Juana la Virgen (ep 133, Rabu 20 Ogos
2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na
Rumah lama: Juana kata dia tak pernah berperasaan begini dan tak pernah melafazkannya pada
sapa2. Mauricio pun kata cam tu jugak, dia rasakan cinta dan keinginan yang bercampur
aduk. "Setiap kali aku melihat kau, aku mencintai kau." tak kira masa berjalan,
mandi, di altar, ketawa. Pastu ada aar adegan lam kelambu tu.. of kos la kene fotong.
Rumah Perez: Enriqueta tanya Azucena apa yang patut dia buat utk bantu Manuel. Dia
bersetuju dengan tindakan Azucena bwk Ramon dok situ, itu merupakan tindakan kemanusiaan
yang sungguh indah. Azucena tersenyum dgn kata2 Enriqueta.
Rumah lama: Masih lagi lam kelambu, Mauricio masih dok luahkan perasaan dia sambil melutut
bersama Juana.
Rumah Perez: Azucena mengucapkan terima kasih pada Enriqueta kerana betul2 menyayangi
Manuel dan menanggung penderitaan bersama sama.
Di luar/ taman: Manuel berlari sampai kat satu tiang hijau. Dia rasa cam tak sihat dgn
kemarahan yang dipendam terhadap Ramon. Dia ternampak sorang lelaki membaca akhbar yang
mengandungi gambar Juana dan Mauricio di muka depan.
Rumah Perez: Rosita bukak pintu utk Manuel yang kelihatan kepenatan. Sementara di bilik
Azucena, Enriqueta bersembang dengan Ramon. Azucena turun sat sbb dia dengar macam ada
orang mai. RAmon tau Enriqueta baik dan jujur jadi dia tanya tentng anak lelakinya.
Enriqueta kata Manuel takkan datang. Di tingkat bawah: Manuel tertanya tanya tentang
keadaan Juana. Azucena bagitau yang Ana Maria ikut Salvador gi cari Juana. Kemudian dia
tanya apa yang tak kena dengan Manuel? Manuel kata dia baru saja nampak gambar Juana dn
Mauricio di muka depan akhbar.
Di sebuah bar: Lelaki yang mengaku penjaga rumah tu (nama dia Pernia), masih dok belanja
orang minum2. Camacho mai tersengih sambil menegur semua orang kat situ (tengok dia ni
teringat akak kat sengih si Bruce dlm citer 'Finding Nemo')
Rumah Perez: Manuel nak pergi dan minta Azucena bgtau kat dia kalau ada berita terkini.
Kemudian dia nampak Enriqueta menuruni tangga, dia tanya "buat apa kat sini?"
Di sebuah bar: Camacho pulak nak belanja orang. (ngeri la tgk dia cakap sambil tersengih
sengih.) Dia dah berjaya berbaik baik dgn Pernia.
Rumah Perez: Manuel tak paham kenapa Enriqueta ada situ. Enriqueta kata dia nak jumpa
Ramon. Manuel kata Enriqueta tak patut buat camtu. kalau orang lain buat dia boleh terima,
dia kecewa dengn Enriqueta. Kemudian Manuel keluar dai situ.
Di sebuah bar: Camacho tanya tentang sepasang pasangan muda dari kota, yang pompuan
mengandung dan yg lelaki bertubuh besar, tinggi. Dia dok cari depa tu sbb depa tu sepupu
dia yang baru berkahwin. Pernia dok kata lam hati "ni mesti pasangan kat rumah
tu." Pemilik bar tu kata hanya Pernia yang kerap berjumpa dengan orang luar. Pernia
kata ingatan dia tak berapa baik. Pernia memandang ke arah Camacho dan kata lam hati dia
buat2 bodoh jer ni, dia ni mmg berminat nak cari psangan tu, jadi mungkin pernia boleh
korek duit lebih. Pernia gi bayar dan keluar dari situ.
Pejabat Rogelio: Rogelio menyeret Desiree masuk lam rumah. Dia marah dgn kata2 Desiree di
tanah perkuburan. Desiree tanya apa salahnya dengan komen itu. Rogelio tanya sambil
memegang Desiree dgn kasar, "Apa maksud kau bila kau kata kau meratapi kematian
Francisco dari pembunuhnya? Apa cuba kau sampaikan dgn kata2 seperti itu?"
Di sebuah bar: Depa situ kata mungkin Pernia kalut balik sbb takut bini dia. Camacho dok
kata dia risau sangat dengan sepupunya. Tak lama lepas tu Salvador dan Ana maria sampai ke
bar tu, Camacho terus menunduk dan perlahan lahan berundur ke belakang.
