Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 144 (diterjemahkan oleh Adik Lisa) English Home
Summary Khamis

Positivo/Depan pejabat Mauricio ……. Charlota panggil ayahnya yg sedang bertengkar dgn Desiree ttg rancangannya terhadap Positivo tu manakala Mauricio yg sedang menyamar sebg pencuci sedang memasang telinga dengar perbualan mrk bertiga. Desiree marah2 Charlota yg menyokong rancangan ayahnya nak tutup company tu, katanya “sebg isteri Mauricio, kau sepatutnya memahami kehendak Mauricio yg nak jayakan majalah ni….!!!!” Charlota marah2 balik dan ungkit ttg pertolongan ayahnya terhadap Desiree ttg kuasa saham2 Francisco yg dimilikinya. Charlota dan ayahnya kembali balik ke pejabat Mauricio tp Desiree terus balik Tp semasa nak masuk tu, Rogelio merungut pd Ines ttg “pencuci baru” tu yg masih sibuk kat situ. Ines kata “pencuci baru” itu utk bersihkan kopi yg tumpah. Rogelio masuk dgn muka masam tanpa mengecam Mauricio.

Rumah Perez di dapur …… Azucena sedang berbual dgn Rosita dan Juana ttg apa yg mungkin berlaku pd Ana Maria yg nampaknya cemburu dgn berita yg diterima ttg perkahwinan Salvador & Petrica.

Positivo/Depan pejabat Mauricio …….. Rogelio keluar dgn anaknya Charlota. Rogelio arahkan agar Charlota ikut dia krn dia ada rancangan yg di buat. Mrk berdua pun pergi.

Dalam pejabat Mauricio …… Armando bgth yg dia langsung tak setuju dgn apa yg dicadangkan oleh Rogelio. Enriqueta pun setuju tp katanya Rogelio & charlota adalah pemegang saham terbesar, oleh itu mrk terpaksa akur. David tak faham apa yg terjadi dan cuba minta penjelasan. Enriqueta pun bgth yg mungkin jika Rogelio yg ambil alih Positivo itu, ianya akan dijual dan kerja mrk akan terjejas. David terus berkerut.

Rumah Perez di bilik Juana ….. Ana Maria sedang baring kat katil sambil merungut2. Juana masuk dan tanya maknya itu jika maknya mahu dipeluk. Ana Maria kata ikut suka hatilah. Ana Maria merungut2 ttg hubungannya dgn lelaki yg tak pernah kekal “Mungkin aku dah ditakdirkan agar sendirian” Juana bgth maknya yg maknya mungkin dah jatuh cinta dgn Salvador. Ana Maria dgn nada marah2 membangkang yg dia bukannya jatuh cinta pd Salvador. Juana hanya senyum dgn gelagat maknya itu tp akhirnya Ana Maria bgth yg dia pernah bercium dgn Salvador. Juana terkejut sgt. Ana Maria kata “Tp sejak ciuman itu, Salvador mula jauhi aku manakala aku pula sukakannya…!!” Juana yakinkan maknya yg itu adalah cinta.

Positivo/Depan pejabat Mauricio …… Mauricio yg masih menyamar bgth dirinya yg dia perlu siasat cari document milik Francisco tu sebelum dapat oleh Rogelio. Dia tak nak majalah itu dijual. Mauricio mendekati pintu pejabatnya tp dia terdengar masih ada org lagi di pejabatnya. Tiba2 pintu dibuka dan Mauricio berpura2 bekerja di tepi. Kelihatan Enriqueta yg keluar sambil bgth yg dia tak nak makan tgh hari itu. Armando yg sedang menolak kerusi roda david pun keluar melintasi Mauricio tanpa mrk sedari. Enriqueta pun ikut belakang mrk. Mauricio teringat ttg kata2 pertengkaran Rogelio & Desiree tadi. Mauricio tak sangka yg selama ini Desiree sentiasa menyokongnya memajukan majalah itu. Mauricio terfikir yg hanya Desiree yg dpt tolongnya.

Rumah Perez di dapur ….. Azucena dan Rosita masih berbual ttg berita terkejut perkahwinan Salvador tu. Bunyi loceng dan Rosita bukakan pintu. Rupanya Lili dtg nak jumpa Juana. Katanya dia ada berita gembira ttg Juana yg dibenarkan oleh pengetua mrk utk ambil final exam cos Juana dah punyai markah tinggi. Azucena & Rosita amat gembira. Tiba2 kedengaran bunyi suara Ana Maria yg sedang turun tangga merungut2 sesuatu dan bgth yg dia nak keluar. Azucena hanya berkerut aje.

