Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 131 (Kak Na) | English | Home | |
| Juana la Virgen (ep 131,
Isnin 18 ogos 2003) dlm bahasa Melayu oleh Kak Na Air Terjun: Mauricio berdialog sendirian mengenai keinginan dia terhadap Juana. Dia marah2 diri sendiri sebab mengingini Juana tapi kemudian bertanya sendiri kenapa pulak tak boleh sebab dia bawak Juana ke situ sebab menyintainya. Juana pulak masih membasah basahkan badannya. Mauricio kata dia dah mabuk kepayang ni. Kemudian Juana terpandang ke arah Mauricio yg sedang tersengih di atas sana nun. Juana terus terkejut dan menjerit lalu melompat ke dalam air.. takut Mauricio nampak tubuh dia. Mauricio pon terkejut jugak. Juana jerit2 kata Mauricio tercongok kat situ tekejut dia. Mauricio kata dia pun terkejut nih. Juana ajak dia mandi jugak. Mauricio kata tak palah, lain kali lah. Kemudian pelahan lahan dia cakap kalau dia turun sekali tentu dia tak leh kawal perasaan dia. Juana berenang renang dalam air sambil ajak Mauricio menyertai dia. Mauricio memandang saja dari jauh. SEronok dia tu mandi bawah air terjun. Mauricio pon seronok jugak tengok Juana. Mauricio kata kalau dia pi situ, dia bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Pejabat Mauricio: Enriqueta lega dia dah ceritakan semuanya. Manuel cium dahinya dah kata semuanya berjalan lancar. tapi Enriqueta kata dia tak dapat hindarkan mereka dari rasa ragu2. hanya orang yang setia pada Mauricio saja takkan kata dia tu bersalah macam dia dan Juana. Manuel harap Enriqueta dan Juana di pihak yang benar. Enriqueta sahkan yang dia yakin betul. Manuel nak citer semuanya kat David sbb tak nak David dengar citer sebenar dari orang lain. Mereka berciuman dan Manuel kata dia bangga dengan Enriqueta. Enriqueta tergelak dan senyum meleret. Rumah Perez: Azucena benarkan Ramon duduk di biliknya dan dia akan tidur di katil Juana. Ana Maria gembira dengan keputusan ibunya utk membenarkan Ramon duduk situ bersama mereka dan memeluk ibunya itu. Dia nak Ramon dok ngn depa sehinggalah Tuhan menentukan sampai bila. Air Terjun: Juana dok pakai baju manakala Mauricio membelakanginya utk elak terintai. Dia dok tanya dah siap belom, dah siap belom. Juana dah siap tapi dok kata belom, belom Rumah Perez: Salvador mintak diri nak blah dulu. Ana Maria nak ikut dia pasti Ramon tau tentang Juana jadi Ramon benarkan dia ikut Salvador cari Juana. Azucena pon suruh Ana Mria pi sbb dia akan jaga Ramon bersama Maria Rosa. Ana Maria peluk ibunya. Salvador emosi sungguh tengok dua beranak tu sampai menitis air mata. Rumah Lama: Mauricio dan Juana makan tuna dalam tin sambil berbual bual. Juana terkenangkan Rafael, takut kot2 dia tu dalam bahaya jugak sbb bersama Carlotta. Mauricio nak cari jln utk bwk Rafael dok dgn mereka. Juana kata tentu seronok kalau Rafael dapat tinggal dengan depa. Juana puji tuna dalam tin tu sungguh lazat. Mauricio kata berani la mempersendakan dia macam tu, nanti seminggu dia tak bagi makan baru tau. Juana kata matila pumpuan ngandung nih kalau takdak makanan (sambil buat sora orang nak nangih). Mauricio tersenyum dan puji Juana pandai wat lawak. Juana kata mungkin sebab mereka tak pernah berdua duaan macam ni. Mauricio menyentuh tangan Juana. Pejabat Enriqueta: Manuel ceritakan apa yang Juana dah buat kat David dan Brandy. David kagum dengan tindakan Juana