Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 149 (diterjemahkan oleh Adik Lisa) English Home
Summary Khamis

Kws kejiranan Juana …….. Charlota sedang ekori Rosita yg sedang bawa Mariana jalan2 menuju ke taman. Rosita sampai di taman & main2 dgn Mariana yg sedang duduk di kereta sorong itu. Charlota pula sedang selindung di balik pokok pula sedang fikirkan bgmn dia nak alihkan pandangan Rosita terhadap benda lain agar dia boleh pergi pd Mariana.

Rumah Perez di ruang tamu …….. Juana risau memikirkan Rafeal. Dia bgth yg dia nak cari jalan agar Rafael tak duduk dgn Charlota yg kejam itu. Lili puji semangat keberanian yg Juana ada. Juana kata dia ada keberanian krn adanya cinta dr Mauricio & Mariana dlm hidupnya.

Rumah De la Vega ……. Humberto baru sampai. Dia tanya pd Amparo ke mana Charlota pergi krn dia nak bgth ttg Muaricio yg masih hidup. Amparo kata yg cerita itu dah basi krn Charlota dah tahu. Amparo kata dia tak tahu ke mana Charlota dah pergi. Humberto tanya kenapa maknya masih bg Charlota keluar sedangkan Charlota nampak tak sihat aje. Amparo marah2 krn katanya dia tak boleh nak sekat ke mana Charlota nak pergi. Malahan Amparo ungkit ttg Humberto yg homoseksual pula. Humberto minta maknya tidak tukar cerita ttg dirinya. Mrk harus tahu ke mana Charlota pergi krn Charlota nyata tak sihat malahan boleh bahayakan org.

Taman ……… Rosita masih main2kan Mariana. Charlota masih cari strategi. Tiba2 kelihatan Azucena & Nicholas yg baru balik dr kedai dtg menuju pd Mariana & Rosita. Azucena ajuk2kan Mariana. Nicholas pun buat mcm itu. Rosita bgth yg dia dahpun minta kebenaran Juana utk bawa ke situ. Charlota dr jauh geram aje & asyik minta agar Azucena & Nicholas cepat pergi dr situ.

Penjara ……. Mak cik Eva kelihatan sedih krn dia boleh nampak yg Mauricio umpama sedang tahan sakit. Mauricio kata dia tak apa2 malahan dia tak fikir penyakitnya akan kembali semula. Dia cuma nak pastikan Juana & anaknya sejahtera & dia akan dibebaskan nanti. Mauricio minta Mak cik Eva tolong tengokkan Rafael & kalau boleh minta paderi Jose campur tgn. Mak cik Eva janji akan buat sedaya yg dia mampu. Mrk berdua berpelukan. Mak cik Eva berfikir dlm hatinya yg dia takut penyakit Mauricio akan menyerangnya semula.

Taman …….. Di satu sudut, kelihatan Manolito & Petrica sedang berbual di satu bangku. Mrk bual2kan hal2 semasa mrk kecil & membesar bersama. Petrica kata dia tak sangka yg Manolito akan kembali tinggal di rumah Perez semula. Manolito bgth yg hubungannya dgn Enriqueta dah putus di tgh jalan. Petrica nampaknya cuba mengoda2 Manolito. Azucena pula bgth yg dia nak balik rumah cos dia dah beli brg2 perniagaannya. Maka tinggallah Nicholas dgn Rosita yg masih main2 Mariana. Charlota dr jauh nak Nicholas pergi dr situ. Rosita bergurau dgn Nicholas yg cuba nak pegang mariana yg tgnya kotor. Nicholas pula kata dia pun nak balik krn dia ada perniagaan yg nak dibuat. Nicholas ajuk2kan Mariana supaya menyusahkan Rosita. Rosita marah dgn Nicholas. Nicholas pun pergi. Tinggallah Rosita shj dgn mariana. Tp kemudian Rosita terpandang pula Manolito yg sedang duduk berbual dgn Petrica di satu kerusi hujung taman itu. Rosita kata yg dia nak dengar apa yg sedang Manolito & Petrica bualkan. Dia kata pd Mariana supaya duduk baik2 krn dia pergi sekejap aje. Rosita pun pergi. Itulah peluang Charlota. Dia pun hampiri Mariana.

