Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 151 (Adik Lisa) English Home
Majlis tamat sekolah ……….. Pengetua ucap terima kasih buat Juana dgn ucapannya. Dia ucap tahniah pd semua pelajar yg berjaya. Semua pelajar bangun & saling berpelukan gembira. Juana menerima pelukan tahniah dr rakan2nya sebelum dia berlari mendptkan Mauricio. Dia terima pelukan & ciuman dr Mauricio. Juana lihat tgn Mauricio yg bergari. Dia sedih & marah krn Mauricio mcm diaibkan shj dtg ke situ. Mauricio kata dia tak kisah malahan dia begitu kagum dgn apa yg Juana ucapkan. Mauricio kata dia bangga dpt lihat & dengar Juana beri ucapan tadi. Padanya Juana dah pun matang kini dgn usiaya yg masih muda. Juana sedih dengar kata2 Mauricio.

Positivo/studio …… Humberto sedang belek2 filem yg ada. Tiba2 Amparo masuk dgn muka sayunya. Dia bgth Humberto yg dia tahu apa yg ayahnya dah buat & anggap dirinya. Humberto kata dia kalau boleh tak nak cerita ttg itu. Amparo setuju tp dia hanya nak bgth yg dia tetap sayangkan Humberto w/pun apa yg terjadi.

Positivo/pejabat Mauricio….. Desiree dgn Enriqueta. Dia bgth yg dia amat takut jika Rogelio tahu yg dia yg akan bagi keterangan menentang Rogelio di mahkamah nanti. Dia takut jika Rogelio buat apa2 pd keluarganya. Enriqueta puji Desiree yg nyata berani lawan Rogelio. Tiba2 Rogelio masuk dgn Alfredo. Desiree cam takut aje berlindung di sisi Enriqueta. Alfredo kata dia hairan Desiree berbaik dgn Enriqueta padahal sebelum ini mrk langsung tak gham. Desiree diam aje. Rogelio pun bgth yg mrk tetap akan jual Positivo krn masalah kewangan mrk dah sampai tahap serius. Desiree tanya apa yg Rogelio cuba nak buat. Alfredo marah Desiree kata yg Desiree patut dengar betul2 dahulu supaya dpt belajar. Rogelio kata yg kata2nya itu boleh dibuktikan oleh Alfredo yg ada semua akaun kewangan majalah Positivo. Enriqueta pandang serius pada Alfredo yg diam. Enriqueta cuba bangkang krn katanya dia yakin kewangan syarikat ok malahan pihak Miami dahpun nak bgth mrk nak bekerjasama dgn Positivo. Rogelio kata dgn ketiadaan Mauricio kat situ membuatkan dia sendiri jadi wakil utk company shj. Dia berhak buat apa2 keputusan pun.

Rumah Perez di ruang tamu ………. Juana dukung Mariana balik. Muka Ramon nyata amat pucat. Rosita hairan kenapa Juana tak raikan dgn kawan2nya2. Juana kata dia tak berapa gembira. Ana Maria & Azucena suruh Juana pergi seronok tp Juana kata dia tak ada semangat tanpa Mauricio. Salvador bgth yg dia tak ada kaitan dgn apa yg Mauricio lalui. Juana kata dia faham tp dia tak nak tinggalkan Mariana sendirian dgn agak lama. Dia hanya nak raikan dgn Mauricio shj. Juana pun bawa Mariana naik ke atas.

Penjara …….. Mauricio dah kembali ke penjara. Dia bgth yg dia gembira dpt hadir majlis itu. Mauricio kata yg Juana nampak cantik hari itu. Mak cik Eva setuju dgn kata2 Mauricio itu. Mauricio kata yg ucapan Juana itu byk beri nasihat pd dirinya juga. Mak cik Eva kata yg Juana adalah perkara terbaik dlm hidupnya. Mauricio kata dia bangga krn Juana adalah mak kpd anaknya.Tiba2 Alejandro pun masuk. Dia nak bgth yg mahkamah akan bg tarikh perbicaraan.