sampai ternganga dan tergelak gelak dia. Dia siap suruh Manuel citer dengan terperinci. Brandy tak sangka Juana sapu keta buruk Salvador. Dia kata sekali lagi Mauricio dan Juana dah buktikan tak dak sapa boleh halang cinta mereka. Buat kali pertama faham dan terharu dengan cinta mereka tu. Juana sanggup buat apa saja untuk Mauricio semata mata nak melindunginya. Manuel setuju, cinta mengatasi sega galanya. Manuel takjub tengok reaksi David terhadap apa yang dah berlaku. Pejabat Mauricio: Enriqueta dok bercakap dengan Desiree dan Armando. Desiree dok citer rasa tak sangkanya yang Francisco dah mati. Armando dok kata tak dpt bayangkan Mauricio yang dituduh membunuhnya. Depa semua setuju tu adalah sesutu yang sukar nak dipercayai. Enriqueta tanya Desiree apa yang difikirnya telah berlaku, adakah mauricio terlibat dengan pembunuhan Francisco. Di luar rumah lama: Juana dan Mauricio berciuman (masa kita tengok depa dah selesai) Juana dpt rasa Mauricio dok ngelak bertentang mata dengan dia. "Hodoh sangat kah aku ini?" Mauricio kata mana ada hodoh, dia cantik lebih2 lagi dengan perut itu. Juana kata Mauricio memandang dia sebagai seorang ibu, bukan sebagai seorang wanita. Mauricio kata sebenarnya dia rasa janggal biler bersama Juana, dia nak bermesra dengan Juana, nak bersatu dengan dia seperti kali pertama mereka berkucupan. Tapi pada masa yang sama dia nak jaga Juana dan nak terbaik utk dia, kalau dia nak lindungi Juana takkan nak musnahkan hidup dia pulak. Juana kata memandangkan sekarang dia kandung anak Mauricio, ini boleh dianggap sebagai penyatuan. Juana kata mungkin sebab itulah semasa Mauricio membelai dia kat kabin dulu, perasaan dia berkecamuk. Mauricio risau nak bawak Juana jalan2 kat sekitar kawasan tu. Juana kata dia mengandung, bukannya sakit. Dia cuma nak mengecapi kehidupan bersama lelaki yang dicintainya. Mauricio kata dia faham sepenuhnya. Juana menyentuh kening Mauricio. Balai polis: Ana Maria menyatakan rasa penghargaan dia terhadap Salvador yang sentiasa ada utk menyelamatkan keluarganya. Salvador dok minum kopi masa Ana Maria sebut Salvador dah mengubah hidupnya. Abih tersembur kopi tu dan meja sampai bergegar. Ana Maria senyum tengok Salvador gelabah macam tu. Dia suruh Salvador jgn kemas semua tu dan pandang dia sbb dia nak cakap dengan Salvador. Ana Maria menarik Salvador dekat padanya dan mengucapkan terima kasih. Dia nak Salvador pandang dia seperti sekarang ini dan beri perhatian padanya. Ana maria ngaku dulu sikap dia tak matang. Salvador kata sekarang tak mungkin dia dapat mengelak dari memandang Ana Maria seperti itu. Ana maria panggil dia 'Salvadorku'. Mereka saling merapati dan nak berkucupan tapi siaran itu telah diganggu oleh... jeng jeng jeng.. sapa lagi kalau bukan Petrica yang tiba2 tersembul kat pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Sambil tersengih Petrica kata "Aku harap aku tak mengganggu hal yang penting." Rumah Perez: Maria Rosa bantu Azucena bawak Ramon ke bilik. MAria Rosa gi amik bantal kat bilik Manuel meninggalkan Azucena sendirian dengan Ramon. Ramon berasa pelik berada di bilik itu, sekarang dia boleh pergi dengan aman. Dia ucapkan terima kasih. Azcuena kata dia buat semua ni utk Ramon. Ramon mintak maaf kerana segala2nya yang terpaksa Azucena lalui. Ramon pegang tangan Azucena dan Azucena memaafkannya. RAmon