Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 13 (By Adik Lisa ) English Home

Di klinik Dr. Ricardo…….Ricardo amat kesal kejadian kebocoran itu berlaku. Jururawat2 nampaknya resah manakala Carmencita pun kata yg dia tak tahu apa2. Ricardo merungut di hadapan Michelena yg kejadian akan lagi membuatkan Mauricio kecewa krn kesemua mani2 Muaricio yg subur ada di situ dan dah musnah. Habislah langsung harapan Mauricio nak jadi ayah.

Di rumah Perez….Juana balik rumah tp dia dapati tiada sesiapa pun yg ada. Juana masuk dapur dan lihat neneknya sedang membuat pai dan sesekali asyik mengeluh aje. Nenek Azucena tak sedar yg Juana dah balik. Juana pun naik ke biliknya dgn senyap. Juana ambil beg pakaiannya atas almari “Beg ini aku beli utk ke LA tp semuanya dah musnah!” Dia pun terus masukkan pakaian2nya yg ada dan bersiap. Juana letakkan sijil sah perawannya yg dia dpt tu dr doctor tu kat atas meja tepi katilnya “Aku terpaksa buat ini semua krn aku kesal org tak nak percayakan aku setelah apa yg telah aku lakukan selama ini…!” Juana pun bawa begnya keluar dan masa dia turun pun neneknya tak perasan langsung. Juana bawa begnya dan letak atas pitusanya “Ke mana agaknya aku harus pergi…??Mungkin seseorg boleh menolong aku..!!!” Juana pun pergi.

Di Positivo….David gelabah le cos dia tak boleh nak siapkan temuramah dgn Juana tu. Di hatinya rasa amat geram sgt krn dia tak dpt pun nak jumpa dgn Juana buat temuramah itu sedangkan artikel tu perlu di hantar segera pd Enriqueta “Aku perlu cari alasan lain utk bgth pd Enriequeta..!”

Di rumah Perez….Manolito balik. Dia tanya ttg Juana pd nenek Azucena tp nenek Azucena kata yg dia tak tahu apa2 ttg Juana. Tiba2 Ana Maria balik, dia tanya mana Juana. Manolito tak tahu. Ana Maria kata tentu Juana sedang marah pdnya. Manolito tanya kenapa. Ana Maria bgth le apa yg terjadi kat sekolah “Aku dah temui Micky dan suruh dia bertanggunjawab tp dia tak nak. Malahan pengetua pun turut masuk campur…!!” Manolito marah dgn tindakan Ana Maria itu “Perkara tu dah hebah di sekolah?…Kau tak sepatutnya buat begitu. Bgmn dgn Juana nanti? Bgmn dia nak berdepan dgn semua org…? Tindakan kau itu tunjukkan kau mmg tak percaya dgn dia selama ini” Ana Maria kata mmg dia keterlaluan dan tak fikir akibatnya. Dia tahu Juana pasti marah “Pasti dia ada di atas ….!!” Ana Maria pun bergegas naik atas “JUANA!!!JUANA!!!”

Di bilik Ricardo….Ricardo di pejabatnya rancang nak telefon Muaricio bgth apa yg terjadi.

Di bilik Juana….Ana Maria dapati Juana tiada pun. Dia pun nak keluar balik tp tengok pintu almari Juana terbuka. Dia terkejut tengok kosong, tiada langsung pakaian Juana “Apa yg terjadi?? Kau dah lari dr rumah…??” Ana Maria gelabah dan menjerit2 panggil Juana. Maonolito pun masuk tanya apa yg berlaku. Ana Maria kata yg pakaian Juana dah tiada “Juana dah tiada…dia dah pergi…Aku nak cari dia…!!!” Ana Maria nak keluar tp Manolito tahan “Itu surat apa?” Ana Maria terus ambil surat atas meja itu dan dapati ianya sijil sah perawan “Sijil yg mengesahkan Juana masih perawan dr Doktor…jadi, apa yg dia katakan itu betul tp kenapa dia nak pergi…??” Manolito tenangkan Ana Maria “Dia dah pun buktikan dia benar….dia marah dgn tindakan kita….surat ini dah buktikannya, jadi kita mmg dah salah sangka pd Juana..!!” Ana Maria dan Manolito pun bergegas turun ke bawah.

