Juana la Virgen (ep
136, Isnin 25 Ogos 2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na
Mauricio gembira dengan kelahiran Mariana. Dia dan Juana terpaksa menyorok dari
Carlotta yang dpt rasakan ada yang tak kena dalam rumah Alejandro. Salvador dan Ana Maria
makin rapat dan selesa dengan satu sama lain. Rafael dan anjingnya lari dari rumah dan
pergi mintak pertolongan Nicolas.
**********
Andes/bangsal: Juana nak tau sama ada anak tu sihat. Mauricio bagitau dia yang mereka dpt
anak perempuan. Juana gembira. MAuricio berterima kasih pada kehipuan yang mengurniakan
mereka seorang anak. mariana menangis dan Mauricio dan Juana tersenyum.
Rumah Alejandro: Salvador dan Ana Maria mendekati Alejandro dan mintak diri dulu sbb dah
tiba masa utk pergi. Carlotta benci tengok depa tu terutamanya Ana Maria. Selepas Salvador
dan Ana Maria pergi, Carlotta meluahkan rasa leganya pada Luz Marina.
Rumah De la Vega:
Rogelio suruh Camacho gi cari Carlotta kat kawasan pergunungan dan berharap dia takkan
amik masa panjang utk menemuinya. Rogelio dah penat dengan Camacho yang asyik dok kata
"jangan bimbang," dan dia nak berita terkini dari Camacho mengenai pencarian
Mauricio.
Andes/bangsal: Mauricio memeluk MAriana dan bgtau Juana yang mereka kene potong tali
pusat, kene cari Luz Marina utk periksa keadaan Juana. Mariana dok gelak mengekek sambil
menghisap ibu jarinya. Mauricio kata dia akan jaga Juana dan anak mereka. Alejandro mai
dan terkejut tengok anak itu. Mauricio citer la yang Juana baru saja melahirkan bayi
perempuan.
Apartment David: David ada bersama Brandy, mereka dok minum2 sambil gelak2. Kelihatan
macam dah mula mabuk2. Brandy nak balik dulu; dia angkut barang2 nya dan mencium mulut
David. DAvid tergelak biler Brandy terjatuhkan dokumen2nya ke lantai. Dia menunduk utk
mengambil barang2nya yang jatuh, David mengalihkan pandangannya cepat2 supaya tak
memandangnya dgn terlalu lama. Selepas Brandy balik David gelak sorang2.
Rumah Alejandro: Alejandor masuk ke ruang tamu dan bertembung dengan pegawai polis. Dia
dpt rasa ada sesuatu tak kena sbb dia tu kelihatan gementar. Alejandro memendekkan
perbualan mereka sbb nak cakap dengan isterinya yg sedang bersembang dengan Carlotta. Dia
mengganggu perbualan mereka dan mintak Luz Marina ikut dia. Dia tipu kata ada orang nak
jumpa dia kat luar. Luz marina keliru tapi Alejandro membisikkan berita gembira itu
padanya. Carlotta dapat rasa ada yang tak kena biler nampak tiba2 Luz Marina tersenyum,
dia tertanya tanya ke mana agaknya mereka berdua tu pergi.
Apartment David: Di kerusi roda, David masih memikirkan tentang perasaannya terhadap
Brandy. Dia gembira dan lega sbb kelakiannya masih berfungsi.
Andes/bangsal: Luz Marina membawa barang2nya utk memeriksa Juana. Juana masih dok di
katil. Mauricio memegang Mariana, gembira tengok anak dia tu. Kemudian Luz Marina bgtau
Juana yang anak mereka sihat. Dia nak pereksa Juana utk pastikan uri semua dah keluar dari
tubuhnya. Juana ngaku yang dia tak bersedia utk melahirkan anaknya. Luz Marina kata jgn
bimbang sbb sekarang mereka dah selamat dan sihat. Mauricio diam jer, masih lagi mengagumi
anaknya. Dia panggil nama anaknya dan mula bercakap dengannya. Luz Marina memuji Juana yg
berani melahirkan anak sendirian. Juana kata dia tak sendirian, Mauricio sentiasa ada
bersamanya dan itu menghilangkan ketakutannya.
