Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 139 (diterjemahkan oleh Adik Lisa) English Home
Summary khamis;
Di balai polis Andes : Juana buat2 terkejut ttg berita yg Commissioner bgth padanya ttg kematian Mauricio. Juana bertegas kata yg perkara tu tak mungkin tp commissioner bgth yg mmg sah mayat Mauricio mungkin antara yg terbakar dalam kemalangan tu berdasarkan perjumpaan dompet Mauricio berhampiran kawasan kemalangan itu. Juana mendukung Mariana dan hanya gelengkan kepalanya. Commissioner pun bawa Juana keluar dr situ.

Rumah De la Vega : Amparo buka pintu dan Charlota pun masuk dgn begnya. Amparo sibuk tanya yg dia amat risaukan Carlota tp Carlota warning maknya supaya jgn tanya apa2 sebab dia mmg sedang marah sangat. Amparo hanya memandang ke arah anaknya itu.

Di balai polis di Caracas : Pembantu Salvador terkejut bila Salvador dan ana maria masuk. Salvador tanya samada ada sesiapa yg dtg tp pembantu tu kata tiada sesiapa. Salvador minta pembantunya keluar dan tinggalkan dia dgn ana maria sendirian dan jgn sesiapa pun masuk ganggu mrk. Pembantu tu terkejut dan keluar dr situ. Salvador marah2 sebab Mauricio masih belum sampai kat situ utk serah diri spt yg Mauricio janjikan. Ana Maria bgth yg mungkin mrk masih dlm perjalanan. Ana Maria capai telefon dan mula menelefon rumahnya utk tanyakan ttg Juana.

Di rumah Perez : Nenek Azucena mundar mandir di ruang tamu. Bunyi telefon dan dia pun segera angkat. Rupanya Ana Maria. Azucena gembira dengar panggilan dr ana maria. Ana maria tanya samada Juana dah balik atau belum. Azucena bgth Juana tak balik lagi “Bukankah kau dan Salvador pergi sana cari Juana?” Ana Maria bgth yg dia akan ceritakan kemudian apa yg telah terjadi. Ana maria pun letak phone.

Balai polis Caracas: Ana Maria bgth yg juana tak balik lagi. Salvador syak mungkin Mauricio tak jadi serah diri spt yg Mauricio dah janjikan. Ana maria kata tak mungkin krn Mauricio dah janji nak buat demikian “Mungkin dia nak pastikan Juana selamat dahulu ataupun mungkin mrk kemalangan atau ada halangan di mana2?” Pintu dibuka secara tiba2 oleh pembantu Salvador, Salvador marah krn dia tak nak sesiapa ganggu tp pembantu tu bgth yg seseorg dtg. Tiba2 muncul Juana yg sedang mendukung Mariana dgn muka yg sedih. Di belakangnya diikuti dgn commissioner.

Rumah mak cik Eva di pergunungan: Makcik Eva sendirian sambil memikirkan ttg Rafeal yg hilang dan dia dpt rasa yg sesuatu telah berlaku krn jiwanya rasa kosong seketika “Mungkin terjadi apa2 terjadi pd Mauricio?” Bunyi loceng dan mak cik Eva pun bangun buka pintu. Terpancullah Mauricio dgn muka sedih dan meminta agar mak cik Eva memeluknya.

Balai polis Caracas : Ana Maria bangun dan memeluk Juana. Commissioner bgth Salvador apa yg terjadi pd Juana dan kemalangan yg terjadi serta kematian Mauricio.Juana hanya diam dan sedih (kononnya ttg kematian Mauricio). Ana Maria terus memeluk Juana dan bgth agar bersabar. Salvador bgth yg dia harus bgth isteri Mauricio ttg hal ini.

Rumah De la Vega: Charlota bgth apa yg terjadi pdnya pd Amparo. Dia bgth juga ttg kelahiran anak Mauricio dan Juana. Amparo bgth pula ttg kehilangan Rafael. Charlota terkejut. Tiba2 bunyi phone. Charlota pun angkat dan rupanya panggilan dr Salvador. Salvador bgth yg dia ada berita buruk. Charlota sindir kata yg polis tak tahu buat kerja. Salvador pun bgth ttg kemalangan yg terjadi dan Mauricio yg mati dlm kemalngan tu. Nyata Charlota terkejut dgn berita tu.