Rumah Perez di ruang tamu ……. Juana hantar Lili keluar ke pintu krn kelihatan Alejandro dah dtg. Juana kata Alejandro dah payah segan dgn Lili krn Lili kwn baiknya. Juana tanya Alejandro ttg kes Mauricio & bila Mauricio akan dibebaskan. Alejandro bgth yg dia akan usahakan apa yg terdaya utk tolong Mauricio. Juana nyata sedih dgn apa yg Alejandro kata. Alejandro sampaikan pesan ttg pesanan Mauricio ttg Charlota supaya jaga dirinya & Mariana. Juana kata dia tahu tp tiba2 Juana bgth yg dia teringatkan Mariana yg dibawa bersiar2 di taman oleh Rosita. Lalu Juana bergegas keluar diikuti oleh Alejandro bersamanya.

Taman ……… Keadaan cemas!!! Charlota dukung Mariana ke atas. Rosita pun berpaling & nampak apa yg Charlota buat. Dia jerit2 panggil Manolito & Manolito segera berlari & nampak Charlota yg sedang dukung Charlota. Manolito cuba pujuk Charlota bg Mariana pdnya tp Charlota tak nak malahan katanya dia akan apa2kan Mariana jika mrk hampirinya. Rosita & Petrica kelihatan cemas di belakang Manolito. Tiba2 Juana yg dtg dgn Alejandro ada di belakang Charlota “Baik kau jgn buat begitu!”

Positivo/pejabat Alfredo ……… Alfredo tanya ayahnya yg gelisah adakah betul Enriqueta tak nak sokong & ikut arahan ayahnya ttg rancangan mrk nak jual Positivo. Rogelio mengaku Enriqueta tak nak sebelahinya. Armando pun sama. Alfredo tanya bgmn dgn Desiree. Rogelio pun bgth yg Desiree pun sama tidak mahu sebelahinya. Alfredo kata yg dia dah agak Desiree akan buat begitu w/pun apa ayahnya dah buat pdnya. Rogelio kata dia masih tak akan putus asa krn Mauricio akan dipenjarakan. Alfredo hairan kenapa ayahnya itu nak sangat hapuskan Mauricio termasuk nak sgt jual Positivo. Malahan Alfredo kata yg rancangan ayahnya tak akan berjaya. Rogelio marah2 hingga tersebut ttg jawatan yg dipegangnya sbg President utk Editorial Board. Alfredo minta ayahnya agar tak ckp terang2 krn ‘ckp siang pandang2’ katanya. Tanpa mrk sedari, Desiree sedang mendengar di balik pintu pejabat itu ttg segala yg mrk dah bualkan.

Taman …….. Keadaan cemas !!!!! Manolito terus pujuk Charlota bg Mariana. Charlota warning agar tak hampirinya krn dia akan baling Mariana ke tanah. Juana pun begitu minta agar jgn diapa2kan Mariana krn dia sanggup buat apa shj. Juana kata yg Charlota nampak serus. Charlota ajuk2kan Juana. Alejandro pun pujuk Charlota tp Charlota marah balik Alejandro. Tiba2 kelihatan Salvador & Ana Maria yg dtg dr belakang Charlota. Salvador memaut belakang Charlota & Charloat telah angkat Mariana ke atas. Manolito segera ambil Mariana & bg pd Juana. Juana mencium anaknya lega manakala Salvador terus memaut pinggang Charlota yg sedang meronta2.

