Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 140 (Kak Na) English Home
JLV Ep 140 Khamis 29 Ogos 2003 Dalam Bahasa Melayu

Di luar Rumah Perez: Juana menunggu di luar rumah. Carlotta suruh Camacho perhatikan Juana betul2, penantian mereka berbaloi. Tapi Juana ternampak Carlotta lalu berjalan menuju ke arahnya sambil memanggil namanya. Carlotta terkejut. Mauricio menjengah dari belakang pokok.

Rumah Rogelio: Makcik Eva gi jumpa Rogelio. Dia kata dia tau sapa yang bunuh mauricio, Rogelio lah dalang pembunuhan itu.

Di luar rumah Perez: Carlotta bertengkar dengan Juana, Juana kata kenapa mai situ sedangkan itu bukan tempatnya. Carlotta kata dia mai cari sesuatu. Juana syak dia nak cari anak Mauricio, Carlotta kata dia tk cari anak luar nikah tu. Takkan Juana dok luar rumah tunggu anak dia kot. Mauricio kata kalau Carlotta berani sentuh Juana, siap lah. . Carlotta kata dia amik angin saja. Kemudian dia tuduh Juana rampas suami dia. Juana pangil dia gila, dan ucapkan selamat malam. Carlotta tanya dia tak sedih ker dgn kematian kekasihnya? Juana kata akhirnya Carlotta ngaku jugak dia sorang balu. Carlotta terus menerkam Juana dan tanya "apa? apa?"

Rumah Rogelio: Makcik Eva kata dia tau Rogelio ada hubungan dgn pembunuhan anak saudaranya. Rogelio menidakkannya. Makcik Eva kata dia tau semua ini akan berlaku sebaik saja Mauricio bekerja bersama Rogelio. Keiginan Rogelio utk mendapat kuasa terlalu meluap luap dan sanggup buat apa saja. Rogelio kagum dgn Makcik eva yg memandang tinggi padanya. Makcik Eva kata Mauricio dah lama ada keinginan utk menjayakan impiannya dan terpaksa bergabung dgn Rogelio utk berjaya. Tapi Rogelio pulak sanggup buat apa saja utk dptkan kuasa.

Rumah Perez: Camacho gi leraikan Carlotta yang menerkam Juana. Biler terlepas, Juana terus menyambar pencakar rumput dan mengacukannya kepada Carlotta sbg senjata. Juana kata dia bagaikan singa betina yg baru bersalin. kemudian keluarlah seluruh kuarga peres dengan berbagai jenis senjata dan menghalau Carlotta dari situ.

Rumah Rogelio: Rogelio tanya macam mana makcik Eva leh tuduh dia pulak menyebabkakan kemalangan tu. Makcik Eva percaya Rogelio yang merancang. Kemudian Amparito sampai dan tanya ni mesyuiarat keluarga ker?

Di luar rumah Perez: Camacho pon nyorok belakang Carlotta biler tengok wanita2 Perez yang garang2 belaka. Orang2 di kejiranan tu dah dengar bising2 tu. Juana kata bagusla nanti esok keluar kat akhbar muka depan.Ana Maria kata penjahat macam depa ni patut dihapuskan. Mauricio hanya mampu menjengok dari jauh. Juana kata ni kawasan dia jgn berani buat hal.

Rumah Rogelio: Amparito tanya balik betuika Eva percaya Rogelio merancang kemalangan Mauricio. Makcik Eva kata anak perempuan mereka perlu dijaga sbb dah tak sihat macam tak siuman. Suami mati bukannya nak meratap tapi keluar merayau cari suaminya. Makcik Eva kata dia takut nanti Carlotta mencederakan org pulak. Amparito tak terkata apa. Lebih baik jaga anak perempuan lain daripada tuduh org lain tak siuman.

Di luar rumah Perez: Makin ramai orang di kejiranan tu mai nak bantu kuarga Perez, depa tanya sapa nak kacau Juana kami? abih ngn Carlotta ngn Camacho lari masuk lam keta dan memandu pergi dari situ. Orang2 di kejiranan tu pakat2 halau depa. mauricio senyum. Juana tergelak.

Rumah Nicolas: Nicolas tertanyaa tanya mana Rafael. dia ingat Rafael gi jengok Canela. Dia nak gi cari Rafael.

Rumah Perez: Keluarga Perez dan Rafael masuk kerumah dgn gembira. Ana Maria kata perempuan macam Carlotta layak dilayan macam tu. Ramon kata balas dendam bukan langkah yang baik. Juana kata ingat ker Carlotta dah nak kene serangan jantung. Rafael dengan gembiranya menjawab "ya!" Juana gembira memeluk Rafael. Ramon mencium Rafael. Ana senyap2 gi sembang ngn Juana tanya sama ada Rafael dah tau mengenai ayahnya.

