Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 153 (By Adik Lisa) English Home

Summary Khamis (last episode)

Tepian laut tebing yg tinggi ……… Rogelio sedang rentap rambut Rogelio. Desiree terus rayu. Rogelio kata cintanya pd org yg salah yg akan bunuhnya. Katanya Mauricio yg bersalah krn telah ambil 2 org yg dia cinta- Charlota & Desiree. Akhirnya Desiree mengeras. Katanya, dia bersumpah pd Rogelio yg dia akan mati terus, tinggalkan Rogelio yg akan tua keseorgan dlm penjara, ingat2 kata2nya yg akan bunuh Rogelio nanti. Rogelio amat marah, dia rentap rantai Desiree & tolak Desiree jatuh ke laut. Kedengaran suara jeritan Desiree. Tgn Rogelio diangkat tanda puas & kebebasan hidupnya.

Rumah Perez/ruang tamu ……. Pacheco dtg bgth Salvador yg pendakwaraya nak jumpa dgn Salvador. Dia kata dia agak yg Salvador akan naik pangkat jadi Ketua Polis krn Penguasa Diaz dahpun ditangkap krn bersubahat dgn Rogelio. Dia bgth yg Mauricio dahpun dibebaskan krn tak bersalah & Rogelio kini diburu. Ana Maria & Azucena yg turut dengar rasa amat gembira dengar berita itu.

Hospital ……. Juana di sisi katil Mauricio. Mauricio kata dia tak nak tinggalkan Juana tp dia tak terdaya. Juana marah Mauricio agar tak ckp perkara yg karut krn segala2nya terserah pd Mauricio utk lawan sakitnya. Juana kata dulu Mauricio pernah ceritakan bgmn dia pernah berjuang habis2san utk lawan pemyakitnya utk hidup & punyai anak. Dia kata yg kini Mauricio dahpun ada anak & wanita yg akan cintakan dia selama2nya. Maka Juana kata Mauricio harus hidup utk jangka masa berthn2 akan dtg lagi. Mauricio sedih dgn kata2 Juana kata yg Juana harus cuba terima kenyataan atas kemungkinan yg bakal terjadi pdnya. Juana diam sambil titiskan air mata pandang Mauricio & hatinya berkata yg dia tak nak percaya yg kisah cinta mrk berdua tidak harus habis begini setelah lalui pelbg rintangan utk mrk bersama.

Kereta Vivas …… Rogelio sedang pegang kalung Desiree dgn penuh rasa sedihnya. Camacho perhatikan Rogelio dr cermin belakangnya. Dia bukakan radio utk cuba hiburkan tuannya itu. Tp tiba2 rupanya pengumuman ttg pembebasan Mauricio & pihak polis sedang memburu Rogelio. Rogelio terkejut.

Positivo/ pejabat Mauricio …….. Armando masuk & nampak Enriqueta yg sedang kemas2 file. Dia tanya dia nak buat apa. Enriqueta kata yg dia nak selesaikan beberapa file2 itu krn dia perlu ambil cuti utk ketenangan jiwanya & cuba berfikir ttg masa depannya. Katanya dia akan serahkan segala2nya pd Armando sebelum dia bercuti krn dia yakin Armando spt lakukannya. Armando kata dia tak sangka Enriqueta percayakannya. Dia kata yg dia akan tunggu Enriqueta balik utk kembali bekerja dgnnya & Mauricio. Mrk bertiga akan kerja bersama cam dulu2. Armando kata dia tak pasti ttg Desiree krn Desiree tak tunjuk mukapun. Dia sependapat yg kehadiran Desiree hanya boleh memburukkan keadaan di situ shj.

Kereta Vivas …….. Camacho gelabah tanya Rogelio apa yg perlu mrk buat. Rogelio nak telefon seseorg (rasanya penguasa Diaz) tanya apa yg berlaku. Dia rasa amat geram. Camacho tanya apa yg terjadi. Rogelio dgn nada geram kata yg Juana yg telah bongkarkan rahsia mrk krn ada gambar dia & Camacho sedang heret keluar Francisco. Rogelio arahkan Camacho jalan krn mrk akan cuba lari melalui pantai krn dia pasti yg lapangan terbang & jln2 raya dahpun diawasi polis.