Positivo/pejabat Mauricio …….. Armando sedang dgn Enriqueta. Enriqueta gembira sgt2 yg Mauricio masih hidup. Dia buat keputusan akan terus teruskan Positivo. Armando bgth ttg perangai Desiree yg nampak pelik akhir2 ni tp dia gembira bila Desiree sentiasa menyokong Mauricio. Enriqueta setuju krn katanya w/pun dia tak baik sgt dgn Desiree, tp dia sependpt dgn Desiree ttg Mauricio. Tiba2 Desiree masuk. Armando tanya ttg perjumpaannya dgn Rogelio. Desiree bgth yg dia tak jumpa dgn Rogelio krn dia terdengar perbualan Rogelio & Alfredo. Rupanya Rogelio adalah President Editorial Board. Desiree tak faham apa yg berlaku. Enriqueta pun bgth ttg masalah yg mrk hadapi dulu dgn Editorial Board (EB) & krn EB lah, majalah keluaran mrk dikatakan tak laku. Oleh itu, Mauricio ambil keputusan putus hubungan dgn EB. Armando kata dia yakin yg Rogelio adalah dalang segala2nya. Desiree bgth yg mrk harus bgth Mauricio & Enriqueta kata yg dia akan phone peguam Mauricio utk maklumkan maklumat itu. Desiree kata pd Enriqueta agar bgth Alejandro suapaya tak sebut namanya yg dengar segalanya pd Rogelio krn jika Rogelio tahu, pastinya dia akan dibunuh. Enriqueta angguk faham dgn permintaan Desiree.

Rumah Perez di ruang tamu ……. Juana bawa Mariana balik. Ana Maria & Rosita pun ikut belakangnya. Rosita puji2 dgn keajaiban yg dikelilingi Mariana. Katanya, nama Mariana sama dgn satu lagenda maka ada seseorg bidadari yg akan lindunginya. Azucena dtg tanya kenapa mrk nampak kelam kabut. Juana bgth ttg apa yg terjadi. Ana Maria bgth yg Salvador dahpun bawa Charlota ke balai. Juana terus dukung anaknya dgn erat sambil kata yg mulai sekarang, dia yg akan uruskan segalanya.

Taman ……. Manolito & Petrica masing2 duduk di buaian. Petrica masih goda Manolito. Hatinya berkata yg dia perlu hamil w/pun dgn anak Manolito sekalipun. Petrica ajak Manolito temannya balik krn tiada sesiapa di rumahnya. (ada makna tu….). Manolito cam faham dgn permintaan Petrica. Hatinya pun berfikir yg jika dia ikut Petrica, maka dia boleh menguji dirinya yg bermasalah itu. Manolito pun ikut Petrica.

Balai polis/pejabat penguasa Diaz ……… Salvador bawa Charlota jumpa Diaz. Dia minta agar Charlota ditangkap krn cuba apa2kan anak Juana & dia ada bukti Alejandro sbg saksi kejadian itu. Tp Diaz pula menyebelahi Charlota. Katanya dia tak boleh suka hati buat begitu. Charlota tersenyum aje. Salvador geram pula minta agar Charlota diperintahkan mahkamah agar tak dekati keluarga Juana. Diaz marah Salvador balik & cuba ingatkan yg dia adalah ketua di situ.

Rumah Petrica ……. Petrica ajak Manolito masuk. Manolito nampak cam gelabah aje nak minta diri balik dulu. Tiba2 mak Petrica dtg. Petrica terkejut cos dia ingat maknya tiada di rumah. Manolito minta maaf tp mak Petrica itu suruh manolito agar tak segan dtg rumannya. Maknya bgth yg dia nak keluar lagi & mungkin lama (dia cam faham aje anaknya yg buat apa). Mkanya pun pergi. Maka tinggallah Petrica dgn Manolito. (adegan dipotong). Manolito & Petrica di atas sofa. Manolito kata yg mrk tak harus buat begitu tp…..(adegan potong lagi).

Apartment David …….. Brandy hantar David balik. David kata yg dia amat gembira mlm itu. Katanya dia nak sentiasa ada Brandy dgnnya. Dia ajak Brandy duduk lagi di ribaannya. Brandy hanya terseyum pandang David. Kata hatinya sedangkan yg dia kini dah ada di apartment David, dia takut jika dia duduk di ribaan David nanti, dia akan rasa rendah diri kalau dia tak dpt penuhi kehendak masing2. David terus2 ajak Brandy duduk di ribaannya. (Adegan dipotong).