Pejabat Rogelio: Rogelio tanya sama ada Desiree tau tentang hutang mauricio kat Francisco.
Desiree tau. jadi Rogelio cuba menegaskan Mauricio nak amik alih semua saham supaya dia
lebih berkuasa dalam syarikat.
Di sebuah Bar: Salvador dan Ana Maria tanya org2 dlm bar tentang Juana dan Mauricio. Depa
semua tak tau. Camacho kelihatan mencuri dengar dari belakang. Ana Maria yakin depa semua
tau sesuatu tapi menyembunyikannya.
Pejabat Rogelio: Desiree kata dia dpt terima alasan2 Rogelio tadi dlm cubaan meyakinkan
dia yang Mauricio bunuh Francisco. "Akhirnya! kau percaya cukap cakap aku."
Rogelio sangka Desiree dah ubah fikiran tapi Desiree kata tidak. Dia masih tak fikir
Mauricio sanggup membunuh, walaupun seekor arnab. Biler Rogelio kelihatan marah dan cuba
merapatinya, Desiree cepat2 kata sbb tu la biarkan pihak berkuasa yang uruskan hal ini.
Di luar rumah lama: Pernia memandang ke arah rumah itu dalam gelap. Di yakin dia boleh
perolehi wang yang bnyak dari pasangan itu sbb ramai org yg sedang mencari mereka.
Masa break iklan ada gambar Juana dan Mauricio.
Di bar: Salvador suruh depa hubungi dia kalau tau apa2.
Eternal Love Inn: Ana Maria kata orang2 kat situ pelik jer. Dia rasa macam bila2 masa saja
akan mai satu raksaksa yg mai cantas pala depa dengan kapak. Salvador kata mungkin org kat
situ tak banyak cakap. Ana Maria sindir Penyambut tetamu yang hampir2 bagi sebuah bilik
siap ngn jakuzi kat mereka. Salvador cuba menahan gelak. Dia kata tempat ni memang utk
orang berbulan madu, jadi biasa la penyambut tetamu tu beranggapan begitu biler melihat
pasangan. Ana Maria kata depa berdua tak sepadan. Salvador dah nak pi tido sbb esok leh
mangkit awai. Ana maria tegur Salvador tak yah teman dia gi cari bilik. Salvador kata
bukan nak teman, dia nak pi jugak sbb bilik dia kat sebelah bilik Ana Maria.
Dah pagi dah...
Carlotta pergi ke balai polis bertanyakan kat mana Mauricio dan Juana berada.
Di luar Rumah Pernia: Camacho gi cari Pernia kat rumah. Dia kata dia sanggup bayar utk
memulihkan ingatan Pernia tentang pasangan itu.
Balai polis: Ada sorang polis lagi bersama Pachecho. Carlotta marah2 sbb sorang Inspektor
saja ditugaskan mencari Mauricio dan Juana. Pachecho kata Inspektor Salvador Mendez
bekerjasama dgn polis kat kawasan tu. Carlotta memperlekehkan polis kat situ sbb
membiarkan Mauricoi melepaskan diri bersama Juana Perez.
Di luar rumah PErnia: Pernia kata mungkin dia ada nampak pasangan tu, tapi setiap kali dia
cuba mengingatinya, fikirannya melayang entah ke mana. Camacho keluarkan duit yang tebal,
Pernia nak amik duit tu tapi dia cepat2 tarik semula duit tu dan kata Pernia akan dapat
duit tu selepas bwk dia jumpa pasangan muda itu.
Eternal Love Inn/bilik Salvador: Salvador dok tertanya tanya apa la yang Ana Maria tengah
buat agaknya. Dia dok terpikir yang Ana Maria tentu canti bila bangun dari tidur, dengan
rambut yang kusut masai. Salvador cuba kejutkan Ana Maria dengn mengetuk pintu. Memola dia
panggil ana Maria.. lepas ketuk dia tiga kali dia panggil pulak Anita.. tapi tak der
jawapan, dia kemudian membuka perlahan-lahan pintu yang menghubungi bilik nya dgn bilik
Anita. Salvador masuk sambil senyum dan memuji kecantikan Ana Maria yang masih lena.
(Macam ada adegan yang dipotong). Salvador kata dia patut malu dengan diri sendiri..
Salvador mengeluh sorang diri. Tiba2 Ana Maria tersedar dan menjerit, Salvador pon
merjerit kuat jugak.
Ana Maria: Kenapa kau menjerit?
Salvador: Kenapa kau menjerit?