Rumah mak cik Eva di pergunungan : Mak cik Eva tanya apa yg terjadi. Mauricio dgn sedih suruh mak cik Eva phone rumah Juana utk tahu samada Juana dah sampai. Mak cik Eva nak tahu apa yg terjadi “Bukankah kau bersama2 Juana? Mana Juana?” Mauricio bgth dia akan terangkan tp dia suruh phone rumah Juana dahulu. Maka cik Eva pun phone rumah Juana.

Rumah Perez: Nenek Azucena dah gelabah sendirian krn dia tak faham dgn panggilan dr Ana Maria tadi. Bunyi phone. Dia ingatkan Ana Maria lagi tp ruapanya dr Mak cik Eva. Mak cik Eva pun tanya Juana dan Azucena bgth yg juana tiada kat situ “Bukankah Juana ada dgn anak saudara kau?” Mak cik Eva berpaling pd Mauricio yg sedang tunggu di sebelahnya.

Balai Polis Caracas : Ana maria mendukung Mariana. Salvador tanya Juana betul ke juana pun naiki van itu. Juana angguk sahaja. Juana bangun ambil Mariana dan keluar dr situ. Commissioner bgth supaya Ana Maria bawa Juana pulang. Salvador kata Juana sedang terkejut dan sedih dgn apa yg terjadi pd Mauricio. Ana Maria pun keluar.

Rumah Enriqueta : Di bilik, enriequeta kat atas katil tersenyum tengok Mauel yg baru mandi. Dia bgth yg dia ada nampak kamera di luar. Manuel bgth yg kamera tu milik Juana dan memandangkan juana tak gunanya lagi, dia ambil dulu. Mungkin dia boleh buat sesuatu dgn kamera tu. Enriqueta senyum, Manuel kata dia bukanya nak minta kerja dgn Enriequeta as jurugambar. Enriqueta panggil Manuel duk dgnnya atas katil tp manuel mengelak kata dia nak ambil air kat dapur. Manuel pun keluar.

Rumah De la Vega: Charlota bgth maknya ttg berita yg dia baru terima. Amparo pun terkejut. Charlota bgth yg Salvador bgthnya yg Mauricio kemalangan dgn Juana dan anak mrk dlm van yg dinaiki mrk. Amparo tanya ttg Juana dan anaknya. Charlota bgth yg Juana dan anaknya selamat dan tiada kecederaan. “Hairan tak dgn apa yg terjadi? Juana dan anaknya selamat pula sedangkan Mauricio pula mati?!!” Dia nyata tak percaya.

Rumah Mak cik Eva di pergunungan: Makcik Eva tanya apa yg berlaku. Mauricio cerita apa yg terjadi dan rancangan yg Juana rekakan utk kematian dia “Saya tak sepatutnya tinggalkan Juana dan anak sendirian di tepi jalan. Saya seorg yg pengecut!” Mak cik Eva bgth yg rancangan Juana mmg bagus dan dia hendaklah percayakan Juana. Mauricio bgth yg dia kini dah jadi ayah kpd seorg anak perempuan. Mak cik tersenyum.

Rumah Nicholas : Nicholas dgn Rafael di atas katil dan sedang menonton tv. Rafael bgth yg dia sedih dgn apa yg terjadi pd dirinya tp dia teriam kasih cos Nicholas sanggup tumpangkan dia kat situ. Tiba2 mrk berdua terpaku pd berita yg baru keluar kat tv. “Kemalangan yg berlaku di Andes yg mengakibatkan byk yg terkorban. Antaranya yg terkorban ialah pemilik majalah Positivo-Mauricio De la Vega!” Rafael dan Nicholas terkejut.

Pejabat David : Brandy sedang susun beberapa fail. David kat mejanya. Brandy nyata marah2 dgn tindakan David yg halangnya utk keluar dgn Rene “Alasan yg kau bg kononnya byk kerja dan kita terpaksa tinggal lewat begini utk buat kerja tp yg aku nampak kerja2 ni boleh dibuat esok dan bila2 pun!” David pun cuba cari alasan lagi kononnya Brandy kan pekerja yg rajin. Brandy masih tak dpt tangkap apa yg dimaksudkan oleh David. “Hanya tunggu utk susun file2 ni?” David kata yg dia boleh gantikannya dgn makan mlm bersama Brandy tp Brandy amat marah dan terus keluar dr situ.