Rumah Perez/bilik gelap ………. Manolito dgn Juana. Manolito minta agar Juana tak terus salahkan diri sendiri krn tak dpt tolong apa2 utk kes Mauricio. Juana kata yg Rogelio akan buat apa shj utk musnahkan Mauricio & Rogelio mampu pula apa shj krn dia ada pengaruh. Mrk diam seketika. Manolito cam teringat sesuatu. Dia ungkit kembali ttg gambar2 yg Juana ambil di parti Mauricio hari itu. Juana kata dia tak akan lupa detik itu, di mana brek motornya rosak, dia dimarahi Charlota & Mauricio, tambahan dgn bunyi tembakan yg dia dengar tu. Juana tiba2 teringat kembali pd waktu dia nampak darah2 di lantai & bgmn kameranya telah ambil gambar dgn sendirinya. Kameranya rosak mlm itu. Manolito kata mrk masih ada lagi filem2 yg belum dicuci krn Juana hanya cuci beberapa shj utk bg ke Positivo. “Mungkin ada sesuatu jawapan di gambar tu yg boleh bgth kita!” Juana setuju & mungkin itu dpt bantu Mauricio. Manolito & Juana segera bergegas cari2 dlm laci2 & kotak2 yg ada di situ utk cari filem mlm parti tersebut.

Penjara …….. Mauricio bgth Mak cik Eva yg dia nak menangi kesnya itu dgn cara yg betul. Mak cik Eva kata dia boleh buat ujian penyakitnya sekarang & mrk boleh dptkan kebenaran pendakwaraya utk kes mrk itu. Mauricio kata dia tak nak lakukan begitu krn nanti pastinya Juana akan dpt tahu ttg penyakit yg kembali menyerang. Mauricio tak nak Juana susah hati lagi. Mak cik Eva kata dia amat kenal dgn Juana & jika Juana tahu dia sakit, Juana pasti akan kongsi masalah itu bersamanya. Alejandro pun dtg & bgth yg mahkamah dah buat keputusan utk bicara kes Mauricio pd keesokkan harinya. Mauricio senyum lega.

Rumah Perez/bilik Ramon ……. Ramon sedang tangisi hidupnya. Dia dpt rasa yg masanya dah tiba. Dia kesal tak dpt nak bersama2 anak2nya. Ramon berpaling pd gambaran di dinding(tuhannya) & berdoa memohon kesejahteraan keluarganya & ambil nyawanya dgn tenang. Dia minta agar dosanya selama ini di ampunkan. Tiba2 dia rasa sakit yg amat sangat di dada & dia pun jatuh pensan di sisi kaki katilnya.

Penjara ……… Alejandro masih tgh bincang dgn Mauricio & Mak cik Eva. Dia nyatakan kerisauannya ttg ujian yg dibuat atas pistol itu. Pistol itu bukannya atas nama Mauricio. Itu menyarankan bahawa ada org yg letakkannya di pejabat Mauricio. Mak cik Eva pun setuju. Alejandro bgth lagi juga ttg mayat Francisco yg di jumpai di rumah Mak cik Eva. Dia sahkan yg Salvador yg ikuti kes itu ada bgth yg tanah disitu baru aje digali. Keterangan itu boleh membantu mrk. Mauricio kata dia yakin Rogelio boleh dptkan lagi bukti dgn pengaruhnya & kalau ikutkan pihak mahkamah, mkr tak akan bicara kes itu. Mak cik Eva kata mrk dah ada bukti tp ternyata byk kesangsiannya. Kini hanya bergantung pd cara Alejandro utk buat pembelaan utk Mauricio. Alejandro kata dia akan cuba tolong Mauricio.

Positivo/pejabat Mauricio ………. Rogelio masih nak teruskan rancangannya utk jual majalah itu. Armnado pula berkeras kata yg dia yakin akaun syarikat itu telah dipalsukan. Rogelio marah kononnya tuduh dia yg menipu. Enriqueta bgth yg mrk tak pernah ada hutang spt yg dinyatakan, jadi bgmn kewangan mrk dah peringkat kritikal. Armando kata yg Alfredo patut tunjukkan bukti hutang tersebut jika ada. Alfredo hanya diam.

Rumah Perez/bilik Ramon ……… Azucena bawakan ubat utk Ramon. Bila dia masuk, dia terkejut dapati Ramon terlantar atas lantai tepi kaki katil. Azucena panggil2 Ramon supaya sedar tp nyata Ramon tak bergerak balas. Azucena sambil menangis jerit dr bilik itu panggil Rosita utk dtg ke situ.