Hospital……. Nurse baru selesai rawat Mauricio masa Juana masuk. Juana kata yg dia akan pukul, tendang Mauricio supaya Mauricio tunjukkan reaksi. Mauricio dgn nada serius kata yg mrk harus terima kenyataan dgn apa yg bakal terjadi. Juana nangis2 kata yg dia tak nak Mauricio kata bukan2. Mauricio kata yg kalau apa2 yg terjadi pdnya, dia hanya nak Juana & Mariana terus hidup selesa. Juana suruh Mauricio cuba lawan penyakitnya & tidak putus asa demi krn Mariana & dirinya. Juana bertegas kata yg mereka bertiga akan hidup gembira bersama2 ataupun mrk bertiga akan merana bersama2 juga. Mauricio pandang tepat wajah Juana yg menangis.

Apartment Desiree ……….. Mak Desiree dgn abg Desiree. Dia kata dia dpt rasa yg sesuatu dah berlaku pd Desiree krn gerak hatinya berkata begitu. Abg Desiree sedih dgn apa yg dilalui oleh adiknya krn dia pun mahukan Desiree bahagia dgn org yg tersayang tp apakan daya, mrk hanya rancang tp takdir yg tentukannya.

Balai polis ……… Pendakwaraya bgth Salvador ttg Penguasa Diaz yg merupakan rakan niaga Rogelio juga & byk urusan antara mrk yg telah dilakukan. Dia percaya yg Rogelio yg buat2 cerita dgn Diaz ttg Mauricio agar Mauricio ditangkap dahulu. Diaz akan digantung kerja & dia nak Salvador yg gantikannya sbg Ketua Polis. Pendakwaraya tu hulurkan Salvador surat pelantikan itu. Salvador buka & baca dgn tak percaya apa yg dia dpt.

Positivo/pejabat Mauricio …….. Armando tgh sendirian puji2 kehebatan Enriqueta sbg wanita. Terdengar Ines yg cuba halang Manolito masuk. Ines kata dia dah bgth Manolito yg Enriqueta tiada di pejabat. Manolito kata tak mengapa jika tiada di situ, dia akan ke apartment Enriqueta pula. Armando pun bgth yg Enriqueta tak akan ada di apartmentnya krn dahpun pergi dr situ. Manolito berkerut.

Pusat pelancongan ………. Enriqueta sedang berdiri tunggu pengesahan tiketnya. Dia berfikir yg dia amat perlu pergi jauh dr situ utk berehat & ketenangan dirinya. Kerani itu pun hulurkan tiket pd Enriqueta. Dia pun pergi dr situ. Kelihatan Enriqueta sedang menaiki pesawat ke tmpt pelancongannya.

Positivo/pejabat Mauricio ……….. Manolito kata yg dia dahpun kehilangan Enriqueta. Armando pandangnya & kata yg bgmnlah boleh Enriqueta jatuh cinta pd Manolito. Manolito nak marah tp Armando kata dia dah faham hubungan Enriqueta dgnnya dulu tak serius spt Enriqueta dgn Manolito sekarang. Armando puji2 yg Enriqueta adalah wanita hebat & dia yakin Enriqueta masih cintakan Manolito. Cuma dia perlukan ketenangan buat masa itu di tmpt yg sesuai. Manolito tanya apa yg Armando maksudkan. “Adakah dia baru aje pergi dr sini?” Armando kata mungkin juga, dia akan cuba telefon agensi pelancongan itu utk tahu ke mana Enriqueta pergi. Manolito kata dia perlu tahu krn dia akan pergi carinya.