Balai polis Caracas : Commissioner berbual dgn Salvador. Dia tanya jika Salvador mmg ada jumpa dgn Mauricio ketika di rumah Alejandro tp Salvador hanya diam aje.

Rumah Mak cik Eva di pergunungan : Mauricio bgth yg dia tak setuju dgn cadangan Juana yg nak palsukan kematian dia krn nanti juana akan dituduh bersubahat dgnnya. Tp Mak cik Eva bgth yg rancangan tu bagus krn Muaricio boleh gunakan kesempatan yg ada utk siasatan apa yg terjadi. Mauricio bgth yg dulu Rogelio pernah ingatkan dia ttg kejadian kehilangan Francisco dulu. Dia yakin Rogelio dah atur segala2nya.

Rumah Enriqueta : Di bilik, Enriqueta bgth Manuel yg Manuel sengaja nak jauhkan diri dr dia tp Manuel bgth yg dia tak begitu. Dia rasa kecil bila bersama Enriqueta. Dia sepatutnya bekerja bukannya goyang kaki macam sekarang. Enriequeta bgth yg mungkin manuel sedang risaukan Juana.

Rumah Nicholas : Rafel pandang Nicholas yg sedang nyenyak tidur. Dia yakin apa yg diberitahu di tv tadi palsu. Dia bangun senyap2 dan keluar dr situ dgn begnya. Dia nak tahu samada betul atau tak berita tu. Dia yakin ayahnya masih ada.

Rumah Perez : Nenek azucena dgn Rosita tgh risau. Tiba2 mrk terpaku pd berita di tv ttg kemalngan yg membabitkan Mauricio. Nenek Azucena gelabah krn setahu dia Juana ada dgn Mauricio. Rosita pun hampir nak menangis “Bgmn dgn Juana pula?” Tiba2 Ana Maria pun masuk. Azucena gembira sambut anaknya itu dan mrk terkejut tengok Juana masuk dgn mendukung Mariana di belakang Ana Maria. Nenek Azucena senyum tengok Mariana.

Gereja : Rafeal berjalan dlm gereja dan ke arah altar. Dia duduk dan berdoa agar ayahnya selamat. Tiba2 Mauricio muncul kat belakangnya. Rafeal segera berlari peluk ayahnya itu.

Rumah Mak cik Eva di pergunungan : Mak cik Eva buka pintu bila Charlota masuk dgn Camacho. Charlota bgth yg dia nak jumpa Mauricio tp Mak cik Eva berpura kata yg Mauricio dah lari dgn Juana. Charlota pun bgth yg Mauricio dah kemalangan dan mati. Sedangkan Juana dan anakn mrk selamat. Mak cik Eva berpura terkejut dan menangis atas kematian Mauricio. Tp dia tersebut pula Mauricio dpt anak perempuan. Charlota tanya “Mcm mana kau tahu yg mrk dpt anak perempaun sedangkan aku tak bgth kau?” Mak cik Eva terperangkap tp dia kata dia hanya teka shj.

Balai Polis Caracas : Akhirnya Salvador bgth juga Commissioner yg dia mmg ada jumpa Mauricio atas cara kawan krn Mauricio dah janji dgnnya yg dia akan serah diri tp dia tak sangka Mauricio akan mati. Salvador kata dia kesal krn tentu Mauricio tak akan mati jika dia dah tangkap. Lagipun dia sepatutnya bertindak sbg polis yg tegas utk tangkap Mauricio. Commissioner kata dia faham dgn tindakan Salvador. Dia pun minta diri nak berjumpa dgn ketua balai itu.

Gereja : Rafeal gembira yg ayahnya masih hidup. Mauricio bgth yg dia terpaksa bgth semua org yg dia dah mati krn jika tidak, dia akan ditangkap. Rafeal kata yg dia akan rahsiakan perkara tu dan dia bgth yg dia tak nak duduk dgn Charlota lagi. Mauricio kata dia faham dan kata yg hanya Rafeal dan Juana shj yg tahu dia hidup. Rafeal terus peluk ayahnya itu.