Positivo/ pejabat Desiree ….. Mauricio yakin yg semua org dah keluar mkn tgh hari. Oleh itu dia nak guna kesempatan yg ada. Dia tercari2 dokument tu sambil membelek2 file yg ada atas meja tu.

Ruang pejabat Positivo …… Armando tiba2 bgth yg dia tak jadi nak mkn tgh hari bersama2 david cos ada kerja dan dia beredar dr situ. Kelihatan Brandy di belakng kerusi roda David.

Rumah Perez di bilik Juana …… Lili masuk jumpa Juana yg sedang betul2kan anak patung (utk anak dia ker?) Juana amat gembira Lili dtg. Lili bgth yg Juana boleh ambil final exam tu. Juana termangu.

Positivo/ pejabat desiree …….. Sedang Mauricio belek2 file, tiba2 Armando masuk. Armando marah dan tanya kenapa ‘pencuci’ tu belek2 file kat meja tu. Mauricio yg tertunduk2 selindung bgth yg dia sedang mengemas. Mauricio pun nak keluar tp Armando marah2 dan kata yg dia akan report kelakuan itu pd ketua penjaga nanti. Tp Mauricio pura2 kata yg dia cari jika ada gambar Desiree, kononnya dia dah berkenan pd Desiree yg cantik. Armando pun bgth dia setuju ttg kecantikan Desiree dan arahkan supaya ‘pencuci’ tiu pergi dr situ & dia tak akan buat report “Kalau kau nak gambar Desiree, kenapa tak minta sendiri?” merungut si Armando. Mauricio pun keluar dr situ.

Ruang tamu Rumah Perez …… Juana sedang berbincang dgn Lili. Lili pujuk Juana agar ambil exam tu. Mrk berdua berpelukan. Tiba2 bunyi loceng & Juana pun pergi buka pintu. Alangkah terkejutnya Juana, tiba2 Rogelio & Charlota yg dtg rumahnya.

Apartment Desiree ….. Desiree sedang bersama maknya di atas sofa. Desiree bgth betapa dia geram dgn Rogelio dan tindakan charlota yg menyokong ayahnya itu “Jelas yg Charlota tak pernah menyintai Maurici pun…!” Maknya nasihat agar dia bersabar tp Desiree berjanji yg dia akan beri apa shj yg Rogelio nak buat terhadapnya tp dia sendiri akan cuba mengenakan Rogelio tu nanti. Desiree geram krn Rogelio masih tak bebaskan abgnya lagi spt yg dijanjikan itu.

Pejabat penjaga bangunan ….. Penjaga bangunan tu hairan kenapa Mauricio minta nak bersihkan pejabat Positivo shj malahan pula di sebelah mlm. Katanya dia syak yg Mauricio tu nak curi sesuatu. Mauricio nafikannya yg dia adalah pencuri tp penjaga tu kata dia bak polis juga, sentiasa tahu niat seseorg. Akhirnya dia benarkan Mauricio bersihkan Positivo di sebelah mlm.

Balai polis Caracas/pejabat Salvador ….. Salvador dgn Pechico sedang bincangkan ttg kes Mauricio dan tingkah laku pesuruhjaya polis mrk yg agak pelik terhadap kes Mauricio. Mrk tak sangka yg pesuruhjaya tu yg sendiri buat siasatan. Pechico kata Mauricio mmg bersalah berdasar bukti2 yg ada. Salvador mula mempersoalkan bukti2 yg ada, pistol yg ditemui di office Mauricio bukan bawah nama Mauricio dll lagi. Salvador yakin Mauricio tak bersalah dan dia akan cuba buat siasatan lagi. Tiba2 pintu di buka, terkejutnya bila terpandang Ana Maria yg dtg rupanya. Ana Maria dgn nada marah2 bgth yg Salvador seorg yg penipu dan terus ber penampar kat pipi Salvador. Salvador tercengang menahan sakit di pipinya.

Apartment Enriqueta …… Manolito yg sedang membaiki blender Enriqueta yg rosak sambil dengar muzik terkejut bila Enriqueta tiba2 balik tgh hari tu. Enriqueta bgth supaya Manolito teruskan apa yg dia buat. Manolito nampak yg Enriqueta cam sedih. Enriqueta bgthlah apa yg terjadi di Positivo setelah kematian Mauricio. Manolito memeluk enriqueta utk redakan kesedihan Enriqueta itu.