Rumah Vivas …….. Amparo sedang bersedih ttg kehancuran keluarganya pd Humberto yg sedang mendengar. Katanya kini Alfredo dah ada di Columbia, Charlota pula di pusat pemulihan & Rogelio pula dicari polis. Hanya tinggal mrk berdua shj. Humberto kata mmg sedikit2 dr mula yg keluarga mrk dah hancur. Amapro kata selama ini dia selalu dengar Humberto rungutkan ttg itu tp dia tak kisah. Amparo minta mmaf dr Humberto jika dia ada buat Humberto terguris atau apa2. Humberto hampiri maknya sambil memeluk maknya itu utk legakan perasaan maknya yg sedih.

Balai polis ……… Kelihatan Salvador, Ana Maria, Pacheco, Rosita & pendakwaraya sedang minum raikan kenaikan pangkat Salvador. Ana Maria bg ucapan istimewa utk suaminya ttg betapa bangganya dia ada suami spt Salvador. Salvador memeluk erat Ana Maria sambil minum. Ana Maria kata yg hidup mrk dah berubah serta merta & dia amat gembira sekali dgn perubahan itu.

Pantai di satu tmpt bercuti ……… Enriqueta sedang berjalan di persisiran pantai (romantiknya cos ada iringi muzik lagu Asi la Vida lagi). Dia pandang ke lautan yg luas & duduk di gigi air. Tiba2 kelihatan suatu bayang2 dr belakang. Enriqueta berpaling & rupanya Manolito yg hadir berpakaian putih terus tersenyum memandangnya. Enriqueta tergamam.

Rumah Perez di ruang tamu ………… Juana balik dgn keadaan marah. Azucena dtg dgn gembira sambut Juana. Juana tanya mana Mariana. Azucena sedar Juana cam nak marah aje bgth yg Mariana sedang tidur di atas. Dia kata dia gembira yg Mauricio dahpun dibebaskan. Juana marah2 dgn kata yg dia masih tak habis2 lagi ada masalah w/pun dah selesai kes mahkamah. Dia bgth yg penyakit lama Mauricio dah kembali dan kini Mauricio terlantar di hospital. Azucena cuba redakan Juana yg marah2. Juana kata dia dah bosan dgn segala keperitan yg tak habis2 & dia tak nak berserah kalah begitu aje. Juana kata dia minta maaf kalau kata2nya berdosa tp dia tak nak tuhan rampas Mauricio ketika itu. Dia nak bawa Mariana ke hospital duduk dgn Mauricio supaya tuhan tahu yg Mauricio perlu hidup utk mrk berdua. Azucena pandang Juana yg tak pernah putus asa itu sayu & asyik ada sahaja rintangan masalah.

Pantai di satu tmpt bercuti ……… Enriqueta tanya bgmn Manolito boleh ada di situ. Manolito kata dia dtg mencari Enriqueta. Enriqueta kata dia perlu dtg situ utk cari ketenangan jiwanya. Manolito kata dia tahu Enriqueta cuba nak larikan diri drnya. Dia dtg nak bgth Enriqueta ttg perasaannya kini. Enriqueta pun duduk di satu btg kayu diikuti dgn Manolito. Manolito terangkan perasaannya mula2 dulu dia umpama spt berenga, hidup bebas jaga kakak, mak & anak saudara serta ada byk teman wanita. Dia hidup tak tetap arah tp setelah jumpa Enriqueta, hidupnya bak dah jadi kupu2 & dia yakin dia cintakan Enriqueta. Dia mahu hidup bersama wanita itu yg buat dirinya jadi kupu2 yg dah dewasa. Enriqueta tersenyum puas hati dgn cerita dr Manolito itu.

Pelabuhan ……….. Camacho baru turun ke tkt bawah kapal. Dia bgth Rogelio yg mrk berdua dah boleh berlepas dlm 2 minit lagi. Rogelio kata dia tak akan ditangkap & dia nak tengok bgmn rancangan nak lari cara itu pasti akan berjaya. Kemudian kedengaran bunyi siren kereta polis dtg di dermaga. Beberapa polis keluar acukan pistol & seorg polis telah umumkan bgth yg Rogelio tak boleh larikan diri lagi krn dah pun dikepung. Rogelio kaget.