Positivo/pejabat Mauricio …….. Alejandro dah dtg. Enriqueta pun bgth ttg apa yg dia tahu. Desiree pun turut bantu terangkan. Alejandro kata yg dia pasti yg maklumat itu penting krn Rogelio ada motif utk bunuh Francisco.

Penjara …… Mauricio sedang menangisi berdoa pd tuhan atas apa yg terjadi. Katanya dia tak pandai nak berdoa. Dia hanya nak tuhan agar tak tarik nyawanya krn kini dia dah ada tanggungjawab terhadap Juana & Mariana. Mauricio menangis minta agar dia diselamatkan demi Juana & anaknya yg sedang menantinya.

Rumah Petrica …… Salvador terserempak dgn Petrica bersama Manolito (agaknya dia nampak apa yg terjadi). Salvador senyum ketawa yg Manolito dahpun selesaikan masalahnya. Manolito bangun & cuba terangkan apa yg berlaku. Salvador kata dia tak kisah krn dia hanya nakkan Ana Maria & jika petrica kembali semula pd Mnaolito, dia tak kisah langsung. Petrica nampak cam takut aje. Salvador pun kata ttg kehamilan Petrica. Manolito terkejut. Petrica akhirnya kata yg dia hanya kata begitu agar Salvador tak kembali pd Ana Maria. Salvador senyum krn dia kan pergi terus ke Ana Maria sekarang juga. Dia pun keluar.

Rumah Perez…….. Ana Maria sedang siram pokok sambil bercakap2 dgn pokok itu. Katanya, dia dah ada maklamat hidupnya sekarang & amat berharap Salvador akan luahkan isi hatinya pd dia. “Kalau lah Salvador tiba2 sekarang muncul di pintu…..Hai Ana, tak mungkin itu akan terjadi!” kata Ana pd pokok di depannya. Tiba2 Salvador dtg. Ana Maria terkejut bak kata2 dah jadi kenyataan pula. Ana Maria tanya ttg Charlota. Salvador bgth yg Charlota dah diberi amaran agar tak hampiri keluarga Perez. Ana Maria tersenyum. Akhirnya Salvador pun bgth yg dia nak lamar Ana Maria. Melopong mulut Ana tak terkata apa2. Salvador hairan kenapa Ana Maria hanya diam aje. “Ohh…aku tahu yg aku sepatutnya lamar kau dgn bunga, mkn mlm yg romantic di tmpt yg sesuai agaknya…! Tp pastinya apa yg aku rancang tu tak akan menjadi selalunya!” Salvador pun berpaling nak keluar dr situ tp Ana Maria panggilnya balik semula. Dia kata dgn senyuman yg dia setuju dgn lamaran Salvador. Salvador terkejut & mrk berdua berciuman. Juana & Azucena rupanya sedang memerhatikan mrk dr tingkat atas. Juana tutupkan mukanya tahan ketawa manakala azucena tersenyum aje.

Seminggu kemudian…..
Rumah Perez bilik Juana …….. Kelihatan Ana maria yg berpakaian cantik memegang bunga dikiri kanannya Azucena & ayahnya Ramon. Ana Maria kata yg dia amat gembira krn mak & ayahnya ada ketika hari dia nak kahwin. Azucena kata yg dia doa agar Ana Maria bahagia sentiasa. Ramon pula kata yg dia tak sangka yg dia masih sempat nak tengok anaknya itu berkahwin. Ana Maria kata yg ayahnya akan hidup utk lama lagi. Azucena pun kata yg mrk harus turun sekarang krn pastinya pengantin lelaki tak sabar menunggunya.

Rumah Perez di ruang tamu ……. Salvador yg bersuit hitam berbual dgn Manolito. Rosita keluar dr dapur bawakan minuman dgn senyuman sambil disambut oleh Pecheco. Manolito hadiahkan Salvador tali leher. Salvador ucap terima kasih & mrk suruh Salvador terus pakai aje tali leher itu. Manolito pun ikat tali leher itu di lehernya itu Salvador. Ana Maria turun dgn pimpinan ayahnya & emaknya. Salvador pun pandang Ana Maria yg tersenyum lebar.