Rumah Rogelio: Amparito panik memikirkan Carlotta yang tak sihat. Rogelio suruh dia jgn cakap yg bukan2. Amparito sampaikan berita kematian Mauricio kepada Humberto dan Alfredo. Carlotta dah jadi balu.

Rumah Perez: Rafael berterima kasih sbb Juana menyelamatkannya dari dibawa balik oleh Carlotta. Juana memeluk Ana Maria. Dia selesa macam tu. Maria Rosa bangga dengn keberanian Juana. Juana suruh Mak dia dan Rosita gi sediakan tempat utk Rafael, dia janji akan beritahu Rafael mengenai 'hal tu' esok. Lepas depa blah, Juana tertanya tanya sama ada Mauricio masih ada di luar.

Rumah Rogelio: Rogelio tegur naper Humberto nangih cam perempuan. Depa masih bincangkan kematian Mauricio. Amparito kata semuanya masih mengelirukan. Dia cuma risaukan Carlotta yang bersikap pelik dan tak sihat. Humberto suruh mak dia berehat dan membawanya ke bilik. Alfredo tanya Rogelio apakah makna kematian Maricio pada mereka? Apakah kedudukan mereka dalam pengurusan majalah?

Rumah Perez: Juana menjengah ke pintu dan membisik kuat panggil Mauricio masuk. Mauricio risau org lain tau. Dia masih kata rancangan ni tak masuk akal. Juana kata org lain tak patut tau, sekarang ni yang tau cuma dia, makcik Eva dan Rafael jer. Mereka berpelukan dan berciuman. (kene potong) Juana menarik Mauricio ke studio gambarnya dan mereka meluahkan kasih sayang kat situ (adegan ciuman disingkatkan la). Juana kata mereka perlu buat semua itu utk demi mereka berempat, dia, Mauricio, Mariana dan Rafael. Juana pon rasa susah nak berdepan ngn orang lain sejak 'kematian' Mauricio. Mauricio suruh dia bertenang. Mauricio kata sejak berjumpa Juana, dia merasakan nikmat hidup.

Rumah Rogelio: Carlotta berkawad masuk bersama Camacho. Carlotta suruh Camacho tunggu. Carlotta kata dia pelukan sokongan Rogelio dan berharap dia tak menolak.

Rumah Perez/studio: Mauricio citer dia nampak semuanya tadi. Dia terpaksa menahan diri dari menonjokan diri tadi. Juana kata dia lebih rela memukul Carlotta daripada menyerahkan anaknya. Mauricio bangga dengan Juana. Dia kata mana ada wanita lain yang menyayangi Rafael seperti Juana. Juana tak suka Carlotta memperalatkan Rafael. Mauricio percaya Rafael akan lebih gembira dengan mereka. Mereka sambung berpelukan dan berciuman.

Rumah Rogelio: Carlotta cieter yang mungkin Rafael dah pergi ker rumah tu sbb ada sesuatu. Dia citer apa jadi pada dia depan rumah Juana tadi. Carlotta kata dia tak tau Juana cari sapa masa keluar dari rumah. Dia syak Mauricio masih hidup dan kematiannya hanya lakonan.

Rumah Perez/studio: Mauricio dan Juana dpt rasakan Carlotta mengesyaki Mauricio masih hidup. Tapi dia tak der bukti. Mauricio teringat Makcik eva penah kata walaupun mereka sangka dia dah mati, mereka akan mengorak langkah selepas kematiannya. Juana kata jgn bimbang sbb diat au macam mana nak pertahannkan diri cam tadi. Mauricio kata kalau carlotta saja tak paa la, kalau pak dia tolong abih la dia. Mauricio memegang tangan juana dan menciumnya sambil pujuk2 nak tengok Mariana. Juana setuju utk keluar dan pergi amik Mariana. Mauricio bercakap sendirian.. SEmua ni memang sukar, tapi ntah kenapa masa ni dia dpt rasakan semuanya makin berbaloi.

Rumah Rogelio: Carlotta citer yang mairico dan Juana lari sama2 tiba2 ajer dia dpt berita Mauricio terlibat dalam kemalangan dan Juana dan bayinya tak apa2 pulak. Sedangkan Juana dan Mauricio lari dengan kereta. Rogelio pon terfikir sejenak.