Malam menjelma…..

Rumah Perez di ruang tamu ……… Ana Maria balik dgn kegembiraan panggil maknya. Azucena pun dtg cam sedih lak. Ana Maria bgth yg amat gembira krn Salvador dinaikkan pangkat jadi Ketua polis & dialah yg amat gembira ketika itu. Dia tanya mana Juana. Katanya sambil tersenyum yg dia pasti Juana dah ikut Mauricio ke mana sana krn Mauricio dahpun dibebaskan. Azucena tak mampu nak senyum kata yg Juana tadi dah balik tp dia pergi semula bawa Mariana ke hospital krn penyakit lama Mauricio dah menyerangnya semula. Ana Maria terdiam dengar khabar itu.

Penjara ……… Salvador dibawa masuk penjara. Salvador ada sedang menunggunya utk bacakan hak2nya samada utk bercakap atau mendiamkan diri hingga perbicaraan. Rogelio kata tentu Salvador dahpun dinaikkan pangkat jadi Ketua Polis & jika Salvador pandai, dia boleh perolehi byk wang dgn jawatan itu (rasuahlah…) Salvador kata tak semua anggota polis dpt dirasuah dgn senang krn masih ada yg berbekalkan keteguhan pd keyakinan diri sendiri & prinsip diri.

Hospital …….. Mak cik Eva cium tgn Mauricio yg terlantar. Juana dtg bawa Mariana. Dia bgth nurse yg dia akan tinggal di situ tunggu Mauricio. Nurse kata dia ingat hanya Mak cik Eva yg akan tinggal mlm tu. Juana berkeras kata yg itu adalah anak Mauricio maka dia akan tinggal di situ dgn Mauricio. Nurse pun pergi. Mauricio kata Juana tak sepatutnya tunggu krn pastinya kena tunggu lama. Juana kata dia tetap nak tunggu w/pun apa yg terjadi krn dia tak perlu kebenaran sesiapa samada dr Mauricio, mak cik Eva mahupun sesiapa pun utk dia tinggal kat situ. Dia akan tetap tunggu hingga segalanya selesai & dia akan keluar hospital sama2 dgn Mauricio. Mauricio pandang kedegilan Juana.

Penjara ……… Rogelio sendirian kat penjara. Dia teringatkan detik2 dia dgn Desiree di tepian tebing tinggi laut semlm & waktu dia tolak Desiree ke laut.

Apartment Desiree …….. Mak Desiree & abg Desiree sedang pandang Alejandro tanya ttg Desiree. Alejandro bgth yg polis dah tangkap Rogelio & mmg sah Desiree ada dgnnya. Dia minta agar mak & abg Desiree tu tak terkejut & bersabar. Dia bgth yg nelayan di laut terjumpa mayat Desiree yg terapung. Dia dah mati. Mka & abg Desiree saling berpelukan sedih dgn berita itu.

Siang menjelma…….

Penjara ………. Amparo dtg lawat Rogelio. Rogelio terkejut pandang isterinya itu. Amparo kata dia tak akan lama dtg krn dia hanya nak ckp satu dua perkara shj. Dia bgth yg selama ini dia tahu kegiatan jht Rogelio tp dia tak pernah nak masuk campur. Tp dia mengaku masih cintakan Rogelio. Rogelio pandang aje Amparo. Amparo kata dia akan bina hidup baru dgn anak2nya & cuba ajar cara hidup lain yg diajar oleh Rogelio selama ini pd anak2nya. Rogelio kata jgn nak ceramah dgnnya pula. Amparo dgn nada marah kata itulah kali terakhir dia akan tengok Rogelio krn dia tak akan dtg lain. Dia panggil pengawal utk dia keluar. Rogelio pandang aje Amparo keluar dr situ.