Rumah Alejandro: Alejandro melayan Carlotta yg tertanya tanyakan Luz Marina, dia syak
sesuatu sbb tiba2 je dia tu hilang. Tetamu dah mula beredar. Alejandro makin gelisah sbb
Carlotta dah dpt alasan utk tinggal lebih lama kat situ; Alejandor cadangkan beberapa
hotel yg selesa utk Carlotta tapi Carlotta kata dia tak sempat buat tempahan, dia nak
tinggal di rumah Alejandro utk satu malam. Alejandro terkebil kebil tak percaya.
Rumah De la Vega:
Rafael turun bersama beg pakaian dan kata dia mesti dptkan Canela utk mengikutnya. Dia
berjalan perlahan lahan ke arah taman.
Eternal love Inn: Ana Maria sedang bercakap di telefon bersama Azucena utk mencritakan
berita terkini. Camacho berjalan melintasinya tp dia tak perasan. CAmacho pi tanya kat
penyambut tetamu kat situ sama ada Puan Carlotta Vivas ada menginap di hotel itu. Salvador
terdengar Camacho dan pelahan lahan bergerak ke arah Ana Maria.
Rumah Alejandro/bilik tetamu: Luz Marina membawa Carlotta ke bilik tetamu. dia nak pergi
tapi Carlotta menghalangnya dan tanya sama ada dia tak suka Carlotta dok situ. Luz Marina
cuba utk menyembunyikan rasa gelisahnya, dia tersenyum dan cuba bertenang. Dia kata tak
dak apa yang tak kena, dia gembira dengan kesudian Carlotta bermalam di situ.
Eternal Love Inn: Salvador tanya Ana Maria kot2 dia nampak lelaki yang bertanyakan
Carlotta Vivas tadi. Dia kata dia cuba ekori lelaki tu tp dia tu menghilangkan diri.
Rumah Alejandro: Alejandro menemani Mauricio dan Juana ke bilik tetamu yang lagi satu.
Mereka berjalan perlahan lahan. Juana rasa tak sihat dan serahkan Mariana pd Mauricio.
Mariana menangih kuat.
Bilik tetamu: Carlotta dah nak tanggalkan jaket dia tapi tak jadi biler terdengar suara
bayi menangis. Dia mengesyaki sesuatu.
Eternal Love Inn: Salvador menasihati Ana Maria supaya berenti minum.. Dia dok membebel
tentang perpisahan dia dgn Juana. Salvador percaya yang Ana Maria takkan dpt berjalan
balik ke biliknya. ANa Maria bangun utk buktikan dia masih boleh berjalan tapi kemudian
jatuh dalam pelukan SAlvador. Salvador mintak kunci dari penyambut tetamu yg dok angkat
kening kat dia.
Rumah Alejandro/bilik tetamu: Carlotta memola ingat tu imaginasi dia tapi kemudian dia
terdengar lagi.. dia buat keputusan nak siasat dari mana tangisan tu datang.. Biler dia
keluar, tangisan tu dah berhenti.
Bilik tetamu 2: Alejandro dan Luz Marina memperkenalkan Lucia pd Mauricio dan Juana. Lucia
akan bantu Juana dan anaknya. Mauricio suarakan rasa gembiranya. Luz Marina suruh
Alejandro cepat sikit sbb takut Carlotta mengesyaki sesuatu kalau tk dapat cari mereka.
Dia juga memberi amaran pada Mauricio dan Juana agar jgn jalan2 di luar bilik sbb takut
sesuatu yang tk diingini akan berlaku.
Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Salvador mendukung Ana Maria hingga ke biliknya dan
diletakkan atas katil. Ana maria dah terlena dibuai mimpi. Dia tolong tanggalkan kasut dan
mengusap pipi Ana Maria. Ana maria mengeliat dan tarik tangan Salvador.. dia bercakap
dalam tidur. Kemudian salvador menarik semula tangannya dan menyelimut Ana Maria. Dia
pelahan lahan meninggalkan bilik itu.
rumah Alejandro: Alejandro keluar dari bilik dan nampak Carlotta dok terpacak kat situ
macam mak guard. Dia cepat2 citer apa yang dia dengar.. Alejandro menidakkannya dan cuba
meyakinkan itu hanya khayalan. Carlotta tak percaya.
bilik tetamu 2: MAuricio mengucapkan terima kasi pada Luz Marina. Luz Marina gembira
kerana dpt memantu. Kemudian Mauricio tengok Juana menyusu Mariana. Mereka bersembang.