Luar pejabat Mauricio …… Rogelio keluar dgn Alfredo dgn perasaan lega. Dia ucap terima kasih pd Alfredo (mungkin mengaku ttg kewangan mrk itu). Rogelio memeluk Alfredo & kata yg Alfredo dah jadi sptnya & dia adalah guru pada Alfredo. Alfredo nyata tak gembira dgn apa yg ayahnya katakan. Rogelio kata dia gembira Alfredo ikut jejaknya setelah dia putus harapan terhadap Humberto. Alfredo pandang ayahnya dgn pandangan tak gembira langsung.

Rumah Perez/bilik Ramon ……… Ramon telah dilantarkan atas katilnya. Azucena tanya apa yg mrk harus buat pd Ramon. Rosita yg nangis2 kata yg mrk harus panggil doctor cepat. Azucena suruh Rosita lakukan sesuatu pd Ramon yg tak bergerak. Rosita dekatkan telinganya ke dada Ramon “Pengerakan jantungnya amat lemah!” Rosita terus nangis. Azucena pula ke Ramon & urut2kan ramon. Ramon pun tersedar. Dia pegang tgn Azucena dgn lemah sgt & bgth yg dia dah nak pergi. Dia nak jumpa anak2nya. Azucena sedih suruh Rosita panggilkan Ana Maria & Manolito ke situ.

Kawasan sekitar Positivo ……. Desiree sedang berckp telefon dgn Alejandro dgn nada yg takut sgt. Alejandro ingatkan dia ttg mestinya Desiree dtg utk bg keterangan esok. Desiree setuju & yakinkan yg dia akan dtg tp dia nak Alejandro bg perlindungan pd seseorg (keluarganya). Alejandro setuju. Desiree kata dia dlm ketakutan & amat perlukan perlindungan. Tiba2 Rogelio pun keluar dr pejabatnya & terdengar kata2 akhir Desiree yg ketakutan & minta perlindungan. Desiree amat terkejut. Rogelio tanya dia dgn sinis sebelum menarik tgn Desiree supaya ikutnya pergi. Desiree cuba lawan tak nak ikut tp apakan daya. Ines yg baru keluar dr satu pintu ternampak gelagat Rogelio & Desiree yg baru melangkah keluar itu. Dia kehairanan.

Positivo/pejabat Mauricio ……. Armando marah dgn Alfredo. Dia suruh Alfredo bgth hal yg sebenarnya. Alfredo hanya diam. Enriqueta kata mrk tahu yg Alfredo terpaksa ikut kata ayahnya buat palsukan akaun. Mulanya Alfredo tak nak mengaku tp setelah Armando & Enriqueta desak kata yg Alfredo dahpun jadi spt ayahnya, Alfredo mengalah bgth yg mmg ayahnya paksa dia palsukan kewangan tp dia tegaskan yg dia bukannya BONEKA ayahnya. Alfredo amat marah bila dikata demikian. Dia nak keluar tp Enriqueta bg nasihat agar tak ikut jejak ayahnya krn dia masih muda & ada masa depan. Alfredo geram pun keluar dr situ. Enriqueta kata yg w/pun Alfredo dah mengaku dia buat tp mrk tak ada bukti krn Alfredo tak nak bekerjasama. Armando terus berkerut.

Rumah Perez/bilik Ramon ……… Ana Maria & Manolito ada di sisi Ramon. Kedua2nya menangis sedih. Ramon kata dia bangga pd Ana Maria yg dahpun bina hidup baru dgn Salvador & akan bergembira. Ramon bgth betapa dia sedih tak dpt jaga & lindungi anak2nya itu selama ini oleh krn sifat pengecutnya itu. Manolito pun sedih minta ayahnya itu tak kata begitu krn semuanya dah berlalu.

Rumah Perez/ruang tamu ……… Rosita nangis2 sedih dgn ttg Ramon. Azucena yg sedang pangku Mariana suruh Rosita tabah & jgn nangis kuat2 krn nanti Ramon tahu mrk bersedih pula. Rosita kata yg Juana patut ada juga di atas dgn Ana Maria & Manolito. Azucena kata biar Ana Maria yg buat keputusan itu. Dia kata yg semua org akan nak berada di sisi org tersyg terutama pd detik2 terakhir spt itu.

