Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 134 (Kak Na) English Home
Juana la Virgen (ep 134, Khamis 21 ogos 2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na

Mauricio dan Juana melarikan diri dari Camacho dan pihak berkuasa.. Salvador dan Ana Maria semakin rapat.. Mauricio mendapatkan perlindungan dari Alejandro dan isterinya..

**************
Di luar: Camacho dok mencangkung dan tebih tinggi, memerhatikan sesuatu, tiba2 telfon nya berbunyi.. Rogelio bagitau yang dia dahh bagitau tentang lokasi tu kat pihak polis. Dia nak Camacho tunggu dan jgn rosakkan rancangan mereka, biarkan polis buat kerja mereka. Camacho mematuhi arahan Rogelio.

Rumah De la Vega/ruang tamu: Carlotta marah2kan Tania kerana membiarkan Rafael pergi bersama Makcik Eva tanpa kebenarannya. Amparito mendengar saja dan kemudian menenangkan Carlotta. Carlotta tak peduli, dia dok berleter tak abih2 sbb tak puas hati dengan makcik Eva.

Rumah lama: Juana kelihatan membungkuskan pakaian mereka dalam kain yang besar. Mauricio suruh Juana kemaskan barang2 yg penting saja. Juana risau.. Mauricio ada cara bagaimana nak melepaskan diri dari Camacho dan pihak berkuasa. Mauricio kata dia nak gi pasang enjin keta, Juana mesti kira sampai 20 dan kemudian keluar tunggu dia kat luar. Mauricio amik pakaian yang dah berbungkus, mencium Juana dan kemudian keluar dengan segera. Juana gementar, jantungan berdegup kuat. Dia mula mengira perlahan lahan sementara kamera menunjukkan keadaan bayi dalam perut Juana.

Di luar rumah tinggal: Mauricio masuk ke kereta pemacu 4 rodanya bersama bungkusan pakaian. Dia baling bungkusan tu ke dalam keta.

Dalam kereta: Camacho namak Mauricio bertolak, dia ingat Mauricio nak ke tempat lain dan meninggalkan Juana. Dia cepat2 keluar utk memeriksa keadaan Juana.. Tak lama lepas itu, Mauricio mengundurkan keretanya dan Juana keluar lalu terus masuk dalam kereta. Mauricio cepat2 memandu pergi dari situ meninggalkan Camacho yang dah terlambat utk mengejar mereka. Camacho marah2 diri sendiri sebab lembap.

Positivo/bilik Enriqueta: Mak David membantu David masuk ke pejabat sementaranya. Dia mengucapkan terima kasih atas bantuan ibunya dan bersembang seketika.. Brandy masuk.. dia mengucap selamat pada David dan ibunya.. Ibu David mintak diri dulu.. Brandy gembira tengok David dah semakin sihat bersemangat. David dapat rasakan yang Brandy menyembunyikan sesuatu. Dia kemudian menunjukkan akhbar yg mengandungi gmbar Mauricio dan Juana.

Rumah tinggal: Ana Maria masuk dan panggil Juana.. Mauricio dan Juana dan lama tinggalkan tempat tu. Ana Maria menjumpai baju Juana dan menunjukkannya pada Salvador.

Di luar/dalam kereta Mauricio: Juana kesakitan sbb bayi dalam perutnya tak selesa. Juana duduk di belakang Mauricio, dia rasa ngeri biler dengar Mauricio citer yang Camacho tu bukan saja pemandu Rogelio tetapi jugak orang suruhan Rogelio yang setia, tolong bunuh orang yang dia tak suka. mauricio suruh Juana bertenang. Di dlm rahim Juana, bayinya bergerak perlahan.

Positivo/bilik Enriqueta: David dah baca akhbar tu.. dia terkejut dengan kes Mauricio. Berita itu memberikan tanggapan buruk kepada Mauricio dan Juana. Kemudian Brandy dan David bertelingkah sikit.

Di bandar / Andes: Mauricio meninggalkan keretanya supaya mereka boleh mengelakkan perhatian polis dan Camacho. mauricio mengambil bungkusan pakaian mereka dan bergerak dengan berjalan kaki. Mereka menyusup di celah2 orang ramai.

Rumah lama: Salvador berikan 2 bukti pada pihak polis; tali tangsi mengail ikan (yang mungkin dibeli dari bandar) dan pakaian Juana. Ana Maria memegang kelopak bunga yang bertaburan kat katil, dan selimut di lantai berdekatan dengan tempat berdiang. Dia tiba2 teringat perkara buruk yang mungkin dah berlaku antara anaknya dan Mauricio. Salvador mendekati Ana Maria.

Salvador nak tau apa yang sedang difikirnya. Ana Maria mula menangis memikira Juana dah bersama Mauricio dan sekarang dia tu bukan anak kecil lagi. Ana Maria nak Salvador berjanji akan melindungi Juana dari keburukan. Dia memeluk Salvador.

Bandar.. kat satu gerai/Andes: Mauricio dan Juana pakai kain labuh macam selimut (gaya mexico).. Juana pakai cermin mata gelap milik Mauricio. Juana kelaparan. Masa besembang sembang dengan Juana, Mauricio ternampak akhbar yang ada gambar mereka.