Ana Maria tanya camno Salvador ada kat situ. Melalui pintu? kemudian dia sendiri jawab
tentula melalui pintu. Dia terpaksa jwab sendiri sebab Salvador terbodo seketika tak cakap
apa. Ana Maria bangun nak tolak Salvador keluar tapi terlupa dia pakai singlet ngn suar
dlm putih jer. Salvador lagi la terbeliak mato. Dia tutup ngn bantal dan gi tolak Salvador
keluar. Salvador kata dia akan tunggu kat bawah. Ana Maria cepat2 tutup pintu. Dia
kelihatan tergelak lalu menutup mulutnya ngn tangan.
Semasa lam perjalanan g cari Mauricio, Rogelio tipon Camacho tanya perkembangan. Camacho
dengan tersengih bgtau dia dah jumpa mereka tu dan dalam perjalanan mencari mereka.
Balai polis: Polis tu menegaskan siasatan masih dijalankan. Carlotta nak tau jugak depa
berdua tu disyakki berada di mana. Polis tu bagitau depa berada di kawasan pergunungan.
Carlotta mengangguk angguk.
Rumah De la Vega:
Makcik Eva nak bawak RAfael dok dengan dia. Tapi Tania berat hati nak bagi sbb takut nanti
Carlotta pecat dia. Makcik Eva kata bagitau Carlotta yang dia mai sini tanpa kebenaran dan
bawak Rafael keluar. Rafael dah mula rapat ngn Tania. RAfael ajak Tania dok ngn depa, tapi
Tania terpaksa tinggal situ sbb dia memerlukan pekerjaan itu. Sebelum Rafael pi, Tania
cium dahi dia. Dia nak yang terbaik utk Rafael.
Eternal love Inn: Salvador dok tunggu kat depan kaunter. Dia teringat balik kejadian tadi.
Dia dok pk apa la alasan yang sesuai utk bagi kat Ana Maria kenapa dia masuk bilik tu.
Kemudian Ana maria smpai dan suruh penyambut tetamu tu pastikan pintu yang menghubungi
biliknya dan bilik Salvador dikunci. Ana Maria tak nak makan, dia nak gi cari Juana terus.
Rumah Lama: Juana masih di katil berselimut dan memeluk bantal. Mauricio dok bersiap siap
pakai stokin. Juana nak ikut tapi Mauricio tak bagi. Mauricio kata dia perlu buat sesuatu
sbb tu la dia nak pergi. "Aku tahu jalannyalagipun aku tak takut macam engkau."
Juana mintak satu kucupan sebelum dia pergi. Mauricio muncungkan mulut dia lebih2 pulak.
adegan cium tu kene potong la.
Rumah Perez: Rosita dok gosok baju. Azucena citer dia mimpi Juana dalam keadaan gembira.
Dia harap tu adalah petunjuk yang baik. Tapi dia tetapkan bimbangkan Juana. Kemudian
Nicolas sampai suruh Rosita cepat sikit sbb dia nak gi hantar pakaian tu ke hospital.
Nicolas terbagi tau seluruh pelosok negara dah tau tentang Juana dan Mauricio melalui
akhbar semalam. Nicolas kata lelaki yang memiliki kereta mewah dan ayah baru Rafael sedang
diburu polis.
Apartment Enriqueta: Manuel masih baring di sofa. Enriqueta suruh Manuel kuatkan diri utk
bersemuka dengan Ramon. Rasa takut tu hanya imaginasi Manuel saja. "Apa yang kau mahu
sebenarnya memaafkan dia". Enriqueta rasa Manuel takut nak bagitau Ramon yang dia dah
memaafkan bapanya, sbb tu la dia balik ke rumahnya semalam. Dia susah hati tengok Manuel
macam tu. Manuel suruh Enriqueta jgn cakap apa yang dia tak rasa. Dia masih marah
Enriqueta pi rumah Perez semalam. Dia menyelimuti dirinya sampai ke kepala. Enriqueta
terus amik beg dia dan pi kerja. Manuel menurunkan selimutnya dan tengok Enriqueta keluar.
Rumah lama: Juana menyanyikan lagu tema sambil menyiapkan sarpan. Dia rasa seperti dia lah
orang yang paling gembira dalam hidup ini. Dia kata tentu semua orang yang baru berkahwin
akan gembira seperti itu.
Air terjun: Mauricio berjalan jalan menghirup udara pagi. Dia kata sekarang dia rasa
seperti membina keluarga. "Kalau begitu aku tak pernah berkahwin sebelum ini."
Tiba2 senyuman Mauricio hilang. Dia ternampak Pernia bersama Camacho menunding nunding ke
arah air terjun.
Mauricio: Juana.. mereka sedang mencari kita... dan mereka dah temui kita.
akan bersambung 21 Ogos 2003, Rabu
sure fine whatever
Posted on Aug 21, 2003, 9:18 AM |