Rumah Perez/bilik gelap …….. Juana sedang cuci gambar2 & belek2nya. Dia mcm boleh nampak bayang2 sesuatu di gambar2 itu “Adakah ini yg boleh membantu Mauricio?”

Rumah De la Vega ……… Charlota ada di kisi tepian tingkat atas rumah itu sambil bersedih. Dia tangisi hidupnya yg dah hancur, kosong & keseorgan sambil baling2 pasu2 kecil tepi yg ada ke bawah kemudian dia bangun mengamuk tak nak jumpa sesiapa pula sambil membalingkan lukisan dinding yg ada. Amparo & Humberto masuk terkejut tengok keadaan Charlota itu. Amparo cuba pujuk manakal Humberto pandang tepat perangai kakaknya itu

Rumah Perez/bilik gelap …….. Juana masih belek2 gambar yg dicucinya itu. Dia akhirnya dapati ada gambar lelaki yg kabur & tak jelas dlm gambar itu. Juana kata dia yakin itulah pembunuh Francisco. Dia nak besarkan gambar2 itu supaya jelas lagi.

Rumah De la Vega …… Humberto sedangkan tenangkan Charlota. Charlota kata hidupnya dah musnah krn dia langsung tak nampak cahaya dlm hidupnya kini. Humberto cuba nasihatkan kakaknya itu supaya jalani pemulihan & bina hidup baru dgn lebih sempurna. Charlota memeluk Humberto dgn sedih. Amparo yg sedang dengar di belakang Humberto lega Charlota nampak perubahan yg berlaku.

Rumah Perez/bilik gelap …….. Juana tgh cuci gambar lagi. Kedengaran Ana Maria yg panggilnya diluar agar bukakan pintu. Juana marah2 krn dia tgh cuci gambar & tak boleh cahaya masuk. Ana Maria desak suruh bukakan pintu juga. Juana mengalah & suruh maknya itu tutup lampu kat luar. Dia buka pintu & Ana Maria masuk sambil menangis. Dia bgth yg Ramon ayahnya sedang nazak di atas. Juana terus peluk maknya itu.

Rumah Perez/bilik Ramon …….. Ramon di atas katil sedang berckp dgn Manolito ttg kesilapan yg dia dah buat terutama terhadap Manolito. Dia kesal tinggalkan Manolito ketika masih perlukan kasih sygnya. Manolito minta agar ayahnya itu bertahan & tidak berkata demikian. Dia cium dgn tangisan tgn ayahnya itu & kata yg dia syg ayahnya. Ramon nasihatkan Manolito agar teruskan berjaya dlm apa yg dia minati & yg paling penting, rebutlah cinta yg ada agar tak terlepas spt yg terjadi pdnya. Juana masuk dgn Ana Maria & terus memeluk Ramon sambil menangis. Ramon kata pd Juana yg Juana adalah cucunya yg tak pernah kenal erti kekalahan. Juana menangis di dada datuknya. Ramon doakan kesejahteraan hidup Juana.

Pejabat Rogelio …….. Desiree & Rogelio masuk. Rogelio tarik tgn Desiree. Desiree marah2 sakit tgnnya di tarik Rogelio. Rogelio kata Desiree dah byk melawannya. Desiree kata dia tahu yg Rogelio ajaknya ke situ krn nak puaskan nafsunya & Desiree seringkali kena mengalah. Rogelio kata dia dibawa ke situ bukan nak buat hubungan intim tp dia nak tanya adakah betul Desiree akan bagi keterangan sebelah Mauricio & melawan Rogelio. Desiree hanya diam ketakutan. Rogelio kata dia tahu Desiree diam itu maknanya betul kata2nya. Rogelio tampir Desiree ke sofa dgn marah.

Rumah Perez/bilik Ramon …….. Ramon terus menahan detik2 akhirnya. Azucena sedang di sisinya dgn Ana Maria. Juana bangun berckp dgn Manolito. Dia suruh Manolito terima apa yg terjadi pd Ramon. Manolito tanya jika Juana ada dapati apa2 ttg gambar itu. Juana kata dia ada dapati sesuatu tadi, dia nak sgt turun ke bilik gelap sekarang tp apakan daya. Paderi pun dtg utk bg kata2 akhir utk Ramon.