Rumah Perez: Juana masuk ke biliknya. Mariana dikerumuni Rafael, Maria Rosa dan Ana Maria. Juana bercakap perlahan lahan dengan Rafael dan Maria Rosa tegurnya. Juana kata Rafael kalau resah kene gi dapur makan sbb itu nasihat doktor. Maria Rosa kata dia perlukan doktor macam tu utk nasihatkan dia supaya makan. Juana angkut Mariana sekali besama Rafael. Maria Rosa ikut sbb nak temankan mereka makan di dapur. Ana maria mengiring atas katil, gembira.

Studio. Mauricio bukak kotak dan tengok gambar2 parti masa kali pertama Juana kerja sementara utknya. Dia terhenti biler tengok gambar Francisco dan Desiree.

Rumah Rogelio: Rogelio pon mula syak jugak. Sebab masa lari dari rumah tu, Camacho sendiri nampak Juana dan Mauricio lari naik kereta bukannya naik bas. Carlotta tak nak dipersendakan perempuan tak guna itu. Dia berterima kasih sbb bapanya paham. Carlotta kata kalau mauricio nak meperolok olokkan dia, dia takkan berjaya. dia mesti terima balasan sebab mengaibkannya dan kalau betulla Mauricio dah mati, dia nak pastikan Juana terima balasan.

Rumah perez/studio: Mauricio kemudian tengok gambar Rogelio Carlotta dan Alfredo. Dia dah ingat tu gambar2 masa parti di rumahnya. Kemudian dia lihat gambar Armando dan Enriqueta. Da amik segulung negatif dan menelitinyaa. Dia cuba mengingat semula satu persatu apa yang berlaku.. Sebelum Rogelio sampai, Francisco memberitahunya sesuatu.. tapi kemudian buat keputusan tak ingat semuanya pulak. Dia heran naper Juana lama sangat.

Rumah Perez/dapur: Maria Rosa tunggu Rafael makan. Juana dah muka boring tunggu sambil mendukung Mariana. Maria Rosa kata dia pon takut dan resah jugak lepas kejadian tadi, mungkin dia jugak perlukan makanan. RAfael kata dia tak lalu nak makan. Maria Rosa kata jgn la kenangkan sangat org yang dah mati, makan jer. Juana surh Rosita gi makan kat biliknya dan jgn makan byk sgt. Dia angkut sekali ngn jus. biler Rosita blah, Juana cepat2 bagi tau Mauricio ada dok tunggu depa, mereka sama2 bergegas ke studio.

Apartmen Enrqueta/bilik tidur: Enriqueeta meragui sama ada dia wanita yg sesuai utk Manuel. Dia terlampau berdikri dan Manuel pulak sorang yg sensitif. Kemudian ada panggilan dari Armando. Manuel masih tidur. Armando tanya sama ada dia dah tau apa yang menimpa Mauricio.

Rumah Perez/studio: Rafael kata adik dia comel. Juana bagi Mauricio dukung Mariana. (Mariana terbersin, mesti sbb pak dia sehari suntuk tak mandi) Ternganga Mariana tengok pak dia. Juana kata seronok kalau mereka berempat dapat bersama macam nih. Dia rasa semua ni mcm satu rahmat. Mereka semua gembira melihat kelakuan Mariana bila diacah-acah.

Apartment Enriqueta/bilik tidur: Enriqueta kata tak mungkin Mauricio dah mati. Enriqueta kata dia tkkan kejutkan Manuel. Dia percaya kematian Mauricio adalah satu kesilapan. Enriqueta menaruh harapan esok pagi, semua akan kembali seperti biasa.

Rumah Rogelio: Rogelio terfikir betulkan semua ini satu lakonan saja? dia tanya apa la yang Mauricio fikirkan "Kalau kau masih hidup, bersedialah!"

Rumah Perez/ruang tamu: Ana maria mencari cari Juana di ruang tamu tapi dak der.

Rumah Perez/studio: Mauricio tegur Mariana cepat besar. Juana kata dia takkan kekal macam tu, tentu la dia akan makin besar. Kemudian Juana terdengar jeritan mak dia memanggil namanya. Dia mintak Mariana semula dan keluar dari studio. Rafael risau ada orang akan jumpa Mauricio dan mencederakan ayahnya dan Juana. Mauricio memeluknya dan memenangkannya.

Rumah Perez/ruang tamu: Ana Maria heran apa la Juana buat lam bilik tu dengan Mariana. Juana mintak mak dia tidurkan Mariana yang dah mengantuk dan terlelap dah. Ana maria panggil Mariana "Puteriku yang cantik". Juana bagi alasan dia ada beberapa perkara nak ditunjukkan pada Rafael. Biler Ana Maria blah, Juana kona masuk balik dlm studio.