gembira akhirnya kata2 maaf keluar dari mulut Azucena Di luar Rumah lama: Depa berdua dah berjalan2 (kelihatan seperti berhutan sikit) sampai kat satu tempat ada altar. Mauricio pelik pulak sebab letaknya jauh dari tempat kediaman. Juana kata mungkin lebih jauh, lebih selamat. Juana kata keadaan altar tu sama macam keadaan mereka sekarang ini. Mauricio kata sebab ia dibuat dari batu ker? Juana tergelak, bukan itu saja, sebab ia terpaksa dibina jauh dari mata orang lain supaya dapat berdiri teguh. Pejabat Enriqueta: David bersembang dengan Brandy. David kata dia akan terus cintakan Juana tapi dia jugak kene terima hakikat yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Brandy tak paham biler David sebut pasal unsur2 sekelilingnya yang mungkin boleh bagi Juana berada di sisinya (which i also don't understand) David bagi contoh Carlotta yang masih tak dpt terima hakikat mauricio dah tak nak kat dia. Obsesi Carlotta terhadap Mauricio tak kan dpt merapatkan mereka semula. Obsesi itu lah yang merenggangkan mereka. Kemudian dia amik Brandy pulak sebagai contoh. Brandy jugak bersikap obses terhadap David ngekor dia pi merata dan mengganggu kerja dia. Tak macam sekarang. duduk berbual dengan selesa. Brandy sentiasa berada di sisinya dan buat dia gembira. David kagum dengan cinta brandy yang tak berbelah bagi terhadapnya dan tak pernah mintak apa2. Senyum Brandy makin lebar dan matanya bersinar sinar. David kata dia tak dapat membenci Mauricio, kalau dia kene tembak sekali lagi pun dia tak kisah, sebab itu lah kehidupan. Dia kena terima hakikat Juana dah pilih Mauricio dan mauricio tak boleh dipersalahkan. Dia ikhlas berharap mereka berdua tu akan bahagia. Di luar rumah lama, altar: Juana kata nampak macam takdak orang datang situ utk berdoa. Juana tanya kat altar tu. Mauricio gelak tengok Juana cakap ngn altar tu. Dia tanya naper Mauricio macam tak percaya saja. Mauricio kata mungkin sebab dia dibesarkan seperti itu. Lagipun dulu kawin pun dia tak kawin kat gereja sbb keluarga Carlotta tak kuat agama manakala dia pulak seorang skeptik (macam Scully!). Juana kata mana boleh camtu sebab Tuhan wujud. Buktinya dia dan bayi yang dia kandung itu. Mauricio setuju. Juana kata dia ada idea yang gila-gila sikit. Dia nak mereka mengikat satu perjanjian cinta mereka. Mauricio tersenyum. Pejabat Mauricio: Enriqueta nak Ines pastikan semua orang tau tentang pengebumian Francisco dan sapa2 pon dibenarkan menghadirinya. Lepas Ines keluar, Armando masuk. Dia nak tau apa yang dibincangkan dengan lanjut antara dia dan Desiree tadi. Enriqueta kata dia terkejut sbb baru hari ni dia perasan yang dEsiree tu seorang yang tak berhati perut. Armando kata dia dah lama tahu. Dia nak Enriqueta berhati hati dengan perempuan tu, jangan halang apa yang dia nak. Dia tu akan buat apa saja utk sempurnakan kehendaknya. Apartment Rogelio: Desiree baru sudah mandi pakai robe kaler biru. Dia menanggalkan robe tu dan adegan dipotong terus ditunjukkan Desiree teringat masa dia bergaduh dengan Francisco. Masa tu Francisco larang dia jumpa Carlotta sebelum Francisco sendiri jumpa Mauricio. Desiree tanya adakah sebab dia takut Carlotta bagitau Mauricio yang dia nampak Francisco bersama Rogelio? Francisco kata "Kau dah tambah satu lagi batu kat pusara engkau." Desiree kata sejak kawin ngn Francisco dah banyak batu