Pejabat Rogelio……… Rogelio marah2 tindakan Desiree & curahkan air minumannya pd muka Desiree. Desiree rayu pd Rogelio tp Rogelio nyata amat marah. Desiree teringat detik dulu di mana ayah tirinya yg masuk biliknya utk rogolnya “Pandangan mata Rogelio sekarang mcm pandangan ayahnya dulu” kata Desiree sambil menangis merayu. Rogelio kata dia akan jadi lebih teruk dr itu.

Rumah Perez/bilik Ramon …….. Paderi sedang bacakan doa2 terakhir buat Ramon yg terlantar. Ana Maria, Manolito, Juana & Rosita sedang melihat dr kaki katil sambil sedih menangis. Azucena sedang di sisi Ramon. Akhirnya bila paderi selesai baca, Ramon pun pegang tgn Azucena & dia tersungkur mati. Azucena berpaling pd anak2nya bgth yg Ramon dahpun tinggalkan mrk. Juana, Manolito, Ana Maria & Rosita saling berpelukan sedih.

Rumah De la Vega/bilik Charlota …….. Charlota atas katil sedang luahkan rasa sedihnya sambil menangis pd Dr. Ricardo. Dia bgth yg dia dah gagal segala2nya. Dia kehilangan Mauricio krn silapnya sendiri. Dia rasa amat sepi, kosong tanpa haluan. Dr. Ricardo bg nasihat agar Charlota bersabar. Mulanya Charlota menyalahkan Mauricio & Juana tp kemudian dia sedar yg dia yg silap selama ini. Dia tak sepatutnya salahkan Mauricio krn dia sendiri bersifat tamat, ego & segalanya. Charlota sedar yg dia tak sihat. Dr. Ricardo pun bg nasihat agar Charlota jalani pemulihan & cuba hidup dgn baik semula. Charlota peluk Dr. Ricardo agar bantunya.

Penjara ……. Alejandro dtg bgth yg Desiree dah hilangkan diri. Mauricio risau. Alejandro bgth yg Desiree tak dpt dikesan di mana2 w/pun keluarga sendiri. Mauricio dpt agak yg tentunya Rogelio adalah dalang kehilangan Desiree itu. Alejandro bgth yg kali terakhir Desiree ckp dgnnya di telefon di Positivo bgth yg dia akan jadi saksi Mauricio & minta perlindungan. Mauricio geleng2kan kepalanya. Alejandro kata yg mrk dah pun kehilangan satu2nya saksi utama kes mrk.

Pejabat Rogelio ……. Desiree diikat tgnnya ke belakang, mulutnya digam. Dia nyata kelesuan. Rogelio bak org gila aje marah2 kata yg itu adalah kali terakhir mata Desiree akan melihat. Dia kata dia hanya nampak Desiree sbg org yg menentangnya shj buaknnya wanita yg dia cinta. Dia bukakan mulut Desiree, Desiree mengeras kata yg dia lebih rela mati tanpa melihat. Rogelio amat marah.

Rumah Perez/ruang tamu ……. Semua keluarga kelihatan sedih. Manolito bersedih di satu sudut. Juana duduk di kerusi, Ana Maria dgn Salvador, Rosita bawakan minuman utk org yg dtg lawat. Azucena sambut tetamu yg dtg lawat. Ada beberapa org dtg lawat takziah. Mak cik Eva dtg ucap takziah. Dia peluk azucena, Ana Maria & Juana. Juana tanya jika Mauricio dah tahu. Mak cik Eva kata Muaricio dah tahu & jika boleh Mauricio nak ada di sisi Juana ketika itu. Juana angguk faham. Mak cik Eva bgth yg esok perbicaraan Mauricio. Juana kata dia lebih suka bukan hari esok. Mak cik Eva hairan krn lagi cepat lagi bagus. Tp Juana kata dia perlukan lebih masa utk dapatkan bukti Mauricio tak bersalah. Mak cik Eva cam hairan aje…….

Sambung….

Posted on Sep 17, 2003, 11:23 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1