Balai polis: Salvador menyemak fail yang tak beri sebarang petunjuk. Dia takkan menyerah kalah. Kemudian Pachecho masuk tanya dia tak berehat ker. Salvador kata dia tak dapat berehat sbb tak nak nama Mauriico tercemar selama lamanya. Dia tak nak Mauricio mati dan dianggap pembunuh Francisco sedangkan orang lain yg bersalah.

Rumah Perez/ruang tamu: Mauricio kata dia merindui Juana walaupun mereka sedang bersama, mereka berciuman, (kene potong) Rafael dok tunggu kat atas. Rafael kemudian turun sbb dia kata depa ni lama sangat ucap selamat tinggal. Mauricio nak bawak Rafael bersama dia sbb risau Calrotta akan kembali setelah nampak Rafael kat situ. Juana mencium Rafael yang beredar bersama Mauricio. Sebelum keluar, Mauricio sempat mencium Juana. Juana kata lam hati dia takut dan harap depa akan dapat bersama tanpa masalah dan bahagia. Dia cuma nak hidup bahagia dgn orang yang dia sayangi.

Siang..

Apartment Enriqueta/bilik: Enriqueta minum kopi di katil. Manuel baru terbangun. Enriqueta kelihatan berfikir panjang. Manuel bangun dan tersenyum, muka dia berubah biler tengok keadaan Enriqueta dan tanya apa yang tak kena. Enriqueta tak dapat tahan perasaan sebenar dia. Enriqueta kata Juana selamat tapi Mauricio dah mati. Manuel buat muka "APO??"

Rumah tumpangan/hotel?: Mauricio dan RAfael ada lam bilik Makcik Eva mai nyamar jadi pendandan rambut. panik jugak Rafael dengan Mauricio. Makcik Eva mai bwk sarapan.

Rumah Perez: Salvador sampai awal ke rumah Perez. dia mai nak jemput Juana ke balai polis. Ana Maria citer depa semua masih tak sudah2 mengagumi Mariana. Salvador tengok Ana Maria semacam dan tanya ada tak dia sembunyikan Rafael di situ Ana Maria kata Rafael ada situ semalam tapi dah tak der. Salvador tanya naper la Ana Maria ni suka sangat terlibat lam masalah.

Apartment Enriqueta/bilik: Enriqueta citer tentang kemalangan semasa Mauricio berada dalam bas dan berlaku kemalangan. Enriqueta percaya Juana ada bersama Mauricio. Manuel dah risau macam nak nangih.

Rumah Perez: Juana ngaku Rafael ada situ semalam tapi dia dah pergi. Salvador kata Carlotta berhak atas Rafael. Juana kata dia tak tau Rafael gi mana. Salvador nak Juana ikut dia gi balai utk bagi keterangan mengenai kejadian yang menimpa Mauricio. Juana setuju. Ana Maria nak ikut tapi salvador tak bagi. Salvador kata dari segi undang2 Mauricio dianggap masih hidup sbb belum ada bukti lengkap. Juana macam tekejut sikit, dia kata la takkan Salvador ragu2 kot dengan ceritanya. Ana Maria pon heran jugak Juana mcm menentang biler Salvador kata Mauricio mungkin masih hidup sbb sepatutnya dia berasa gembira. Salvador pujuk balik kata dia bukan ragu2, tu proses undang2.

Apartment Enriqueta/bilik: Manuel tanya betulkan Enriqueta dapat kendalikan keadaan ini. Enriqueta kata dia dan mauricio sahabat baik, dia tak boleh bertenang dan kene umumkan hal ini kepada kakitangan positivo. Dia takkan benarkan harapan dan impian Mauricio musnah. Manuel setuju dan kagum dgn kekuatan Enriqueta. Manuel akan balik utk tau hal sebenar sbb saat2 macam ni dia perlu bersama ibunya. Sebelum berpisah mereka berciuman. Manuel terduduk memikirkan sesuatu.

Rumah Rogelio: Amparito dengar citer Carlotta mengenai kejadian Carlotta kene ligan. Carlotta kata dia buat camtu sbb nak dptkan Rafael. Carlotta kata mereka tk boleh permainkan dia. Amparito cuba meyakinkan Carlotta yang Mauricio dah mati tapi Carlotta tak nak terimah. Carlotta kata ayahnya akan bantu mencari kebenaran. Amparito mintak Carlotta lupakan saja Mauricio yg dah mati, jgn obses dah.

Di luar/restoran: Rogelio gi jumpa ketua polis bertanyakan tentang kes berkaitan suami anaknya. Rogelio kata dia yakin kematian Maruicio adalah satu penipuan.

sure fine whatever
Akan bersambung 1 september 2003

HAPPY MERDEKA DAY!

Posted on Aug 30, 2003, 11:52 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1