Juana dah penuhi impian dia; dia hidup dan dpt melihat anak nya menjadi sebahagian dari
hidupnya bersama dengan wanita yang amat dicintainya. Dia rasakan hidupnya bertuah. Juana
tersenyum dengan kata2 Mauricio.
Rumah Alejandro/bilik tamu: Carlotta dah pakai gaun tidur. Dia teringat masa dia beritahu
Alejandro apa yang dia dengar. Dia tiba2 membuat tanggapan liar bahawa Juana dah beranak
di rumah tu. Patutla Luz marina gementar dan gelisah.
Malam/di luar: Rafael dan anjingnya, Canela pergi ke rumah Nicolas. Dia ketuk tingkap..
Anjing tu pulak menyalak dan mengejutkan Nicolas dari tidurnya. Nicolas pergi kepintu dan
nampak Canela.. Rafael kata yang dia perlukan pertolongan.
Rumah Alejandro/bilik tetamu 2: MAuricio bercakap dengan penuh kasih sayang pada anaknya,
Mariana. Dia tanya keadaan Mariana dan sama ada Mariana kenal siapa dia. Mariana dok
menghisap ibu jarinya.. Dia terus lagi bercakap dengan Mariana. Juana sedang tidur di
katil. Dia beritahu Mariana yang biler dia besar nanti, dia akan cantik macam ibunya,
Juana. Dia akan sentiasa berada di sisinya utk melihat dia membesar, belajar dan buat
kesilapan bersama.
Di luar: Rafael bersmbang dengan Nicolas. Rafael beritahu yg dia terpaksa lari dari rumah
dan nak bantuan Nicolas utk bersembunyi dari Carlotta. Nicolas setuju.
Rumah Alejandro: Masih lagi bergaun tidur, Carlotta mencari sekitar rumah tu utk mengesan
bunyi tangisan bayi. Dia tak puas hati dan kata dia takkan berhenti sehinggalah dia
mengeledah semua bilik dalam rumah Alejandro.
Bilik tetamu 2: Bunyi pintu diketuk ketuk kedengaran beberapa kali hingga menyebabkan
Mariana terkejut dari tidur lalu menangis. Mauricio dpt mengagak itu mesti Carlotta. Juana
pun terbangun jugak.
Di luar bilik: Carlotta dengar bunyi tangisan dan tau itu dari bilik berdekatan. Dia tak
dapat bukak bilik tu; pintu tu berkunci. dia marah2 dan tanya sapa kunci pintu tu.
Bilik tetamu 2: Juana memeluk anaknya utk menenangkannya. Mauricio pergi ke pintu.
Carlotta cuba mendengar dari luar tapi tk dak bunyi apa dah. Dia mengetuk pintu beberapa
kali dan suruh orang di dalam membuka pintu. Juana takut sbb dia dan Mauricio dengar suara
Carotta sedang menjerit jerit sambil mengetuk ngetuk pintu.
Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Ana Maria bangun dan keliru di mana dia berada. Dia
membuat andaian yg Salvador dah bawak dia ke biliknya. Dia bangun dan pergi ketuk pintu
yang menghubungkan bilik mereka. Dia panggil SAlvadro dan cuba dengar melalui pintu tu.
Rumah Alejandro: Carlotta kelihatan seperti pompuan gila, mengetuk ngetuk pintu sambil
menjerit kat pintu mintak orang dr dalam membuka pintu. Alejandro dan Luz Marina pergi
tengok apayang dah jadi. Mereka terkejut dengan keadaan Carlotta; yang tekad utk menyiasat
tangisan bayi itu. Carlotta mintak depa bukak pintu tu jugak2; dia percaya tangisan tu dtg
dari bilik itu. Dia ugut suruh depa bukak pintu tu atau dia akan panggil polis. Luz marina
kata dia tak paham apa yang menjadikan Carlotta berkelakuan seperti itu.
Eternal Love Inn/bilik Salvador: Salvador dok kat katil sambil fikirannya melayang,
tertanya kenapa Ana Maria tak benarkan dia mnyintainya. Dia teringat masa Ana Maria
menarik tangannya tadi dan juga teringat saat2 Ana Maria pergi bersamanya ke pejabat,
mereka hampir berciuman tapi diganggu oleh Petrica.
rumah Alejandro: Alejandro dan Luz Marina bertengkar dengan Carlotta.. dia tuduh mereka
sorokkan Mauricio dan Juana. Alejandro dah bosan ngn sikap Carlotta.. dia suruh Luz Marina
gi amik kunci.