Ruang tamu Rumah Perez ……. Juana tak nak bg Rogelio & charlota masuk tp Rogelio kata yg dia hanya nak bincang dgn Juana. Rogelio pun duduk di kerusi manakala charlota berdiri belakang ayahnya. Lili bgth yg dia akan panggil kan Micky atau sesiapa shj utk jaga Juana. Azucena dtg dan tanya apa yg berlaku. Rogelio kata yg dia ada cadangan baik utk Juana berhubung anak Mauricio yg baru lahir tu. Tiba2 Rosita keluar sambil pangku Mariana utk Juana susukan. Rogelio minta nak dukung Juana marah & tak benarkannya. Dia arahkan agar Rosita bawa Mariana naik atas. Azucena pun bawa Rosita & mariana naik atas. Rogelio bgth Juana yg Juana adalah ibu yg baik krn terlalu melindungi anaknya. Charlota sempat buruk2kan juana. Juana tanya apa yg Rogelio nak darinya. Rogelio bgth supaya Juana lupakan yg dia hamil krn kesilapan dr mani Mauricio. Juana tak faham. Rogelio pun keluarkan sekeping cek yg dia nak bg Juana. Juana pandang tepat cek itu.

Balai polis Caracas/pejabat Salvador ……. Salvador tanya Ana Maria kenapa tiba2 dtg marah2nya dan menamparnya pula. Ana Maria merepek mcm2 kononnya dia dah kenal jenis lelaki Salvador yg suka main2kan perempuan. Tp katanya dia tak akan jadi cam tu lagi. Salvador tak faham manakala Pacheco hanya senyum2 dengar pertengkaran mrk. Ana Maria terus marah2 (Jealous tu….) tp tiba2 pintu di buka, muncul si pesuruhjaya polis tu yg suruh Salvador dtg jumpanya di pejabat sekarang. Salvador bgth Ana Maria tunggunya di situ manakala dia kena jumpa ketuanya dulu. Salvador pun keluar manakala Ana Maria berpaling belakang pandang Pacheco dgn marah & tajam.

Ruang tamu Rumah Perez ……. Rogelio bgth Juana yg Juana harus lupakan anaknya itu anak Mauricio. Carlota pula yg mrk tak seharusnya percaya Juana krn Juana akan gunakan anaknya nanti utk minta bhgn harta Mauricio kelak. Juana senyum dan minta Rogelio bg cek tu pdnya. Rogelio pun serahkan dan Juana pun belek2lah cek itu sebelum mengoyaknya. Charlota menggeleng kepalanya (dia agak Juana akan buat gitu) manakala Rogelio cam terkejut dgn tindakan Juana. Juana bgth yg Rogelio tak leh nak beli dia & anaknya. Rogelio kata yg Juana akan kesal kerana tak ikut kata mrk. Juana marah2 bgth yg dia tahu apa yg Rogelio dah buat dan akan buat pd Mauricio. Rogelio terkejut “Akan buat pd Mauricio?” Kata2 Juana buat Rogelio berfikir. Tp Juana lari dr katanya dan bgth yg dia tahu yg Charlota yg hamper bunuhnya di hospital dan dia tak akan biarkan ianya berlaku lagi pd dirinya mahupun anaknya. Charlota marah2 tp dihalang oleh ayahnya. Azucena pun dtg semula dan minta Rogelio & Charlota pergi. Rogelio pun ajak anaknya balik sambil kata yg dia dah usaha cakap secara baik tp Juana akan kesal kelak dgn tindakannya nanti. Mrk pun keluar dan Azucena memandang Juana yg dirundung risau.

Apartment Enriqueta …… Manolito & Enriqueta duduk di sofa. Manolito ajak Enriqueta menari nak hilangkan tension yg dialami Enriqueta. Dia tarik tgn Enriqueta bangun dan mrk berdua pun menari. (Adegan dipotong lak…)

Rumah De la Vega ….. Charlota sampai dgn ayahnya. Charlota bgth ayahnya yg mrk seharusnya tak dtg rumah Juana krn sikap Juana. Charlota ketawakan Juana kononnya berpura2 tak nak terima cek tu w/pun mrk miskin. Rogelio bgth Charlota agar berhati2 krn segalanya akan berjalan spt rancangannya.

Restoran …… David sedang termenung & minum dgn Brandy. Brandy tanya apa yg merisaukan David. David menghampiri Brandy dan bgth yg dia mencintai Brandy. Brandy terkejut. Mrk berdua pun berciuman.

Balai polis Caracas/pejabat Salvador …… Salvador masuk dan lihat Ana Maria dah tiada. Pacheco bgth yg Ana Maria dah bosan tunggu lama2 lalu balik tp Ana Maria sempat marah2nya lagi. Salvador kehairanan dgn sikap Ana Maria.

Ruang tamu Rumah Perez …… Juana sedang dukung Mariana sambil diperhatikan oleh Ramon. Ramon kata dia tahu Rogelio dtg tadi dan dia puji yg Juana amat berani hadapi semuanya sendiri. Juana bgth yg dia tak tahu apa nak buat utk lindung anaknya dr mrk. Ramon cadangkan agar Juana pula bgth Rogelio yg dia sendiri ada bukti (mmmg pun….) ttg kejhtn Rogelio, ugut jika dia & Mariana diapa2kan, dia kan bg bukti tu pd polis. Juana angguk2 seolah2 setuju dgn cadangan datuknya itu.