Di Pejabat Mauricio…Mauricio dpt panggilan dr Ricardo yg bgth bahawa dia perlu berjumpa dgn Mauricio dgn segera. Mauricio tanya adakah Ricardo dah dpt nak buat suntikan permanian beradas lagi tp Ricardo kata nak perlu jumpa dan akan bgth sendiri sesuatu. Mauricio kehairanan lagi.

Di rumah De La Vega……Desiree berbual2 dgn Charlota. Desirree nasihatkan agar Charlota tidak lagi bertengkar dgn Mauricio ttg anak. Charlota bgth yg dia akan ambil anak angkat di paderi Jose. Desiree merungut kata jika ada anak angkat tu nanti akan menyusahkan tp Charlota kata yg dia tak kisah jika itu dpt buat Mauricio berbaik dgnnya. Ada panggilan dr pihak “Pink Ladies” utk Charlota. Charlota minta diri nak keluar utk societynya itu…..Desiree bersendirian lagi…

Di Positivo……..Pejabat Enriqueta, Enriqueta phone Brandy agar dptkan David tp Brandy bgth yg David tiada di mejanya. Enriqueta jadi lagi krn dia masih tak dpt artikel yg sepatutnya ditulis oleh David itu ttg Juana masih tak dihantar pdnya.

Di bar berhampiran….Mauricio pun berjumpa dgn Ricardo. Ricardo pun akhirnya bgth ttg kejadian kebocoran itu dan akibatnya habis musnah ke semua mani2 Mauricio yg subur. Mauricio tergamam. Ricardo kata “Aku minta maaf byk2 kerana kejadian ini berlaku…..” Mauricio kata “Jadi…aku tak akan dpt anak utk selama2nya…???” Ricardo angguk. Kelihatan air mata mengalir dr mata Mauricio.

Rumah De la Vega……..Rogelio dtg lawat Desiree. Mrk berdua berjalan2 di taman rumah itu. Rogelio bgth yg dia gembira Desiree ada di situ. Desiree pun ucap terima kasih krn Rogelio dah tolong bayarkan bil2 hotelnya. Rogelio dgn gaya menggoda dan spt harapkan balasan. Desiree buat2 tak fhm malahan tanya jika Rogelio perlukan apa2. Rogelio kata yg dia mmg harapkan balasan (nak Desiree terimanyalah tu) tp dia akan minta pd masa depan. Desiree bgth yg alngkah gembiranya jika dia dpt bekerja “Lagi gembira jika kerja di Positivo….!!” Rogelio tarik muka “Kenapa mesti majalah itu?” Desiree buat2 kata demi Francisco tp hatinya utk mendekati Mauricio lagi mudah jika dia di sana. Dia minta Rogelio bgth Mauricio. Rogelio kata dia akan fikirkan nanti.

Di klinik Ricardo…..Carmencita serba salah. Dia jumpa dgn Michelena “Kesian En. Mauricio…dgn kejadian yg baru terjadi ini, langsung dia tak dpt jadi ayah…!!Bgmn jika gadis tu hamil?? Anak Mauricio pula??? Tentu Mauricio gembira bila dengar berita itu.!!!” Michelena marah “Mmg le Mauricio akan gembira tp bgmn dgn kita? Tentu kita akan disabitkan kesalahan atas kesilapan itu, lessen aku akan ditarik….nama klinik ini akan buruk. Jgn risau. Dia tak hamil krn tak ada apa2 pun. Baik kau jaga mulut kau…!!!” Carmencita diam.

Di hadapan rumah Mauricio….Juana sampai dgn pitusanya. Juana buka helmet dan kata “Adakah apa yg aku buat ni betul? Adakah Mauricio nak tolongnya…??” Juana berjalan ke pintu rumah Mauricio.