Eternal Love Inn/bilik Ana Maria: Ana maria ada kat katil memikirkan Juana. dia berdoa utk
keselamatan Juana.
Rumah Alejandro: Luz Marina datang bersama kunci dan memberikannya pada Alejandro.
CArlotta tak sabar2 menunggu. sebaik saja kunci pintu dibuka, dia terus menyerbu masuk ke
dlm bilik tu. Yang tinggal dalam bilik itu hanyalah Lucia yg sedang mendukung Mariana.
Carlotta keliru dengan keadaan tu tanya apa yg sedang berlaku ni? Dia tk tau yang Mauricio
dan Juana sedang bersembunyi di bawah katil. Alejandro memandang Luz Marina. Dia risau
dengan apa yang bakal dilakukan oleh Carlotta.
Pagi tiba..
Bilik tetamu 2: Mauricio dan Juana sedang tidur nyenyak. Mariana ada di antara mereka.
Juana terbangun dan senyum melihat Mauricio yang tidur hampir dgn Mariana. Dia kata 'Kan
bagus kalau ada kamera'. Dua orang yg paling penting dlm hidupnya dlm keadaan selamat
sekarang, dia kata lam hatinya. SEgala risiko yg diambil nya amat berbaloi; dia tak kisah
kalau terpaksa menghadapi semuanya sekali lagi.
Rumah Alejandro: Carlotta dah bersedia dan menunggu Alejandro dan Luz Marina di ruang
tamu. Dia tak puas hati dengan penerangan mereka mengenai anak itu. Dia nampak Alejandro
dan berharap dia dimaafkan kerana menggila semalam. Mereka bersembang sekejap dan kemudian
dia mendapat panggilan dari Rogelio. Dia mengesahkan pada bapanya yang dia berada di rumah
Alejandro dan minta Camacho pi amik dia. Alejandro tersenyum. (kakna: mesti lam hati dia
gembira sbb pompuan gila ni dah nak blah!)
Rumah de la Vega: Amparito turun tangga dan tanya Tania kat mana Rafael. TAnia kata ada
kat lam bilik dia la.
Rumah Alejandro: Sekali lagi Alejandro terkedu biler Carlotta mintak nak tengok Lucia dan
anaknya sbb dia nak beri sesuatu dan mengucapkan selamat tinggal.
Bilik tetamu 2: Mauricio dan Juana bersama ngn Mariana di katil dan mendengar citer Luz
Marina tentang kejadian semalam.
Rumah De la Vega: Humberto pujuk mak dia supaya bertenang. Amparito risau kot2 Carlotta
balik dan perasan 'monyet tu' (Rafael) dah hilang. Rogelio singgah dan tanya naper muka
masam2 belaka nih?
Positivo/pejabat Enriqueta: David bgtau Enriqueta ttg kerjanya dan Brandy. David berharap
nak tau sejauh mana perhubungan Enriqueta dan Manuel. Enriqueta citer la sikit tentang
perkembangan terbaru dia dan Manuel tapi diganggu oleh kehadiran Armando la pulak.
Rumah Alejandro/bilik tetamu 2: Juana dan Mauricio bertengkar sikit tentang kelakuan
Carlotta. Juana tau Carlotta mungkin dpt teka itu anak mereka. 'Kalau dia tak tau, kenapa
pulak dia berminat nak jumpa Mariana?' Juana kata, sepanjang pengetahuan dia, Carlotta
benci kanak2.
Ruang tamu: Alejandro dan Carlotta menunggu Luz Marina. Dia keluar bersama Lucia dan
Mariana. Carlotta memberi hadiah pada Lucia. Carlotta mengagak itu anak lelaki tapi Luz
marina cepat2 bagitau tu anak perempuan. Dengan senyum manis yang mengerikan, Carlotta
mintak nak dukung anak tu sekejap. Alejandro, Lucia dan Luz Marina dah resah dengan
permintaan tu. Luz Marina merenung tajam ke arah Carlotta.
sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si
no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada hari selasa 26 Ogos 2003
Posted on Aug 28, 2003, 12:07 PM |