: Alfredo telefon Carlota bagaimana ia telah membuatkan Juana sengsara dgn soalan2 yg diajukankpdnya. Carlota kata sepatutnya dirakamkan ekspresinya dgn camcorder. Alfredo kata lainkali dia akan rakamkan. Alfredo beritahu Carlota dia juga telah pasang perangkap dan Juana akan menyesal. Dia takkan dapat sembunyikan kehamilannya apabila perutnya memboyot. Amparito pun ada bersama Carlota mendengar anak lelakinya menolong menyelesaikan masalah kakaknya. Rogelio masuk kedlm pejabat Alfredo dan menyuruhnya keluar. Desiree marah2 dgn Rogelio. Rogelio kata dia gilakan Desiree. Desiree berlagak jujur/tak bersalah dan Rogelio kata jgn berlagak bodoh, Desiree tidaklah sebaik mana, pastinya tahu perasaannya (Rogelio) terhadapnya. Desiree beritahu Rogelio dia menghargai pertolongan yg telah diberikan kpdnya, Rogelio beritahu supaya membalas budinya. Rogelio kata Desiree ada hati ngan Mauricio sbb dia nampak cara Desiree memandang Mauricio dan lemah lutut bila berhampiran ngan Mauricio. Desiree kata dia suka pada Mauricio, sbb dia suami kawannya, dia cuma melihat Mauricio dari jauh. Rogelio bertanya, bagaimana pulak dgnnya? Dan Desiree tanya kembali berapa lama dia akan dikurung dlm blk tersebut, Rogelio kata selama mungkin.

PEJABAT MAURICIO: Mauricio tanya Ines samada Juana dtg berkerja hari tu, kalau dtg tolong cari kerana dia nak jumpa ngan Juana. Tetiba Armando meledak masuk ketika Mauricio sdg beri arahan pada Ines. Ar begitu marah ngan E dan beritahu Mauricio kejadian dlm lift tadi. Ar kata E menolaknya tapi memeluk lelaki tak dikenalinya dlm elevator. Mauricio tak faham apa masalahnya. Baginya E dan Ar tak mungkin boleh bersama kerana seorang lelaki chauvinis dan seorang lagi pejuang hak wanita. Mereka seperti minyak dan air. Ar kata dia dah beri E sejambak bunga sbg mohon kemaafan tapi sebaliknya telah mengagihkan bunga2 tersebut kpd wanita yg berkerja disini. Utk menyelamatkan maruahnya Ar beritahu Mauricio sesaorang wanita yg tak tahu membuat sandwich tak layak utknya. Dia masih tak boleh nak percaya, E memeluk lelaki seketika lift terbuka. Ar keluar bila dia dapati tak mendapat sokongan Mauricio. Sebentar kemudian Juana pun masuk, gelisah sambil bertanya samada Mauricio dah dengar berita. Mauricio minta Juana jelaskan tapi Juana mulai menangis.

Mauricio hampiri Juana dan membantu dia duduk dikerusi, dan minta dia beritahu apa yg telah berlaku. Juana beritahu Mauricio dia hamil dan menyesal dia telah membohonginya. Mauricio kelihatan gembira dan tersenyum. Tapi bila Juana menoleh kearahnya Mauricio ubah ekspresi mukanya tapi masih menunjukkan puashati. Kata Juana walaupun dia hamil tapi masih perawan. Dia tahu mustahil tapi itulah yg terjadi padanya. Dia tidak minta ini terjadi. Abg (Mauricio) mungkin sependapat dgn mereka yg lain dan menganggap dia gadis lepaslaku dan tidur dgn pasangannya malam pertama berjumpa tanpa menggunakan perlindungan. Dia pasti setelah mendengar hal ini Mauricio tak akan memandang kpdnya lagi. Mauricio pegang tangan Juana, minta dia bertenang dan beri dia peluang berkata sesuatu. Kata Mauricio dia tak anggap Juana gadis sebegitu. Juana beritahu Mauricio pngakuan cintanya kpd Mauricio tempoh hari adalah benar, dia tidak berbohong.. Mauricio adalah lelaki pertama yg dicintainya. Juana ingin tahu samada Mauricio keciwa dgnnya dan dia tak akan tertanggung jika Mauricio memandang rendah (dgn cemuhan) kpdnya. Dgn kedua tangannya bertaut dimuka Juana, Mauricio minta Juana memandangnya dan mereka berpandangan. Kata Mauricio, dia adalah kawannya dan akan sentiasa membantu, Mauricio berikan saputangannya kpd Juana supaya Juana boleh mengesat airmatanya yg turun persis hujan. Juana bertanya samada Mauricio ingat kali pertama dia pinjamkan saputangannya yg masih belum dipulangkan. Mauricio tersenyum dan memanggil Juana "pencuri sapu tangan". Kata Mauricio, Juana begitu jujur dgn pengakuannya.. ini membuatkan dia (M) tambah menyukainya. Kata Mauricio lagi disbbkan Juana adalah kawannya, dia akan sentiasa menyokongnya, dan bersedia melindunginya apabila diperlukan.

p.s.: Ringkasan tidak 100% sama seperti drama. Saya mungkin telah terlupa beberpa adigan.

Haiya! adalah perkataan Anonymous semata2.
In doing this translation, I've forfeited my lunch hours

Posted on Apr 30, 2003, 5:42 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1