Rumah lama: Salvador suruh 3 pegawai polis menyiasat tempat2 yg dia dah bagi tau. Dia menekankan pada mereka bahawa Juana bukan sorang pembunuh. Ana Maria masih lagi duduk di katil sambil menangis dan bersembang dengan Salvador.

Bandar.. gerai/Andes: Juana tanya Mauricio dia tu dok tengok apa.. Mauricio tak dapat halang Juana dari membaca artikel itu. juana terkejut. Mereka berdua meninggalkan gerai itu dan sorang lelaki kelihatan bergegas ke gerai itu lalu membaca artikel itu. Dia pergi ke pondok telefon lalu membuat panggilan.

Gereja: Padre Jose dok berdoa masa MAkcik Eva dan Rafael masuk ke bilik itu. Padre Jose gembira tengok mereka berdua.. RAfael tarik muka masam.. dia memeluk Padre Jose dan bagi tau yang Carlota tak sayangkan dia.

Bandar.. gerai/Andes: Mauricio dan Juana merayau rayau tanpa tujuan di celah2 orang ramai. Kedengara bunyi siren polis.

Rumah De la Vega: Carlotta marah biler tak der orang angkat panggilannya. Amparito suruh dia bertenang dan jgn tertekan sangat. Carlota takut Makcik Eva bawak RAfael kepada Mauricio dan Juana. Amparito taknak dia berfikir tentang Juana dan Mauricio sepanjang masa.. CArlotta menggeleng gelengkan kepala.

Bandar.. gerai lain / Andes: Mauricio suruh Juana pergi ke arah lain sementara dia cuba menarik perhatian polis tapi Juana tak nak. Dia kata kalau Mauricio wat camtu anak mereka akan dilahirkan di penjara. Mauricio kemudian terperasan sorang kawan dia, Alejandro dan cepat2 mendekatinya. Alejandro terperanjat.. Mereka berpelukan. Dia beritahu yang dia memerlukan bantuannya kerana polis sedang memburunya, dia dalam masalah besar. Terkejut.. dia melepaskan pelukan mereka dan muka nya kelihatan risau.

Balai polis: David dan Brandy pergi ke balai polis.. mereka bertemu Pacheco dan nak tau maklumat lanjut tentang Juana. Kemudian Manuel pulak singgah tanya hal Juana jugak kat Pachecho.

Bandar / kat gerai/ Andes: Mauricio dan Juana ikut Alejandro.. dia kata tempat tu tak bahaya dan suruh mereka bertenang. Mereka masuk lam satu rumah. Juana melihat ke luar.. SAlvador memandu melintasi mereka.. Juana ternampak ibunya dalam keta bersama Salvador.. Juana kelihatan terdesak nak keluar dari celah2 palang pintu tu untuk pergi mendapatkan ibunya. Mauricio terpaksa menyeretnya masuk.

Gereja: Padre Jose gembira Makcik Eva singgah situ. Dia ceritakan semuanya tentang Carlotta dan bagaimana dia mendera Rafael demi kepentingan diri sendiri.

Bandar/ kawasan Gerai/Andes: Alejandro mempersilakan mereka masuk ke rumahnya. Mauricio berterima kasih dengan budinya. Alejandro nak tau mengapa dia dalam pelarian. mauricio tunjukkan akhbar yang ada gambar dia dan Juana.

Di luar: Salvador menunjukkan surat khabar itu pada sorang budak dan tanya kot2 depa tu cam wajah Mauricio. Budak tu cam Mauricio dan menunjukkan keretanya. ana Maria pergi periksa kenderaan itu, tapi dia kelihatan kecewa biler tengok dalam tu kosong. Salvador suruh polis kawal kenderaan tu dan periksa jalan keluar masuk ke situ dengan teliti.

Rumah Alejandro: Mauricio cerita tentang sahabat mereka Francisco. Isteri Alejandro, Luz Marina mengucap selamat pada mereka. Dia jugak terkejut dengan berita buruk itu. Juana kelihatan macam nak muntah, Luz Marina bantu dia ke bilik air. Alejandro tanya mauricio tentang apa yang telah terjadi.

Bandar Andes: ana Maria bersandar pada kenderaan 4 roda yang disyakki milik Mauricio. Salvador mendekatinya dan menenangkannya. Ana maria kata memburu mereka adalah satu kesilapan.. Dia yakin Mauricio melarikan diri sebab nak larikan Juana dari bahaya. Juana sendiri setuju mengikutnya kerena dia akan buat apa saja utk Mauricio. Salvador masih ragu2. Ana maria harap mereka berdua tu dapat lari dari semua perangkap. Salvador senyum dan memeluk Ana Maria.

Rumah Alejandro: Alejandro dan Luz Marina mendengar cerita Mauricio. Luz Marina dengan beraninya tannya sapa Juana tu, sepanjang pengetahuan dia, Mauricio kawin ngn Carlotta. Mauricio tak tau macam mana nak mula kan ceritanya.. Dia kata Juana adalah satu2nya keamanan yang masih ujud dalam kehidupannya. Luz Marina kata 'tapi dia mengandung!' Mauricio kata "anak dlm kandungannya adalah anakku" Alejandro dan Luz Marina terkejut lagi.