Penjara ……. Juana bawa Mariana jumpa Mauricio. Mauricio dukung Mariana. Juana tanya bila dia akan dibebaskan. Mauricio bgth yg Alejandro dahpun tetapkan tarikh perbicaraan dgn hakim. Juana nampak risau sgt tanya jika Mauricio tak sihat aje. Mauricio kata dia tak apa2. Dia suruh Juana bawa Mariana balik utk raikan majlis perkahwinan maknya. Juana ambil Mariana nak keluar. Juana peluk Mauricio bgth yg dia amat rindukan Mauricio. Mauricio cium Mariana & Juana sebelum mrk keluar.

Positivo/pejabat Mauricio …….. Humberto masuk & ternampak hanya Armando yg ada. Armando bgth yg Enriqueta tak akan dtg hari itu krn hadiri majlis di rumah keluarga ‘hipi’. Humberto faham ‘hipi’ itu adalah teman lelaki Enriqueta. Armando kata apa2 shjlah. Dia suruh bg kerja yg Humberto dah buat pdnya. Humberto pun duduk bila dah hulurkan filenya pd Armando.

Rumah Perez di ruang tamu ……. Ana Maria berpelukan dgn Salvador. Salvador cam segan aje nak cium Ana Maria krn Ramon sedang ada dekat mrk. Ramon kata yg Salvador boleh cium aje Ana Maria krn mrk akan kahwin. Dia puji Salvador mmg lelaki beradab krn minta kebenaran utk cium Ana Maria. Ana Maria kata yg dia nak tunggu dulu Juana & Mariana balik. Manolito kata yg jika Juana jumpa Mauricio, dia tak akan sedar masa akan berlalu. Tiba2 Juana pun balik dgn dukung Mariana. Dia kelihatan sedih & baru nangis. Ana Maria tanya kenapa. Juana hanya kata dia gembira maknya akan kahwin. Begitu juga dgn Mauricio.

Rumah Vivas …….. Rogelio dgn Alfredo. Dia tgh bengang krn dia tak tahu kat mana peguam Mauricio boleh tahu yg dia adalah President EB. Rogelio tahu yg peguam Mauricio akan gunakan alasan itu utk kaitkannya dgn kematian Francisco & penjualan Positivo. Alfredo hanya diam aje. Rogelio minta agar Alfredo teruskan buat akaun palsu Positivo utk tunjukkan yg Positivo dah hampir bankrap. Alfredo angguk & minta diri dahulu. Amparo dtg bgth suruh tengokkan Charlota. Amparo bgth yg Charlota seharusnya dihantar ke pusat mental krn dia tak sihat. Rogelio pula kata yg buka Charlota yg harus masuk sana tp Amparo. Amparo marah le sambil nangis2 kata yg semua perkara yg terjadi pd anak2 mrk berpunca dr Rogelio. Charlota dah tak sihat, Alfredo pula jadi boneka ayahnya malahan Humberto pula jadi Homoseksual. Rogelio terkejut. Dia marah2 kata yg Humberto bukan anaknya jika berperangai begitu. Amparo pula kata balik yg Rogelio tidak harus kata begitu, jika tak Amparo pula akan pergi dr situ. Rogelio pandang tepat Amparo.

Rumah Perez di ruang tamu ……… Ana Maria dgn Salvador. Hakim Sivil pun dtg utk perkahwinan itu. Ana Maria kata yg dia tak boleh kahwin lagi krn masih tak ada saksi. Manolito kata diakan saksi tp hakim itu kata mrk perlukan 2 org saksi. Bunyi loceng di pintu…..manolito pun pergi bukakan pintu. Enriqueta yg dtg (cunlah dia)…. Manolito nyata terkejut tp tetap tersenyum.

Sambung isnin……

Posted on Sep 12, 2003, 11:08 AM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1