Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 137 (diterjemahkan oleh Kak na) English Home

Juana la Virgen (ep 137, Selasa 26 Ogos 2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na

Carlota menfailkan aduan kat balai polis. Ana Maria melawat Juana dan cucunya dengan bantuan Alejandro. Mauricio dan Juana pergi jumpa Salvador.. David mula menyukai Brandy. Amparito pergi mencari Rafael kat rumah Perez. Carlotta dah jadi kacang! eh.. gila!

***************

Rumah Alejandro: Carlotta nak pegang bayi tu.. dia mendekati Lucia dan dengan kurang sopannya mengambil bayi itu dari dakapan Lucita. Dia kata bayi tu comel. Dia memeriksa bayi tu dan perasan anak tu tak mirip Lucia langsung.

Bilik tetamu: Mauricio dan Juana gelisah, tertanya tanya apa la CArlotta nak buat kat Mariana. Mereka bertengkar sedikit ttg keselamatan anak mereka. Mauricio nak gi tengok apa Carlotta nak buat.

Rumah Alejandro/ruang tamu: Carlotta sindir Lucia ttg perbezaan wajah dia dan 'anaknya'. Luz Marina cepat2 bagitau anak tu ikut muka bapak. Carlotta setuju. Luz Marina amik anak tu dari dakapan CArlotta. Camacho tiba dan sebelum pergi, dia tanya Alejandro kenapa semalam dia menidakkan kehadiran bayi dalam rumahnya, setahu nya Lucia dianggap penting dalam keluarga itu. Alejandro kata dia pelupa. Mauricio terhendap hendap dari belakng pintu. Alejandro dan Luz marina lega tengok Carlotta dah blah.

Positivo/bilik enriqueta: Enriqueta mintak diri dulu sementara ARmando dok sindir dia dengan Manuel. Selepas dia pergi, David gelakkan Armando dan beritahu dia tu sungguh kureng sopan. Armando kata hubungan Enriqeuta akan gagal. Ia terlalu nyata dan dia sanggup bertaruh. David tak setuju. Mereka kemudian berbincang tentang kelakian David yang berfungsi dengan baik.

Rumah Alejandro/bilik Tetamu: Juana gembira dpt bersama Mariana, dia memeluk anaknya. Alejandra dan Luz marina paham. Mereka tak penah tgk Carlotta bersikap begitu. Luz Marina beritahu Juana tentang minat Carlotta terhadap Mariana.

Dalam kereta: Camacho sedang memandu dan CArlotta senyap jer. Camacho tanya naper nampak sedih. Dia kata anak yang dia dukung tadi milik Mauricio dan Juana.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Mauricio memberitahu yang dia kenal benar Carlotta dan dapat rasakan dia tu dah tau itu anaknya berdasarkan rupa paras. Alejandro sampaikan pesanan Ana Maria kepada Juana.

Restoran: Ana Maria dan SAlvador dok bersarapan. Dia kata sejak kat Andes ni depa asyik makan, makan, makan. Salvador sentuh topik 'cinta'; menganggap manusia dah habiskan masa yang lama utk menunggu.. cinta takkan ujud tapi perlu dibina, dijaga dengan penuh kasih sayang. Ana Maria tak selesa dengan topik itu.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Mauricio bgtau Juana yg mereka tak patut dok situ lama2. Juana buat muka bimbang.

Restoran: Salvador tanya soklan tapi Ana Maria tak jawab. Alejandro terserempak dengan mereka. Salvador dan ana Maria bangun dan tanya alejandro dia buat apa kat situ.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Mauricio risaukan keselamatan Juana dan Mariana. Tersentap jantung dia biler tengok Carlotta mendukung anaknya.

Restoran: Alejandro kata dia nak ucap selamat tinggal, kemudian, sorang pelayan mai bagi tau Salvador ada panggilan di bar. Ana Maria kata mungkin ada kaitan ngn Juana. Dia nak ikut tapi Alejandro menghalang. Dia beritahu tu panggilan palsu dan tanggapan dia memang benar bahawa Juana dan Mauricio bersembunyi di rumahnya. Ana Maria gembira dan pergi dari situ bersama Alejandro, meninggalkan Salvador yang kelihatan cam orang bodoh dengan telefon.

Andes/balai polis: Carlotta melawat pejabat pegawai polis. dia beritahu yang Juana dan Mauricio bersembunyi di rumah alejandro.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Mariana berbaring di katil sementara Juana bersembang dengan Mauricio. Alejandro bwk Ana Maria melihat Juana dan cucunya di bilik tetamu. Ana Maria dan Juana gembira dpt berjumpa. Ana maria gembira jugak dpt tengok Mariana akhirnya.