Rumah Mak cik Eva di pergunungan : Charlota bgth yg dia tak percaya Mauricio dah mati “Mest dia ada kat sini!” Dia memanggil2 Mauricio dan arahkan Camacho cari di seluruh rumah itu. Mak cik Eva kata sambil berpura menangis pd Camacho “Pergilah cari kalau kau tak percaya krn kau tentu dah arif dgn kws rumah ini kan?!” Camacho jeling aje dan terus kuar nak cari.

Rumah Perez : Juana, ana maria, azucena, Rosita dan mariana di ruang tamu. Azucena minta agar Juana bersabar dgn segala2nya yg terjadi pdnya dan teruskan juga hidup krn dia ada anak sekarang. Rosita kata dia tak sangka semuanya akan terjadi krn Juana baru aje bersalin. Ana Maria bgth ttg kemalangan tu. Juana bersedih di bahu neneknya sambil memangku Mariana. Nenek Azucena minta dia yakin dgn dirinya spt dahulu “Walaupun kau ada ketika kemalangan tu, kau dan anak kau telah selamat krn tuhan juga!” Juana bersedih (Dlm hatinya berkata yg dia minta maaf krn terpaksa berbohong dgn familynya ttg Mauricio krn dia buat hanya utk Mauricio)

Rumah Mak cik Eva di pergunungan : Camacho masuk semula bgth yg tiada apa2 pun tanda ttg Mauricio. Mak cik Eva perli bgth kan dia dah kata. Carlota pun berlalu dr situ dgn Camacho. Mak cik eva senyum dgn helahnya dah jadi.

Balai Polis Caracas: Salvador bersendirian fikir apa yg berlaku. Tiba2 Ketua Balai itu masuk dgn commissioner dan ucapkan tahniah krn commissioner dah bgth apa yg Salvador dah buat di andes. Salvador terkejut. Tp ketua balai bgth yg commissioner bgth yg Salvador byk tolong cari Mauricio di sana. Salvador hanya diam. Ketua balai kuar. Commissioner kata dia buat aap yg betul. Salvador ucap terima kasih. Commissioner kata dia pun tahu Mauricio tak salah krn itulah dia telefon ke rumah Alejando dulu bgth alejando yg dia nak buat sport check. Dia tahu Mauricio pasti akan larikan diri. Commissioner berjanji dgn Salvador yg mrk cuba siasat ttg hal yg sebenarnya. Salvador senyum.

Depan rumah Juana : Carlota sedang mengintip dr kereta dgn Camacho. Dia bgth Camacho yg dia yakin Mauricio masih hidup dan pastinya akan jumpa Juana. Tiba2 mrk nampak Rafael yg dtg hampiri pagar rumah Juana dan memerhatikan kws keliling. “Hah! Tengok tu, budak tu ada kat sini! Dia sedang buat apa?” Rafeal masuk dan bunyikan loceng.

Rumah Perez : Juana di ruang tamu sedang makan. Dia terkejut dengar bunyi loceng dan pergi buka pintu “Rafeal????” Rafeal masuk memeluk Juana.

Depan rumah Juana : Cahrlota arahkan Camacho yg mrk akan terus tunggu di situ.

Rumah Perez : Juana dgn Rafeal duduk. Rafeal bgth yg dia tahu ttg kemalangan itu. Juana bersedih tp Rafeal kata yg dia tahu Mauricio masih hidup “Dia ada kat luar, tgh tunggu kau!” Juana tersenyum.

Depan rumah Juana : Mauricio kelihatan sedang berdiri di sebalik pokok sambil pandang rumah Juana “Aku harap Rafeal akan sampaikan pesan pd Juana yg aku nak jumpa dia” Charlota pula di sudut yg lain dlm kereta dgn Camacho. Akhirnya Juana pun keluar sambil pandang kiri kanan. Carlota kata “Itu perempuan tu! Apa yg dia tunggu?” Juana perhati kws sekeliling “Mana kau, sayangku? Aku perlu jumpa kau!”” Mauricio sedang perhatikan dia

Posted on Aug 29, 2003, 12:49 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1