dia angkut ke pusaranya. Francisco pergi dengan keratanya tanpa membawa DEsiree bersama. Desiree jerit2 panggil Francisco yang dah tak mengendahkannya. Kemudian dia teringat pulak saat Francisco balik ke bilik hotel mereka dan tengok bunga2 ros yang dikirimkan oleh Rogelio. FRancisco setuju nak bawak Desiree ke majlis di rumah De la Vega. "Malam ini aku akan menanggalkan topeng Rogelio Vivas." begitulah kata2 Francisco. abih flashback, berbalik kepada masa sekarang. Desiree dok pakai baju. Desiree kata Francisco dah gagal tanggalkan topeng Rogelio tapi dia akan berjaya sebab dia masih idup, Francisco dah mati. Air Terjun: Mauricio dok mengail ikan. Dah banyak ikan lintas pi lintas mai tapi tak dpt tangkap. Mauricio kata mungkin ikan tu semua takut kat dia. Dia tertanya tanya sendirian apa la dah jadi kat bandaraya nun. Dia rasa mungkin Fancisco dah dikebumikan. Dia sedih la sbb depa berkwan dari kecil. Dari jauh, celah2 semak di sebelah air terjun kelihatan sorang lelaki yang tak dikenali dok memerhatikan Mauricio. Di rumah lama: Dia seronok sbb rasa macam nak berkahwin dengn mauricio pulak sbb nanti mereka akan mangakui cinta mereka di depan altar bersaksikan Tuhan. Air terjun: Mauricio masih mengail ikan. Orang yang dok ngendap tu dah bangun nak blah tapi Mauricio macam nampak kelibat orang, jadi dia tanya, "Siapa di sana?!" Tapi tak dak sapa2 dah kat situ. Rumah Perez: MAnuel balik bersiul siul panggil mak dia. Azucena tak bagi dia naik atas, Manuel tanya la apa pasal? Tak jauh dari air terjun: Juana berjalan menuju ke arah Mauricio dengan pakaian serba putih siap dengan hiasan kepala yang berbunga bunga. Mauricio sibuk dengan tali pancingnya dan mengomel pasal umpannya yang tak dimakan ikan. Juana kata mungkin sebab anak2 ikan dok tidoq kot.. Mauricio senyum dengaq Juana buat lawak dan berpusing ke belakang. Dia terpegun tengok kejelitaan Juana. Dia ajak Mauricio pergi ke altar utk meneruskan upacara yang mereka rancangkan tadi. Mereka berpimpinan tangan menuju ke altar. Rumah Perez: manuel tanya la ni apa ni yang misteri sangat ni.. Azucena sebut "bapa mu" Manuel terus tak nak dengar dah citer dia dan kata No! No! No! Azucena suruh Manuel bertenang dan bagi tau Ramon ada di biliknya sekarang. Manuel terdiam. Altar: Juana crossed herself dan memulakan ucapan dia. Dia kata dia berdiri kat altar ni utk buktikan cinta dia dan Mauricio. Bukan utk mintak kebenaran sbb dah terlambat utk itu. Depa dah mula bercinta tanpa kebenaran Tuhan dan sekarang mempunyai anak tanpa kebenaran Tuhan. Sekarang mereka nak melafaz kan cinta bersaksikan Tuhan. Juana memandang tepat pada Mauricio dan kata dia menyintai Mauricio, belum penah dia menyintai orang seperti ini. Dia sarungkan cincin buatan sendiri ke jari Mauricio sambil berkata cincin ini akan mengingatkan Mauricio kepadanya dan betapa dia memerlukannya. Kemudian mereka berpelukan. Mauricio mencium dahinya dan idung mereka bersentuhan. Rumah Perez: Azucena citer la polis jumpa Ramon kat rumah orang tua yang dijaga oleh 'Charity Sister'. Manuel tiba2 bangun dan sambung kata No! NO! No! dia tak nak tau apa2. Azucena kata dia tak sampai hati nak tinggalkan Ramon kat tempat tu. Manuel kata jgn harap dia akan jaga Ramon tu. Terbeliak mata Azucena. Altar: Juana cium tangan Mauricio. Juana kata cincin tu dia buat sendiri, MAuricio kata