Andes/balai polis: pegawai polis tu nak kepastian Carlotta sama ada dia serius dengan tuduhannya. Carlotta mengesahkan sementara pegawai polis tu kelihatan tak yakin dengan Carlotta.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Ana Maria tak dapat mendekati mereka; dia nak menghayati saat2 menyentuh hati ini dengan kehadiran Mariana. Mauricio bgtau Ana Maria yang Juana berani menghadapi saat2 melahirkan anak. Dia memeluk Juana dan mengambil Mariana.

Pejabat Rogelio: Rogelio memberitahu Amparito yang dia dah laporkan kehilangan Rafael kpd pihak polis. Rogelio mennekankan yang dia tak nak sebarang perkaitan dengan RAfael. Amparito memerlukan bantuannya sbb Carlotta tentu akan marah biler tau Rafael hilang. Dia meneka yang mungkin Rafael ada di rumah Perez.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Ana Maria kelihatan gembira bersembang dengan Mariana. Dia nampak Mariana mirip Mauricio. Alejandro macam nak nangih, dia mintak diri dulu dan Mauricio keluar bersamanya meninggalkan Ana Maria dan Juana sendirian. Ana Maria macam tak percaya Juana dah jadi ibu. Juana kata dia tak berasa malu melahirkan Mariana dengan bantuan Mauricio.. ini membuktikan dia dah jadi sorang wanita, bukan lagi sorang dara.

ruang Tamu: Mauricio mengucapkan terima kasih pada Alejandro atas bantuannya. Alenjandro tak kisah melindungi kawannya yang tak bersalah dan sanggup menjadi peguamnya. Telefon berbunyi; panggilan dari pegawai polis. Alejandro diberitahu yang dia tu akan datang utk menggeledah rumah kerana CArlotta mengadu Mauricio dan Juana ada di situ. Alejandro terkejut dan memandang ke arah mauricio.

bilik Tetamu: Ana Maria dan Juana dok baring di katil. Mariana ada di antara mereka. Ana maria menyesal tak ada kat situ masa Juana melahirkan anak. Dia kata dia tau apa yang berlaku antara Juana dan Mauricio kat kabin. Juana paham dengan obsesi ibunya utk mencari seseorang yg istimewa. Juana rasa lengkap dan dia sayangkan Mauricio.

Ruang tamu: alejandro memaklumkan pada Mauricio tentang perbualan telefonnya tadi. Dia tau Carlotta nak Mauricio meringkuk dalam penjara dan nak balas dendam. Mereka kene tinggalkan tempat tu dengan segera.

Andes/balai polis: pegawai polis tu mengumpulkan beberapa orang dia dan dah sedia utk pergi tapi bertembung dengan Salvador. pegawai polis tu bohong kat Salvadro dan kata dia tak nak Salvador ikut. Salvador tanya salah sorang pekerja situ samaada dia nampak Ana Maria. Org tu cakap tak der. Salvador tertanya tanya mana la Ana Maria pi.

Rumah Alejandro/bilik tetamu: Alejandro, Luz Marina dan Mauricio masuk ke bilik tu. Mauricio mendekati Juana dan beritahu rancangan polis utk menggeledah rumah itu. dia nak Juana ikut dia dan kembali bersama Ana Maria tapi Juana degil, dia tak nak ikut balik, dia tak nak berpisah dari Mauricio.

Di luar/dalam kereta: Camacho berenti di tepi jalan. CArlotta buat panggilan pada Rogleio beritahu tentang bayi itu, laporan kepada polis dan di mana mereka bersembunyi. Berita2 tu menggembirakan rogelio. Carlotta tanya keadaan di sana pulak.

Rumah Perez: Rosita dok seterika pakaian semasa loceng pintu berbunyi. Dia bukak pintu dan tengok Amparito yg datang. Dia tu masuk dak tengok keliling rumah tu dengan pandangan jijik.

Eternal Love Inn: Ana Maria melihat jam tangannya, menunggu salvador. Akhirnya Salvador blaik dan tanya ke mana Ana Maria pergi.. Ana Maria tipu Salvador dan kemudian buat Salvador keliru dengn tingkah lakunya yang pelik.

Rumah Perez: Azucena turun, dia nampak amparito dan tanya nak apa?

Rumah Alejandro: Lucia kelihatan bersama pegawai polis dan beberapa org nya berlegar sekitar rumah, dia beritahu dia nak geledah rumah tu.

Eternal Love Inn: Ana Maria terus terusan menipu Salvador.

Rumah Perez: Amparito nak Azucena beritahu polis kalau dia tau kat mana Rafael berada. Kalau dia tak laporkan, dia akan dituduh menculik.

Eternal Love Inn: Ana Maria kata dia tak tau apa2 walaupun Salvador nak siksa dia. Dia nak Salvador lupakan dia seorang pegawai polis seketika. Salvador setuju dan mereka menuju ke bilik mereka.

Pejabat Rogelio: Rogelio melihat akaun kewangannya. Alfredo tengok bapak dia kelihatan risau. Dia kata dia risaukan Calrotta. Dia tu dah jadi macam dirinya dari sehari ke sehari; nekad utk dapatkan apa yang dia nak. Dia dok harap anak2 lelaki dia yang akan bersikap seperti itu.

Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Ana Maria bwk Salvador ke biliknya. Dia kata seseorang nak jumpa dia.. dia bukak pintu dan Juana & Mauricio masuk sambil mendukung anak mereka yang baru lahir. Salvador tersenyum melihat mereka.

Pejabat Rogelio: Desiree pergi jumpa Rogelio.. dia nakkan bantuan utk membebaskan abangnya dari penjara. Dia sanggup mengugut; kalau Rogelio tak tolong, mereka takkan berjumpa lagi. Rogelio mula risau. Amparito tiba2 masuk dan mereka berdua terkejut terutamanya Rogelio. Amparito kata "Wah! WAh! Wah...!" dan berharap dia tak mengganggu apa2. (my sister suggets the translation for Caramba as wah wah wah LOL)

Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Salvador mendukung Mariana sementara Mauricio dan Juana memandangnya. Salvador kata mereka akan hidup dlm khayalan kalau asyik melarikan diri. Mustahil utk mereka hidup gembira walaupun depa lari sampai negeri China.

Pejabat Rogelio: Rogelio menandatangani satu dokumen. Desiree menunggunya sementara Amparito dok tengok depa dari jauh. Sebelum pergi, dia memberi amaran pada Rogelio dan mengingatkan dia ttg apa yang mereka bincangkan tadi. Rogelio tersengih.

Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Juana dan Mauricio bertengkar, dia beharap Mauricio tak menyerah diri pada polis sbb dia takkan diselamatkan sebaik saja ditangkap.

Positivo/bilik Enriqueta: Brandy tanya David kenapa dok ushar dia semacam jer. DAvid kata mana ada. SElepas Brandy pergi, DAvid tertanya sendiri kenapa tiba2 jer dia menyimpan perasaan terhadap Brandy.

Pejabat Rogelio: Rogelio sambung buat keje dia. Amparito menakut-nakutkannya.. Rogelio dah penat dengan dia yg dok bangkit kan topik yang sama berkali kali. Rogelio kata, lebih awal Carlotta menerima hakikat yang mauricio tak cintakan dia, lebih baik kehidupan mereka nanti.

Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Juana bertengkar lagi ngn Mauricia. Dia tak puas hati dengan keputusan Mauricio utk menyerah diri kpd pihak polis. Mauricio nak Juana kembali kepada keluarganya.

Rumah Alejandro: Carlotta kelihatan bersama Alejandro dan Luz Marina. mereka bertengkar berkenaan sama ada mereka tu menyembunyikan Mauricio dan Juana atau tidak. Carlotta mintak nak tengok bayi itu sekali lagi. Alejandro memandang ke arah Luz Marina.

Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Mauricio kata dah tiba masa utk mereka pergi. Juana beritahu Ana Maria yg mereka akan bertemu lagi, jgn bimbang. dia nak luangkan masa bersama Mauricio di Caracas. Ana Maria kata Salvador dah sahkan yang Mauricio akan ditahan dan dijaga sebaik mungkin semasa siasatan dijalankan. Ana Maria mencium Juana dan mintak Mauricio menjaga Juana dan cucunya dengan baik.

Rumah Alejandro: Carlotta marah2 biler diberitahu anak tu tak der kat situ. Mereka memulakan pertengkaran baru, Camacho cuba mencelah tapi Alejandro suruh dia jgn masuk campur. Alejandro dan Luz Marina dah tak tahan dengan sikap Carlotta yang sombong, depa dah rasa sakit hati ngn sikapnya itu. Mereka menasihati Carlotta jgn membalas dendam pada Mauricio sbb dia tu penah tinggal dengan Mauricio.. dia tau Mauricio tak bersalah, sepatutnya menyokong Mauricio bukannya cuba memastikan dia dipenjarakan. Carlotta terkejut dengan kata2 itu; mereka tak menyebelahinya. Dia meninggalkan mereka. Alejandro menghempas pintu.

Rumah lama: Mauricio memandu ke kabin dan memberhentikan keretanya (bukan bawah jagaan polis ka?) Juana suka kabin tu sbb banyak kenangan manis di situ. Sedih sbb terpaksa meninggalkannya. Dia nak turun sekejap.

Rumah Alejandro/ruang tamu: Luz Marina tak sedang hati dengan masalah mereka. Alejandro masih di pihak Mauricio. Dia kata selepas apa yg Carlotta dah buat, dia tak terkejut kalau Carlotta lah orang yang bertanggung jawab merancang semuanya utk membalas dendam.

Rumah lama: Camacho memberhentikan kereta di depan kawasan kabin dan memberitahu Carlotta di situlah Mauricio dan Juana bersembunyi selama beberapa hari. Carlotta melihat ke arah kabin; air matanya bergenang.. penuh kebencian.

‘sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari RAbu 27 Ogos 2003

Posted on Aug 28, 2003, 1:46 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1