Hospital ………. Mauricio sedang terlantar. Juana yg sedang nangis pangku Mariana depan Mauricio kata supaya Mauricio jgn suruhnya utk tidak hidup sendirian. Juana kata mrk akan tetap hidup sama2 hingga tua. Mrk akan lihat Mariana membesar utk bg mrk ramai cucu. Mauricio tergelak yg dia tak dpt bayangkan bgmn Juana tua nanti. Juana nangis kata yg dia harus bayangkannya juga. Doktor dtg bgth yg Muaricio harus masuk bilik pembedahan sekarang juga. Mauricio angguk & minta Juana bg dia dukung Mariana. Mauricio dukung Mariana sambil puji2 puteri tunggalnya itu. Dia angkat Mariana lalu ……

Beberapa thn kemudian…..
Positivo……. Kelihatan Mauricio sedang dukung Mariana yg dah besar sikit (baju tetap sama aje). Dia pun puji2 Mariana tu sambil diperhatikan oleh staf2nya. Mauricio peluk Mariana & dia kata dia dengar Mariana panggilnya ayah. Semua staf ketawa tak percaya. David yg dah boleh berjalan dtg tanya betul ke Mariana panggilnya ayah. Semua ketawa lagi. Tiba2 kelihatan Charlota dtg dr belakang bg salam yg membuatkan Mauricio berpaling pdnya.

Ruamh perez di ruang tamu …….. Juana bukakan pintu utk Manolito & Enriqueta yg dtg. Manolito tanya apa hal penting sgt yg Juana nak bgth. Dia terpaksa tinggalkan pelanggan2nya yg ramai di studio fotonya bila Enriqueta dtg carinya krn Juana balik mrk balik. Manolito kata mungkin itu alasan utk dirinya bersama Enriqueta krn kini mrk berdua masing2 asyik sibuk aje. Dia memeluk Enriqueta dr belakang manakala Enriqueta hanya tersenyum ketawa. Manolito kata dia harap apa yg Juana nak bgth tu penting. Juana kata mmg penting tp dia nak umumkan pd semua ahli keluarga. Dia berlari nak panggil maknya dahulu. Manolito & Enriqueta pun duduk di kerusi.

Positivo/pejabat Mauricio ……… Charlota dgn Mauricio. Charlota kata dia dtg nak minta maaf atas apa yg pernah terjadi antara mrk dahulu. Dia takut Mauricio akan simpan dendam pdnya. Mauricio kata dia langsung tak akan simpan dendam pd Charlota. Charlota kata dia dah rasa lega krn sebelum dia dtg situ, dia takut yg Mauricio tak nak maafkannya. Dia kata masa dia di pusat pemulihan dulu, dia terdengar yg penyakit Mauricio dtg kembali. Mauricio kata ya tp nasib baik dia terselamat. Katanya kadangkala kita perlu diingatkan ttg kematian krn itu yg dpt mengajar kita. Mauricio tanya apa berita Charlota sekarang. Charlota senyum sambil tunjukkan cincin di jarinya bgth yg dia dah kahwin & dia dgn suaminya akan tinggal di luar negera tak lama lagi. Mauricio senyum dgn kata2 Charlota. Charlota kata dia dah byk belajar krn dia dah faham yg jika kita cintakan seseorg, kita tak boleh menguasai seseorg itu. Katanya dulu dia terlalu obsesi terhadap Mauricio hingga melukakan hatinya sendiri. Mauricio bgth yg mrk ada kenangan manis yg tersendiri yg akan mrk kenangkan. Charlota senyum & nak minta diri krn suaminya dah tunggu kat bawah. Dia bgth yg dia akan sentiasa ingat cinta yg pernah terjalin antara mrk. Mrk berdua berpelukan sebelum Charlota keluar dr situ.