laaaa... ingat ker beli kat pusat membeli belah kat selekoh nun. Mauricio kata dia terharu dengan kata2 Juana yg indah tadi. Tibalah gilirian Mauricio pulak buat membuat lafaz cinta dia depan Tuhan. Juana bagi kat dia sebentuk lagi cincin utknya. Mauricio dah tersekat sekat bercakap (macam anak kecil la pulak) Juana kata tak perlu la hafal apa yang dia dah cakap tadi, cuma lafazkan apa yang terpendam dalam hatinya. Mauricio berdehem berkali kali dan berdiri kat altar tu. Mauricio mula citer la kat Tuhan yang asalnya depa sesat jer kat sini.. bla bla bla.. Juana cakap mcm bagi amaran suruh Mauricio serius sikit. Mauricio berdehem lagi dan ulang balik. Dia kata dia berdiri di situ kerana dia percaya sepenuhnya kepada insan yang paling dia cintai. Sebab masa jumpa altar tu, Juana yang buat keputusan utk buat upacara nih.. Juana tegur dia lagi sebab cakap merapu. Mauricio berdehem lagi dan mulakan balik ucapan dia, "Saya, Mauricio De la Vega, seorang warga dewasa dan permastautin tempat ini.." dia tak teruskan ayat dia sbb Juana dah buat muka muncung. Mauricio gelak2, dia janji kali ni dia serius sambil merayu Juana pandang ke arahnya. Dia kemudian kembali serius (kali ni tak berdehem dah). Dia kata, "Saya ingin melarazkan depan Mu bahawa saya menyintai Juana lebih dari segala galanya. Kaulah cintaku Juana." Sambil menyarungkan cincin Juana mengulang kata2 Juana yang Juana akan teringatkan dia dan sedar betapa dia memerlukannya setiap kali memakai dan menyentuh cincin itu. Juana komplen kata tak adil sbb ucapan tu sama ngn ucapan dia tadi. Mauricio kata dia ulang sbb tu jugak perasaan dia pada Juana. Dia kata sepatutnya Mauricio ucapkan kata2 sendiri. Mauricio kata2 dari bibir Juana sama dengan kata2 dari bibirnya. "Kerana bibir mu milik ku". Rumah Perez: Manuel beletiaq kat mak dia sbb termakan kata2 Ana Maria. Azucena mengaku kata2 Ana Maria adalah benar dan menyedarkannya. Manuel kata apa ni? Kenapa amik balik lelaki yang dah pijak maruahnya? Kenapa serahkan bilik sendiri kat RAmon tu sedangkan Azucena sendiri tak selesa. Azucena tak tau apa nak fikir. Manuel masih tak percaya Azucena dah buat semua tu. Azucena membalas balik kata kenapa sekarang baru bersuara sejak tak tinggal sini. manuel terkejut Azucena kata camtu. Adakah kerana sekarang dia tak duduk situ, jadi dia tak berhak beri pandangan tentang hal dalam rumah tu? Azucena, "ya, tepat sekali." Di luar rumah lama: Juana dan Mauricio berjalan menghala ke rumah itu sambil berpegang tangan. Juana tiba2 berhenti dan memandang Mauricio dengan penuh harapan. Mauricio tanya laaaaa ni nak kene dukung ker? atau tu bukan sebahagian dari upacara tadi. Juana kata tu terserah pada pengantin lelaki la. Mauricio kata Juana menyerikan hidupnya. Dia tak penah rasa janggal atau kekok dengan Juana masa buat benda2 pelik macam nih sebaliknya ia rasa seperti sesuatu yang penting dan indah. Juana kata nanti bila depa dah tua dan duduk kat kerusi goyang tentu mereka akan ingat saat2 ini, bukannya teringatkan Paris atau majlis koktel. Mauricio senyum dan mengangkat Juana. Senyuman mereka hilang serta merta biler mereka terpandang sorang lelaki berdiri dia hadapan rumah itu sambil memandang mereka dengan penuh syak wasangka. Mauricio perlahan lahan menurunkan Juana. akan bersambung 19 Ogos 2003, Selasa. |
|||
Web Design By: Fara M |
||