Rumah Perez……Ana Maria sedih krn dia marah2 Juana dan tak nak percayakannya. Manolito bgth Nenek azucena ttg surat sijil perawan tu. Ana Maria gelabah nak keluar cari Juana manakala Manolito bgth yg dia akan cuba telefon beberapa kawan2 Juana yg dia tahu utk jejaki Juana. Nenek azucena masih tak faham ttg sijil perawan itu. Katanya surat tu tak akan dpt bukti apa2 krn pd masa sekarang semuanya boleh berlaku (fikirannya kuno). Nenek Azucena kata kenapa tak minta tolong Salvador aje. Manolito marah kononnya nenek azucena langsung tak fikirkan perasaan Ana Maria.

Di rumah De la Vega….Tania bukakan pintu dan Juana pun masuk. Juana bgth yg dia nak jumpa Muaricio. Tania tanya adakah Juana gadis yg tangkap gambar ketika parti ulang thn majalah baru2 ini. Juana kata ya. Tania bgth yg Muaricio akan balik sekejap lagi. Juana kata dia akan tunggu Mauricio.Dia masuk tunggu Mauricio kat ruag tamu.

Di tmpt lain….Mauricio sedang memandu keretanya dgn laju sambil bersedih. Dia asyik teringat kata2 Ricardo yg dia tak akan dpt jadi ayah. Mauricio bawa keretanya ke sebuah kaki bukit dan dia turun berlari naik bukit itu dgn tangisan. Sampai di puncak bukit, dia berhenti dan mengeluh “Kenapa aku…? Kenapa aku? Aku tak ada impian lain…selepas aku sembuh dulu, aku hanya nak ada seorg anak lelaki yg boleh teruskan nama aku De la Vega…Kenapa aku tak boleh….??” Mauricio menjerit kuat2 di bukit itu lepaskan kemarahannya.

Di gereja pederi Jose…..Charlota dgn seorg kwnnya lagi dtg jumpa paderi Jose. Mrk bincangkan projek kebajikan yg mrk rangkakan itu. Kawan Charlota tu minta diri dulu. Charlota bgth pd paderi Jose yg dia nak ambil Rafael sbg anak angkat. Paderi jose tanya kenapa tak ambil bayi yg masih kecil. Charlota kata dia suka dgn Rafael. Paderi Jose kata jika itu yg Charlota nak, dia akan cuba usahakan. Charlota kata dia minat dgn Rafael krn berambut coklat dan baik (dia tak nak ambil bayi krn dia malas nak jaga la tu).

Pejabat Positivo…...Manolito telefon Brandy bgth yg Juana dah lari dr rumah. Dia minta tolong Brandy bgthnya jika Juana ada carinya. Brandy amat terkejut “Juana…..???!!!” Itu yg buat si David terdengar nama Juana dan sibuk nak tahu apa yg terjadi. Brandy tak bgth apa2 pd David. Brandy risau agaknya ke manalah si Juana pergi. David pasti yg sesuatu terjadi pd Juana tp dia tak tahu apa2 pun.

Rumah De la Vega…..Agak lama Juana tunggu. Mulanya dia cadang nak balik aje tp Tania kata yg Mauricio akan balik tak lama lagi. Juana kata dia akn tunggu sebentar lagi. Desiree masuk dgn Rogelio. Rogelio minta diri dulu. Desiree tanya siapa Juana. Juana bgth dia jurugambar kat parti hari itu. Dia dtg nak jumpa Mauricio. Desiree kata “Ohhh….jurugambar yg rosakkan hiasan di laman hari itu ya..???” Juana hanya angguk aje. Desirree sibuk nak tahu “Kenapa nak jumpa Mauricio? Kau jatuh cinta pdnya? Muka kau merah aje…!” Juana terdiam aje.

Sambung…..

Posted on July 8, 2003 via mail


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1