Balai polis/bilik Salvador: Pachecho menyindir Manuel yang degil dan tak sabar menunggu perkembangan Juana. Kemudian, Azucena sampai dan nak tau jugak kot2 dia ada peluang utk mendapatkan berita terkini dari ketua Pachecho.

Rumah Alejandro: Mauricio kata dia mejumpai cinta sejati bersama Juana. Juana dok nyorok belakang dinding.. mencuri curi dengar perbualan mereka. Dia senyum dengar pengakuan Mauricio yang menyentuh hati tu. Mauricio mintak Alejandro dan Luz Marina jaga Juana dan kembalikannya kepada keluarganya kalau mereka berniat nak serahkannya pada pihak polis. Juana sedih dengan kata2 itu.

Balai polis/bilik Salvador: Pachecho terpaksa memenuhi permintaan Manuel dan Azucena utk mintak ketuanya cakap tentang Juana. Dia tinggalkan mereka utk pergi mendapatkan ketuanya. Kemudian Azucena bagitau Manuel yang dia marah kat Manuel.

Rumah Alejandro: Juana mendengar perbualan mereka dengan sepenuh perhatian. Luz Marina menyatakan yang dia tak kenal langsung Juana tu; tapi dia kenal Carlotta dan Mauricio & Carlotta dulu adalah pasangan yang dicemburui. Mauricio sedar yang Luz Marina tak setuju mereka dok situ. .Dia nak cakap lagi tapi kemudian perasan Juana ada kat situ mendengar dari belakang dinidng. Mauricio dan Juana meninggalkan Alejandro dan Luz Marina utk berfikir dan buat keputusan.

Balai polis/bilik Salvador: Azucena marah Manuel sebab tak belajar langsung apa yand dia dah ajar dulu. Dia tak suka dengan cara layanan Manuel terhadap Enriqueta..Azucena terus terusan berleter kat dia (kemudian kelihatan skrin kosong kaler hitam bersama logo ntv7 di sebelah kanan utk jangka masa yang agak lama.. Sora Azucena kedengaran) Azucena ajar dia tentang wanita dan bagaimana dia patut melayan wanita dengan penuh perhatian. Manuel buat muka bersalah.

Rumah De la Vega: (Sekali lagi skrin kosong kelihatan.. sora Carlotta kedengaran membebel) Amparito risau ngn anak dia tu.. Dia kata bagus jugak RAfael tak dak beberapa hari. Tapi Carlotta kata dia nak jugak RAFAEL, dia tu anaknya dan dia boleh buat apa saja yang dia nak kat budak tu. habih citer.

Balai polis/ibu pejabat Andes: Ana Maria dan Salvador melawat ketua bahagian kat situ.

Rumah Alejandro: Alejandro rayu Luz Marina supaya benarkan dia bantu Mauricio dan Juana. Luz Marina masih ragu2, takut orang lain tahu.. Kemudian Alejandro maklumkan pada Mauricio yang depa boleh dok situ hinggalah depa dapat cari jalan penyelesaian kepada masalah Mauricio. Juana tersenyum.. itu ada berita baik untuknya.

Balai polis/ ibu pejabat Andes: Salvador, Ana Maria dan ketua bahagian di situ berbincang tentang kes Mauricio. Ana Maria nak dia tu pertimbangkan agar melayan Juana dengan baik.

rumah Alejandro: Mauricio dan Juana mengucapkan terimakasih sbb benarkan mereka dok di situ buat sementara waktu.. tapi kemudian Luz Marina kata depa datang pada masa yang tak sesuai sebab, malam tu mereka akan mengadakan satu majlis di rumah tu. Alejandro lupa tentang hal itu.. Alejandro adalah ketua sekolah undang2 di universiti.. ramai tetamu telah dijemput; semuanya dari lapangan undang2, penguat kuasa, penggubal undang2 seperti hakim dan lain2 lagi. Riak muka Juana berubah dan merasakan Luz Marina tak mesra dengan dia. Mauricio terkejut dengan berita itu.

Rumah Alejandro: Dalam bilik Juana dok kat katil.. dia ragu2 tentang keikhlasan Luz Marina. Mauricio kata dia caya kat Alejandro walaupun dia tu kelihatan tak selesa dengan pendapat isterinya.. Dia meyakinkan Juana supaya mempercayai mereka berdua itu.

Rumah De la Vega: Carlotta menyeret Rafael masuk lam rumah bersama begnya. Rafael nak dok ngn Padre Jose. Carlotta suruh Tania bawak Rafael ke biliknya dan temankan dia di situ. Rafael lari memeluk Tania. Carlotta tak nak tengok muka Rafael kat situ. Kemudian telefon bunyi. Dengan marahnya Carlotta kata "HELLO!".. panggilan dari kawannya, Luz Marina.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Jumaat 22 ogos 2003

Posted on Aug 23, 2003, 12:11 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1