Positivo/ruang bekerja ……. Brandy sedang dukung Mariana jalan2 sekitar situ. Dia terhenti bila Charlota menegurnya. Charlota tanya ttg berita ttg Brandy dahpun kahwini David & tentunya tak sabar nak dpt anak. Brandy angguk ya. Charlota minta diri dulu & ucap selamat tinggal pd semua staf yg ada. Dia pun berlalu. Brandy kata Charlota nampak mcm dah lain. Popeye kata yg kita semua harus sentiasa belajar dr kesilapan. Bibi pun sampuk kata kalau tak belajar, pastinya akan jadi spt Rogelio. Semua angguk sugul.

Penjara ……… Rogelio termenung di besi penjara. Kelihatan ada lagi penjenayah bersamanya. Rogelio teringat kata2 akhir Desiree sebelum mati yg Rogelio akan tua & mati keseorgan dlm penjara krn dunia akan jadi bagaikan neraka buat Rogelio. Rogelio kelihatan amat selekeh sekali.

Rumah Perez di ruang tamu …….. Juana panggil2 maknya supaya turun cepat. Ana Maria pun turun dgn Salvador & Azucena. Kelihatan Ana Maria dah memboyot perutnya duduk di kerusi sambil merungut2 yg dia tak boleh jalan cepat2 krn dah 8 bulan kandungannya. Manolito gelak2kannya kata perut Ana Maria dah besar. Ana Maria kata nanti Manolito akan tahu rasanya jika Enriqueta pula yg hamil. Enriqueta senyum kata yg dia rasa dia dah hamil. Semua org ketawa gembira. Juana kata yg Mariana akan dpt bapa saudara yg lebih muda dan anak Enriqueta pula…… Semua ketawa. Azucena kata tak kisahlah krn semuanya tetap keluarga. Ana Maria tanya apa yg Juana nak bgth mrk. Juana pun keluarkan tiket. Mrk tanya itu utk apa. Juana bgth yg itu adalah tiket utk semua org. Mrk hendaklah mula berkemas krn Juana & Mauricio akan kahwin di Merida & semuanya mesti hadir ketika itu. Semua senyum gembira.

Merida ……… kelihatan kapal terbang mendarat & ditunjukkan Juana & Mauricio yg dah tua berjalan masuk sebuah gereja di situ. Mrk berdua duduk hadapan altar sambil kenangkan apa yg dah berlaku 50 thn lalu. Ketika itu mrk akan kahwin. (adegan flashback) Kelihatan David, Brandy, Nicholas, Rafael, Ana Maria pangku Mariana, Salvador, Enriqueta, Mak cik Eva, Azucena memandang Juana yg masuk berpakaian pengantin serba putih diiringi oleh Manolito di sisinya. Semua puji kecantikan Juana hari itu. Mauricio tersenyum & Manolito serahkan Juana pd Mauricio. Mrk jln seiringan. (adegan tua) Juana bgth Mauricio yg dia adalah pengantin yg paling gembira hari itu. Semuanya hadir. Tp kini ada antara mrk dah pun tiada lagi- Azucena, Mak cik Eva, Salvador & Ana Maria. Juana kata semua kenangan dia akan simpan. Mauricio kata yg dia takutkan kematian krn akan menamatkan segala2nya. Tp cinta yg akan tahan. Dia nak imbas kembali ciumannya dgn Juana pd masa hari perkahwinan mrk dulu. Juana & Mauricio saling berciuman.

Imbasan menunjukkan Juana & Mauricio yg berpakaian pengantin berjalan di tepian tasik, saling berlari, berpelukan & ditunjukan imbasan pertemuan antara mrk dulu (di jalan apabila Mauricio tegur pitusa Juana, ketika mrk berdua tengok bintang2 di mlm hari, hari pertama Juana dtg parti ambil gambar, Mauricio memerangkap Juana yg disangkakan pencuri di Positivo, hari Mauricio memeluk perut Juana)….. Juana & Mauricio berjalan2 berduaan di tepian tasik…..FIN…….

Posted on Sep 19, 2003, 12:19 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1