Dalam kereta Vivas ….. Camacho sambil memandu senyum2 bgth yg dia suka tengok bosnya itu gembira. Rogelio bgth yg dia mmg gembira sgt krn rancangannya dah berjln lancara w/pun tadi ada sedkit masalah dgn Juana. Oleh krn dia gembira, Rogelio bgth yg dia akan tolong penuhi permintaan Desiree utk bebaskan abg Desiree dr jail.

Apartment Enriqueta ….. Enriqueta sambil membetul2kan bajunya tanya Manolito jika dia dah tak menarik bg Manolito. Manolito kata bukannya masalah dtg dr Enriqueta tp dr dirinya sendiri. Dia tak yakin dgn dirinya krn Enriqueta terlalu menarik dan besra utk dirinya.

Restoran …. Brandy tak percaya David cintakannya malahan dia ingat David mabuk lak. Dia tak nak jadi cam dulu di mana dia amat taruh harapan pd David tp David musnahkan harapannya. David tegaskan yg dia mmg betul2 cintakan Brandy hingga David ckp kuat2 dan buat semua org yg ada sekeliling mrk tepuk tgn ramai2. Brandy hanya senyum.

Ruang tamu Rumah Perez ….. Juana sedang main2 dgn anaknya Mariana sambil fikirkan ttg apa yg Lili bgth pdnya. Juana pun belek2 sijil2 pelajar cemerlang yg dia dpt dan surat tawaran study di LA dulu. Juana tekad yg dia akan ambil exam tu utk buktikan pd anaknya itu yg dia dah habiskan sekolah tinggi. Dia seharusnya tunjuk teladan yg baik buat Mariana. Tiba2 bunyi loceng pintu, Juana pun bangun buka. Salvador yg dtg rupanya dan tanya jika Ana Maria ada di situ. Juana sambil dukung Mariana bgth yg Ana Maria tiada di rumah.

Apartment Desiree ….. Mak Desiree berlari ke pintu, dia ingatkan Desiree yg balik tp rupanya Rogelio & abg Desiree yg baru dilepaskan. Mak Desiree tak cam tp Rogelio bgth yg itu anaknya. Abg Desiree pun terus peluk maknya. Mrk saling lepaskan rindu. Rogelio tarik muka aje dan tanya mana Desiree. Mak Desiree bgth yg Desiree dah keluar dan dia sendiri tak tahu Desiree pergi mana.

Positivo/pejabat Desiree ….. Mauricio sedang cari2 lagi dukoment. Dia ckp sendirian yg document tu tiada di situ “Adakah Desiree simpan di rumahnya?”

Ruang tamu Rumah Perez …… Juana sedang berbual dgn Salvador sambil pangku Mariana. Salvador bgth apa yg Ana Maria lakukan di pejabatnya. Dia tak fhm apa yg berlaku. Juana bgth ttg ‘perkahwinan terkejut’ antara Salvador & Petrica yg dah heboh kat kws rumah mrk tu. Salvador tercengang tak tahu apa2. Dia nak balik tp Juana tanya lak ttg jika ada maklumat baru ttg kes Mauricio. Salvador kata dia yakin Mauricio tak bunuh Francisco tu tp tiada bukti apa2. Salvador cam sorok sesuatu. Dia pun keluar. Juana terfikir sendirian adakah dia patut bgth Salvador ttg pembunuh yg sebenarnya-Rogelio yg dah dtg pun rumahnya tadi.

Apartment Desiree ….. Rogelio sibuk nak tahu gak ttg ke mana Desiree pergi tp mak Desiree kata dia tak tahu apa2. Mak Desiree pandang Rogelio dgn pandangan yg tajam. Rogelio sambil nak keluar ingatkan ttg dia suka tabor budi pd org krn dia nak org tu balas budi, jika tak balas, dia boleh buat apa2 shj pun. Dia pun keluar. Abg Desiree memeluk maknya.

Positivo/pejabat Desiree ……. Mauricio masih2 belek file lagi. Tiba2 Desiree masuk. Mauricio pun tunduk2 manakala Desiree marah2 krn ceroboh biliknya. Mauricio berpaling belakang sambil buka topinya dan minta maaf. Desiree terus marah2 tp dia terkejut bila Mauricio berpaling pdnya tanpa topi “Ini akulah…!” Desiree melopong “Mauricio!????.....”

Sambung esok Jumaat 5/9/03

Posted on Sep 5, 2003, 10:51 AM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1